Nuffnang Ads

Pages

Thursday, August 5, 2010

Downsizing Civil Service Jika Pakatan Rakyat Menang PRU 13

Pakatan Rakyat akan "downsizing" civil service jika menang PRU 13 nanti. Ramai pakar ekonomi Pakatan Rakyat seperti Tony Pua, Lim Guan Eng tidak puas hati dengan perkhidmatan awam.

Pakatan Rakyat mendakwa perkhidmatan awam per kapita Malaysia adalah yang terbesar di dunia dan menjalankan pentadbiran tidak cekap. Ada 1.2 juta kakitangan awam, manakala penduduk Malaysia cuma 28 juta.

Di Jepun nisbah seorang kakitangan awam bagi 155 rakyat yang jumlah penduduknya berjumlah 120 juta mempunyai 820,000 kakitangan awam. Tetapi di Malaysia nisbahnya ialah seorang kakitangan awam bagi 20 rakyat.

Tun Mahathir berkata 20 tahun dulu kerajaan mahu "downsizing" perkhidmatan awam secara drastik kepada 500,000 orang.

Menimbangkan faktor undi kakitangan awam dan menyelesaikan masalah penggangguran graduan maka kerajaan membenarkan pembesaran perkhidmatan awam menggandakan dua kali saiz yang Mahathir impikan.

Pakatan Rakyat mendakwa Kerajaan BN gagal "downsizing" perkhidmatan awam. Sistem "delivery" yang teruk, cuai, korupsi dan tidak efektif.

DAP seperti biasa suka membandingkan perkhidmatan awam Malaysia dengan Singapura yang mewarisi sistem civil service dari kolonial British. 45 tahun selepas perpisahan Singapura dan Malaysia, Singapura telah membaiki sistem civil servicenya dan Malaysia bertambah teruk.

Tony Pua, Penasihat Ekonomi DAP baru-baru ini telah mengkritik Jabatan Perdana Menteri yang didakwa Tony Pua memperuntukan bajet sebanyak RM12 bilion dan mempunyai kakitangan awam seramai 43,544.

Walaupun jawapan kerajaan kenaikan kakitangan awam di Jabatan Perdana Menteri disebabkan penubuhan beberapa agensi baru. Selain pejabat peribadi PM dan TPM, ada lima Menteri penuh, lima Timbalan Menteri, beberapa penasihat bertaraf Menteri dan 45 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

WZWH berpendapat memang wajar bajet besar untuk Jabatan Perdana Menteri kerana banyak agensi-agensi di situ yang bidang skop tugasnya meliputi ke seluruh pelusuk negara. Ini bermakna DS Najib boleh tahu apa-apa perkembangan yang berlaku kerana pemantauan di bawah hidung PM.

Jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 dan dapat membentuk kerajaan, apa yang WZWH boleh ramalkan ialah:

  • "Downsizing" perkhidmatan awam dari 1.2 juta kepada separuh iaitu 600,000 kakitangan.
  • Jabatan Perdana Menteri akan dikurangkan secara drastik dari 43,544 kepada 5000 kakitangan awam.
  • Kakitangan awam di negeri-negeri juga "downsizing" dikecilkan saiznya terutama di negeri Pulau Pinang.
  • Pakatan Rakyat akan memperkenalkan formula 30:30:30:10 bagi polisi pengambilan kakitangan awam yang baru iaitu 30% Melayu, 30% Cina, 30% India dan 10% Bumiputera lain. Ini adalah atas prinsip samarata Pakatan Rakyat yang akan mencadangkan A Race Relations Act bagi mengantikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Maka WZWH amat berharap 1.2 juta kakitangan awam juga 400,000 guru, serta 200,000 pensyarah IPTA berfikirlah sebaik mungkin, pertimbangkan halus-halus untuk memilih kerajaan pada PRU 13 nanti. WZWH hanya bagi panduan, terserah kepada semua 1.2 juta kakitangan awam. Tepuk dada tanya selera.

2 comments:

mrbabysteps said...

ada logiknya apa yang dap reveal tu.penduduk 26 juta,civil service berlambak.perkhidmatan boleh kata semua tak bermutu.macam mana nak maju?wawasan 2020 tinggal 10 tahun lagi.takkan semata-mata nak jaga periuk nasi sendiri,nak suruh civil service sokong kerajaan lagi.

WZWH said...

Mrbabysteps,
Itu maknanya UMNO take care orang Melayu. 1.2 juta kakitangan kerajaan 90% Melayu ada purchasing power, boleh buat banyak loan beli rumah, kereta, household shopping, kredit kad itu mengembangkan ekonomi. Kalau kakitangan 1.2 juta rela di"downsizing" maka sokonglah Pakatan Rakyat. Kalau tak nak kena sokong UMNO lah.