Sunday, April 15, 2012

Isu PTPTN: Mahu Hapus...Tak Mahu Bayar...Free Education?


WZWH adalah batch terakhir mendapat biasiswa belajar ke United Kingdom pada akhir 1980an. Selepas tu biasiswa tukar jadi pinjaman. Kemudian dari tahun 2004-2006 WZWH buat MBA di UUM belajar hujung minggu itu kena buat pinjaman dari Yayasan Pahang. Oleh sebab WZWH dapat CGPA cemerlang, Yayasan Pahang atas budi bicara MB Pahang, maka WZWH tak payah bayar!

300 pelajar berdemonstrasi, berkemah di Dataran Merdeka semalam. Mendesak PTPTN dimansuhkan. Tapi pelik kenapa laungan memburukan kerajaan dan pemimpin BN berleluasa? Siapa di belakang? Sudah tentu "politician who knows how to manipulate the art of using students".

Tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain.


Biarlah, mereka negara-negara luar kaya, mereka boleh bagi pendidikan secara percuma. Kita boleh mansuhkan PTPPN tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat. Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi.

Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi PM selepas PRU nanti.

Anwar sebenarnya pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu ketua pembangkang berkenaan merupakan TPM merangkap Menteri Kewangan.

Di Malaysia sejak awal lagi peruntukan sebanyak 25 peratus daripada belanjawan setiap tahun diberi untuk pelajaran bagi tingkatkan ilmu pengetahuan.

Ini adalah satu pelaburan untuk masa depan kerana kita yakin kalau rakyat mempunyai pelajaran yang cukup, maka dapat bangunkan negara dengan lebih pesat dan baik.

Permohonan kemasukan bagi lebih 30 institusi pengajian awam dan 30 institusi pengajian swasta sering tidak mencukupi walaupun setiap tahun jumlah tempat yang ditawarkan bertambah.

Kerajaan BN menanggung antara 85 hingga 95 peratus subsidi bagi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam untuk meringankan beban pelajar.

Pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian mereka pada kadar yang amat minimum.

Contohnya bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 bagi lima tahun pengajian berbanding RM166,000 yuran sebenar. Pelajar hanya perlu bayar 5.4 peratus daripada jumlah yuran sebenar dan baki 94.6 peratus dibayar oleh kerajaan.

Bagi bidang kejuruteraan di UKM, pelajar hanya perlu bayar RM5,600 untuk tempoh empat tahun pengajian berbanding RM61,200 yuran sebenar. Hanya 9.2 peratus pelajar perlu bayar, manakala baki 90.8 peratur dibayar oleh kerajaan.

Sebahagian besar pinjaman PTPPN itu digunakan oleh pelajar untuk menanggung keperluan sara hidup mereka.

Hanya 15 ke 30 peratus pinjaman PTPTN digunakan pelajar untuk membayar yuran masing-masing manakala 70 ke 85 peratus digunakan bagi menanggung sara hidup.

Pemansuhan PTPTN seperti yang diminta pembangkang akan menyebabkan pelajar perlu mencari sendiri yuran pengajian mereka.

PTPTN turut mengecualikan pembayaran semula kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat kelas pertama atau yang setaraf dengannya yang mana sehingga 31 Disember 2011, seramai 11,764 pelajar telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman PTPTN.

Sehingga 31 Disember 2011, sebanyak 1.93 juta permohonan PTPTN telah diluluskan melibatkan peruntukan RM42.96 bilion.

Bagi menyediakan pinjaman kepada pelajar, PTPTN membuat pinjaman daripada institusi kewangan di mana kadar faedah antara empat hingga lima peratus perlu ditanggung kerajaan.

Bagi 2012, kerajaan perlu membiaya RM1.09 bilion bagi kadar faedah pinjaman dari institusi kewangan.

Sila baca sini berkenaan penjelasan isu PTPTN dengan lebih detail.

14 comments:

Anonymous said...

Kita saja yang sibuk gaduh isu nonsense seperti nak beri wang dah dipinjamkan oleh PTPN percuma kepada orang yang dulu tak-malu pinjam duit.
Dah pinjam duit tak mahu bayar? Kan jika dibayar-balik boleh digunakan oleh anak orang miskin selepas kamu?
Cantiknya muka.
Abeh yang dah bayar-balik kerana ada sifat tangungjawab, bagaimana?
Jika nak beri free tuition DI MASA DEPAN untuk pengajian tinggi boleh dibincang. Ramai akan setuju.
Tapi mengajar anak-anak kita yang dah dapat duit rakyat bahawa mereka tak payah bayar, pada saya tambahkan pening.

Anonymous said...

kalau umno tak mampu nak hapuskan ptptn lebih baik berundur dan bagi peluang pada PR untuk tunjuk jalannya...

umno semua tak boleh...bagi air percuma pun tak boleh...

yang bolehnya bagi kat laki ijat 250 juta....bagi kat cina MCA 12 billion untuk pkfz...500 juta bagi kat najib komisyen kapal selam...yg tu umno pandai....

Anonymous said...

WZWH,

1. Soal nak hapuskan atau tidak PTPTN ini bukanlah isu yang mendesak. yang menjadikan ianya isu mendesak ialah KEGAGALAN EKONOMI NEGARA MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA GRADUAN-GRADUAN SELEPAS TAMAT BELAJAR. PELUANG PEKERJAAN SAMADA DI SEKTOR AWAM ATAU SWASTA.

