Tuesday, September 7, 2010

Hotel Resort 7 Bintang Di Kuala Tahan



38 tahun dulu usahawan ini pernah melawat Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Beliau sungguh tertarik dengan keindahan flora dan fauna Taman Negara Kuala Tahan. Beliau telah nampak Kuala Tahan punya potensi untuk dibangunkan sebagai tempat menarik pelancung.

Usahawan ini sekarang antara bilionair terkaya. Beliau mahu membina hotel resort bertaraf 7 bintang dengan konsep baru iaitu "green indoor park". Beliau telah membinanya di Kanada.

Antara ciri-ciri konsep "green indoor park":
  • struktur bangunan hotel dibuat dari "glass"
  • 400 bilik
  • Taman Botani
  • Air yang dikitar semula
  • Air terjun buatan
  • Zoo Akuakultur
  • Taman Safari
  • Rainforest Golf course terunik di dunia
  • Semua bahan yang dibuat dari bahan dikitar semula
Kerajaan negeri Pahang telah meluluskan tanah seluas 700 ekar kepada usahawan ini untuk dimajukan. Pelaburan projek ini bernilai RM2.5 bilion. Projek ini boleh memerlukan 300 orang pekerja dan akan meningkat pada setiap tahun.

WZWH tahu industri pelancungan menyumbang RM25 bilion setahun kepada negara. Pahang hanya boleh tap RM5 bilion. Yang lain banyak mencurah ke Sabah, Sarawak dan Melaka. Pahang perlu meningkatkan "market share" ke RM10 bilion kerana Pahang ada banyak produk-produk pelancungan.

Apa yang usahawan ini mahu ialah jalan dari Jerantut ke Kuala Tahan perlu dinaiktaraf bagi memudahkan perhubungan. WZWH perhatikan kekangan bagi projek ini ialah bekalan tenaga elektrik yang tidak mencukupi di sekitar Kuala Tahan.

Sebab itu WZWH mahu Projek Hidroelektrik Sungai Tekai perlu dibina dengan kadar segera bagi mengatasi kekurangan bekalan tenaga elektrik. Projek mini-hidro perlu dipertimbangkan dan dikenal pasti. Loji tenaga biomass dari pelet kelapa sawit juga perlu dipertimbangkan untuk dibina di kawasan berdekatan Felda Sungai Retang dan Padang Piol.

Dengan terbinanya hotel resort berkonsepkan "green indoor park" akan menarik minat pelancung asing dan dalam negeri mengunjungi Kuala Tahan. Sudah ada pelabur dari Singapura yang berminat dengan projek impian WZWH-kereta kabel Gunung Tahan. Dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang DUN Tahan akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di DUN Tahan dan ekonomi Jerantut.

DUN Tahan dan Jerantut punya potensi yang besar dalam bidang pelancungan. Kita perlu kreatif dan inovatif fikir bagaimana hendak memajukan tempat kita.

2 comments:

chenerong ular said...

jika betoi apa yang dikata,cantik,majulah taman negara,rakyat pn dapat perkerjaan,orang kampung pn senang untuk berniaga,kerana ramai pelancong kelas atasan akan datang,tp spe yang nak melabur ne ?.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Chenerong Ular
Minta maaf WZWH tidak boleh dedahkan siapa pelabur ini. Usahawan ini sangat "down to earth" tidak suka glamour, suka low profile. Lagi satu kalau WZWH dedah nama nanti syarikat besar ini akan saman WZWH kerana tidak mahu pesaing-pesaing tahu.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024