Tuesday, April 10, 2012

Pesan Mat Kilau Kepada Sakmongkol AK47...


Sakmongkol AK47 selalu tulis posting 'Oracle Syed Putera' melahirkan vision Sihalimunan Tun Daim Zainudin . Begitulah Sakmongkol terlalu obsessed dengan TDZ.

WZWH susah mimpi tapi bila mimpi biasanya pelik-pelik ceritanya. Ini cerita mimpi WZWH semalam...

WZWH bermimpi jumpa Aki Mat Kilau pahlawan lagenda Pahang. Berpakaian serba putih. Aki Mat Kilau tersenyum melihat WZWH.

WZWH cuba-cuba ingat dailog antara kami berdua...

Aki Mat Kilau: Aki kenal keturunan kamu...Moyang kamu adalah seorang Raja di Kampung Labu (Tembeling Tengah). Banyak budi moyang kamu menolong Aki; ubat peluru bedil, senapang, ubat-ubatan, wang dan beras. Akhirnya sokongan sulit moyang kamu diketahui Inggeris menyebabkan pencen kerabat moyang kamu ditarik balik dan hilang kedudukan. Kamu perlu contohi moyang kamu..

WZWH: Sekarang Aki orang Melayu memerintah. Takda dah orang putih. Orang Melayu sudah ramai senang disamping berbagai kaum.

Aki Mat Kilau: Aki tahu. Aki terlibat sama menyambut Perisytiharaan Kemerdekaan di Padang Kuantan. Aki berpakaian sepasang pahlawan Melayu Pahang dengan kain cindai dililit dikepala. Aki dengar juga parti Melayu mana yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair. Tapi jangan biarkan penjajah mengunakan orang dalam menghancurkan orang Melayu dan tanahair ini.

WZWH: Sekarang orang Melayu dah lain Aki. Ada Melayu tidak percaya kepada parti sendiri yang berjasa. Ada Melayu mahu jatuhkan Perdana Menteri kita orang Pahang sendiri. Ada Melayu mencemuh, menghina, menggata dan memperlekehkan parti orang kita sendiri Aki. Orang Melayu ini sanggup menjadi hamba kepada DAP dari menjadi hamba kepada parti orang kita sendiri. Sedih ada orang Melayu macam ini. Orang Melayu ini tidak hormat kepada Orang-Orang Tua Negeri Pahang tercinta kita ini. 

Aki Mat Kilau: Sabar orang muda..biarlah tidak kemana orang Melayu yang macam ini, setinggi mana burung terbang akan hinggap di pokok jua. Bertindak mengikut hati yang amarah tidak akan kemana...Kamu orang muda pertahankan warisan negeri Pahang ini...Aki doakan kamu berjaya...

WZWH tidak ingat apa-apa lepas itu..vision Aki Mat Kilau sudah menghilang. Apa maksudnya 'Oracle Aki Mat Kilau' ini? Banyak makna dan dalam kata-katanya...

43 comments:

Anonymous said...

Hmm..Terang lagi bersuluh, Wan Zuri ni kuat berangan sampai termimpi2 berbanding Sak yang bercerita berdasarkan realiti.

Patut la UMNO BN kian hari kian senget kerana ramai pemimpin yang kuat berangan macam Wan Zuri.

Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, lima untuk aku. Sebab tu dalam UMNO BN banyak bercakaran sesama sendiri. Perebutan untuk jadi calun perkara biasa yang mencetus kepada perbuatan sabotaj sesama mereka. GE 2008 adalah contoh terbaik dan GE akan datang akan lebih kronik lagi buat parti karat ini.

Anonymous said...

aik...betul ke??? siapa yg bercajaran sebenarnya??? PAS dan DAP kat kedah atau dikalangan org PKR sendiri???

macam tak tahu fakta aje...

Anonymous said...

Anon 11:05,
Mat kilau Pahlawan Legenda Melayu Pahang itu sudah meninggal dunia pada tahun 1970 camna Wan Zuri mahu jumpa live hehehehehe lainlah Sakmongkol boleh jumpa Tun Daim sebab Tun Daim masih hidup lagi. Kah..Kah..Kah..tak bolehlah realiti kenalah melalui mimpi...

Anonymous said...

