Monday, April 8, 2013

Jalan Sg Lembing - Jerantut Menjadikan Jerantut Bandar Transit Dan Sentral


Bayangkan perjalanan Jerantut-Sg Lembing melalui jalan sekarang mengambil masa 3 jam tetapi bila Jalan Sg Lembing-Jerantut siap dibina hanya ambil masa 40 minit.

Bandar Jerantut menjadi bandar transit dan sentral dengan kedudukan daerah Jerantut menjadi "ditengah-tengah Pahang".

Kelebihan Daerah Jerantut yang merupakan yang terbesar dalam Pahang dengan keluasaan tanahnya membolehkan beberapa projek-projek infrastruktur bertaraf negeri boleh dibina di Jerantut.

Kuantan sudah terhad guna tanahnya. Ahli politik Jerantut perlu tarik segala projek-projek infrastruktur bertaraf negeri ke Jerantut samada melibatkan perancangan Kementerian, Institusi, Universiti, GLC dan swasta.

Projek Jalan Sg Lembing- Jerantut yang diluluskan oleh Kementerian Luar Bandar bernilai RM600 juta banyak memberi manfaat kepada Jerantut.

Dengan terbinanya projek jalan Sungai Lembing-Jerantut itu nanti ini bermakna orang Ipoh boleh terus ke Kuantan nanti tanpa lalu Karak highway. Ipoh-Cameron Highlands-Sungai Koyan-Lipis-Jerantut-Sungai Lembing-Kuantan dan kalaulah jalan Ulu Tembeling-Terengganu boleh dilaksanakan,orang Terengganu bolehlah ke Kuala Lumpur tanpa lalu Kuantan dan jika ada jalan Ulu Cheka-Bentong, lagilah mudah perhubungan Dungun-Jerantut-Ulu Cheka-Bentong-Kuala Lumpur. 

Secara tak langsung Jerantut boleh jadi bandar transit yang penting menghubungkan orang timur dan barat.Tapi BN kena menang besar supaya DS Najib mendapat mandat baru yang meyakinkan.

Jalan dari Jerantut ke Pasir Raja,Terengganu dan Jerantut ke Sungai Lembing sangatlah penting. Kalau tengok kat peta memang patut sangat dibuat sebab dapat memudahkan perhubungan. Orang Pahang Barat senang nak ke Kuantan dan Terengganu. Lagi satu dapat majukan ekonomi Jerantut. 

Potensi Jerantut sangat besar sebab terletak di tengah-tengah negeri Pahang. Harap semoga ini akan menjadi kenyataan.

28 comments:

Anonymous said...

Selepas 5O thn merdeka dan 2 pm dari phg? Beginilah jerantut terus digula2kan tiap kali pru muncul.



Dulu Umno kini lawan Umno

Anonymous said...

Harap jadi kenyataan? Ayat akhir WZ. Saya 6 X undi BN. Dah sedar. BN guna mandat rakyat untuk terus menindas rakyat. Melayu terus ditipu.

Anonymous said...

Lihat kemiskinan di kg2 di jerantut. Sedih.

Anonymous said...

Bukan temerloh ke di tengah2? Apa2pun, Temerloh patut dimajukan dulu berbanding Jerantut ini.

Anonymous said...

Pahang tenggara eg jerantut ni sejak dulu di anak tiri. Sebabnya kerana ini kwsn BN yg sentiasa menang. Tak majukan pun tak ap bagi BN. Itu pun masih sokong BN.

sang sapurba said...

otak pembangkang sentiasa tak setuju apa saja cadangan yang baik yang datang dari kerajaan.

setiap projek di buat berdasarkan keutamaan dan keperluan mendesak.

dulu kawasan ulu tembeling tertangguh kerana perancangan awalnya nak dibina empangan terbesar di malaysia oleh almarhum tun razak.bila jadi empangan itu ulu tembeling akan tenggelam.

tapi hasutan ngo termakan oleh rakyat.projek yang boleh membekalkan elektrik seluruh negara
terpaksa di batalkan.

kalau jadi projek tersebut penduduk nya akan dipindahkan kekampung baru.tak perlu lagi nak membangunkan kawasan yang dah tenggelam.

sekarang kawasan ulu diberi perhatian atas keperluan yang mendesak.

tapi kerajaan tak ada lampu aladdin macam pas.nak hari ni dapat hari ni.

mana tidaknya.nak duit hari ini buat ceramah hari ini.kutip derma hariini.dapat duit hari ini.

penyokong balik kosong.pemimpin balik kembung poket dengan duit yang banyak.kesian penyokong pas.bodoh senalau.

