Saturday, July 16, 2011

Majoriti Rakyat Malaysia Menyokong Anwar Ibrahim Menjadi Presiden Republik Sungai Buluh!



Revolusi bermakna menukar satu pemerintahan baru di Malaysia secara rusuhan kepada satu bentuk pemerintahan baru, ‘REPUBLIK’ yang tidak dipilih melalui sistem amalan demokrasi, pilihan raya yang diamalkan sebelum ini.

Anwar Ibrahim berniat melakukan revolusi di Malaysia sepertimana yang berlaku di negara-negara Timur Tengah. Anwar bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden.

Anwar Ibrahim juga mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa nanti. Ini kerana revolusi bermakna seluruh sistem yang ada akan berubah sama sekali. Ini bermakna sistem yang tersedia pakai hari ini akan terhapus termasuklah sistem raja berpelembagaan. Memang ini yang di rancang sekian lama oleh puak republikan Malaysia. Bila Raja sudah tiada mereka akan beraja di hati dan bersultan di mata.

Langkah pertama mereka ialah membabitkan agong dalam kes BERSIH 2.0. Mereka sengaja melanggar titah perintah YDPA untuk memperlihatkan kepada penyokong mereka dan rakyat Malaysia bahawa raja tidak berdaya dan boleh di sanggah tanpa ada apa-apa kesan yang memudaratkan mereka. 

Jadi sah lah raja-raja tidak diperlukan lagi dalam sistem pemerintahan Malaysia. Maka cita-cita untuk merepublikkan Malaysia akan menjadi kenyataan dan Anwar Ibrahim akan menjadi presiden pertama republik malaysia.

Anwar Ibrahim jelas sekali telah melancarkan penentangan dan serangan terhadap YDPA apabila mengistiharkan revolusi di Indonesia. Kesalahan yang besar tahap dewa.

Melayu dan raja amatlah sinonim. Tiada Melayu maka tiada pula raja. Raja pula adalah daulat Melayu. Raja pula adalah yang menjaga Islam. Islam agama rasmi Melayu. Tiada raja maka tiada yang menjaga Islam dan Melayu. Pegangan Melayu dan raja ini amat kuat sekali dikalangan Melayu hingga hari ini. Jika hendak mengugurkan raja kerana revolusi menegakkan presiden sesebuah republik, maka Melayu akan bangkit untuk menentang idea nipis ini. Melayu sudah lama selesa dangan kerajaan beraja kerana Melayu menyanjung raja-raja. Idea Anwar Ibrahim ini adalah idea terdesak untuk memungkinkan dia menjadi ketua negara…tapi apakah rakyat akan berdiam diri? Tidakkah majoriti rakyat yang senyap yang tidak menyokong Anwar Ibrahim akan membiarkan perkara ini diteruskan? Anwar Ibrahim kini sedang berada dalam keadaan yang teramat terdesak sekali, terutama dengan kes-kes liwat dan seknya.

Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya mahu mewujudkan revolusi di Malaysia ketika bercakap dalam sesi dialog bersama profesional muda di Petaling Jaya, yang menganggap Malaysia kini di ambang “Revolusi Bunga Raya” iaitu merujuk kepada bunga kebangsaan.

BERSIH 2.0 adalah alasan berniat jahat dan 'ploy' untuk memperdaya rakyat dan menuduh SPR dan kerajaan dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas demi kelebihan pembangkang. WZWH pun masih hingga hari ini tertanya-tanya siapakah pengikut-pengikut yg meramaikan demonstrasi BERSIH hari itu? Tidakkah mereka selama ini dapat pelbagai faedah dan kesenangan di bumi Malaysia ini – pinjaman PLKN/Bank Rakyat/Bank Pembangunan, peniaga kecil, pelajar yg dapat PTPTN atau biasiswa?, penumpang LRT, memandu kereta jenama negara, guna lebuh raya yang dibina di bawah projek pembangunan jangka pendek/panjang, penerima-penerima keuntungan DEB, MBE, mengguna barang subsidi, penerima TEKUN, ahli FELDA?, pekerja swasta, penjawat awam?, pelajar IPTA/IPTS, pelajar sekolah pondok, nelayan, petani dan ramai lagi. Takkan sekelumit pun mereka tak pernah menerima kesenangan dan keselesaan yang dibuat kerajaan selama ini?! Takkan mereka tidak ada langsung mendapat limpahan dari gagasan think-tank, pakar ekonomi dan pembuat dasar yang selama ini bertungkus-lumus untuk mencari punca dan peluang supaya negara kita terus dapat berfungsi dan meraih keuntungan perkembangan ekonomi melebihi purata 5% setahun?

Dalam konteks yang sama, takkan tidak ada dari mereka yang selama ini medapat bantuan atau faedah dari pihak polis yang bertungkus lumus menjaga keamanan, menyiasat jes jenayah berat (kes Datuk Sosilawati sebg. contoh), mengawal kesesakan, menyelesaikan kes-kes kecurian dan pecah rumah, membenteras pengedaran najis dadah, dan jutaan kes lagi. Saya berasa heran mereka sanggup menidakkan amaran pihak polis supaya jangan berdemo demi mengikut pemimpin yang nyata kaki kelentung dan pengadu domba. Jadi memang tidak layak mereka hendak mengadu polis berkasar dsbnya kerana mereka mencari nahas sendiri dan bernafsu kedegilan untuk melanggar undang-undang dan perintah. Pihak polis terdiri dari manusia juga, mereka juga ada deria dan emosi tetapi mereka lebih terkawal kerana ada rejim kepatuhan kepada profesionalisma tugas. Kalau orang sudah membabi degil, pasti mereka ditugaskan untuk menyuraikan. Saya pasti ada di antara kumpulan demo mempunyai saudara mara atau kenalan dalam pasukan polis. Dengarilah keluhan mereka. Tanamlah sikap empati yang mendalam. Apabila ada menyimpan pemikiran begitu anda semua akan menjadi orang yang berakal dan akan dihormati oleh orang lain. Jadilah orang dewasa seperti sebenarnya!

Anwar Ibrahim menanam kebencian dan menghasut rakyat supaya tiada keyakinan ke atas kerajaan jadi  Malaysia sudah dekat dengan satu revolusi. Anwar Ibrahim menyalahkan Najib kerana Malaysia kini sedang mengalami ketegangan kaum yang semakin meningkat. Sedangkan Anwar Ibrahim yang terlibat sebenarnya. Anwar berharap golongan muda di negara ini akan menyambut baik hasratnya ke arah revolusi itu.

Sejarah revolusi kebanyakannya dirujuk kepada revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789–1799, dimana sistem pemerintahan beraja dan peranan agama dihapuskan dan diganti dengan sistem pemerintahan rakyat menjadi sebuah negara Republik Rakyat Perancis yang berteraskan cogan kata “Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan”.

Ancaman Anwar Ibrahim itu tidak boleh dipandang ringan kerana kedudukannya kini amat kritikal dan terdesak yang memungkinkan Ketua Umum PKR itu melakukan apa sahaja. Ketika Anwar Ibrahim amat terdesak dengan kes liwatnya, tidak mustahil beliau sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menyelamatkan dirinya.

Elok Anwar Ibrahim lakukan revolusi terhadap dirinya terlebih dahulu supaya tidak lagi dikaitkan dengan kes liwat, sebelum mahu merevolusikan negara. Itu lah cita-cita sebenar komunis, tersenyum Lim Kit Siang apabila Anwar Ibrahim melafazkan perkataan republik, Anwar Ibrahim adalah jurucakap Lim Kit Siang DAP adalah perancang utama.

Mungkin ini kata kata terakhir perancangan 'grand design' Anwar Ibrahim sebelum ke Sungai Buluh jika belau disabit dengan kes meliwat yang akan dijatuh hukum bulan Ogos nanti. Ya, Anwar Ibrahim boleh mencapai cita-cita menjadi seorang presiden. Majoriti rakyat Malaysia menyokong Anwar Ibrahim menjadi Presiden Republik Sungai Buluh!

4 comments:

Anonymous said...

Kalo btol anwar tergila-gila kn mnjadi PM knpe mse zaman die ngn mahathir die bt mslh dgn xsetongkol dgn mahathir, tu je da mnyebab kn die hilang untuk jd PM. Adakah persepsi kamu ni btol atau hanye pemikiran yg xcukup matang dan keputusan yg melulu..

Anonymous said...

Cakap baik baik. Jangan menyesal satu hari nanti keturunan dan zuriat kamu yang menjadi Presiden republik Sungai Buluh.
Kita merancang dan ALLAH maha mengetahui segala gala nya. Hanya kesian dekat saudara yang kurang matang dalam agenda kehidupan saudara.

Anonymous said...

WZWH punya auta dan kelentong mengalahkan auta mamak tongkang Penang. Kalau inilah cara WZWH nak menakutkan orang Melayu...namapk sangat ketandusan idea dan spinning dia. Get a life, man!.

sri hartamas

Anonymous said...

cuiii,semua anon diatas la yg komen tarak isi,org skang da mula bace ttg illuminati,freemason n siapa yahudi zionis utk elakkan diri dari terjerumus dlm fitnah dajjal dan berada di jalan perjuangan islam,sdra anon2 diatas masihhhhhh lagi x sampai pembacaan kpd isu2 begini..cetek laa bro komen lu all..

puchong-jerantut

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024