Weh! Mat Kilau tu Aki awok, pahlawan lagenda pahang tu aki saya juga. Rupa2nya kita bersaudara ye. Saya pun bermimpi jumpa Aki Mat Kilau semalam, tapi lain pulok ceritanya :

Aki Mat Kilau : Aku kenal moyang kamu, kerjanya takde lain, mengampu saja. Aku macam nak mampus berjuang menentang Inggeris keluar dari tanah melayu, moyang kamu bila merdeka kerjanya menghalau sedara-sepupu kamu dari dapat projek2 kerajaan. Walaupun sedara-sepupu kamu bukan UMNO, mereka tetap cucu-cicit aku. Mana boleh orang UMNO je dapat projek, aku berjuang dulu bukan untuk UMNO saje, untuk semua rakyat lah. Nyesal aku buat susah2 masuk hutan, keluar hutan berjuang. Sepupu kamu tu WZWH, Cikgu Ngah, apa ounya manusia. Orang UMNO yg terang2 songlap duit pun dia pertahankan, suruh doa banyak2 lagi. Kalau ada orang macam ni zaman aku dulu, aku selamkan sampai berbueh2 kat sungai pahang.

Anonymous said...

Biasalah kalau mimpi jumpa orang pakai serba putih.. Sbb ini mimmpi cerita lama.... Masih hitam putih
Tak best la mimmpi sdara....skrg mimmpi dah versi HD... Boleh upload kat youtube....

Anonymous said...

Xpe.klau betul itu mimpi,ambil la saya yg hina ini pesan aki mat kilau itu.tapi klau itu bukan mimpi (dalam hidup realiti hari ini) terang nyata memang melayu sekarang ni dah jadi pun macam gini..ntah lah wahai sahabat sekalian,menegok ke muka mat kilau di atas ni,hati jadi sayu je.cuba menerobos apa yang dia pikir masa membuat keputusan menentang penjajah habis habisan.buang anak isteri,hidup merentas segenap ceruk hutan,perang jeram ampai,pembelotan kawan,hidup buangan,menghadap kematian kawan depan mata dalam perjuangan yang semua orang lain pulaukan.hmm,alfatihah pada aki mat kilau,mat kelubi & 3 lagi rakan utama bak hang tuah 5 bersaudara..kamu buatlah orang melayu benda yang kamu inginkan dihati,aku waris dari salasilah galur para pejuang ini takkan pernah redha andai 50 tahun lagi atau bila-bila pun tanah yang ditumpahkan darah keluarga kami ini akhirnya menjadi singapura.mereka semakin ramai semakin menghampiri nisbah kita si tuan tanah,tak pelik kalau akhirnya mereka semakin kuat menuntut kesamarataan.patutnya mereka menuntut izin untuk ruang berteduh sementara pada si tuan rumah..benar,akan datang suatu hari islam akan kembali menyinar dan kemenangan akan berpihak pada agama ALLAH,tapi adakah dengan berpecah sesama melayu islam ini akan memberikan kamu kemenangan itu??

Mereka kafir kafir memang akan terus menghempas pantai laksana ombak,kerana sudah itu sifat ombak,namun kamu anak melayu laksana pantai,benteng benteng harus dipasak,pemecah ombak(tak tahu rupa pemecah ombak sila google image) mesti dihampar dan ini bukan sesetengah suku melayu je yang perlu,semua suku suku anak melayu yang atas dahinya tertulis kalimah ALLAH yakni islam kena dihimpunkan minda,akal dan tenaga malahan kekuatan semua yang saling melangkapi itu barulah kamu menjadi pantai yang teguh,tidak terhakis,malah jadi biakkan karang-karangan yng indah,tempat ikan mencari makanan,juga makhluk lain dilimpahkan rezeki.

Kamulah yang arwah aki juangi dahulu,anak kita yang bergelimpangan tidur disisi tu yang arwah korbankan darah dan nyawanya,ambillah masa kamu seketika merenungi mereka mereka yang makin 'JAUH' kamu terlupa dalam kesibukan hidup harian kita.

melayu itu pastinya islam,ISLAM itu agama bagi kita melayu disini(jgnlah nak main2, kita kata islam agama bagi seluruh umat)kita kira negara malaysia ni je la.PAS itu parti,UMNO itu parti,DAP itu juga parti tapi kafirnya kafir zimni,MCA juga parti selagi mereka menentang islam mereka juga zimni.sekian.bersatu lah kamu wahai melayu

-ciut piut arwah pejuang dahulu-

Kampong man said...

1of 2
Sdr WZWH,
Benar Sakmongkol terlalu ghairah dengan TDM the Oracle of Syed Puta sebagai bomoh pilihanraya.
TDM office adalah di Jalan Syed Putra berhampiran MCOBA building.Pernah saya fikirkan siapa Oracle ini adakah ia satu fantasi dalam mimpi saperti cerita suspense Sherlock Homes.Anyway ,mohon share comment ini di blog tuan dengan izin. Terdapat di blog Sak juga sabenarnya.


