Tuesday, April 9, 2013

Bisikan Halus Mengerat Calon Amalan Pemimpin Kuno UMNO Jerantut


Keburukan UMNO Jerantut apa yang WZWH perhatikan ialah pemimpin-pemimpin lama yang telah 'menikmati nikmatnya politik' pada zaman dan era kegemilangannya walau tidak buat apa-apa secara transformasi membangunkan Jerantut tetapi tetap merasakan mereka lebih hebat...lebih pengaruh...lebih cerdik...padahal pada hakikat sebenarnya mereka adalah tin-tin sardin yang kosong tidak relevan lagi dengan perkembangan politik terkini.

Jika di zaman mereka memimpin UMNO Jerantut mereka berbuat sesuatu, ada nampak pembangunan dan kemajuan Jerantut itu memang patut WZWH puji tapi yang sebenarnya mereka tidak buat apa-apa pun. 

Sebab hati mereka rosak penuh dengan hasad dengki tidak suka melihat kejayaan pemimpin muda membangunkan Jerantut. Mereka tidak suka nama mereka dipadamkan dari sejarah politik Jerantut yang hebat berperang sesama sendiri demi hasutan orang politik luar tapi tidak mempedulikan kemajuan dan pembangunan Jerantut.

Politik sebegini Jerantut tidak membantu Jerantut malah mencacatkan perancangan Jerantut masa depan. Majoriti orang muda Jerantut menolak politik lama dan tidak produktif Jerantut ini.

Mereka suka semua ahli UMNO Jerantut menjadi anti establishment.

Bisikan halus mengerat calon amalan pemimpin kuno UMNO. Caranya:

  • Buat surat layang, berpuluh-puluh surat layang memburukkan pemimpin muda.
  • Beberapa orang disuruh memfitnah baik di Jerantut, di Kuantan dan Putrajaya.
  • Mempengaruhi agensi-agensi memburukkan pemimpin  muda.
  • Mengadap MB, PM dan Raja bawa skema politik menjatuhkan pemimpin muda.

Orang muda Jerantut tahu bagaimana mahu memilih pemimpin yang buat kerja dengan pemimpin yang manis mulut, suka retorik tapi otak udang tidak tahu buat kerja.

Surat layang itu fitnah cara media lama....

43 comments:

Anonymous said...

Kadang kala, WZ waras.
Sedar tentang politik ameno di Jerantut.
Cuma susah berubah sebab terikat dgn politik zaman Tun Razak.

Anonymous said...

Perangai jahat dan hodoh pemimpin UMNO bukan terhad di Jerantut sahaja....dimana2 saja inilah 'trademark'nya. Sesuatu yg silap jika menyatakan kebusukan ini berlaku sekarang ini..sebenarnya ia berputik semejak zaman Mahathir lagi iaitu setelah orang2 UMNO mula mengenal credit card dan balak boleh bertukar menjadi pokok emas..

Sistem nilai inilah yg menjadikan UMNO sudah tidak laku dikalangan orang Melayu yg cerdik kecuali spisis macam Sang Sapurba atau Kutukan Dewata...

Jadi aku menyeru kepada sahabat2 yg dikasihi agar menjadi CERDIK POLITIK.

Apa salahnya anda mencuba sesuatu yg baru...cuba memberi peluang kpd PR utk mentadbir Negara. Mungkin lebih baik....mungkin anak anda berpeluang mendapat didikan yg lebih sempurna setelah guru2 mereka tidak lagi disebokkan utk melayan karenah orang2 politik. Pendapatan anda mungkin meningkat apabila wang Negara tidak lagi dibazirkan utk projek2 yg tidak perlu. Mungkin juga anak muda anda yg baru tamat drp IPTA/IPTS mendapat peluang pekerjaan yg setara dgn kelulusan mereka atau sekurang2nya tidak dipaksa untuk membayar pinjaman drp PTPTN....

Sekalipun PR tidak menang, sekurang2nya undi anda menyebabkan PR menjadi pembangkang yg kuat yg dapat memberi tekanan kpd BN utk memberi sesuatu yg lebih baik kpd rakyat...mungkin BR1M dibayar RM500 sebulan bukan RM500 setahun....

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENCUBANYA.....

Mat Periba

Anonymous said...

Sepatutnye orang UMNO lama ni dah xde dalam agenda pembangunan... mende tunggu lg veteran ... anda x diperlukan..... nyah dari UMNO

Anonymous said...

