Monday, August 16, 2010

Muhyiddin Pelangkum Chua Soi Lek

TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin agung UMNO dari Johor. Chua Soi Lek pemimpin agung MCA juga dari Johor. Maka Muhyiddin kena pelangkum Chua Soi Lek jika Presiden MCA itu tersalah kata atau ghairah emosi politik.

Muhyiddin Yassin kritik Chua Soi Lek menyoal ekuiti korporat 30% Melayu. Hujah TPM;

  • BN ada pendirian yang sama tentang isu kepentingan kaum-ini bukan konsep baru.
  • Jika MCA mahu pejuang kepentingan Cina jangan menentang kepentingan Melayu-baru adil
  • Target 30% ekuiti Bumiputera DEB masih belum tercapai.
  • 30% bukan besar, Cina mengawal lebih 40%, Melayu cuma 18%
  • Untuk tegakkan Bumiputera, DEB perlu disambung hingga capai 30%
  • Jika 40% ekuiti Cina merosot ke 20% disebabkan 30% ekuiti Melayu maka Chua Soi Lek betul tapi Cina maju, Melayu masih mundur.
  • Bagaimana Melayu boleh bangkit (ekonomi) jika dinilai secara sempit begitu?
  • Chua Soi Lek patut tahu Melayu belum bangkit lagi.
  • Chua Soi Lek jangan timbul kemarahan bangkitkan isu sensitif kaum tertentu.
  • MCA masih lagi komponen BN-mesti ikut prinsip BN.
  • Adakah MCA mahu mengorbankan persahabatan dan kerjasama yang dinikmati dalam BN?
  • MCA jangan main isu perkauman-ingat tragedi 13 Mei 1969-ramai orang menderita!

Muhyiddin Yassin komen 13 resolusi Kongres Ekonomi Cina mendesak kerajaan memansuhkan 30% ekuiti Bumiputera dan penyertaan Bukan Melayu dalam GLC.

WZWH baca sejarah Islam dulu masa zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah ada juga masalah sedemikian. Puak-puak Yahudi mempersoalkan kepentingan kaum Arab. Rasullulah rujuk kepada Piagam Madinah dan mengingatkan puak-puak Yahudi supaya berpegang dan patuh kepada Piagam Madinah. Jika tidak kena hukuman dan jika degil akan diperangi.

Nabi Muhammad telah menyediakan pasar khas untuk menggalakkan lebih ramai orang Arab berniaga di Madinah dan membekalkan benih-benih kurma terbaik buat petani Arab mengusahakannya. Akhirnya orang Arab baik orang Ansar dan Muhajirin boleh bersaing dengan kaum-kaum Yahudi dari segi ekonomi.

Maka WZWH ingin mengingatkan Chua Soi Lek, sila ikut Perlembagaan Persekutuan, artikel 153-Hak-hak keistimewaan Melayu. Yang sebenarnya DEB ialah semangat dan rohnya sama dengan Perlembagaan dan Piagam Madinah tapi orang Melayu Islam PAS dan PKR buat-buat tidak faham!

Maka memang wajar Tan Sri Muhyiddin Yassin pelangkum Chua Soi Lek politikus dari negerinya Johor. Jangan sampai pula nanti gelaran Dato' Sri, Dato' nanti akan ditarik balik oleh Tuanku Sultan Johor. Ampun Tuanku, patik tidak campur urusan orang politik negeri Johor, patik orang Pahang!

4 comments:

consigliereijat said...

patut la melayu tak maju.pemikiran sempit macam orang2 umno.kalau tercapai 30%,adakah rakyat (orang melayu) akan dapat rasa nikmatnya.tidak.ia akan masuk poket pemimpin yg rakus.umno boleh bungkus

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Mrbabysteps harap beri tumpuan kepada pelajaran universiti. Anda masih setahun jagung jangan cuba menduga laut kalau kail panjang sejengkal...Pastikan lulus dapat sekurang-kurangnya Second Class Upper baru boleh bercakap politik!

consigliereijat said...

itulah orang umno bongkak sudah berkata-kata.

Cawan Tembaga said...

mr babystep,
org umno lain tak mcm ni, dia ni jer pelik sikit, nak berpolitik tapi suka create musuh, angkuh dan rasa hebat. Budak ni kat jerantut tak pakai dek orang. Dia jer rasa dia hebat.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...