"Sir,

The spirit in UMNO/BN has been as strong as ever in fact stronger as they are better prepared from the alternative media onslaught that has been consistently spreading lies about the BN government effort for the Rakyat.I wish not to talk here about those political,social and economic transformations that has been steadily ongoing now by BN.The BN machinery is in a ready state as i was told and now waiting for the signal from the boss for the final push.The fence sitters are observing and evaluating who actually deliver for them.The third force from the NGOs seems to be on the Govt side mostly, so are the civil service people and the pensioners as well. This is about the best time to call for an election the time when the PR is at their most vulnerable position. Having hardly less than a dozen ekor Melayu in DAP does not help either. DAP need more Melayus to at least slightly change the mindset of the Malay voters in DAP favours ,so far there is a lot to be desired and DAP has failed miserably attracting Melayu.DAP is still not a multiracial party as claimed.

I look forward to what Daim is going to predict but his prediction this time around will be just as good as mine or for that matter anyone of us here.He is too busy making money in South Africa and elsewhere to be bothered to whatever happen in Malaysia politically .He has no feel of the Rakyat on the ground apart from what he hear and read.That is about all.I wont listen to his prediction anymore.I attended his lectures at Tun Razak lectures series University Tun Razak city campus last year. Must say i am not impressed.

The parasites in PAS are very much Anwarinas who would do anything to ensure Anwar be the next PM and the ulamak be put aside.The PR are without good leaders to lead them. In fact none are credible and acceptable by the coalition leadership so far.LGE insist on Anwar leadership and PAS said DSAI is morally at odd.What happened in Selangor by the PAS Hasan Ali is just one of the many issues of serious political ideological conflict within the Pakatan itself and certainly not the work of BN in Selangor.Why blame UMNO/BN for Hasan PAS doing.True enough PAS was shortchanged by PKR in Selangor. Shows the kind of respect or the lack of it to worthy partner within PR.How could PKR Khalid conveniently snatched that position from deservedly PAS ?.One can imagine the power struggle if PR secure Putrajaya !There will be nightmares for positions and power at the expense of the Rakyat.God forbid! The Rakyat do not need this learning curve and any power struggle.We need a Govt that is focus,stable and the experience to face the coming world economic crisis expected soon.We need the man who walk on water to assist,our valued menthor Yang Berbahagia Tun of course for that little tips on the arts of survival.I will ignore my bomoh this time and rely now on my Feng Shui master as the Year of the Dragon is the year of more prosperity ,success and strength he said.

Kampong man said...

2 of 2 continue

As for Sabah and Sarawak didn't i said before it is a BN fixed deposits !Sak predictions is again without basis.Look back those 2008 results and the recent Sarawak poll and analysed diligently.Judging from this DAP blog i will agree as there is hardly any pro gomen people interested to be here.The DAP/PR people too here are dreaming of the white Christmas(Gilbert O Sullivan) my poor buddy QD and one or two others indeed has the gut to be here.The long Chinese new Year holiday has brought a lot of sanity for me and hence this quick thought before i doze off.Yes,as for Sabah I travelled frequently there to know this though i am not a politician.PR will be butcherd there believe me.The Sabahan and the Sarawakians have so much loyalty that we in Semenanjong lack.Taib Mahmud is the living proof no matter what you said against him .Another admirable leader ! Thanks folks and good night."

WZWH,
Scotland has always been my second home.My other half was doing Architecrure Masters at Dundee University while you were in primary school.She was at Hillsight and i was at Sighthill Edinburgh that time.
Continue the good work for Pahang and the Rakyat.

Cheerio lad !!.

Kampong man said...

2 of 2 continue

As for Sabah and Sarawak didn't i said before it is a BN fixed deposits !Sak predictions is again without basis.Look back those 2008 results and the recent Sarawak poll and analysed diligently.Judging from this DAP blog i will agree as there is hardly any pro gomen people interested to be here.The DAP/PR people too here are dreaming of the white Christmas(Gilbert O Sullivan) my poor buddy QD and one or two others indeed has the gut to be here.The long Chinese new Year holiday has brought a lot of sanity for me and hence this quick thought before i doze off.Yes,as for Sabah I travelled frequently there to know this though i am not a politician.PR will be butcherd there believe me.The Sabahan and the Sarawakians have so much loyalty that we in Semenanjong lack.Taib Mahmud is the living proof no matter what you said against him .Another admirable leader ! Thanks folks and good night."

