Thursday, September 2, 2010

PAS Langkah Kanan Menawan Parlimen Jerantut

LAWATAN PRESIDEN DAN TG NIK AZIZ KE JERANTUT BERKESAN!

DR HAMAZAH JAFFAR
WZWH berharap kepimpinan semua empat lapis UMNO Jerantut baik Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-ketua cawangan UMNO haruslah sedar bahawa PAS Pusat , PAS Negeri dan PAS Jerantut telah merancakkan aktiviti bagi memenangi hati dan minda rakyat Jerantut.

YDP Jerantut Dr. Hamzah Jaffar begitu bersemangat sekali dengan kehadiran Presiden PAS, Hadi Awang dan Mursidul Am PAS, TG Nik Aziz ke Jerantut. Ini memberi kekuatan moral kepada Dr. Hamzah dalam strateginya memenangi parlimen Jerantut pada PRU 13.

WZWH berharap kepada Geng 18 kumpulan baru UMNO Jerantut supaya peka dan sedar bahawa pengaruh PAS sudah mula meningkat di parlimen Jerantut ini. Jangan sibuk sangat ketua Geng 18 terlalu ghairah hendak menjadi ahli parlimen Jerantut dengan agenda mahu mencantas orang itu orang ini tetapi nanti bila ditakdirkan menjadi calon, akhirnya menang sorak kampung tergadai kepada PAS.

Kepada Ketua UMNO Bahagian Jerantut, prestasi tiga penggal parlimen anda akan menentukan samada rakyat Jerantut akan memenangkan UMNO (BN) atau PAS (PR). Jika tiada usaha bersungguh-sungguh dan menyeluruh, PAS pasti merampas kerusi parlimen Jerantut.

Kita ikuti laporan penuh blog Jerantut Post berkenaan aktiviti PAS di Jerantut baru-baru ini...

Lawatan Ustaz Haji Hadi Awang ke Jerantut khususnya ke kawasan pedalaman DUN Tahan (semasa YB Dato' Wan Amizan Wan Razak bersama rombongan semua Tok Empat dan Ketua cawangan UMNO mengerjakan umrah) meriah dan dapat sambutan hangat penduduk di sana. Presiden PAS yang di sertai oleh Jawatankuasa pusat dan Pesuruhjaya PAS Pahang itu dapat bermesra dengan orang kampung Ulu tembeling dan berikrar menyokong PAS dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Selang beberapa hari Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan pula mengadakan lawatan ke Jerantut disambut dengan meriah juga. Tuan Guru bukan sahaja bertemu dengan ahli-ahli dan penyokong PAS malah dapat bertemu dengan Anggota Pakatan Rakyat serta kelab penyokong PAS dari Masyarakat Cina dan India di Restoran bersebelahan RHB, Jerantut.

Dianggar dua ratus orang terdiri dari orang Melayu, Cina dan India berkumpul mengalu-alukan ketibaan Tuan Guru. Walau pun acaranya agak ringkas tapi memuaskan.

Tuan Guru juga melawat Batu Balai dan berziarah di kampung keluarganya dan bermalam di masjid di sana pada keesukannya beliau melawat bilik Gerakan PAS kampung Koi damak serta beramah mesra dengan mereka di sana. Kira-kira 100 orang jentera PAS menyambut beliau di situ. Tuan Guru berucap agak ringkas tetapi mempunyai mesej yang sangat bermakna kepada jentera.

Lawatan Pemimpin Besar PAS kali ini memberi kesan besar dan menaikkan semangat ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Jerantut.

2 comments:

Anonymous said...

Salam...,

Ingatan ringkas dari TGNA kepada penyelaras pas kawasan Jerantut. Awas... Umno jangan bermuka-muka sesama sendiri, bukan semua tak tahu Umno hanya lebihkan perjumpaan apabila ada bersama ketua. Cakap stretagi aja langsung tak berperanan lepas itu perang saraf dan gerak saraf langsung tak ada. Harapkan projek kalau tidak tak jalan. Kalau bermula sekarang, ucapkan sayonara kepada Umno hatta kerajaan BN di Pahang...

P5B...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:34,
Satu kritikan membina dari Anon untuk semua orang UMNO Jerantut renungkan dan terutama kepada kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Jerantut supaya muhasabah diri.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024