Peranan yang telah dimainkan oleh orang-orang Muhajirin dan Ansar dalam menyebarkan dan mempertahankan agama Islam pada zaman Nabi.
- Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Merekalah yang sentiasa menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.
- Golongan Muhajirin atau penghijrah adalah kaum Quraisy yang memeluk Islam dan mengikut Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala golongan Ansar atau pembantu terdiri daripada Suku Aus dan Khazraj.
- Golongan Muhajirin merupakan golongan awal memeluk Islam dan mereka layak menjadi pemimpin kerana telah sanggup berkorban demi Nabi dan Islam.
Peranan Golongan Muhajirin :
Peranan mereka di Mekah :
- Semasa berada di Mekah merekalah golongan umat Islam yang mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad.
- Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan oleh kaum Musyrikin Mekah keimanan mereka sukar digugat dan tetap tabah bagi memastikan Islam terus berkembang contohnya keluarga Ammar b Yassir dan Bilal b Rabah. Mereka banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Dimana mereka banyak membeli hamba-hamba Islam yang diseksa supaya dapat dibebaskan. Arqam sanggup menyediakan rumahnya sebagai markas dakwah.
- Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman makkiah.
- Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Mekah yang lain kearah agama yang benar.
- Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman, Uthman, Talhah, Zubair, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah dan Arqam b Abi Arqam.
- Mereka sanggup meninggalkan Mekah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu pengorbanan yang amat besar keatas nilai keamanan umat Islam di Mekah.
Peranan mereka di Madinah :
- Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah membekalkan sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain.
- Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan contohnya selepas peristiwa Aqabah Nabi mengutus Mus’ab b Umair untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam.
Peranan Golongan Ansar
Peranan mereka di Mekah :
- Hanya terhad dalam peristiwa Aqabah 1 dan 2. Mereka sanggup menerima Islam dalam keadaan dimana orang-orang Mekah menentangnya dengan hebat. Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan mengajak Nabi meninggalkan Kota Mekah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah.
- Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya ikrar Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah.
Peranan mereka di Madinah :
- Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja. Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini.
- Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam terutama semasa menghadapi peperangan contohnya Salman b al Farisi.
- Golongan Ansar juga menyumbangkan banyak harta benda dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.
- Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa ikrar Aqabah 1 dan 2.
- Nabi Muhammad telah melantik para nuqabak ( 9 Khazraj dan 3 Aus ) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah.
Kesimpulan :
Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan bagi mamastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.
No comments:
Post a Comment