WZWH,
Scotland has always been my second home.My other half was doing Architecrure Masters at Dundee University while you were in primary school.She was at Hillsight and i was at Sighthill Edinburgh that time.
Continue the good work for Pahang and the Rakyat.

Cheerio lad !!.

Kampong man said...

Correction Should be TDZ ,Tun Dai Zainuddin and NOT TDZ.maaf

Hairan ramai yang memburukkan TUN Dr Mahathir dari PR .Manusia yang punyai vision begini tidak datng selalu di Malaysia dan mereka memperkecilkan usha Tun.

Benar,kata kata ini.
"POLITICIANS THINK OF THE NEXT ELECTION and STATESMANS THINK OF THE NEXT GENERATION "

Without doubt Dr Mahathir is a STATESMAN ,period.

Kampong man said...

Wrong again should be TDZ !!
I better get to sleep as i am losing concentration.Good morning.

Quiet Despair said...

Syabas Abang Wan. Kita keturunan Mat Kilau mesti berani dan jangan menyerah kalah.
Takde kurangnya you from Sakmongkol. He's Owen trained and you got yours from Scotland.
Saya bangga jadi anak Pahang walaupun sebelah bapa saja. Macam DS Najib, saya pun anggap saya Pahang tulin.
Pahlawan zaman nenek moyang kita juga adalah pawang diraja dan memang boleh berjalan atas Sungai Pahang dari Tembeling ke Pekan.
Anon 11.52pun mengaku cucu-cicit Mat Kilau. Tapi nampaknya dia renegade. Dah jadi penganut Anwar. Biasalahkan, there's always a black-sheep in the family.
If I read right, Tok moyang kita tu is telling you Sakmongkol will go back to UMNO one day.
Just look at Sakmongkol. Every inch of him is UMNO. His bearing, cutting, stature, demeanour and life-style all shout UMNO. But cakap mencarut dan maki hamum bukan UMNO.
Saya tengok dia dan Aspan macam kekok saja dengan Lim Guan Eng dan DAP cadre yang lain.
Sakmongkol is no fan of Daim. I remember him once saying he is Mahathir's Mr Money-bag and Mr corrupt.
But he's now perceived to be Daim's admirer since Daim's prediction of a tough election for BN.
Dia suka dengar Daim'sweet talk on Pakatan's victory. That's music to his ears.
Same goes to Mahathir. They called him Mamak Kutty. But when Mahathir ticked off UMNO, all the Pakatan bloggers will be quoting him.
But if you read Utusan and MSM report on Daim, never did he say BN will lose. It's just spinning on the part of Anwaristas.

Anonymous said...

Mat Kilau masuk UMNO?
SPRM masuk Umno
PDRM masuk Umno
MACC masuk Umno
RTM masuk Umno
NST,Utusan, BH, The Star Umno
Mat Bangla, Mat Myanmar masuk Umno.

Bro, dalam mimpi saya bertemu ngan Mat Kilau dia kata dia PAS, camna tu? Dia rasa terhina cicitnya WZWH taruk dia sebakul dengan SPRM, MACC, PDRM dan Mat2 Bangla dan Myanmar tu.
Tambah Mat Kilau lagi, kalau Tok Gajah dengar WZWH kata dia masuk UMNO, mampus kau dikerjakannya.

Akhir sekali Mat Kilau pesan pada cucu-cicitnya, kalau korang nampak aku mengundi pada PR ke13 nanti, sah itu pengundi hantu.

Mat Tebing Tinggi

Anonymous said...

Tak pasal2 Mat Kilau dibabitkan walhal Mat Kilau tu menentang penjajahan orang barat,

Tiba2 sorang malaon war war kan Mat Kilau seolah2 menyokong perjuangan parti yang bersekongkol dengan penjajah, parti yang paling kuat membodek penjajah iaitu UMNO ( nama pun dalam bahasa omputeh tu ). Tak mungkin perkaran ini boleh berlaku melainkan "mimpi kosong" sipengampu.

Janganlah kerana dah buntu idea dan kurang sokongan, nama arwah yang terbukti anti penjajah dibabitkan dengan perjuangan UMNO Baru yang kian menyimpang ini. Korang tak taya ke kenapa Tun Mahathir sanggup haramkan UMNO asal. Elok gi belajar dari Ku Li dan Musa Hitam pasal perangai Mahathir Kutty tu. Harap2 Wan Zuri tak sama kan Mahathir dengan Mat Kilau. Harap juga Wan Zuri tak bermimpi Mat Kilau suruh dia menyembah Mahathir.

Anonymous said...

