Sunday, July 10, 2011

Perbezaan Langit Dengan Bumi Antara Dato' Onn Jaafar Dengan Anwar Ibrahim


Dalam posting WZWH yang lepas sila baca sini, WZWH menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai Bapa Demontrasi Jalanan Malaysia. Terdapat komen-komen yang menyamakan Anwar Ibrahim dengan Dato' Onn Jaafar pengasas UMNO yang mengerakkan gerakan anti Malayan Union.

Komen-komen seperti berikut:

Malaysian said...
Ini ke pemikiran dan tulisan seorang pengamal politik Umno Jerantut? Your Umno founder, Onn Jaafar also led the Malays to the street as a platform to reject Malayan Union.So are labeling him same like Anwar?July 10, 2011 3:51 AM

Selangorian said...
Yes, i agreed with Malaysian.Their thinking skills are not as well as Malaysian. Possibly, because they live in rural area.July 10, 2011 5:02 AM

WZWH ingin menjawab perjuangan politik Dato' Onn berbeza dengan perjuangan politik Anwar Ibrahim bagai langit dengan bumi. 

Kita memperlihatkan kebodohan kita bila cuba membandingkan protes Dato' Onn Jaafar terhadap ancaman gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Malaya belum merdeka lagi. Tiada PRU bebas masa itu.

Dato' Onn Jaafar pengasas UMNO. Beliau menentang British untuk membina negara yang merdeka dan demokratik. Beliau berbasikal ke pelusuk kampung-kampung. Beliau tidak berdemontrasi jalanan sehisteria macam Bersih 2.0.

Jika PRU dibenarkan oleh British, Dato' Onn akan guna proses PRU. Selepas Beliau menubuhkan UMNO pada tahun 1946, tiba-tiba beliau meninggalkan UMNO sebab mahu orang bukan Melayu menyertai UMNO dan diberi hak yang sama mengundi dalam urusan parti.

Bila idea Dato' Onn ditolak, beliau tidak berdemonstrasi di jalanan. Beliau guna saluran demokrasi bentuk parti baru berbagai bangsa iaitu Parti Negara. Selepas kemerdekaan, partinya kalah teruk cuma tinggal beliau seorang menang di parlimen Kuala Terengganu pada tahun 1959. Lalu Dato' Onn tenggelam begitu saja. Beliau meninggal pada tahun 1962. Beliau dikenang selama-lamanya berpegang pada idea demokrasi. Pemikiran beliau ke depan menjangkau zamannya. Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau.

Ketika Dato' Onn meninggal dunia, beliau cuma ada wang tunai sebanyak RM30 sahaja didalam dompet. Ini yang diberitahu oleh cucunya Dato' Hishamuddin semasa merasmi Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2006. 

Dengan membandingkan Anwar Ibrahim sama dengan Dato' Onn adalah memburukkan nama baik Dato' Onn. Jangan cuba menyamakan kejayaan Dato' Onn mengerakkan gerakan anti Malayan Union sama dengan perusuh jalanan Bersih 2.0.

Dato' Onn tidak terpalit dengan skandal liwat, main bini orang dan pelacur sama dengan pertuduhan-pertuduhan moral yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. WZWH ingin bertanya rakyat Malaysia, layakkah Anwar Ibrahim bila beliau meninggal dunia dikebumikan di Makam Pahlawan.

Malayan Union mahu dicuba laksanakan pada tahun 1946 iaitu 11 tahun sebelum merdeka pada tahun 1957. Tiada PRU pada tahun 1946. Malaya adalah dibawah jajahan British. Gerakan anti Malayan Union memperjuangkan kemerdekaan dan menjaga hak-hak pribumi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Kini Malaysia adalah negara yang merdeka. Malaysia ada YDP Agong, parlimen dan memerintah sendiri. Tiada lagi penjajah British. UMNO tidak berdemonstrasi jalanan bertempik mahu menperjuangkan apa-apa isu seperti apa yang rally Bersih 2.0 buat di jalanan Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan 2011 kerana UMNO dan BN memerintah Malaysia.

Bila British mansuhkan Malayan Union pada Januari 1948 maka protes dari UMNO berhenti. UMNO bekerja kuat untuk kemerdekaan bersama MCA dan MIC walaupun tiada PRU sehingga pada tahun 1955. PRU pertama pada tahun 1955. Parti Perikatan (BN) menang 51 dari 52 kerusi. Tiada pula demontrasi jalanan pada masa itu.

Komunis Malaya tidak boleh menerima orang berfahaman bukan komunis dan proses politik yang tidak ganas. Komunis Malaya memilih perang dan keganasan terhadap rakyat Malaysia. Chin Peng pemimpin agung komunis Malaya tidak pernah terfikir satu hari wajahnya dicetak pada baju-baju penyokong Bersih 2.0.

Ternyata pengkomen-pengkomen di atas tidak tahu  dan tidak mahu memahami sejarah negara. Kepada Selangorian, semasa Perang  Kelang atau Perang Saudara Selangor yang berlaku dari tahun 1867 hingga tahun 1874, berapa ramai pahlawan-pahlawan Pahang dari luar bandar terutama dari Ulu Tembeling datang membantu mententeram dan mengamankan politik Selangor yang bergolak.

Rakyat luar bandar dan kawasan Felda yang merupakan 75% daripada 222 kerusi parlimen Malaysia sangat tahu membezakan pemimpin mana yang kaca dan pemimpin mana yang intan. Rakyat luar bandar dan Felda akan menzahirkan pendirian mereka nanti dalam kotak-kotak undi PRU 13. Mereka tidak memilih dan tidak menyokong demontrasi jalanan yang dimastermindkan oleh Anwar Ibrahim.

Rakyat luar bandar dan Felda tahu dengan jelas kini bahawa Ambiga Sreenevasan Pengerusi rally Bersih 2.0 adalah seorang 'pseudo leader' iaitu pemimpin yang menipu kepada seluruh rakyat Malaysia dan YDP Agong!

3 comments:

malaysian said...

Thanks for your response. So i assume you agree that Onn Jaafar was a far sighted politician which dont see a race based party like umno as the best platform to voice out rakyat's needs etc. And please stick to the fact the late Onn Jaafar did organised an anti malayan union demonstration to voice out their dissatisfaction to the British.

chosap said...

Tidak semua setuju yg Dato onn meninggalkan umno kerana beliau mendesak mereka membuka keahlian kepada bukan melayu... british telah melaga laga kan melayu ketika itu kerana ingin menyingkirkan dato onn ketika itu yg merupakan ancaman besar mereka dan dianggap pencetus huru hara menentang inggeris ketika itu sehingga umno dibentuk atas usaha beliau... malaya for malays, malayan union not wanted...
Dato yg ketika itu banyak memperjuangkan bangsa dan kemerdekaan mendesak inggeris supaya meluluskan perlembagaan bg menjamin kedudukan bangsanya dan agamanya..

chosap said...

British telah mengenakan syarat dan mendesak dato onn agar membuka keahlian bukan melayu jika ingin mendapat kemerdekaan... dalam masa yg sama org inggeris telah menghasut dan memperdaya org melayu sehinggakan beliau tidak sempat memperjelaskan sehingga digelar pengkhianat melayu...seorg yg sangat kuat mempertahankan bangsa dan agama nya...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024