Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan baginda.
- Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.
- Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan ( 16 Ogos 610M ) iaitu srah Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.
- Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani.
- Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani.
Kepemimpinan Nabi :
Sebagai Pemimpin Agama :
- Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat terpuji ).
- Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
- Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat – sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
- Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT
- Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis.
- Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al Quran dan hadis
Sebagai Pemimpin Politik :
- mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.
- Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua – ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah.
- Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu dan dua
- Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah
- Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke Habsyah dan Mesir.
- Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif.
Sebagai Pemimpin Tentera :
- menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan
- menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda
- akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.
- Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt
- Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
- Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah.
- Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islanm.
- Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
- Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
- Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang
- Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati.
- Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
- Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
- Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
- Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
- Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
- Patuh kepada ketua.
- Tidak boleh lari dari medan peperangan.
- Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.
Sebagai Pemimpin Masyarakat :
- berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
- Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan.
- Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
- Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
- Menaikkan taraf wanita .
- Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ).
- Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing –masing.
- Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing contohnya Sa’d bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah
Ketua Hakim :
- Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.
- Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
- Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi.
Sebagai Perancang Ekonomi :
- Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
- Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi
Kesimpulan :
- Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, social, ekonomi dan pertahanan.
- Kepimpinan nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.
1 comment:
It's hard to come by knowledgeable people on this subject, but you sound like you know what you're talking about!
Thanks
my blog: ford ranger
Post a Comment