Sunday, August 29, 2010

Nazir Razak Calon "Malaikat" Menepati Kriteria WZWH Parlimen Jerantut PRU 13

Satu operasi "drastic cleansing" calon-calon UMNO PRU 13 perlu dilakukan oleh DS Najib dan MB Pahang bagi membersihkan UMNO bahagian Jerantut. Mengambil kaedah Tun Mahathir, satu pembedahan kepimpinan politik UMNO Jerantut perlu dilaksanakan untuk membersih UMNO Jerantut.

Maka operasi "Drastic Cleansing" calon-calon UMNO pada PRU 13 perlu diaplikasikan dengan penuh yakin oleh DS Najib dan MB Pahang. UMNO perlu mencalonkan "calon malaikat" di Jerantut.

Kriteria "calon malaikat":
  • bersih
  • berintegriti
  • berkepimpinan
  • berpendidikan baik sekular atau agama
  • Tiada kes skandal
  • Tiada kes hutang melampau
  • muda
  • berminat dan bersemangat
WZWH amat percaya jika DS Najib dan MB Pahang letak calon-calon parlimen dan DUN yang memiliki sifat-sifat "calon malaikat" nescaya 70% pengundi-pengundi 48,000 parlimen Jerantut akan memilih calon parlimen dan DUN dari UMNO!

Beberapa tokoh telah disurvey tapi tidak mencapai tahap piawai atau standard yang rakyat Jerantut semakin bijak, cerdik dan chosy memilih. Pengundi Jerantut tidak mahu bakal ahli parlimen yang ada masalah peribadi, tidak ada akal kekuatan untuk berfikir memajukan Jerantut, yang lebih memikirkan keuntungan peribadi lebih dari rakyat, yang mengumpul harta sebanyak-banyaknya dan yang tiada visi dan agenda.

Kali ini dari generasi muda Jerantut apa yang WZWH difahami pengundi muda mahu pemimpin muda yang dinamik yang boleh bukan sahaja memajukan Jerantut tapi juga memberi sumbangan kepada negara dengan buah fikirannya untuk membina negara bergerak di atas landasan yang betul membawa halatuju negara.

WZWH mencadangkan kepada DS Najib dan MB Pahang supaya Nazir Razak dicalonkan sebagai ahli parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti. Ramai orang-orang muda Jerantut yang duduk di Kuala lumpur dan di Jerantut memberi idea kepada WZWH bahawa Jerantut perlu ahli parlimen baru seperti ketrampilan dan kewibawaan Nazir Razak.

Siapa Nazir Razak? Beliau anak bongsu Tun Razak Perdana Menteri ke dua, Bapa Pembangunan Malaysia, pemimpin muda teknokrat baru berumur 44 tahun tapi sudah terbukti kepimpinan dan pengurusannya membina Bank CIMB menjadi bank ke tiga terbesar di Malaysia.

WZWH dan pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut sudah tentu boleh membantu Nazir Razak dari segi politik dan kerja akar umbi baik bahagian, cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri serta seluruh masyarakat Jerantut. WZWH percaya pengundi Cina dan India di Jerantut sudah tentu amat gembira untuk menerima Nazir Razak sebagai bakal ahli parlimen mereka. Nazir Razak adalah icon pemimpin 1Malaysia generasi muda Malaysia.

Maka Jerantut memerlukan pemimpin yang boleh menyatupadukan semua kumpulan politik Jerantut bukan saja dari UMNO tapi juga dari komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan seluruh masyarakat Jerantut. Nazir Razak adalah tokoh yang WZWH cadangkan untuk menjadi ahli parlimen Jerantut. Anda semua fikirkanlah...

6 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH,
>>Posting terbarunya mengenai cadangan Dato' Nazir Razak sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut sangat baik dan dianggap cemerlang. Bukan saja bagi menyelesaikan masalah kepimpinan bahkan membantu membangunkan Jerantut terutama kawasan pedalaman Ulu Tembeling dengan kadar segera.

=> Cadangan yang tersangat baik..... kawan dah nampak kertas merah, biru, purpule, terbang melayang-layang datang......

Anonymous said...

satu usaha yang tidak yakin kepada kebolehan anak tempatan.., sdr tidak yakin kepada kobolehan sendiri - adakah sdr tidak layak?...

DSN tidak mungkin akan meletak adeknya dalam kancah politik dan saya yakin Nazir Razak tidak akan terjun ke dalam politik, belau akan bertahan sebagai tokoh koprat terkemuka

kalau inilah WZWH, beliau bukan contoh terbaik untuk diteladani dan diikuti, beliau seorang bersifat tidak berpendirian.., hentikanlah kalau hendak mewarisi datok nenek yang dikatakan puak-puak pemimpin silam..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 3:20,
Terima kasih, satu nasihat motivasi yang baik. WZWH akui. Tapi Jerantut dari sejarah ahli parlimennya pucuk pimpinan tertinggi suka ambil calon import. WZWH tidak pasti samada dasar ini mahu diteruskan oleh DS Najib dan MB Pahang pada PRU 13 nanti. Sekiranya dasar "pemain import" ini diteruskan maka sebab itu WZWH mencadangkan Nazir Razak. Sudah menjadi nasib rakyat Jerantut, pucuk pimpinan UMNO tidak yakin dengan kemampuan anak tempatan. Rakyat Jerantut akan menentukan nanti samada mereka masih mahu "pemain import" atau tidak pada PRU 13 nanti. Mungkin pada PRU 13 nanti rakyat Jerantut akan "menguburkan pemain import terakhir" yang UMNO pilih. Masa akan menentukannya....

Anonymous said...

aduih.. tolong jangan calon import.. calon malaikat ke ape ke..

nama pun wakil rakyat... merujuk kepada orang yg benar2 mewakili rakyat tempatan

resepi calon import ni diguna secara besar2an masa PRU12..resepi yg masam.. ternganga orang tempatan pegi ngundi

Anonymous said...

kenapa calon inpot, anak-anak tempatan ramai yang layak dan boleh diketengahkan. AJK Bahagian umpamanya, kalau dinilai dari ketokohan mereka, pengalaman, kelulusan, keikhlasan/kejujuran - mereka itu masih punyai kelayakan sebagai wakil rakyat. Kalau kita masih mengira mereka itu masih mentah, tiada pengalaman dan sebagainya, sampai bilapun mereka dikatakan tidak layak..( 'segalanya bermula dari 0, barulah dapat kesan kebolehan dan kecemerlangannya' )

saya tidak ingat satu persatu AJK Bahagian yang ada, cuba kita senaraikan mengikut DUN, cuba kita senarai dan buat spesifikasi penilaian seperti nama, kelulusan, pengalaman politik, sifat-sifat peribadi dan lain-lain sudah pasti kita dapat kesan cahaya bintangnya...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 5:46,
Cadangan Anon yang sebaiknya tetapi seperti yang WZWH katakan PM dan MB Pahang lebih suka calon import parlimen Jerantut. Itu masalahnya?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024