Nuffnang Ads

Pages

Thursday, August 19, 2010

WZWH Sokong Nazir Razak Jadi Menteri Kewangan

Nazir Razak CEO Bank CIMB adalah genius dari segi pengurusan korporat dan kepimpinan. Jika tidak kerana adik kepada DS Najib, beliau boleh pergi lebih jauh lagi. Jadi apa yang istimewa dengan Nazir Razak anak bongsu Tun Razak Bapa Pembangunan Malaysia.

Nazir Razak sejak 10 tahun dulu telah menerajui Bank CIMB yang dulu dikenali dengan BBMB. Kita tahu dulu Bank BBMB telah banyak kali "bail out" oleh Kerajaan melalui Petronas dan Skandal BBMB pada tahun 1980an. WZWH mahu tunjuk apa kejayaan pengurusan dan kepimpinan Nazir Razak yang merupakan arkitek yang membina Bank CIMB menjadi mantap hari ini.

Melalui bicaranya, Nazir Razak menyatakan, "Our organisation has grown from a predominantly Malaysian investment bank in 2005 into a leading Asean universal bank in just five years. Over this period our market capitalisation went from RM5 billion to RM50 billion; our staff strength has grown from 1,000 to over 36,000 and today, we have over 20 different nationalities within our ranks. Our customer profile too, has changed dramatically, both in number and geographical make-up – CIMB now serves over 10 million customers across Southeast Asia from large corporates to SMEs to individual retail clients".

Cabaran Nazir Razak 10 tahun dulu ialah untuk mengubah bank yang dibiayai kerajaan dibebani berbagai masalah seperti kurang berdaya saing, sakit, korupsi kepada entiti perniagaan yang efisien, berorientasi pasaran dan menguntungkan.

Nazir Razak telah menstruktur semula Bank BBMB kepada CIMB. Beliau berjaya menyakinkan ahli lembaga pengarah menarik minat komuniti elit bank menyertai CIMB dengan remunerasi yang menarik dan banyak membawa pengurus bukan-Bumiputera. Beliau telah menyusun semula operasi dalaman bank, membina jaringan rangkaian perhubungan, mengoptimun perniagaan bank dan menubuhkan garis panduan tadbir urus yang jitu.

Pada masa yang sama, beliau mencipta semula kedudukan "branding bank" untuk mendapatkan keyakinan pelanggan. Beliau melancarkan berbagai perkhidmatan dan produk kewangan yang memenuhi keperluan pasaran. Beliau malah mengembangkan perniagaan bank ke luar negara.

Dari bank yang hendak mati dan pupus, Bank CIMB hari ini mencapai kedudukan nombor ke tiga teratas bank-bank di Malaysia dari segi keuntungan dan modal.

Kecekapan dan keberkesanan Nazir Razak tidak boleh diragui dan sektor korporat rata-rata bersetuju bahawa beliau bukan sahaja ahli bank yang hebat tapi juga CEO paling berketrampilan dan upaya dalam negara.

Nazir Razak lebih dari pengurus hebat, beliau adalah pemula dan pencadang idea-idea yang terbuka dan progresif. Beliau percaya kepada "Strength in Diversity" -kekuatan di dalam kepelbagaian.

Beliau semasa zaman Tun Mahathir lagi telah mencadangkan kepada kerajaan untuk memperbaharui struktur ekonomi negara, liberasi ekonomi, implementasi prinsip pasaran bebas dan mengantikan dasar ekonomi negara yang gagal untuk mencipta persekitaran yang lebih ekuiti dan perniagaan kompetitif.

Antara cadangan beliau yang kontroversi ialah memansuhkan DEB. Beliau berhujah DEB tidak dapat menolong ramai orang Melayu kerana disalahgunakan maka majoriti Melayu tidak berpeluang menyertai aktiviti ekonomi dalam masa yang sama menafikan hak bukan Melayu akses kepada ekonomi persada negara, merosakkan prestasi ekonomi negara keseluruhan.

Kejayaan Nazir Razak tidak bergantung sangat kepada keluarganya, latar belakang budaya yang membesarkannya atau status Bumiputeranya tetapi kebijaksanaanya dan kebolehannya.

Malaysia perlu teknokrat macam Nazir Razak. WZWH percaya Nazir Razak mewarisi kegeniusan Tun Razak. Nazir Razak diperlukan untuk menguruskan kewangan negara dengan menjadi Menteri Kewangan. DS Najib tidak perlu bimbang kerana Nazir Razak sudah terbukti kebolehan pengurusan dan kepimpinannya di kacamata rakyat. Dan sememangnya Nazir Razak sangat-sangat dialu-alukan oleh komuniti perniagaan Malaysia terutama dari kaum Cina dan India yang sangat yakin kepadanya.

Nazir Razak perlu diberi peluang yang lebih besar untuk mengurus kewangan negara sesuai dengan era terkini. Malaysia perlu Menteri Kewangan macam Nazir Razak. Beliau perlu memainkan peranan yang juga lebih besar untuk mengubah minda pemikiran Melayu yang masih ramai bersikap konservatif dan memandu Malaysia kepada kemajuan yang lebih hebat.

4 comments:

Arishi Fiqry said...

Adalah lebih elok dan afdal jika beliau dilantik menerusi jalan pilihanraya... Saya lebih percaya, kredibiliti beliau lebih terserlah dan kepercayaan rakyat pada beliau akan lebih menguntungkan jika beliau dilantik menjadi menteri kewangan melalui pilihanraya... bukan melalui perlantikan terus yang mana akhirnya menimbulkan spekulasi liar oleh pihak pembangkang..

WZWH said...

Salam Arishi Fiqry,
Pandangan saudara ada betulnya. Tetapi kerajaan BN kesuntukan masa. Masa itu emas. Dulu Tun Mahathir pernah ambil Tun Daim menjadi Menteri Kewangan. Dan sebanyak 2 kali perlantikan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan.

Anonymous said...

What's up friends, nice post and pleasant arguments commented at this place, I am truly enjoying by these.

Also visit my web site ... ranger forum

Anonymous said...

Very great post. I simply stumbled upon your blog and wanted to mention
that I've truly enjoyed browsing your blog posts. After all I will be subscribing in your feed and I am hoping you write once more soon!

My website ... www.wiki.chargerbots.info