Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, August 24, 2010

Loji Janakuasa Nuklear di Port Dickson

Dua bulan dulu WZWH sudah beritahu YBM Tengku Azlan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan sedang melobi DS Najib secara serius untuk membina loji janakuasa nuklear pertama. WZWH mahu Ku Lan cepat lobi dengan Perdana Menteri untuk bina loji janakuasa nuklear di Jerantut.

MB Negeri Sembilan, Mohamad Hassan mahu bina loji janakuasa nuklear di Tasik Bukit Kepong dekat Port Dickson satu kawasan peranginan pantai yang meriah dulu tapi kini hampir menjadi bandar mati.

Berita angin mengenai loji tenaga janakuasa nuklear di Port Dickson telah dilaporkan oleh blogger Singalautmetro. Agensi Nuklear Malaysia telah mengeluarkan kenyataan beberapa lokasi termasuk di Negeri Sembilan dan Perak telah dipertimbangkan bagi cadangan loji nuklear yang mengesahkan spekulasi Tasik Bukit Kepong.

Tenaga Nasional Berhad telah diberi tanggungjawab melaksanakan projek. Tasik Bukit Kepong unik kerana bentuknya seperti kawah dengan kedalaman 15 meter dari dasarnya. Rezabnya lebih dari 10km berupaya menyediakan tanah lebih 80 hektar keluasan diperlukan bagi loji nuklear.

Loji tenaga Tuanku Jaffar berdekatan dengan tasik tersebut dengan kemudahan teknikalnya mampu menyokong loji janakuasa nuklear berkapasiti 1000MW.

DS Najib dijangka mengumumkan lokasi loji janakuasa nuklear pertama yang kosnya dianggarkan antara RM6.5 bilion hingga RM9.75 bilion pada tahun 2012. Pembinaan loji janakuasa nuklear dijadualkan bermula pada tahun 2015.

WZWH berharap loji janakuasa nuklear pertama akan dapat dibina di Jerantut iaitu di Lembah Tembeling. Ini boleh memberi kesan impak ekonomi yang besar kepada Jerantut.

YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut menyokong projek loji janakuasa nuklear ini. Ku Lan sangat berpengetahuan tentang nuklear bagi kegunaan tenaga kerana beliau pernah belajar di akademi tentera Pakistan semasa mudanya. Pakistan adalah negara Islam pertama yang mempunyai senjata nuklear.

No comments: