Wednesday, September 28, 2011

Pahang Darul Besi Warisan Nenek Moyang



Pahang dulu terkenal dengan emas. Nenek moyang kita kaya dengan emas. Sila baca sini dan sini kalau mahu tahu punya terkenal Pahang dengan emas.

Nenek moyang kita melombong emas hingga habis tidak meninggal ke cucu cicit. WZWH faham banyak empayar telah memaksa nenek moyang kita melombong emas banyak-banyak. Empayar Srivijaya, Majapahit, Siam, Inggeris telah buat warisan emas ini makin kecil.

Tetapi nenek moyang kita telah meninggalkan warisan besi untuk cucu cicit teroka. Kita perlu berterima kasih dengan nenek moyang kita. Walau British  mencampuri urusan Pahang sejak 1888 telah mengeksploit hasil besi namun warisan besi Pahang masih banyak untuk cucu cicit.

WZWH telah tulis banyak posting berkenaan besi di Pahang. Sila baca sini dan sini dan sini serta sini.

Sumber kekayaan hasil mineral dan bukan mineral Negeri Pahang masih belum diteroka sepenuhnya. Jabatan Mineral dan Geosains Pahang menganggarkan deposit hasil mineral dalam negeri ini, sekiranya diusahasilkan secara cekap, boleh mendatangkan pendapatan sebanyak RM530 juta setahun.

Pahang Darul Besi warisan nenek moyang.

Apa yang nenek moyang mahu mengikut tafsiran WZWH ialah :
  • Nenek moyang mahu kita guna besi untuk kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Pahang dan rakyat.
  • Nenek moyang tidak mahu semua pihak baik pemerintah, pemimpin, pentadbir dan pengusaha bermasam muka berebut kepentingan.
  • Nenek moyang mahu bahagilah samarata mengikut keperluan dan pertimbangan.
  • Nenek moyang mahu rakyat Pahang juga merasa.
  • Nenek moyang mahu gunakan kekuatan warisan besi ini untuk membina negeri Pahang ini.
  • Nenek moyang mahu pemerintah, pemimpin, pentadbir dan pengusaha serta rakyat sama-sama menjaga kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang Darul makmur.
  • Pemerintah jangan buat pemimpin pening.
  • Pemimpin jangan tamak.
  • Pentadbir jangan ambil kesempatan melampau.
  • Pengusaha jangan maksimakan kerosakan alam sekitar.
  • Rakyat ambil peluang dan sokong negeri.
Inilah pesan nenek moyang. Kenalilah besi warisan nenek moyang. Cucu-cicit belajarlah mengenali....













25 comments:

Anonymous said...

0000 patutlah dompork ada mohon sampai 50 kawasan, smpai tanah pertanian rakyat pun dia nak rampas? hihihihi.....pemimpin berjiwa merompak rakyat

Yb Raz said...

nenek moyang orang melayu.bukan nenek moyang bangsa lain.tapi last last kekayaan dapat juga ke bangsa lain.

cucu cicit melayu ternganga dapat sampah.adoii bala bala

Anonymous said...

Melayu ada dapat kekayaan tu..tapi yang sedihnya hanya melayu tertentu saja... melayu lain masih kekal layu...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Syarat memohon adalah rakyat Pahang KDYMM Tuanku Sultan Pahang. Anon-anon semua jangan bercakap saja, minta dan mohon. Berusaha dan carilah pemodal yang betul. Jangan kita marah kalau orang lain dapat. Itu rezeki mereka, rezeki di Pahang terbentang luas...berusahalah, tunjukkan kesungguhan, minta dengan kerajaan.

