Pemimpin MCA dan DAP wajar kaji mengapa Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan TAR Kulai, Johor Puan Siti Inshah Mansor membuat kenyataan perkauman di hadapan pelajar umum di sekolah itu. Jangan terlalu menyalah dan cepat membuat kesimpulan bila bertemu dengan reaksi sedemikian.
Kebelakangan ini sudah mula ramai orang Melayu tiba-tiba membuat sesuatu di luar dugaan seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang. Seorang lelaki berumur 60 tahun menampar Lim Guan Eng dan kemarin dua orang PAS mengamuk di pintu masjid memaki hamun Lim Guan Eng yang hadir berbuka puasa atas jemputan PAS.
Kejadian selepas solat Jumaat dibaca doa untuk Lim Guan Eng di beberapa masjid di Pulau Pinang cukup mengemparkan orang Melayu. Seperti biasa TG Nik Aziz dan Hadi Awang merelakannya kerana mungkin di zaman Rasullulah, para sahabat selalu mendoakan untuk orang Yahudi di masjid! Jangan terperanjat pula kalau TG Nik Aziz keluar fatwa dibolehkan umat Islam berdoa untuk pemimpin kapir di masjid.
Pengetua sebuah sekolah rendah di Sungai Petani didakwa meminta murid-murid Cina supaya “pulang ke China”. Pengetua wanita itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu Jumaat lalu dengan menegur murid-murid Cina tidak sensitif kepada rakan-rakan mereka yang beragama Islam dengan makan di kawasan sekolah ketika bulan Ramadan. Pengetua itu meminta mereka kembali ke China jika mereka tidak boleh menghormati budaya kaum lain
Ini sebagai petanda atau 'sign' bahawa jiwa orang Melayu mula tertekan apabila kaum lain banyak membangkitkan hal dan hak orang Melayu serta agama Islam. Jika perkara ini berterusan insiden mengamuk ini akan kita dapat lihat lebih banyak lagi kerana mereka sudah tidak tahan setiap hari orang Melayu dimaki hamun di tanah airnya sendiri.
Peristiwa ini adalah unjuran dari resolusi melampau MCA di Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA baru-baru ini serta lanjutan dari pertikaman lidah antara Tan Sri Muhyidin Yassin dengan Chua Soi Lek yang melibatkan tokoh-tokoh negeri Johor.
Pemimpin MCA dan DAP harus faham bahawa golongan rakyat jelata menerima sesuatu pertentangan politik itu hingga mengalir kedalam darah dan mereka itu bukan orang politik. Bagi orang politik perkara seumpama pertikaman lidah itu adalah biasa. Tetapi bagi rakyat ia adalah perkara yang sangat serius dan menguasai fikiran perasaan mereka.
Kaum lain harus belajar dari penjajah Inggeris bahawa mereka terlalu berhati-hati berhadapan dengan bangsa Melayu sebelum menjajah Tanah Melayu kerana mereka sudah mengkaji bahawa hanya satu bangsa di dunia ini ada tabiat 'mengamuk'. Tabiat yang sama ada pada orang Eksimo.
Amuk adalah satu reaksi tiba-tiba bila dalam keadaan tertekan. Orang yang mengamuk ini selalunya tidak boleh mengawal diri dan separuh sedar. Ia boleh berjangkit jadi beramai-ramai seperti histeria jika terlalu serius.
Sebab itu Inggeris menjajah Tanah Melayu dengan cara orang Melayu kurang terasa pada peringkat awalnya. Oleh kerana mereka bimbang untuk berurusan dengan kaum pribumi, mereka mengimpot kaum lain ke Tanah Melayu. Peristiwa Dato Maharajalela di Pasir Salak dan Dato Bahaman di Lubuk Terua adalah sejarah yang ada kaitan dengan sifat orang Melayu sebenar.
WZWH tidak bersetuju Pengetua itu diambil tindakan secara tidak adil dan ianya harus diteliti sebaik-baiknya kerana amuknya masih bersifat ringan tidak melibatkan fizikal seperti amuk di Pulau Pinang dan amuk yang pernah dilakukan oleh Prebet Adam. Mengapa pula Kementerian Pelajaran menekan orang yang sedang mengalami tekanan kerana jiwa nasionalismanya?
2 comments:
Saya cukup tertarik dengan isu ini yang melibatkan sensitiviti keturunan dan ras yang paling utama di negara ini.. maruah mereka ini seolah-olah seperti dipijak-pijak oleh bangsa lain yang kononnya menjadi raja dalam segala kegiatan ekonomi.. namun kepada mereka yang buta akan sejarah tanah air.. mereka pasti lupa tentang asal usul mereka.. maka, saya ingin mengingatkan kepada bangsa lain tersebut..berpijaklah anda di bumi yang nyata..jangan malas-malas belajar subjek Sejarah kerana berdasarkan pengamatan saya terhadap anak murid saya sendiri..kaum ini jugalah yang sering tidur di dalam kelas sewaktu subjek ini sedang diajarkan..
Salam Anon 1.50,
Betul dan tepat sekali pandangan anon.
Post a Comment