Anonymous said...

Kehkehkeh.......
Jangan pangkah dacing deme.

Anonymous said...

Pembangkang jumud, sanggup berjalan dlm gelap drpd berjalan tempat terang

Anonymous said...

Kehkehkehkeh.....

Jangan pangkah Bulan

Anonymous said...

Berzaman dah aku dengar cerita nak buat jalan SL - Jerantut ni. Setiap kali pilihanraya.

Anonymous said...

5O thn tipu tipu tipu. Nasib baik melayu mudah ditipu maka kita bn tetap menang.

Anonymous said...

kisah kejatuhan kerajaan melayu champa dilanggar oleh bangsa thai jangan pula berlaku di indrapura

Anonymous said...

Salam semua...

cukup-cukuplah dok menipu org je kejenye org politik nie..ayuh manusia-manusai smua..sedarlah kita semua sedang ditipu hidup2 oleh org yg mementingkan projek...cuba kita pikior sikit...sape yg sebenornya untung bila projek jalan ni terlaksana...kita hanye putih mata..yg untung ialah sapa2 yg terlibat dlm projek nie...sebenornye diaorg ni nak rompak balak2 di hutan tu je...utk buat jalan pokok2 mesti ditebang (balak2)..siapa yg untung...kita ni diperohnye hidup2...disuruhnye berlaga sesama sendiri..ikhlas dari saya..cuba kita semua pegi ke sungai lembing...buat bancian berapa buah kenderaan yg lalu hari2 pegi ke sungai lembing..kalu WZWH boleh buktikan statisdtik dan trafik yg banyak ke sungai lembing..mungkin boleh di pertimbangkan..kalau takde...nampok sangat nok ke balak2 je...

Anonymous said...

Kami dah jenuh makan gula-gula BN nie. Kalau nak bantu rakyat jerantut bina dulu jalan Jerantut ke temerloh, Jerantut ke Lipis ke Pulau tawar (Bukit Rang)Deme orang kaya naik kereta mahal tak terasa kami yang miskin mengunakan kereta buruk berulang alik rasa bagai nak tercabut nyawa.

Marila kita ramai-ramai pangkah PR kali ini tak salah kita cuba ubah nasib kita kalau PR juga tidak boleh menjaga kepentingan rakyat kita pangkah parti lain pulak bukan ini pilihanraya yang terakhir. Jadilah kita manusia yang sentiasa mencuba memperbaiki nasib bangsa kita.

Anonymous said...

apa ada pada bangsa

Anonymous said...

Kalau atas dasar keperluan, dan ada pula kemampuan untuk melaksanakannya, tak kira le parti mana yang menang dan memerintah, tetap kena buat. Jadi tak perlu rakyat dimomok-momokkan, kalau nak itu, nak ini, kena bagi bn menang. Itu semua dongeng karat. Kerajaan tetap kerajaan. Tanggungjawab tetap tanggungjawab.

sang sapurba said...

kepala hotak pembangkang memang kaki bangkang.bukan kerajaan tak bagus.pembangkang pun setuju kerajaan ni bagus.cuma pembangkang nak kan kuasa.oleh kerana tak ada apa nak dipersembahkan kepada rakyat maka jalan mudahnya ialah memburukkan apa benda baik yang kerajaan buat.

serupalah di negeri pembangkang,umno akan memburukkan kerajaan dengan pelbagai bukti yang ada.

kesimpulannya kerajaan dan pembangkang adalah binatang politik yang mencari makan utk perut.

wali kenali said...

sembahyang orang pas tak ada pahala kerana pas adalah makhluk yang mendewa-dewakan tok guru.

bayangkan selipar buruk tok guru dipuja-puja.fanatik dan taasub sifat orang pas sehinggakan tok guru yang dipuja-puja lupa dirinya manusia.merasakan dirinya tuhan dan tahu pulak dosa dan pahala orang lain.

jadi pas sudah setaraf dengan agama hindu.jadi sembahyang orang pas tak dapat pahala.

