Wednesday, September 1, 2010

Bandar Jerantut Bakal Jadi Bandar Transit Utama Pahang

Dalam posting WZWH bertajuk,"Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai", WZWH respon kepada komen pembaca blog WZWH bahawa Anon seorang yang positif memahami keperluan kenapa 2 projek itu (Hidroelektrik Sungai Tekai dan Loji Janakuasa Nuklear Tembeling) diperlukan untuk pembangunan Jerantut secara drastik. WZWH sudah fikir ini saja cara terbaik dan pantas untuk cover balik 50 tahun Jerantut ketinggalan. Kebetulan DS Najib menjadi PM membolehkan projek-projek dapat diluluskan dengan kadar segera. Juga MB Pahang yang amat prihatin kepada pembangunan Jerantut. WZWH harap kalau semua orang Jerantut berfikiran seperti Anon alangkah eluknya. Banyak lagi projek-projek pembangunan yang secara idea dan konsepnya WZWH ingin curahkan ke Jerantut.

Antara respon-respon positif adalah seperti berikut:
Anonymous said...

Cadangan yang baik. Ini diantara langkah2 drastik untuk pembangunan Jerantut sendiri. Membuka peluang pekerjaan yang agak besar, dimana sekurang - kurang peluang kerja ini dapat diisi bagi penduduk disana. Harapan ianya menjadi kenyataan.

Boleh tak saudara usulkan pada PM Najib supaya buat jalan dari Jerantut ke Dungun,Terengganu.Saya benar-benar ingin tengok jalan tu terbina.Senang la kalau nak balik ke kampung di Terengganu.Boleh tak rasanya?

Salam Anon 2:43,
Itu Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu. Dari Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja. Panjangnya lebih kurang 55km. Bajet RM450 juta. Itu dalam senarai WZWH. Dicadangkan dalam RMK10. Setelah projek Jalan Ulu Tembeling selesai, baru boleh buat. Memang, jalan itu boleh dibuat. Wan Mokthar pernah bangkitkan. Idris Jusuh memang nak buat. Mungkin dalam kepala Mat Said MB Terengganu.

syabas wan zuri,
perkara yang baik saya sokong sangat.pedulikan manusia yang yang suka memperlekehkan usaha orang lain.mereka memang suka ulu tembeling terus ketinggalan jadi muzium hidup untuk tatapan pelancong.nabi dulu pun orang tentang inikan pula kita manusia biasa.yang sedihnya orang ulu tembeling sendiri yang menentang projek yang bakal mendatangkan kebaikan kepada mereka.mereka ini kebanyakan tinggal di bandar-bandar.tidak tinggal di ulu tembeling.hidup dah senang lupa asal usul.sanggup membiarkan saudara mara mereka di ulu tembeling sentiasa di dalam kesusahan.manusia apakah mereka ini?sama saja dengan masyarakat jahilliah yang menentang nabi yang tidak mahu menerima benda yang baik.jalan terengganu ulu tembeling sepatutnya dah lama buat.tapi oleh kerana ahli parlimen jerantut ketika itu sibuk berpolitik maka mereka merasakan jalan itu tidak ekonomik.wan mokhtar semasa jadi menteri besar terengganu pernah melawat taman negara bersama dato sidi ahmad pada tahun 1993.beliau mempertikaikan keupayaan ahli parlimen jerantut dan adun2nya kerana gagal membina jalan ulu tembeling.sedangkan terengganu menunggu masa sahaja untuk menyambung jalan pasir raja dengan jalan ulu tembeling.malang sekali mendapat pemimpin yang tak perihatin masalah rakyat ulu tembeling.

55 km je dari mat daling ke pasir raja?alahai dekatnya.kenapa tak boleh buat lagi?boleh dijadikan jalan alternatif orang terengganu ke kuala lumpur tanpa lalu di kuantan.lalu ikut jerantut.baru la hidup sikit bandar jerantut ni.

Boleh tak saudara buat satu artikel pasal cadangan jalan raya baru di daerah jerantut ni.saya cukup berminat.apa yang saya maklum,jalan jerantut-sungai lembing memang dalam perancangan.Maknanya orang ipoh boleh terus ke kuantan lah nanti tanpa lalu karak highway.ipoh-cameron highlands-sungai koyan-lipis-jerantut-sg lembing-kuantan.dan kalaulah jalan ulu tembeling-terengganu boleh dilaksanakan,orang terengganu bolehlah ke kuala lumpur tanpa lalu kuantan.dan jika ada jalan ulu cheka-bentong,lagilah mudah perhubungan.dungun-jerantut-ulu cheka-bentong-kuala lumpur.secara tak langsung jerantut boleh jadi bandar transit yang penting menghubungkan orang timur dan barat.tapi boleh ke pm najib beri peruntukan kepada kita orang-orang jerantut yang dah lama ketinggalan ni?harap saudara boleh la jadi suara kami untuk bawa idea-idea ini kepada PM Najib.

5 comments:

Anonymous said...

Kalau tak silap jalan Jerantut-Sungai Lembing memang dah dimasukkan dalam RMK-10.Senang je nak buat jalan tu sebab jalan memang dah ada kat Felda Lepar tu.Cuma nak sambung sikit je lagi sampai Sungai Lembing.Yang paling menarik perhatian saya ialah cadangan jalan dari Kg. Mat Daling-Kg. Pasir Raja.Kalau ikut jalan balak memang boleh sampai ke Terengganu dari Ulu Tembeling.4W drive selalu lalu ni.Tapi takkan nak lalu jalan balak kan?Kalau tak silap,laluan tu laluan famous Mat Kilau ke Terengganu semasa menentang British dulu.Saya sebagai anak jati Pahang sokong sangatlah kalau jalan-jalan ni dibuat.Save masa,duit,minyak dan takde tol.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 5:41,
WZWH kira harapan Anon adalah doa. Jika ramai anak jati Pahang berfikiran sepeti Anon maka ramailah orang Pahang berdoa semoga DS Najib dan MB Pahang diberi seru oleh Allah untuk membangunkan negeri pahang dengan lebih makmur lagi.

Anonymous said...

Wow.Banyak idea yang menarik.Berpandangan jauh.Tapi boleh ke kerajaan pusat beri peruntukan?Bila dah dapat peruntukan jangan lah buat benda lain pulak.Macam Jambatan Tanjung Lumpur dulu.Cuma jalan Ulu Cheka-Bentong agak pelik dan sukar.Boleh ke buat?Tak pernah dengar ada apa-apa cadangan atau kajian pun sebelum ni.

Anonymous said...

Harapan saya setinggi gunung agar Negeri Pahang khususnya Bandar Jerantut menjadi bandaraya yang maju sepertimana negeri2 lain yang dahulunya tidak mempunyai apa2 contoh byk pekan2 di negeri Selangor telah menampakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang pantas.... Negeri Pahang dibawah naungan PM sendiri seharusnya mempunyai perancangan yang cepat, pantas dan berkesan untuk semua rakyat negeri Pahang khususnya BANDAR JERANTUT TERCINTA INI.....

Anonymous said...

KERAJAAN PUSAT MESTI BERTINDAK CEPAT MEMIKIRKAN PEMBANGUNAN UNTUK BANDAR JERANTUT NIE... CONTOHI NEGERI2 LAIN DIMALAYSIA, WALAUPUN TIADA HASIL BUMI TETAPI NEGERI MEREKA TETAP MAJU DAN BERDAYA SAING... KELUARKAN NEGERI PAHANG TERCINTA INI DARI MASALAH LEMBAB DAN SLOW.... HASIL BUMI JERANTUT BERTIMBUN2 TETAPI KENAPA TIADA LAGI MASIH MUNDUR DAN TERKEBELAKANG.... AYUH SUARA2 ORG JERANTUT, KITA BANGUN, KITA SUARAKAN HAK KITA UTK PEMBANGUNAN BANDAR KITA....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024