Saturday, August 21, 2010

Nazir Razak bakal ahli parlimen Jerantut PRU 13

Nazir Razak
Parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti tiada tokoh-tokoh yang berkaliber dan kuat untuk rakyat Jerantut tonjolkan. Ini WZWH perhatikan. Semua orang tahu YBM Tengku Azlan sudah tidak berminat lagi bermain politik di Jerantut.

Beberapa tokoh telah disurvey tapi tidak mencapai tahap piawai atau standard yang rakyat Jerantut semakin bijak, cerdik dan chosy memilih. Pengundi Jerantut tidak mahu bakal ahli parlimen yang ada masalah peribadi, tidak ada akal kekuatan untuk berfikir memajukan Jerantut, yang lebih memikirkan keuntungan peribadi lebih dari rakyat, yang mengumpul harta sebanyak-banyaknya dan yang tiada visi dan agenda.

Kali ini dari generasi muda Jerantut apa yang WZWH difahami pengundi muda mahu pemimpin muda yang dinamik yang boleh bukan sahaja memajukan Jerantut tapi juga memberi sumbangan kepada negara dengan buah fikirannya untuk membina negara bergerak di atas landasan yang betul membawa halatuju negara.

WZWH mencadangkan kepada DS Najib dan MB Pahang supaya Nazir Razak dicalonkan sebagai ahli parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti. Ramai orang-orang muda Jerantut yang duduk di Kuala lumpur dan di Jerantut memberi idea kepada WZWH bahawa Jerantut perlu ahli parlimen baru seperti ketrampilan dan kewibawaan Nazir Razak.

Siapa Nazir Razak? Beliau anak bongsu Tun Razak Perdana Menteri ke dua, Bapa Pembangunan Malaysia, pemimpin muda teknokrat baru berumur 44 tahun tapi sudah terbukti kepimpinan dan pengurusannya membina Bank CIMB menjadi bank ke tiga terbesar di Malaysia.

Nazir Razak sejak 10 tahun dulu telah menerajui Bank CIMB yang dulu dikenali dengan BBMB. Kita tahu dulu Bank BBMB telah banyak kali "bail out" oleh Kerajaan melalui Petronas dan Skandal BBMB pada tahun 1980an. WZWH mahu tunjuk apa kejayaan pengurusan dan kepimpinan Nazir Razak yang merupakan arkitek yang membina Bank CIMB menjadi mantap hari ini.

Nazir Razak telah menstruktur semula Bank BBMB kepada CIMB. Beliau berjaya menyakinkan ahli lembaga pengarah menarik minat komuniti elit bank menyertai CIMB dengan remunerasi yang menarik dan banyak membawa pengurus bukan-Bumiputera. Beliau telah menyusun semula operasi dalaman bank, membina jaringan rangkaian perhubungan, mengoptimun perniagaan bank dan menubuhkan garis panduan tadbir urus yang jitu.

Pada masa yang sama, beliau mencipta semula kedudukan "branding bank" untuk mendapatkan keyakinan pelanggan. Beliau melancarkan berbagai perkhidmatan dan produk kewangan yang memenuhi keperluan pasaran. Beliau malah mengembangkan perniagaan bank ke luar negara.

Dari bank yang hendak mati dan pupus, Bank CIMB hari ini mencapai kedudukan nombor ke tiga teratas bank-bank di Malaysia dari segi keuntungan dan modal.

Kecekapan dan keberkesanan Nazir Razak tidak boleh diragui dan sektor korporat rata-rata bersetuju bahawa beliau bukan sahaja ahli bank yang hebat tapi juga CEO paling berketrampilan dan upaya dalam negara.

Nazir Razak lebih dari pengurus hebat, beliau adalah pemula dan pencadang idea-idea yang terbuka dan progresif. Beliau percaya kepada "Strength in Diversity" -kekuatan di dalam kepelbagaian.

Beliau semasa zaman Tun Mahathir lagi telah mencadangkan kepada kerajaan untuk memperbaharui struktur ekonomi negara, liberasi ekonomi, implementasi prinsip pasaran bebas dan mengantikan dasar ekonomi negara yang gagal untuk mencipta persekitaran yang lebih ekuiti dan perniagaan kompetitif.

WZWH faham mungkin amat berat untuk Nazir Razak meninggalkan kedudukannya sebagai CEO Bank CIMB kerana pendapatan tahunannya berjumlah RM14 juta dan bonus yang diterima dari CIMB sebanyak RM30 juta tapi mengenangkan untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada negara dan negerinya Pahang maka cadangan WZWH ini haruslah Nazir Razak pertimbangkan.