Isu ketiadaan peluang pekerjaan inilah yang menimbulkan masaalah. tak ada kerja yang setimpal dengan kelulusan, macamana nak bayar pinjaman PTPTN.

Bila orang tak ada kerja, dia tak boleh bayar painjaman itu. bila peminjam tak bayar PTPTN menghadapi masaalah untuk menyediakan pinjaman baru kepada peminjam baru setiap permulaan semester baru setiap tahun. Kenalah kerajaan asyik dok menambah peruntukan baru setiap tahun bagi menampung data yang tidak berbayar.

inilah cycle dan perjalanan PTPTN sejak sekian lama.

2. Kita hairan, negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi. Rakyat kita bukannya ramai dan bertaburan di pelbagai pulau macam Indonesia. Mengapa ekonomi kita begitu teruk.

itu persoalannya. Isu bayaran balik pinjaman PTPTN ini melibatkan segenap lapisan masayarakat. tak kira anak orang PAS ke, orang UMNO Baru ke, orang DAP ke, orang tak berparti ke.

3. Perkara kedua penting ialah standard pendidikan tinggi kita dah jadi tak berkualiti. Kalaulah berkualiti anak-anak kita boleh pergi kerja dinegara-negara lain juga. orang kata luas berjalan luas pemandangan. ini juga kerajaan kena beri perhatian serious.

Jadi soal mansuh ke tak mansuh PTPTN ini tak usah la nak dijadikan isu politik peringkat kita rakyat biasa ni. Hampir setiap keluarga ada anak yang ambil pinjaman PTPTN dan sebahagian besar anak-anak kita menghadapi masaalah nak membayarnya.

Anonymous said...

Satu lagi bagi kat Tajudin bekas bos MAS RM580 Juta. Yang untung Tajudin manakala MAS rugi saban tahun. Ada hati kata "hanya Umno yang mampu mentadbir negara".

Anonymous said...

duit rasuah pkaz dngan lembu shahrizat boleh cover balik ptptn.tulah umno,bila bab duit banyak la alasan,bangkrap la ape la ptui...padahal sendiri makan duit rakyat tak ingat.pru13 boleh berambus.

Anonymous said...

dulu free sekarang kena bayar.tak mampu bayar,pinjam. kenapa ya!

Anonymous said...

Tun razak kan da pesan.saham saham,lesen lesen,biasiswa biasiswa dan satu lagi kas lupe menda.ada 4 pekara yang ni memang hak mutlak orang melayu yg kena jaga..sape ingat satu lagi tolong tuliskan disini..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

kontrak, konsesi dan pekerjaan bagi Bumiputera.

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, April 16 (Bernama) -- WZWH,Allow me to paste what Tun think on the abolishment of PTPTN below :

Tun Dr Mahathir Mohamad said students who wanted the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) to be abolished should return their loans or refrain from taking it, rather than take to the streets to demonstrate.

The former prime minister said, those who suggested that the government do away with the PTPTN, should look into ways of supporting these students financially.

He said, the abolishment of PTPTN would have an impact, not only on the cost of education, but also in distributing the benefits which would also benefit the rich.

"If you abolish it, you have to replace it with something else that could be more costly, for example, giving free education to everyone. In this case, even the rich will enjoy," he told reporters here today.

Earlier, Dr Mahathir chaired a high level strategy session for the select group titled, 'Drivers of the New Economic Landscape on the Home and Global Front - A Malaysian Private Sector's Dilemma', organised by the National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia here today.

Dr Mahathir said the aim of PTPTN was to help the poor get better education at university level, adding that it was the responsibility of the Malaysian Government to help the poor.

"The idea of having PTPTN is to help people who are unable to pay for a good education, but if the fees are free, the rich will also receive the same benefit, and this is not fair to the poor.

"Why should we help the rich? We should help the poor, PTPTN is for the poor," he stressed.

On the abolishment of the Internal Security Act (ISA) for replacement by the Security Offences Act tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at the Dewan Rakyat sitting today, Dr Mahathir said he did not want to comment on the new law since he had not studied it.

On the ISA, he said: "It is not the ISA which was the problem. It is the way it was implemented.

"As you know, the Americans have a much tougher ISA than us, they have detained (detainees) without trial. The people in Guantanamo Bay, for the past 10 years, have not faced a trial and nothing...what more, they allowed torture while being detained (under detention)."

Thank you.

@Kampong man

Anonymous said...

Dah kantoi. Rupanya yang membawa usul dan membentangkan di parlimen psl Ptptn ni rupanya Najib pada tahun 97. Dia menteri pendidikan masa tu. Rujuk hansard parlimen. Hahahah. Bodoh

Anonymous said...

Haah. Tarikhnya 13 Mei 1997. Pkl 9.30 mlm

Anonymous said...

Ini hanyalah pandangan saya.
Maaf jika ada kekurangan. Sila betulkan jika tersilap.

Anonymous said...

Hello! І've been reading your site for some time now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Lubbock Tx! Just wanted to mention keep up the great job!

Here is my blog post: online cash advance ()

Unknown said...

En savoir plus sur l'auteur répliques de sacs à main gucci mon avis ici Goyard Dolabuy j'ai adoré ça dolabuy.ru

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024