Nuffnang Ads

Pages

Saturday, August 14, 2010

Bank Negara Malaysia Boleh Saman Kerajaan Kelantan

WZWH berpendapat Bank Negara Malaysia boleh menyaman Kerajaan Kelantan kerana mengunakan dinar emas dan dirham perak sebagai matawang kerana menyalahi undang-undang.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang memberikan reaksi berhubung perkara itu berkata mengikut undang-undang pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia BNM kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.

Beliau berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri ini. Katanya Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara itu.

WZWH dapati dari Akta Bank Negara Malaysia:
From the Central Bank of Malaysia Act 2009 (Part VIII – Currency; emphasis mine):

Unit of currency

61. (1) The unit of currency in Malaysia shall be the ringgit, which shall be divided into one hundred sen.

(2) The abbreviated form of the ringgit shall be “RM” or “MYR”.

Right to issue, print or mint currency

62. (1) The Bank shall be the sole authority to issue currency notes and coins in Malaysia and such notes and coins shall only be printed or minted by or under the authority of the Bank.

(2) The Government, any State Government, public authority, financial institution, other institution or person shall not issue, print, mint or authorize the printing or minting of currency or any document or token payable to bearer on demand being documental tokens, which in the opinion of the Bank, are likely to pass as legal tender.

Legal tender

63. Only currency notes and coins issued by the Bank shall be legal tender in Malaysia.

Oleh kerana Kerajaan Kelantan bercadang hendak guna dinar emas dan dirham perak sebagai bentuk bayaran digunakan dalam urusniaga perniagaan dan pembayaran gaji kakitangan awam maka menyalahi dan melanggar Seksyen 62 (1) dan (2) kerana niat guna sebagai "legal tender".

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam Bro, apa lagi yang boleh Nik Aziz buat selain sentiasa berfikiran yang bercanggah....dan itulah bayangan dalam kepalanya utk jadikan Kelantan sebuah negara republik baru kalau tak dapat menguasai negara seluruhnya....