Anonymous said...

memang syaratnya mudah, tapi nk mendapatkannya susah, rakyat biasa memang tak dapat lah jika tanpa ada sesaorang di belakangnya, benda yang boleh mendatangkan kekayaan segera sape nak beri pada rakyat biasa?.memang lah kita marah sebab orang lain senang senang jer dapat dan senang2 jadi senang, leh lah bawak kawan kawan g umarah atau melancung, aku pun boleh buat jika dapat duit mcam itu. tengok syarat memang lah senang, benda senang pun macam saham felcra dan tanah sekankang kera pun tak boleh di berikan mengikut syarat yang telah di tetapkan?,inikan pulah punca pendapatan berjuta juta, ingat senang nak beri pada orang biasa?, tanya tan aminuddin, dompok tu berapa banyak kah harta yang dah mereka kumpul hasil, besi, kayu, juga pembangunan. cakap pandai,memang dah jenis mencari kekayaan dari kuasa yang di terima, kakitangan kerajaan pun takut sangat dengan mereka, kali ini lingkupkan lah bn ne, beri can orang lain pulak memerintah, setidaktidaknya kerajaan baru dgan yb baru jika nak mengumpulkan harta ambil masa 2 ke tiga tahun gak, nak berkenalan dengan si laknat pegawai kerajaan yang hati busuk mengaut keuntugan bersama dengan ahli politik. lepas tu tukar pulak kerajaan lain, kita penjawat awam ne, siapa kerajaan kita dapat gaji?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Harap Anon 2:17 bersabar...jangan ikut rasa marah hati. Jangan biar emosi menguasai...

WZWH faham apa yang Anon ingin sampaikan..

Carilah jalan...Tidak ada perkara yang yang tidak ada jalan penyelesaian.

Allah suka hambanya yang berfikir....terus berfikir...berikhtiar...

syahnabil said...

Assalamualaikum...Jalannya ada di depan mata...PRU 13 tukar kerajaan...ini bermakna tukar pengurusan...Bila tukar pengurus yang lebih baik,insyaAllah kesannya akan lebih baik...

Anonymous said...

sistem politik yang mengamalkan demokerasi, susah sikit nak mencapai ketelusan 100% mau pun baik sepenuhnya, saya pun kekadang berfikir ada eloknya jika kita menukar kerajaan. jika boleh ikutkan hati, di setiap pru jika pehak kerajaan yang kita dirikan terkeluar dari landasan sebenar, kita tukar pulak yang baru,agar mereka belajar menghargai pengundi dan rakyat, ini tidak sudah dapat kuasa, mereka anggap negara ini mak bapak mereka yang punya?, kita juga tak dapat salahkan pemimpin?., penyokong penyokong juga harus di persalahkan?,kenapa?.

1.rata rata penyokong parti politik di malaysia ini ingin kan habuan dari pemimpin2 yang mereka sokong dan berkuasa, harapkan duit elaun dan gaji para pemimpin ini untuk menyara penyokong memang tak cukup?, jadi mereka terpaksa lah memohon apa2 saja yang mendatangkan duit untuk di berikan pada penyokong penyokong, mintak tender kerajaan, mintak lombong bijih besi, emas dan sebagainya, bersaing dengan konterktor yang sedia ada, sapa dapat?. cuba bayangkan seorang yb, boleh mengunakan kereta mewah berberapa biji, cara perbelanjaaan mengalahkan tokey genting, mana duit dapat?,
2.sama dengan pemimpin pembangkang di negeri yang di kuasinya, jadi kita sebagai rakyat yang menentukan pemerintah, buat lah pilihan tepat, jika kita rasa tak puas hati kita tukar jer, tiada bezanya najib ke menjadi pm, atau anuar jadi pm semua kaki nalun duit rakyat?

Anonymous said...

SILAPNYA KITA YG BODOH....WAN AMIZAN NGAN ZURI NI CERDIK PANDAI...

Anonymous said...

tak per jika anon dah mengaku bodoh, ubah kerajaan. sekarang.... sekarang hahaha

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Wan Amizan hanya budak kampung Paya Koran nun kampung tercerok dalam hutan Jong berlaboh, Tembeling dan anak peneroka Jengka 12. Dia hanya manusia biasa dan tidak ada apa-apa yang special sama saja dengan anon-anon semua bahkan anon-anon semua lebih hebat dari Wan Amizan. Cuma Wan Amizan rajin berusaha dan kerja kuat. Jerantut perlu melahirkan 100 Wan Amizan lagi.

Anonymous said...

Nak kawan dengan Wan Zamzuri laa pulak ...boleh ke?

Anonymous said...

kerja kuat untuk apa?, AGAMA, BANGSA ATAU KANTUNG?

Anonymous said...

setuju dgn tuan tanah

tuan tanah kedawung said...