UNMO tak pernah bercakaran sesama sendiri. Yer ke ???. UMNO Tak pernah melahirkan pemimpin yang juga pembunuh. Yer ke ?. Pemimpin UMNO tak sorang pun terlibat dalam kes2 rasuah dan skandal sex. Yer ke ???

Elok kau orang selongkar sejarah dan cerita2 lepas elok2 kalau korang nak tahu cerita sebenar. Berapa kerat orang PAS makan rasuah. Cuba bandingkan secara rasional.

SILAP BESAR LAA kalau Mat Kilau tiba2 jadi bodoh dan menjadi pendokong parti rasuah. Jangan hina pahlawan melayu tu ! Hari2 sikit Wan Zuri !!!

Anonymous said...

Bukan saje WZWH keturunan Mat Kilau, QD pun sama, keturunan Mat Kilau juga.
Ibrahim Ali Perkasa bila tewas berhujah, mulalah panggil pesilat2 melayu buat hura-hara. So very Melayu and predictable. Dengar kata towkay silat Din ..... something ( tak ingat nama penuh dia ) yg dibawa bersama oleh Ibrahim Ali masa Bersih 2.0 tu ada pertalian darah ngan Mat Kilau, betul ke?

Lima-Pupu Mat Kilau

Anonymous said...

Malam tadi ana bermimpi berjumpa dgn WZWH bersama Aki Mat Kilau. Tau apa yg Aki pesan kepada En Wan, bagini....

Aki Mat Kilau: Wan, terima kasihlah kerana mengkategorikan Aki sebagai pejuang kemerdekaan kerana sebelum ini aki serta ramai lagi kawan2 Aki seperti Tok Jangut, Tok Bahaman telah dicop sebagai pengganas, penderhaka kpd raja2 Melayu dan pengkhianat kpd bangsa dan agama. Bukan setakat dicop malah kami diburu oleh orang sebangsa dengan kami sendiri yg menjadi askar upahan British..Kawan kami Tok Janggut dibunuh oleh polis Melayu dan mayatnya digantung untuk tontonan awam ditengah2 bandar Kuala Krai...Aki taklah sedih sangat dgn peristiwa itu tapi yg Aki terkilan bila sambut hari merdeka, yg selalu diangkat dan dijulang ialah Tengku, On Jaafar, Tun Razak, Tun Husain, Tun Mahathir...malah perkara2 yg selalu diulang2 bahawa Tanah Melayu Merdeka dengan kebijaksanaan Tengku tanpa menumpah darah setitik pun...
WZWH: Betulah tu Aki......tapi tanpa UMNO negara kita tak akan merdeka..
Aki Mat Kilau: Kamu Wan kena sedar dan belajar sejarah, sebelum British beri kemerdekaan kepada kita, dia nak pastikan sistem pentadbiran British dikekalkan dan segala sumber ekonomi milik British tidak boleh diusik oleh sesiapa...itu sebab dia memilih UMNO sebagai proksinya di sini dan jika UMNO bersetuju dgn syarat2 tsb maka British tiada halangan untuk melepaskan Tanah Melayu.. pemilihan UMNO sebagai proksi ni dibuat dengan perancangan jitu...mula2 anak2 golongan bangsawan dihantar ke England untuk belajar undang2 common law. Meandangkan keperluan ramai pegawai tadbir dan diplomatik maka MCKK ditubuhkan dan anak2 Melayu yg cerdik sikit diasuh cara sekular disekolah ini...
WZWH: Oh gitu...lagi aki
Aki Mat Kilau: British ni smart...Pertubuhan yg tidak bersetuju dgn syarat2 yg dikenakan diatas diwar2kan sebagai penderhaka bukan kpd British tetapi kepada raja Melayu konon. Itu sebab parti2 berhaluan kiri diharamkan...puak2 Nasionalis dan Ulama' diburu dan dipenjarakan....
WZWH: Tapi itu dulu, UMNO sekarang bukan lagi talibarut British...yg memajukan negara sehingga jadi macam sekarang adalah UMNO.
Aki Mat Kilau: Wan, bumi Tanah Melayu ni kaya dengan hasil, selain tanahnya yg subur, bumi kita ada minyak, bijih serta sumber tenaga kerja yg sangat rajin terutama dikalangan orang2 Cina..tanpa UMNO negara kita tetap maju. Lihat Thailand, Korea, Taiwan telah maju tanpa UMNO.
WZWH: Aki, seolah2 Aki menfikan terus usaha UMNO ni..
Aki Mat Kilau: Bukan gitu...mula2 UMNO ni ok juga...tengok ekonomi Melayu zaman Tun Husain dah menguasi 18% pemilikan equiti negara..tapi bermula zaman Mahathir pemilikan equiti ni boleh dikatakan statik...yg ada cuma beberapa anak bekas PM yg sudah jadi billoner...cake ekonomi tidak diagih secara adil, cuma gulungan elit UMNO yg dapat memiliki harta yg melimpah ruah...UMNO Najib yag diwarisi drp UMNO Tun Mahathir ni sudah menjadi UMNO projek..UMNO balas budi...UMNO kipas...
WZWH: Terima kasih banyak2 Aki, baru saya sedar sekarang...
Pak Hbib Temin: Tulah En Wan, padan muka kau...kena sebutir...