Kekadang hati kita terbisik di antara dua. Ya diantara dua iaitu baik dan jahat. Orang lain pun begitu. Bisikan baik dari hati luhur kerana Allah, bisikan jahat hanya dari penglibatan jahat dari syaitan. Terlalu baik pada hati tanpa mengira teguran tapi merasakan dialah yang terbaik juga datangnya bisikan syaitan.

Anonymous said...

Sahabat ku wz. Saya ingat apa yg mahathir sebut: yg cerdik berada dlm pas, yg pandai berada dlm pkr, yg bijak berada dlm dap. Puncanya pemimpin kuno umno menyekat mereka. Akhirnya yg ada dlm umno hanya mat rempit mat gian dan yg lingkup spm. Marilah kita tinggalkan parti purba ini.

Anonymous said...

Aku sokong sgt dgn komen Mat Periba tu. Yang x mau perubahan ini ialah golongan veteran yang mana disokong2 oleh ramai tok4. Tok4 ini hanya mengejar glamor jawatan sedangkan idea utk membangunkan sesuatu kampung tiada. Yang diorang tahu, bermegah dgn jawatan dan kurang jgk ada yang mencari duit dgn kuasa yang ada. Jumpa orang politik, pau duit sana sini. Duit ugut dgn kontraktor pun ada. Mentaliti inilah yang menyebabkan golongan muda menyampah dgn veteran tin sardin kosong ni td. Pd saya, situasi politik sekarang dan mungkin slps pru13 ini bukan disebabkan PR kuat tetapi disebabkan ameno sendiri dah 'tua'. X berdaya saing dan gagal membaca perubahan minda golongan muda

Anonymous said...

Dalam PR pun ramai jugak yang dah PURBA. kuburkan mereka sebelum mereka kuburkan PR. Undi protes ke atas PR mampu menguatkan PR

Anonymous said...

Lihat cara pemimpin umno tua menyekat bakat baru.,umpama lanun mcantas anak buanya yg melawannya. Akhirnya lanun itu tanpa pengikut dan akhirnya kapal tenggelam krn semua anak kapal mampus.

Anonymous said...

Majoriti calun pakatan muda dan profesional. Tunggu yg umno. Kalau yg gred 3 spm macam di galas sorry le aku tak undi. Nak tgok kj ada nama ke tak.


Pemuda umno gm

Anonymous said...

Pakat tukor la Kali ni deme.

Jangan pangkah dacing weh

Anonymous said...

tu sebab aku akan sokong pas pru ni

Anonymous said...

Ramai dr yg btanding kali ini. Dulu bn ada dr jua yakni dr m, tp skrg dr isa sabu perlis. Kahkah smua org perlis tau dia ni dr beli.

Anonymous said...

WZWH, kalau awak jadi calun PRU 13 ni, saya akan balik Jantut mengundi.

Anonymous said...

Salam WZWH,

Minta mereka itu musabahkan diri, jauh daripada sikap yang sumbang yang tidak ada makna dalam perjuangan parti dan kemenangan BN. Bukan masanya sekarang. Walaubagaimanapun, kita  mengakui bahawa budaya itu wujud di dalam masyarakat, "human problem".

Seperti Mat Periba, apa dia yang 'hodoh', 'berputik mata' dalam isu pembangunan di Jerantut, dan kaitan 'credit card' balak dan pokok emas itu. Kalau nak berkempen pun, berilah bahan  yang waras  sikit. Adakah ini yang dikatakan CERDIK POLITIK itu?
 
Dalam system pelajaran yang sedia ada dan lanjutan  Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia 2012-2025, sebagai contoh, tidak ada kena-mengena  dengan asas keputusan yang berunsurkan politik. Adakah untuk membangunkan corak mengajar kepada guru guru daripada sebelas anjakan tindakan itu ada berbau politik? Pandangan yang adanya unsur politik itu adalah karut dan politik tahyul namanya.

Pembangunan adalah asas kepada pertumbuhan  ekonomi Negara. Ini tidak boleh dielakan. Misalnya, projek membina jalan baru bukan saja untuk pengunaan penduduk luar bandar bahkan perluang luas untuk wujudnya pusat ekonomi baru bersama menampung  sumber manusia yang sedia ada. Dalam masa yang sama harga nilai tanah meningkat  tidak kira siapa empunya. Ini yang dinamakan salah satu pembangunan Ekonomi.

Siapa yang dapat dan tidak dapat kontrak untuk membina jalan itu perkara lain. Tolong cadangkan apa dia yang baru? Dan bagimana pendapatan rakyat bolih meningkat daripada sumbur baru? Bagimana pula anak anak muda yang baru tamat daripada IPTA/IPTS dapat kerja? 