Bodoh amat wak me neh,rajin usaha tangga kejayaan.perangai hasad dengki amat tebal.usaha malas otak bodoh.moleklah tu.usaha rajin otak ligat jadi kaya reba.
yang pemalas+dengki+otakbodo tentu iri hati pada orang yang dh berjaya.mudah sifirnya kan.
melayu kaya melayu dengki.cina kaya lu orang tak kacau ke?Dasar bodoh piang berdengkang-dengkang.
tukarlah kerajaan senang cina semua kaya reba awak me jadi hamba tebus.

Anonymous said...

Orang tak marah demeh kerja kuat dan senang. Komeh marah sebab demeh nampak sanget gunakan ke komeh nih macang ngan torknyeh berege langsong. Komeh doh pangkah ke demeh doh dapet jadi Yang Behomat. Patutnye nye bolehlah menolong komeh hok susoh senalar nih. Nok ke tanah nye buet muncong jer ke komeh nih. Dengor dengor itu semua projek krajaan. Kerajaan ke pe bendehnye. Nyawa rakyat semakin betambah. Kawasan pemohonan tanah doh abis. Aleh2 hok perojek kerajaan buloh ke orang lain. Kononnye nak buat ladang 100 - 1000 ekar. Demeh kena ingat gatek bile doh ada tanah seluas itu, mulalah minta nok beli senapang, pistol. Kome gerenti mudah lulus, alasan nok jage rete banyak sanget. Komeh orang kampong nih, toksoh nak beli senapang, "kiut dengan tuai padi" nok simpan derumah kena ada lesen.

Peminat politik dan pengkaji politik sepanjang zaman.

Anonymous said...

yb sekarang, kerajaan sekarang ne kome dapat apa?, awat hang takut sangat tukar kerajaan atau yb, hang takut tak dapat habuan atau hang tak dapat kaya macam yb hang, aku tak kesah, selama ini pun kerjaan ini pun, cina juga kaya termasuk yb hang. sape jadi kerjaan aku kena potong getah juga? bodoh....

Anonymous said...

TEANA WJX 13...SAPA PAKAI...JAWAP...DENGAN GAJI CIKGU BOLEH BELI KE...TAPI SAYA YAKIN MALAYSIA BOLEH...

Peminat WZWH said...

Orang Ulu Tembeling cakap Teana itu Nissan aje bukan Mercedes atau BMW. Bank banyak bagi kemudahan beli kereta sekarang. Apalah Anon 7:40am sempit sangat cara fikir hehehehehehe. Agaknya kalau boleh Anon mahu WZWH ni pakai kereta kancil aje.

Anonymous said...

TEANA TU YB PUNYA, YB TAHAN NE, HELI PUN DIA BOLEH BELI, TAPI MALU KE RAJA JER, TU SEBAB DIA TAK GUNA?

Anonymous said...

jika teana yang itu tu harga nya mahal juga wei, rm200 k lebih, tapi yang 3.o l lah mahal wei, amenda kalau setakat gaji tak berapa banyak ne, makan tayar kita?

orang hensem said...

apalah kau orang ni,dengki tak habis-habis.bukan dia beli dengan duit mak bapak kau orang.orang kalau dah tak suka semua tak betul belaka.kau orang ada duit belilah yang sibuk hal2 orang wat ape?tak gitu wan julia?

Anonymous said...

orang hensem !!, lu masuk orang punya hal bikin apa?, cibai punya orang.

orang hensem said...

lu lagi cibai,rumah 400kilo kat jerantut ramai cikgu beli,inikan setakat kereta teana,tapi apa pun lu punya bau wangi macam bau normah mat sabu.

Anonymous said...

Jgn la iri hati dgn rezki org...Kita sama2 cuba..Mana tau ada rezki..Skrg ni permohonan utk pengeluaran bijih besi atas tanah bergeran di Pahang telah tamat...

So kalo ada sape nk mohon, sy ada jalan. Yang penting tanah tersebut adalah tanah geran.. Bwk geran & sample jumpa sy. Kita cuba sama-sama.

contact Emel sy. ayeek_1984@yahoo.com

So jgn dengki mendengki, kita cuba tolong menolong...Yg makan kawasan besar tu biarkan, tu urusan dia dgn tuhan....Kita wat je cara kita..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024