Wednesday, August 25, 2010

Calon-calon Pilihan WZWH PRU 13 Jerantut

WZWH telah mengkaji dan analisa dari semua feedback maklum balas kepada semua posting politik Jerantut blog WZWH tentang calon-calon pilihan untuk bertanding dalam PRU 13. Maka WZWH telah merumuskan calon-calon yang bertanding pilihan WZWH dengan mengandaikan YBM Tengku Azlan tidak berminat lagi bertanding dan calon-calon dari anak tempatan adalah seperti berikut:

  • Parlimen Jerantut : Dato' Dr Ahmad Shukri bin Ismail (ADUN Pulau Tawar sekarang)
  • DUN Tahan : Dato' Wan Amizan bin Wan Razak (ADUN Tahan sekarang)
  • DUN Pulau Tawar : Puan Norhelan binti Mahmud ( Ketua Wanita UMNO Jerantut)
  • DUN Damak : calon dari MCA
Dato' Dr Ahmad Shukri sangat layak bertanding di parlimen Jerantut untuk mempertahankan kerusi parlimen dari sebarang tokoh dari PAS kerana beliau berkelulusan dari Mesir dan Madinah.

Isu-isu yang dibangkitkan mengenai beliau ialah kes tanah silang dan balak JKKK. Pada WZWH itu semua di bawah kelulusan EXCO Pahang. Dari segi legal dan undang-undang Dato' Shukri tiada salah apa-apa. Hal hutang bisnes hospital swastanya WZWH difahamkan telah selesai dan telah distrukturkan. Pembangkang tidak boleh guna isu ini lagi.

Dato' Wan Amizan mempunyai servis yang baik di DUN Tahan dan beliau disukai oleh pengundi di DUN Tahan. Beliau mempunyai perancangan pembangunan DUN Tahan yang mantap.

Isu-isu yang dibangkitkan mengenai beliau ialah memiliki tanah dan projek atas nama isteri. WZWH dapati tanah yang dimaksudkan seperti tanah di kampung Sempadan adalah kepunyaan PSK (Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang) yang dipajak kepada Dato' Wan Amizan yang bertindak sebagai pemaju dan projek yang dapat ke syarikat isterinya adalah semasa beliau belum menjadi wakil rakyat lagi. Tiada isu untuk pembangkang bangkitkan.

Puan Norhelan adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut maka kerusi untuk wanita di Jerantut sepatutnya diberi kepada wanita. Kali terakhir wanita diberi kawasan DUN ialah Dato' Chu Rahimah Kawi di DUN Tembeling (1995-1999).

UMNO sangat mengharap sokongan dan undi kaum wanita. Maka WZWH merasakan wanita perlu diberi penghormatan untuk bertanding di DUN Pulau Tawar. Puan Norhelan seorang yang amanah dan aktif mengadakan program Wanita di Jerantut.

WZWH berpendapat inilah formula terbaik bagi menjamin kemenangan UMNO dan BN di Jerantut kerana mendapat sokongan padu dari ketiga-tiga penyokong calon. Dato' Dr. Ahmad Shukri tiada masalah dengan Dato' Wan Amizan kerana mereka sebenarnya sudah lama mengenali hati masing-masing bagai abang dengan adik.

WZWH percaya tokoh-tokoh veteran UMNO seperti Dato' JP Bazain, Dato' Wan Abu Bakar, Dato' Chu Rahimah Kawi, Dato' Azizan Yaakob, dan Tuan Haji Kamaruzaman Baria pasti memberi sokongan jitu kepada calon-calon yang WZWH sebutkan tadi.

WZWH akan memastikan Wanita, Pemuda dan Puteri berkerja dengan lebih gigih lagi di cawangan-cawangan di setiap DUN dan Parlimen merentasi semua komuniti 40,000 pengundi parlimen Jerantut.

WZWH amat berharap BN dan UMNO dapat mempertahankan kerusi parlimen Jerantut dan 3 DUN dari serangan pembangkang pada PRU 13 nanti.

7 comments:

ObO said...

Salam, saya sokong penuh pandangan tuan cuma DUN Damak khabarnya akan diwakili oleh calon UMNO memandangkan kemerosotan undi calon MCA semakin terasa dan majoriti pendundi Melayu di DUN berkenaan. Saya sokong Wan Amizan tanding Parlimen memandangkan jawatannya dalam parti sebagai Timbalan Ketua dan Ketua Pemuda, memang wajar.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam ObO,
Jika Damak diberi kepada UMNO, WZWH mencadangkan Dato' Azizan Yaakob bertanding. Beliau masih boleh memberi khidmat kepada masyarakat. Beliau aktif dalam NGO Jerantut. Dato' Wan Amizan berdasarkan jawatan dalam parti berpeluang bertanding parlimen. Apa-apa pun terserah kepada pucuk pimpinan memilihnya.

ObO said...

Salam WZWH,
Saya berpendapat bahawa calon recycle adalah tidak wajar pada masa kini terutamanya bagi DUN Damak kerana BN harus memujuk pengundi yang sudah lama kecewa terhadap BN dan rekod Dato'Azizan juga bukan terlalu jernih dan saya juga percaya beliau tidak berminat lagi untuk calon DUN tetapi mungkin bagi kerusi Parlimen

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Obo,
Obo betul Dato' Azizan mungkin berminat dengan kerusi parlimen. Dato' Azizan kena bersaing dengan Dato' Shukri la.

Anonymous said...

Salam WZWH,
Saya memang telah menduga barisan kepimpinan inilah yang bakal saudara ketengahkan. Mungkin juga inilah barisan yang akan tumbang kepada pembangkang dalam PRU 13 nanti. Lenyaplah legasi UMNO di jerantut. Pendapat saya selagi mereka yang rakus dan korup terus dijaja kepada pengundi di sini alamatnya ada yang menjadi tepung bungkus nanti. Antara ciri-ciri pemimpin yang dihormati dan terpuji:

1. Amanah

Dr. Shukri...NO
Wan Amizan...NO
Norhelan.....NO

2. Rajin bekerja

Dr. Shukri...Bankrup
Wan Amizan...Korup
Norhelan.....Korup

3. Berintegriti

Dr. Shukri...NO
Wan Amizan...NO
Norhelan.....NO

Dato' Azizan mesti suka ni....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:19,
Cuba anon ketengahkan pulak calon-calon pilihan anon. Saya akui apa yang anon cakap tu ada betulnya. Ini untuk perbincangan kita mencari calon-calon terbaik dari yang baik.

Anonymous said...

kenapa tidak WZWH, bg saya ini peluang yang harus diberi kepada WZWH, yang mempunyai Pendidikan Tersendiri... Mempunyai pandangan positif di dalam politik...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024