Satu undi boleh membawa kemenangan kepada BN atau PR. BUKALAH ISU "PELUANG UNTUK MENCUBANYA"

Anonymous said...

Jika umno letak calun yg banyak duit tapi kerana rasuah tunggu la linfkup lagi. Saya pulih yang ada agama tak kira jurusan apa dia belajar.

Anonymous said...

Wz..kerat mengerat ni kerja Mona Fendi. Mungkin ia berlaku di pahang maka pemimpin Umno teruskan tradisi kerat mengerat ni? Kehkehkeh. Hidup Pas.

Anonymous said...

Itu hak awak nilaikannya.

Anonymous said...

kita cuba undi PR kali ni.tengok betul atau tak janji dia.kalau dia tak laksanakan pru14 nanti kita undi BN pulak.
" Moh test undi " PR .

Kutukandewata said...

MAT PERIBA KATA AKU BODOH ALHAMDULLAH.
MAT PERIBA MEMANG DILAHIRKAN CERDIK SEBAB DIA TAHU BENAR AKU NI BODOH.TAHNIAH MAT PERIBA KERANA TERLALU CERDIK.

BIASALAH MANUSIA NI BILA DIA TIDAK SUKA KEPADA ORANG LAIN DIA AKAN LABELKAN ORANG TERSEBUT.

MAT PERIBA TIDAK SUKA KALAU ORANG BONGKARKAN KEBURUKAN PUJAANNYA.PUJAANNYA SUNGGUH MAKSUM DAN MAHA SUCI SEBAB BOLEH TENTUKAN NERAKA ORANG DAN DOSA PAHALA ORANG.

SEBAB ITU AKU KATA MAT PERIBA TERLAMPAU CERDIK KERANA BEGITU YAKIN APA YANG PUJAAN DIA BUAT BETUL BELAKA.

PUJAAN MAT PERIBA JUGA ADA KUASA MENGAMPUNKAN ORANG WALAUPUN ORANG ITU TERBUKTI TELAH DITANGKAP ANGKARA SKANDAL SEKS.PUJAANNYA SUDAH JADI PADERI BESAR YANG BOLEHAMPUNKAN DOSA ORANG.

JELASLAH MAT PERIBA SANGAT CERDIK KERANA TAHU MENILAI PERANGAI PUJAANNYA.

LAGI SATU MAT PERIBA SANGAT CERDIK KERANA DIA DAN PUAK DIA DAPAT PAHALA KALAU SEMBAHYANG.

TAHNIAH MAT PERIBA KERANA TERLALU CERDIK!!!!!

Anonymous said...

takde orang dah dekat periba tu semua cerdik dan dilantik jadi cendekiawan dekat usa semua tinggal sana sekarang

Anonymous said...

Apa nak di harap pada PAS. Perjuangan negara islam dah poncet tengah jalan. Yg dulu dikata haram kini pulak dah jadi halal. Perjuangan yg sudah tidak relevan dan tiada hala tuju. Sama sendiri dlm parti pun tak boleh kata sepakat. Presiden kata boleh, majlis syura kata tak boleh.
DAP pulak tak padan dgn nama...konon demokrasi tapi yg pilih pemimpin 20 org dlm cec jer. Kata berbilang kaum tapi bila undi semua cina..lepas 3 minggu kata ada silap komputer dan konon rupa nya ada sorang melayu terpilih....itu pun sbb org dah riuh. Konon berarak nak bersih kan pilihanraya negara tapi urusan pemilihan parti sendiri hancai. Apa nak diharapkan.
PKR pulok ada presiden tapi tak boleh nak pakai sbb atas presiden ada lagi sorang yg lebih berkuasa...yang ahli pilih presiden tapi yg buat keputusan ketua umum, jawatan sendiri buat. Konon nak bela rakyat marhaen tapi suara ramai dia tak pakai. Nak hapus rasuah tapi dia sendiri kena jel sebab salahguna kuasa.
Tiga tiga konon dlm pakatan..bentang manifesto konon nak buat macam2. Hak manifesto dulu tak terbuat ini bentang pulok yg baru. Nak putus sape jadi pm pun tak tau ujung pangkal. Kalau menang pun esok berbalah je lah berebut jawatan pm takdan nak mikir masalah rakyat.
Semua pedo'oh jer.
Moh undi bn...sekurang kurang nya dah tau sape jadi pm bila menang.

Anonymous said...

pas cerdik

Anonymous said...