Cikgu Ngah said...

Salam Saudara WZWH,

Memang menarik utk difikirkan betapa Sakmongkol kini begitu taksub kpd 'the oracle of Syed Putra' yg mana meramalkan kesukaran buat BN dlm PRU akan datang. Sakmongkol tak pernah cakap pun 'oracle' ini adalah Daim. Dia juga tak pernah cakap orang itu bukannya Daim. Tapi dia cakap orang itu tahu selok-belok pemikiran Daim. Dan apa yg Utusan tulis mengenai interbiu mereka dgn Daim adalah tipu semata-mata. Walhal yg sebenarnya ialah Daim pun lihat masa depan yg malap kpd BN/UMNO, seperti apa yg disampaikannya kpd Sakmongkol sendiri.

Sangat menarik utk difikirkan kerana sedari dulu puak2 pembangkang tak ada satu perkara yg baik pun utk diperkatakan tentang Daim Zainuddin ini. Pembangkang, khususnya Anwar selepas tidak lagi bersama UMNO, mendakwa Daim inilah bapa segala rasuah, korupsi, salah guna kuasa, kronisme dan mcm2 lagilah. Malah Sakmongkol dlm ceramahnya di Pekan pun kata 'Tun Daim ini semua benda jahat pernah dibuatnya'. Tapi hairannya Sakmongkol begitu memuji-muji ramalan dan tilikan Daim Zainuddin ini. Terutama bila Daim meramalkan UMNO akan k.o. dlm PRU akan datang.

Jelaslah pada kita bahawa Sakmongkol ini sebenarnya adalah seorang yg selective. Dia mempunyai kuasa ajaib dari Tuhan utk menentusahkan mana orang dan parti yg baik, mulia dan berintegriti asalkan sesuai dan kena dgn selera beliau sendiri. Setelah kenyang dapat lombong besi, balak dan kuari dari UMNO, maka UMNO sekonyong-konyong tidak lagi halal dan suci buat dirinya. Bila Daim didakwa oleh Utusan memuji-muji Najib dlm interbiu, maka Utusan dijatuh hukum oleh Sakmongkol sbg akhbar penipu. DAP yg bersifat feudal ala pemerintahan beraja dinasti-dinasti China kuno pun dijulang sebagai paksi demokrasi dan integriti oleh Sakmongkol ini.

Jadi tak payahlah kita nak ambil kisah sangat apa yg Sakmongkol fikir dan tuliskan. Orangnya tak stabil, beremosi dan tiada berintegriti.

Dalam interbiu Daim dgn akhbar Cina dulu dia kata BN hanya akan selesa di Melaka, Johor dan Pahang. Bila Daim membuat ramalan ini, maka bersorak-sorailah Sakmongkol. Tapi dia tak pula cerita bagaimana Daim mengkritik pengundi2 Cina yg akan mengundi DAP dan menolak BN tanpa membuat sebarang perhitungan dan pertimbangan yg teliti. Daim kritik pengundi Cina yg mahu mengundi DAP 'just for the sake of toppling BN', dan kebencian pada UMNO, bukannya didorong oleh pemikiran dan pertimbangan yg waras.

Tapi tak hairanlah kerana Sakmongkol ini selective orangnya. Dia tak kisah walaupun DAP di Penang terang2 ishtihar akan amalkan dasar 'zero opposition' kalau menang sekali lagi dlm PRU 13 nanti. Inilah demokrasi ala DAP. Demokrasi ala Shih Huang Ti. Demokrasi ala Sakmongkol al Lombong Besi wal Kuari.

Wassalam.

Anonymous said...

Nak tanya sikit....Cikgu Ngah ni sedara Mat Kilau juge ke? WZWH dan QD dah mengaku keturunan Mat Kilau.

Mat Kilau's brother-in-law's 2nd-cousin's neighbour.

Anonymous said...

Anon 9.25AM,
Ana rasa Che'gu Ngah dah nak mengistiharkan diri masuk PAS setelah dia baca posting ana (Pak Habib Temin) di atas. Mana tidaknya dia ni che'gu Ilmu Alam buakan tarawikh (bukan version Ramah Adam)....

Anonymous said...

Apa ? Depa tu semua keturunan Mat Kilau ? Biaq betoi !. Kalau betoi keturunan Mat Kilau dan masih berjiwa Mat Kilau..aku tak fikir depa akan jadi burung balam pada UMNO BN. Aku boleh consider kalau depa cakap keturunan Mat Kilau tapi jiwa mereka bukan lagi jiwa dan semangat Mat Kilau tapi jiwa Mat Silau... silau dengan projek, kontrak, pangkat dan wang ringgit.

Orang macam ni memang layak sangat digelar warisan Mat Silau. Kih kih kih..perasan betoi puak2 karat ni. Balik qatam sejarah Mat Kilau baik2 sebelum nak samakan diri dengan Mat Kilau dan perjuangannya !. Atau kalau beragan benar...pergi geng dengan Daud Kilau, raja gelek Malaysia tu. Tak saper nak persoalkan.

La said...

Mat Kilau menentang penjajah Ingeris sebab habis harta dan hasi bumi tanah melayu seperti bijih timah, getah dll, British bawa lari ke England.

In tahun 2012, habis harta negara pemimpin Umno bawa lari ke Switzeland, Enland, Arginetina dll negara. Jumlah anggaran RM100 bilion cukup untuk lupuskan hutang PTPTN. Mat Kilau mesti pening kepala dalam kubur melihat gelagat pemimpin Umno menipu melayu2 kg, melayu2 felda dan melayu2 miskin yang tak berapa cerdik.

Anonymous said...

ha, ha... well done WZWH... excellent parody!

the next time Suck 47 writes about the now-oh-so-trite Oracle of syed putar... you must reply with your mimpi dengan Mat Kilau.

I swear, Suck 47 has gone totally and absolutely stark bonkers... spewing pure dung each time he hires someone to write up his warped sense of self-importance.

some people say, when God hates you, first He makes you mad.

precisely... that is exactly the case of the mentally-imbalanced Suck 47... the frustrated-washed-out-politician desperately clinging to the last vestiges of sanity.

Quiet Despair said...

Ewah ramai betul ya pakar sejarah segera ala Mat Sabun kat sini ya. Syok memutar-belit sejarah untuk kena cangkok sendiri ya.
Cikgu Ngah, tolong ajar budak-budak ini fakta sejarah sebetulnya. Termasuklah saya yang tak arif (haha bukan Sakmongkol) tentang Sejarah Melayu.


Anon 8.11 am

UMNO tak pernahlah pulak megaku mereka baik, warak, perfect. Pemimpin UMNO bukan hypocrite.
What you see is what you get. Kalau kereta Bentley ke or Porsche, pergi berkempen pakai kereta sama.
Taklah macam a certain leader and his men. Nak berceramah tumpanglah kereta kecik. Kereta luxury dia simpan kat rumah.
Mengaku diri pemimpin Islam terbaik seantero dunia yang diiktiraf oleh imam-imam besar.
Ada pula yang memangillnya Imam Mahadi. Dan LGE pula Khalifah Abu Bakar. You mean you guys believe this.
Nak tanya sikit baik sangat ke dia semasa pegang duit kat MOF dulu. Azmin dan isterpun dkatakan dapat shares RM600 juta pada tahun 1990 sedangkan gaji dia cuma RM2,000 masa tu.
Baiknya lah ya bakal PM you all.

Anonymous said...

Pak habib temin ni orang tak buka lagi cerita belah keluarga syed ni dapat tanah di temin ni macamane..kut kalu beria sngat ber'ana-ana' ni esok orang bukak jugak cerita ni kot??mcmana deme rase deme lagi mulia tak beape campur orang kampung sgt sbb keturunan syed,sape golongan syed di temin yang berbisnes sgt dgn cina jerantut ni,dari mana asal galur yang jadi deme beramai duduk di temin..ke guane??

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 3:31, Kebanyakan majoriti Keluarga Syed di Kampung Temin Jerantut adalah sedara WZWH. WZWH boleh bentang salasilah Keluarga Syed Temin satu-satu apa hubungan dengan Syed Periba, Syed Kuala Tekal. Memang kubur tak bercampur dengan orang kampung. Tapi WZWH faham budaya dan adat itu. Di Tembeling Tengah ada makam khas untuk Keluarga Syed. Syed Ibrahim calon PAS parlimen Jerantut dari tahun 1982 hingga 1999 adalah sedara rapat lagi dengan WZWH. Keluarga WZWH berasal dari clan Al-Idrus

Anonymous said...

