Saturday, August 28, 2010

Operasi "Drastic Cleansing" Calon Jerantut PRU 13

Satu operasi "drastic cleansing" calon-calon UMNO PRU 13 perlu dilakukan oleh DS Najib dan MB Pahang bagi membersihkan UMNO bahagian Jerantut. Mengambil kaedah Tun Mahathir, satu pembedahan kepimpinan politik UMNO Jerantut perlu dilaksanakan untuk membersih UMNO Jerantut.

Bagaimana caranya? Oleh kerana semua ahli UMNO dan rakyat Jerantut mahu pemimpin yang bersih, tiada skandal, jujur, berintigriti, tidak korup dan benar-benar berminat mahu memberi servis kepada rakyat Jerantut maka "penyelesaian di luar kotak" atau "drastic change" perlu dilakukan.

Mengambil analogi pasukan bolasepak Jerantut umpamanya. Jika pasukan bolasepak Jerantut sudah tidak ada "teamwork spirit", tidak berdisiplin, ada pemain suka hisap rokok, dan selalu tewas dalam permainan memalukan Jerantut maka apa penyelesaiannya? Semua baik pengurus dan pemain perlu dibuang dan digantikan dengan pemain baru yang lebih berminat, muda, bertenaga dan berskil.

Justru itu WZWH mencadangkan semua pemimpin UMNO Jerantut baik YBM Tengku Azlan, Dato' Dr. Shukri, Dato' Wan Amizan perlu digantung kasut bola mereka, biar mereka berehat, gantikan dengan pemain-pemain baru. Ertikatanya mereka tidak perlu bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana akan menyusahkan dan menjadi liabiliti kepada UMNO. Kalau itu kehendak rakyat Jerantut semua.

Calon-calon dari kumpulan "recycle" juga seperti Tn Hj Kamaruzaman Baria, Dato' Azizan Yaakob, Ustaz Mat Jaafar dan Dato' Wan Abu Bakar jangan dilayan dan dipertimbangkan untuk menjadi calon kerana Allah telah memberi mereka peluang menjadi ADUN atau ahli parlimen tetapi gagal membangunkan Jerantut mengikut kehendak rakyat Jerantut sepatutnya.

Maka operasi "Drastic Cleansing" calon-calon UMNO pada PRU 13 perlu diaplikasikan dengan penuh yakin oleh DS Najib dan MB Pahang. UMNO perlu mencalonkan "calon malaikat" di Jerantut.

Kriteria "calon malaikat":
  • bersih
  • berintegriti
  • berkepimpinan
  • berpendidikan baik sekular atau agama
  • Tiada kes skandal
  • Tiada kes hutang melampau
  • muda
  • berminat dan bersemangat
WZWH amat percaya jika DS Najib dan MB Pahang letak calon-calon parlimen dan DUN yang memiliki sifat-sifat "calon malaikat" nescaya 100% pengundi-pengundi 48,000 parlimen Jerantut akan memilih calon parlimen dan DUN dari UMNO!

Apa yang DS Najib dan MB Pahang mahu takut? Kerana rakyat akan memilih calon-calon yang bersifat malaikat untuk dijadikan pemimpin. Rakyat Jerantut bukan mahukan wang ditabur dari berguni-guni wang. Mereka hanya mahu pemimpin yang jujur dan ikhlas untuk membangunkan Jerantut.

PAS letaklah siapa-siapa calon baik Nik Aziz dan Hadi Awang bertanding di parlimen Jerantut dan DUN pasti kalah.....kerana rakyat Jerantut lebih memilih "calon malaikat"!

DS Najib dan MB Pahang ada berani ke ambil risiko?....

12 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH,
Kas tak terfikir cara penyelesaian WZWH ni masuk akal juga. Kas sokong WZWH. Betoi apa WZWH cakap ni. Ayuh rakyat Jerantut mari kita bangkit desak kita orang Jerantut mahu calon malaikat! he he he

Anonymous said...

WZWH,
Cukuplah Ku Lan dah 3 penggal. Ku Lan berehatlah duduk rumah di Bangsar. Ahli parlimen yang tidak suka melawat orang sakit, orang mati dan kenduri kahwin. Juga tidak berminat program keugamaan. Lepas berbuka puasa di mana-mana program, sembahyang Maghrib aje pastu terus balik KL tidak sembahyang Terawih. Sakai Sungai Kiol pun sembahyang Terawih. Orang PAS gelak aje...rumah sewa pun takda kat Jerantut.

Anonymous said...

WZWH,
Jerantut tidak perlu wakil rakyat macam Dr. Shukri, hutang RM14 juta. Camna nak bayar. Sebab itu jual tanah Melayu di Jerantut kepada tokay Cina, jual balak JKKK tipu orang kampung. Korup..korup...korup...

Anonymous said...

Gile dah WZWH ni deme. Dato' Wan Bakar, YBM Tengku Azlan dan Dato' Wan Amizan dah pakat sama-sama nak tempeleng WZWH ni. Habis orang politik dilaganya termasuk Dato' Dr. Shukri, Dato' Hj Nazri. Mati deme orang kuat politik Jerantut kelahi kena bodoh di WZWH aje. Tapi orang-orang muda Jerantut percaya cakap WZWH...tu kas risau tu. Blog WZWH nih berpengaruh sungguh. Blog SPU dan blog Jerantut lain dah terpengaruh dengan pemikiran WZWH. Ku lan cepat panggil WZWH mengadap..gile dah budak sekor nih.

Anonymous said...

bila tak puas mengawan ngan bini, ini cara dia cari jalan keluar, biarlah asal dia puas, kesian dia bini dia pun tak nak layan dia...

Anonymous said...

anon 1:52,mana aok tau bini dia tak layan dia?
bagi la komen yg membina sikit..jgn la bangang sgt.
aok tu kawin pun tak lagi..

Anonymous said...

Yeahh..48,000 pengundi Jerantut mahu calon "malaikat" dari UMNO. Pengundi tidak mahu calon UMNO yang korup, tidak bersih, hanya mahu jawatan saja tanpa berkhidmat kepada orang Jerantut. Saya sokong WZWH pemimpin masa depan Jerantut.

Anonymous said...

jerantut ini telah dijajah kepimpinannya oleh orang luar dah banyak kali (sharif ahmad, kamaruzaman baria, tengku lan), cukuplah tu... Bagilah kepercayaan kepada anak tempatan, banyak lagi yang bagus-bagusnya, yang benar-benar bloleh berusaha untuk membangunkan parlimen dan rakyat jerantut. Zaman Wan Bakar dulupun ok dah, banyak juga yang dirancang nak majukan jerantut ni.. tapi usahanya banyak tergendala, mungkin kerana terlalu bermain politik... Kali ini mesti ditonjolkan anak tempatan yang benar-benar faham terhadap kehendak dan suasama tempatan..

Anonymous said...

Salam WZWH,
Lu punya idea memang briliant bro. gua salute betul dengan lu. should PM and MB consider your opinions. i'll support u all the way. but who is the fairy candidate. mana nak cari...wan shamsuri boleh kot. he's look like mr. clean. or his uncle dato' wan mustama if they interested. i'm very sure my vote is for them both bro...thanks.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:28,
Thanks Bro, tapi ramai orang politik Jerantut cakap WZWH budak gila, sewel, biol, short wayar.

Anonymous said...

saya bukan org jerantut, tp bc posting awk, mmg awk wayar putus dan biol pun, masuk ni suka tgk org kutuk awk jer

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:33,
Terima kasih kerana melayari blog WZWH. Anon belum kenal rapat dengan WZWH lagi. Salam perkenalan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024