Kalau politik digunakan sebagai wadah perjuangan untuk kebaikan rakyat, tak ada berlaku, cantas-mencantas, fitnah memfitnah. Tapi kalau politik untuk kepentingan diri, politik untuk duit, inilah jadinya.

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Sebab dah tau Sapa piem Kala dacing menang la kita tak pangkah dacing....

X sesuai langsung org tu jadi piem.....

Jangan pangkah dacing weh

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Sebab dah tau Sapa piem Kala dacing menang la kita tak pangkah dacing....

X sesuai langsung org tu jadi piem.....

Jangan pangkah dacing weh

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Sebab dah tau Sapa piem Kala dacing menang la kita tak pangkah dacing....

X sesuai langsung org tu jadi piem.....

Jangan pangkah dacing weh

Anonymous said...

Salam, saya sokong amat apa yang mat periba katakan. betul amat apa ungkapan rakyat dlam blog " pandir macam orang umno" . Tengok hujah2 yang di beri olih 9.32, kutukan dewata dan 1.18 sian tengok hujah2 mereka nampak sangat kurang cerdik nya,dan satu kejayaan besar umno memandulkan fikiran orang melayu. Ingat pesanan pemimpin2 pakatan dan sebahagian pemimpin umno yang dah berkesedaran seperti tun musa hitam "jangan jadi pandir mcm orang umno". Jangan pangkah dacing weh.......ABU

Anonymous said...

Kami mahu Ahmad shah jamlus sebagai calon bn parlimen jerantut....

Wan zurik....

Tolong kabo ke Orang atas

Anonymous said...

Sdr Kutukan Dewata,


Tolong hayati petikan titah DYMM Pemangku Raja Perak Raja Nazrin pada 19 Feb 2013 bertempat di DBP (Perpaduan Ummah: Harapan, Realiti Dan Cabaran), untuk pencerahan sdr dan sahabat2 sekelian.

36. PAS telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun. Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri. PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh. Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari.

37. Program pendidikan negara adalah program Dasar Ekonomi Baru yang paling berjaya memenuhi matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Program pendidikan negara telah berjaya menghasilkan lebih ramai cerdik pandai dan tenaga profesional di kalangan generasi muda ummah. Ramai di antara mereka berminat dalam politik; ramai yang mahu berperanan aktif di dalam politik. UMNO telah terlalu sarat untuk dapat menyediakan ruang yang boleh menyerap kesemua angkatan muda inteligensia ummah. Di samping itu, berlaku budaya over protective yang diamalkan di kalangan sebahagian pemimpin UMNO, yang tidak bersedia menerima kehadiran angkatan inteligensia muda ini, kerana bimbang angkatan muda bakal mencabar status quo pimpinan. Di tambah dengan gelombang kebangkitan Islam sejagat, angkatan muda inteligensia ummah ini, sedikit demi sedikit telah menjadi tenaga baru di dalam PAS. Mereka memberikan kekuatan baru – mereka menyuntik budaya baru – mereka melakar imej baru PAS.

38. Mereka didewasakan di tapak semaian politik yang sehingga kini tidak memperlihatkan budaya bermegah-megah berbentuk material atau dihiasi dengan pakaian dan kenderaan berjenama. Mereka tidak bersantai di cofffee house atau di lounge hotel ternama, tetapi bersantai di warung dan di kedai kopi, berqiamullail di masjid – berusrah di surau. Lalu berlaku asimilasi budaya yang amat erat, menggabung dan mengimbangkan tradisi dengan modenisasi, mencantumkan komponen duniawi dengan ukhrawi; menghasilkan produk politik yang berupaya menyampaikan tazkirah di pondok dan madrasah, pada masa yang sama bertenaga untuk berdebat di auditorium universiti dan di forum antarabangsa. Kehadiran mereka telah mengubah kaedah dan pendekatan politik PAS. Kehadiran mereka semakin terasa.

Mat Periba

Anonymous said...

Tunggu la penamaan calon...lagi hebat lepas ni..heeee..heeee..kheeekkk...

Orang Muda said...

Mat Periba,
jangan layan kutukan dewata tu,
dia mmg tak senonoh.tgk blog dia.kejap ada hadis,kejap keluar gambar seksi, otak dia celaru,mcm sesumpah.penulisan dia menggambarkan otak dan peribadi beliau.tapi nak heran apa.sbb dia penyokong umno.
apapun kita kena cuba undi PR pru 13 ni.

Anonymous said...

Ko sanjunglah yang berhati setonirajim dan kutuklah orang yang ada hasart kearah kebaikan. Ko agunglah anugayrak tuhan totey macam belalai.

Anonymous said...