Anonymous said...

anom 3.18,

Mu ni Islam ke kapir ? Kalu boleh aku nak bawak mu pegi tengok rumah MB kelantan dan kehidupan MB macammana .

Anonymous said...

JANGAN PANGKAH DACING

Anonymous said...

Tak payah kutuk nik aziz kalu baca qunut tak reti. islam pada nama.

sang sapurba said...

RUMAH MEMANG LAH SEDERHANA.KAU TAK TENGOK LAGI KERETA MEWAH DIA.KAU ORANG TELAH DITIPU BERI DERMA SIA-SIA.

KAU INGAT NIK AZIZ BAIK SANGAT KE.KAU ORANG TAKTAHU KE NIK AZIZ BANYAK MELAKUKKAN KESALAHAN AKIDAH.

KESALAHAN JENAYAH MASIH BOLEH DI AMPUNKAN ALLAH.TAPI KESALAHAN ATAU JENAYAH AKIDAH TERLALU BESAR DOSANYA.

KAU ORANG NAMPAK AJE MACAM TAHU SANGAT HUKUM HAKAM SAMPAI MEMPERTINGKAIKAN QUNUT ORANG.

SEBENARNYA KAU ORANG TAK TAHU APA-APA DAN MASIH JAHIL KALAU PERBUATAN NIK AZIZ YANG JELAS MENYELEWENG DARI ISLAM PUN KAU ORANG TAK NAMPAK.NAMPAK SANGAT MACAM LEMBU SHAHRIZAT.

KAU ORANG MEMANG BODOH MACAM MAT PERIBA YANG LANGSUNG HATI HITAM TAK NAMPAK NIK AZIZ SUDAH LARI DARI ISLAM.

KALAU DIA MASIH ISLAM DIA TAK LAH KATA SEMBAHYANG UMNO TAK DAPAT PAHALA,

DIA TUHAN KE TAHU IMAN YG ADA DALAM HATI MANUSIA.DIA TUHAN KE TAHU SIAPA DAPAT PAHALA SIAPA DAPAT DOSA.

MALAIKAT PUN TAK TAHU.DIA HANYA TAHU CATIT AMALAN MANUSIA,DOSA PAHALA MANUSIA DIA TAK TAHU.HANYA ALLAH YANG TAHU.SEBAB TU N.AJIS BERIA-IA SANGAT NAK BAGI KALIMAH ALLAH KAT KRISTIAN SEBAB DIA DAH TAK YAKIN KEPADA ALLAH SWT.

DIA DAH YAKIN KEPADA RUHUL KUDUS,TUHAN ANAK DAN TUHAN BAPAK.
DIA NAK SERAHKAN KALIMAH ALLAH KEPADA BIBLE KRISTIAN YANG SECARA LANGSUNGNYA DIA TELAH MENAFIKAN SURAH ALIKHLAS.

LAIN KALI BELAJAR LAGI HUKUM ISLAM.JANGAN INGAT KAU ORANG DAH TERRER SANGAT ILMU ISLAM.JANGAN TUMPUKAN KPD POLITIK AJE SBB HATI KAU ORANG AKAN JADI BUTA BILA KEPENTINGAN POLITIK KAU ORANG MENGATASI KEPENTINGAN AKIDAH ISLAM.

Anonymous said...

jiran sebelah rumah aku sokong pas berdegar degar tapi solat jemaah tak pernah datang pun, salah umno nampak salah sendiri tak nampak

Anonymous said...

Ha ha ha..

Aok ni Chek Wan, Siapa ler yang dapat Ban Balak mase buat jalan ni..ha ha ha..

Untung ler deme yang dapat Ban Balak tu wehhhhh...ha ha ha...kena pula lalu utan dara...kaye ler deme wehh...ha ha ha.

Ha ha ha..kome ketawa guling-guling..Kome tak ade..aok ade Che Wan?

Anonymous said...

nak menjatuhke umno sebab dengki je

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Tulis huruf besar mcm terer ngat aok ni ghodong.....

Keknya hujah kelongkang
....Kuikuikui

Anonymous said...

jangan kuat dengki

Anonymous said...

dengki la projek deme dapat sokmo kome apa pun tak dapat

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024