Nuffnang Ads

Pages

Sunday, August 15, 2010

Peniaga Cina Mahu Hapuskan Ekuiti Bumiputera Beransur-ansur

Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA semalam dalam deklarasinya mengusulkan penghapusan 30% ekuiti Bumiputera secara beransur-ansur tanpa menghiraukan pandangan NGO Melayu yang mahu mempertahankan polisi afirmatif dikekalkan.

Hujah Kongres ini senada dengan promosi tadbir urus dan lebih telus. Penghapusan secara beransur-ansur kuota berdasarkan ras mesti sama dengan praktis tendar terbuka untuk kesaksamaan. Kuota ekuiti Bumiputera telah menjadi isu pokok dilema ekonomi negara.

Ada pihak percaya hak ini termaktub dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan. Ada pihak lain berpendapat polisi ini penghalang pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan rasuah. Polisi ini juga disalahkan kerana menyebabkan Melayu tidak boleh bersaing secara komersial.

Kongres juga mengemakan pandangan Chua Soi Lek bahawa polisi kerangkuman yang lebih kepada penyertaan bukan-Bumiputera dalam GLC.

Ini juga isu sensitif kepada politik Melayu yang anggap GLC adalah hak istimewa Melayu tidak perlu penyertaan bukan Melayu. Pendekatan radikal ini adalah paksi untuk merealisasikan konsep 1Malaysia.

Kongres mendesak kerajaan untuk liberalisasikan GLC merangkumkan lebih ramai ahli lembaga pengarah berbagai bangsa dan tenaga kerja dalam eko-sistem GLC dan pemberian kontrak kepada syarikat tempatan terbaik yang berkelayakan tidak kira komposisi ekuiti mereka.

Desakan ini boleh buat DS Najib dalam kedudukan sukar membuat keputusan di mana beliau perlu seimbangkan antara mempertahankan sokongan padu Melayu atau risiko kehilangan pengundi Cina. Orang Cina adalah pengundi kaum ke dua terbesar.

DS Najib juga berharap keputusan kongres ini tidak meletakkan diri beliau dalam keadaan sukar. sememangnya ini ialah cabaran biasa seorang Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri pun kena faham ini juga politik MCA untuk menunjukkan kepada orang Cina yang MCA juga ada keberanian meminta bagi kepentingan hak kaum Cina.

Walau bagaimanapun, kongres berikrar memberikan sokongan penuh dan kesetiaan terhadap pentadbiran Najib dan program-program pembaharuannya.

Lain-lain usul ialah polisi gaji minimum dan potongan subsidi untuk mengurangkan bajet defisit.

Deklarasi juga meminta kerajaan menaikkan bantuan tunai kepada enterprise SME penting dalam matlamat MEB menjadikan Malaysia negara maju dalam masa 10 tahun.

Usul yang juga penting iaitu perlunya langkah-langkah proaktif oleh pentadbiran Najib memantapkan rakan kongsi niaga Bumiputera-Cina yang asli dengan mengembeling kekuatan dan kepelbagaian etnik.

No comments: