Sunday, September 26, 2010

Masa Depan Politik Ku Lan di Jerantut


Sudah 3 penggal YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menjadi ahli parlimen Jerantut. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri, menolak jawatan Timbalan Menteri dan kini ahli parlimen biasa.

Terlalu banyak polemik tentang penolakan Ku Lan kepada jawatan Timbalan Menteri dulu semasa zaman era Tun Abdullah Ahmad Badawi. WZWH faham erti kekecewaan Ku Lan. Sudah 3 penggal beliau berkhidmat alih-alih ramai ahli parlimen yang lebih muda dari beliau dan tidak pernah menjadi Timbalan Menteri tiba-tiba di lantik menjadi Menteri Penuh gara-gara peranan seseorang yang berpengaruh kepada Pak Lah.

Tetapi itu sejarah. Perubahan kepimpinan PM kepada DS Najib membuatkan Ku Lan bersemangat kembali berjuang dalam parti untuk memajukan parlimen Jerantut. Ketika YAB PM DS Najib merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut pada bulan September lepas, Ku Lan telah mempersembahkan satu ucapan yang amat baik tentang apa yang parlimen Jerantut perlukan kepada DS Najib.

Dan sememangnya WZWH berpendapat tepat pada masanya DS Najib PM Malaysia orang Pahang sekampung dengan Ku Lan, ada hubungan kekeluargaan dan tradisi warisan Pahang pula sudah tentu menyenangkan urusan merancang dan melulus projek-projek pembangunan yang bakal direalisasikan di parlimen Jerantut.

Tidak ramai orang yang tahu sebenarnya Ku Lan ini telah lama hubungannya dengan DS Najib di Pekan. Ku Lan adalah penyokong kuat DS Najib semasa DS Najib berumur 23 tahun bertanding parlimen Pekan pada tahun 1976.

Berbalik kepada tajuk posting WZWH apa masa depan politik Ku Lan di Jerantut. Sekarang umur Ku Lan sudah 60 tahun. Namun semangat hatinya untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara berkobar-kobar. Jika DS Najib memberinya kemudahan dan peluang maka lagi efisien dan efektif Ku Lan boleh memajukan parlimen Jerantut.

Ku Lan orang perjuangan. WZWH tahu dulu Ku Lan dari parti Semangat 46 pimpinan Ku Li. Hampir sepuluh tahun lebih beliau terlibat di dalam parti pembangkang itu. Beliau pernah menjadi Ketua Perhubungan Semangat 46 Pahang dan Ketua Pemuda Semangat 46 Malaysia. Beliau banyak berkorban wang ringgit, harta, masa dan tenaga untuk menggerakkan parti Semangat 46.

Bayangkan kalau dalam parti pembangkang Ku Lan sanggup berkorban berabis wang sendiri apa lagi dalam parti pemerintah dan ini pemimpin yang ideal untuk UMNO kerana UMNO perlu pemimpin semacam ini untuk benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

Hasil cadangan dan perbincangan Ku Lan dengan Tun Mahathir yang membuatkan parti Semangat 46 dibubar dan diserap ke dalam UMNO. Sebenarnya besar jasanya Ku Lan untuk menguatkan UMNO di era Tun Mahathir semasa Anwar Ibrahim mengganyang dari luar dengan gerakan Reformasi.

Itu sebab mengapa Tun Mahathir merestui Ku Lan bertanding di parlimen Jerantut pada PRU 1999 kerana Tun Mahathir tidak percaya kepada ahli parlimen Jerantut sebelum itu.

Beberapa blog Jerantut sudah kuat menyokong Ku Lan sekarang antaranya Muara Sat, Gerila, Politik Jerantut, Urag Drrulug, Sangkakala, Karok dan ramai lagi. Mereka berharapkan Ku Lan bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut. Orang Jerantut berharapkan Ku Lan diberi peluang untuk manjadi Menteri Kabinet penuh. Ini ialah hal budi bicara DS Najib selaku PM. Dan WZWH pun tidak pasti samada harapan ini boleh menjadi kenyataan. Kalau menjadi itu baik untuk parlimen Jerantut.

Jika Ku Lan dipilih bertanding sebagai calon ahli parlimen PRU 13, sudah tentu Jentera UMNO dan BN bekerja kuat untuk memastikan kemenangan beliau. Walaupun WZWH dalam blog WZWH nampak kritis dan sering dalam banyak posting melemparkan pandangan-pandangan yang antagonis nampak berlawanan tapi di dalam pilihanraya yang sebenar WZWH pasti berkerja kuat berkempen untuk memenangkan Ku Lan sebagai ahli parlimen Jerantut. WZWH tidak akan biarkan Ku Lan kalah kepada calon parlimen PAS. "Over my dead body" dan WZWH sebagai AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut itu tugas dan tanggungjawab memenangkan Ku Lan.

WZWH juga berpendapat Ku Lan sebagai ahli politik yang sangat matang sudah tentu ada kemungkinan Ku Lan diperlukan memimpin Politik Pahang ini kerana sudah sampai masa dan ketikanya untuk Ku Lan berperanan memimpin politik UMNO Pahang.

WZWH berpendapat Ku Lan juga jika dipersetujui PM dan MB bertanding di DUN Pulau Tawar pada PRU 13 demi kebaikan masa depan politik Jerantut dan diharap boleh membawa negeri Pahang ke masa depan yang gemilang.

WZWH tidak merasakan "assignment" ini sesukar untuk Ku Lan jadi Menteri Penuh. Ianya pada akhirnya terpulang kepada kebijaksanaan DS Najib Perdana Menteri Malaysia membuat keputusan dan rakyat Jerantut terutamanya jentera BN dan UMNO perlu memastikan Ku Lan menang apa-apa kerusi parlimen atau DUN pada PRU 13. WZWH hanya boleh mengharap hanya Allah jua yang menentukannya.

7 comments:

Helang Buana said...

WZWH memang cekap membodek. Saya setuju dgn pendapat WZWH, yang pasti nya calon kali ini adalah calon yang boleh menang dan boleh berkerja dengan PM. Bukan yang menghentam PM dari belakang atau tidak selari dengan PM. Kadang2 bekas pembangkang memang caranya membangkang juga. Terpulanglah pada PM menentukan,,,,entah2 orang baru yang tak di sangka????

Dark Stone said...

SAYA BANGGA DUDUK JERANTUT

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Cg Pian,
Politik serba kemungkinan. Mungkin entah-entah orang baru yang tak di sangka. Yang penting semua pihak boleh terima dan belajar menerima seperti mana orang Jerantut boleh terima Dato' Shariff Ahmad, Dato' Wan Abu Bakar, Tn Hj Kamaruzaman Baria dan YBM Tengku Azlan.

Salam Dark Stone,
WZWH pun bangga jadi orang Jerantut.

Anonymous said...

Bertanding boleh menang belum tau penggal lepas pun dah nyawa ikan.

bintangtiga said...

BETUL. kU LaN JADI MENTERI.

chenerong ular said...

sekarang ini bn bertanding belum tentu menang lagi di jerantut,tak kira siapa calun sekali pn,hatta ayah pin yang akan di turunkan dari kerjaan langit untuk menjadi calun tak tentu menang,fikir2kan lah sesiapa yang berhajat nak jadi calun,terutama pegawai2 kerjaan yang tak berapa lama berkerja,esok masuk angin keluar asap,kalau yang dah kaya tak apa,kalah tak jadi soal,boleh g rehat luar negeri sambil merancang nak mesuk pati mana pulak,kami pengundi ne bukan ada kepentingan,yang mana menang kami mcam ini jer,tak dapat apa dan tak mengharapkan apa2,kekadang rasa biar jer kalah,biarnya rasa,hok menang baru tuk nok mengumpul kekayaan pun ambik masa juga,yang sebenarnya orang politik ne semuanya sama khususnya melayu,cakap jer demi bangsa,agama dan negara,pedoah jer,demi perut,kuasa dan penyokong saja,tak kira,umno,pkr,pas,dan yang sewaktu dengannya

Lukk said...

kah.kah.kah...janganlah marah wahai si Chenerong ular...bawa banyak2 bersabar,tenangkan hati,dan cuba berfikiran realistik sikit.hehehe...saya setuju dengan apa yang anda katakan,kita tak dapat apa2..nak tengok muka wakil rakyat kat jerantut pon susah...yang boleh tengok hanya kroni2nye sahaja..kita penduduk jerantut yang takda apa2 jawatan hanya dapat lihat dan bertemu wakil rakyat semasa pilihanraya je.hihi..masa tu,macam2 menabur janji manis..selepas menang,habukkk pon tarak...apa2 pon,saya masih lagi mengharap Kerajaan BN dapat mengekalkan pemerintahan selepas PRU13 nanti..cuma,wakil2 rakyat yang telah dipilih dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien lagi...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024