WZWH dan pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut sudah tentu boleh membantu Nazir Razak dari segi politik dan kerja akar umbi baik bahagian, cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri serta seluruh masyarakat Jerantut. WZWH percaya pengundi Cina dan India di Jerantut sudah tentu amat gembira untuk menerima Nazir Razak sebagai bakal ahli parlimen mereka. Nazir Razak adalah icon pemimpin 1Malaysia generasi muda Malaysia.

Mana-mana pemimpin Jerantut yang berhajat menjadi ahli parlimen Jerantut lupakanlah hasrat anda itu kerana Jerantut amat memerlukan pemimpin muda yang hebat untuk memajukan Jerantut dan anda tidak akan menang dalam pilihanraya sekiranya anda dicalonkan kerana memang perangai kumpulan politik Jerantut suka memperlekehkan di antara satu sama lain. Masing-masing akan cas keting kerana tidak pernah berpuas hati.

Maka Jerantut memerlukan pemimpin yang boleh menyatupadukan semua kumpulan politik Jerantut bukan saja dari UMNO tapi juga dari komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan seluruh masyarakat Jerantut. Nazir Razak adalah tokoh yang WZWH cadangkan untuk menjadi ahli parlimen Jerantut. Anda semua fikirkanlah...

7 comments:

ObO said...

Salam tuan,
Satu pandangan yang baik dan penyelesai masalah politik Jerantut ~ ObO

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam ObO,
Terima kasih. Itu lah saja pandangan yang boleh menyelesaikan masalah politik Jerantut bila pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut dilihat nampak korupsi, tidak bersih dan bermasalah. WZWH pecinta UMNO Jerantut.

Bentakali said...

Nazir itu anak bekas PM Malaysia. Apa sahaja mereka buat kena. DiMalaysia ini kalau anak berana Hussein Onn, Tun Razak, Dr Mahathir buat sesuatu semua menjadi sebab orang fikir jasa-jasa ayah mereka. Kalau hamba ini jadi anak mereka pun boleh jadi apa sahaja jika mahu. Jadi janganlah teruja sangat.

bATU lANGGOk said...

WZWH,
Kalau orang luar macam tengku azlan nak memecah-belahkan jersntut tsk psyshlsh. Bosan dah dengan orang luar yang sentiasa memperbodoh-bodohkan orang tempatan.Kerana orang luarlah kita jadi macam ini. Pembangunan kosong. Tiga penggal kira-kira 12 tahun membazir waktu. Jadikan Jerantut tempat persinggahan. Tidak ada dalam hati jerantut ini buat apa. Bodoh2 orang tempatan boleh juga disuruh dimarah, dimaki hamun. Lihat apa jadi sekarang, seluruh dunia baca hal jerantut kerana sikap-mengapi apinya. Boss kita juga jadi mangsa. Selamat jalanlah tengku lan.

Anonymous said...

Belum tentu orang korporat boleh menjadi ahli politik yang baik...Tidak sama memimpin sebuah badan korporat dengan sebuah komuniti...

Mypaga said...

Betul kata anon 7.36 itu. Orang koperat orang lain boleh dengar cakap sebab mereka ada gaji. Lagi besar gaji lagi kuat pegang telor. Orang politik jika orang dengar cakap kerana sifat-sifat kepimpinannya. Karismanya. Jika yang ada pakai duit, mereka dengar cakap bukan kerana karismanya tapi kerana poketnya. Jika poketnyua kosong karsima nya juga kosong. Mereka cari poket lain yang berkarisma pula.

Cerdik anak orang kaya dengan cerdik orang macam saudara lain. Cerdik anak orang kaya mereka boleh pergi jauh sebab mereka ada harta. awak macam mana?. Cik gu saja lah. Tapi kalau awak anak Tun Mahathir mungkin sekarang anda berada diatas kapal D'Cruz berunding dengan saudagar minyak berapa juta tong mahu dibeli dari Petronas. Satu tong komisyen lebih dari usd 5/= 15ringgit lebih. Bayangkan jika sejuta tong sekali harong.berapa?.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 7.36 dan Mypaga,
WZWH ada "sixth sense" yang Nazir Razak ada mewarisi kegeniusan Tun Razak. Kepimpinan dan pengurusan Nazir Razak perlu diaplikasikan dalam kerajaan contohnya Menteri Kewangan ke. Itu WZWH rasa.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...