Kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidi
- Latar belakang pemerintahan khulafa al-Rasyidin.
- Pengertian Khalifah.
- Ciri-ciri kepimpinan Khalifah.
Pemilihan secara Baiah :
- Perlantikan secara persetujuan orang ramai tanpa ada calon.
- Perlantikan Abu Bakar telah dicalonkan oleh Umar al-Khattab di Balai Bani Saidah
- Saidina Umar telah menjabat tangan Abu Bakar dan membuat pengakuan taat setia kepadanya dan diikuti oleh sahabat-sahabat lain serta kaum Ansar dan Muhajirin.Penerimaan masyarakat Madinah kerana Saidina Abu Bakar pemimpin Muhajirin yang paling layak dan berpengalaman luas dalam membentuk masyarakat Islam di Makkah dan Madinah serta mendapat dididikan kepimpinan Rasullullah saw.
Pemilihan secara wasiat :
- Saidina Abu Bakar telah mencadangkan Umar al-Khattab untuk menggantikannya dan ahli syura telah menerima cadangan itu .Saidina Abu Bakar telah meminta Saidina Uthman b Affan menulis sepucuk surat perlantikan menyatakan Saidina Umar adalah penggantinya.Kemudian rakyat telah memberi baiah atau tat setia kepadanya.
- Pengalaman Abu Bakar menghadapi al-Riddah menyebabkan baginda meraskan negara perlu melantikan seorang pemimpin yang tegas supaya peristiwa itu tidak berulang.
- Maka perlantikan secara wasiat memang dianjurkan islam dalam situasi tertentu.
Melalui Majlis Perlantikan Khalifah :
- Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan Majlis Perlantikan sebelum beliau bertujuan mengelakkan perpecahan dikalangan umat Islam .Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman b Auf sebagai ketua dan ahlimajlis yang lain.Dalam pengundian yang dijalankan Uthman b Affan telah dilantik untuk menjadi khalifah yang ketiga .
- Cara perlantikan ini menunjukan demokrasi subur dalampemilihan khalifah
Perlantikan secara paksa :
- Perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a. disokong oleh penduduk Hijaz , Basrah dan Kufah manakala pemberontak tidak membaiahnya. Perlantikannya dianggap sah kerana kerajaan Islam Madinah menghadapi peperangan Jamal dan berlakunya pemberontakan.
- Justeru itu perlantikannya secara paksa tepat pada masanya kerana negara ketika itu memerlukan seorang khalifah yang tegas dan berwibawa untuk mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah. Cara ini juga dianggap demokrasi kerana sebahagian besar masysrakat islam membaiah khalifah Ali .
Kesimpulan :
Perlantikan yang pelbagai cara dilaksanakan,namun ciri-ciri demokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rasyidin.
2 comments:
salam..sye solehuddin,dri karak..sye student di ipg jitra...sye nk mntak WZWH maklumat tentang sumber kurikulum pendidikan islam di zaman rasulullah dan khulafa' ar-rasyidin..terutamanya berkaitan dengan saidina umar al-khattab..klu WZWH ade la..klu xde xpe..time kasih..
I am regular reader, how are you everybody? This article
posted at this web page is actually nice.
Stop by my blog ranger forum
Post a Comment