Ha ha ha..

Che Wan ...ITULAH AMENO...aok tak tauu ke Che Wan..ha ha ha..

Yang tua tak Sedar Diri, Yang agak tua perasan masih Belia, Yang Muda, juara samseng kampung ..ha ha ha..

Anonymous said...

Salam untuk semua.

Seronok baca komen2 pemain dan peminat politik Jerantut.Ada yang bernas dan tak kurang juga hampas.....

Apa yang saya ingat ,bisikan halaus kerat mengerat calon dan orang yang
berkuiliti dalam UMNO Jerantu bermula
dengan hebat pertengah tahun 80han....sebab itulah Dato'Sarif dan Ramli terkeluar,,,,, Puak bisik
dan surat layang pernah berkuasa sekejap ,,,,,.Sekarang anak2 murid
mereka sedang main peranan yang serupa dengan apa yang berlaku pada
masa dahulu.Mereka inilah juga yang mengepong Ku Lan bila Ku Lan
jadi YB jerantut.....Depan KU LAN
mereka puja dan puji dan lambong tinggi,bila jumpa MB dan PM lain
pulak cerita yang diberi.Sampai sekarang di Kuntan dan P.Jaya tengah berkumpul puak ini.........

Munggu dulu WZWH ada tulis cerita
hal2 kelompok politisen Jerantut tapi tak habis.Banyak lagi yang tidak dibungker,,,,,,.Syabas WZWH
KERANA BERANI membungkar kejahatan walaupun pahit untuk ditelan .Teruskan perjungan anda untuk menyedarkan kapada pendokong2UMNO
peringkat Negri dan Pusat...........

Sian Kutukan Dewata kena kencing oleh Mat Periba,,,ha ha ha,,,,
Jangan pelik dengan Mat Periba tu,dia dah hilang kitab tauhid asal yang di bawa dri Hadratulmaut,,,,,,lantaran itulah
dia sanggup sokong puak yang menduakan Allah.....puak peliwat yang Nabi tak mengaku umat.......
tak lama lagi puak puak ini akan
akan terima akibatnya,,,,tunggu saja ,kita akan lihat peringantan
Allah kapada puak2 mereka,,,,,,

Gasing aku telah ku pakaikan dikepala Wali seliper,,,,,,cuba lihat kupiah dia macam buntut dasing aku,,,,ha ha ha,,,

Selamat berkempin semua,,,,aku cadangkan ramai2 kita jumpa Dr Hamzah mintak kurma ,dia suka sedekah kurma....ikut ceriata juak2lah .buakn aku kata ya,,,.


Gasing Toyong.

Kutukandewata said...

anon 9.05am, blog aku blog pelbagai.blog aku ikut suka aku lah.kau tak baca pun tak apa seluruh dunia suka baca.aku nak heran apa dengan kau.

Anonymous said...

sorilah dr hamzah, saya kuat semangat kenegerian pahang, tiada undi saya untuk anda

anti songsang said...

dasar orang pas.bila kita tegur kesalahan dia,dia akan cemarkan dan burukkan kita.

contohnya kutukan dewata,dalam blognya dia asyik mendedahkan jenayah akidah puak pas lengkap dengan buktinya.

jadi aku tak heran dengan mat periba bila dia mengata dan menghina kutukan dewata.ini namanya karakter assassin atau pun pembunauhan karakter untuk mencalarkan reputasi seseorang.

tidak mampu menjawab pendedahan kutukan dewata maka mat periba menggunakan otak yang ada pada lidahnya.

Anonymous said...

bukan saje kt jerantut kalu set2 umno ke baik pkr KO asal mari dari kubang BN. TAKDAK NAMA je pancas slalu. Sebab tu kata orang tua2 kalu dok dengki bukan melayu, kalu dok mabuk bukan india, kalu dok judi bukan cina.......... PAS JE KEMAH KEMING JAK DULU LAGI tAKBIRRRRRRRRRRR

Anonymous said...

pas cerdik belaka

Anonymous said...

masyarakat pas di jerantut kebanyakannya ialah masyarakat kelas kedua

Anonymous said...

memang pun, berkokok bagai nak rak, bila disuruh bertanding semua pakat taknak, tak berani nak letak jawatan, pejuang apa macam ni

Anonymous said...

paskuatpaskuatpaskuat

kehkehkeh

Anonymous said...

sebab itu pahang mundur, sebab anak pahang bahalol dan mundur. pintu masuk ibu negeri pahang macam taik! sebab orang bersemangat kenegetian memang bahalol. sorrry.... (anak pahang jati)

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024