Aku plak keturunan tok janggut. Aku pun bermimpi berjumpa dengan moyang aku tu. Tok janggut pesan, dia haramkan anak cucu dia masuk Umno Baru. Dia kata Umno Baru bukan parti melayu dah. Umno Baru mula-mula jadi PARTI BUMIPUTRA.Sebab semakin tenat sekarang ni dah mula buka warganegara kat mat bangla, mat indon dan macam2 pendatang. Sekarang ni Umno Baru dah jadi PARTI ASIA.

Pesan tok janggut lagi,lepas Pru 13 ni, kalau masih tak dapat sokongan Umno Baru nak jaja warganegara ke orang-orang eropah timor plak, bekas geng kominis soviet.

Anonymous said...

Anon 3.31PM,
Kita bukan berdebat soal keturunan...dan kalau anon 3.31PM nak berdebat soal keturunan kita boleh bentang salasilah masing2Perbincangan ana disini cuma berkaitan dengan politik. Yg membezakan ana dengan WZWH adalah soal politik yg mana kami mempunyai pandangan politik yg berbeza..
Hubungan ana dengan WZWH memang berkeluarga melalui moyang ana bernama Syed Muhammad Alkherid yg berkahwin dengan moyang WZWH bernama Wan Mandak dari Tembeling Tengah.

Cuma sikit ana nak beritau anon agar dapat menjaga penulisan. Jangan keterlaluan membangkitkan soal keturunan Syed di Temin ini...ana nak beritau sikit demi maruah (jauh sekali nak membangga diri) bahawa Syed Temin ini berketurunan Bani Hashim (ahlul bait). Orang berketurunan Bani Hashim ini tidak layak menerima zakat dan keturunan mereka wajib dimuliakan...

Anonymous said...

porahhhhhh ape le oaranhg jrantut nieeeeee, kito orang bolot jeeee kekayaaannnn d jrantut nieeee, tgk tanah d Temin rumah beso sape punyeee kiraaa dgn jari je orang Jrantut, lainnnnn kami oarang luar jeeeeee, heeeeeeeeee porahhhhhhh

Anonymous said...

Awat la bengap sangat. Kalau dah tau Azmin kaut duit cara haram..cepat report kat SPRM suruh siasat, tunggu kepala bapak apa lagi. Bukankah UMNO BN berkuasa sekarang dan sebarang report mereka kat SPRM cepat jer diambil tindakan..macam yang berlaku kat Nik Aziz tentang kes duit ke Umrah dulu ( siasat2 tak der kes pun ).

Lainlah kalau pembangkang atau PR yang report, ada kes dan bukti pun, sampai kat EG...buang kes. Tu laa yang Timbalan Pengarah SPRM sendiri bengang, siasat berlambak dan bukti ada tapi sampai ke EG...file masuk bakul sampah. Aku nak tengok malaon yang cakap Azmin kaut duit tu buat report seberapa segera kalau dia serius.

Tapi kalau aku dan pembangkang buat report tentang korup UMNO BN, yang selalu berlaku, orang yang report tu pula kena siasat dan macam2. Tu laa hebatnya undang2 Malaysia kendalian UMNO BN. Tak cayer ???...tengok jer kes Bunuh Altantuya tu, hakim cakap MOTIF BUNUH TAK PENTING ! TU DIAAA !!! Cuba kalau kes tu terbabit dengan penyokong PR atau pemimpin PR, hari2 jadi bahan cerita dalam TV dan media massa pro UMNO. Buatlah selalu macam tu oiii..anggaplah rakyat Malaysia ni semua jenis kena nasi kangkang. Insyallah ada harapan UMNO BN tumbang dan pemimpin2 berkenaan mendapat rumah baru berjeriji besi paling "cute" nanti. Buatlah selalu yerrr !

cicittokgajah said...

Untuk makluman WZWH .. Kalau Aki Mat Kilau masih hidup maka Dia tak akan masuk UMNO sebabnya,, UMNO teruskan dasar2 penjajah British atas bumi Pahang ini.. Mat Kilau dan pahlawan Melayu dihalau sebagai penderhaka gara-gara mahu menghalau British. Mereka bukan sahaja masuk ke negeri ini utk kuasa, malahan habis hasil mahsul negeri dirompak dek org Putih.. Makanya, Mat Kilau kemudian dihalau oleh British dan dituduh sebagai pengkhianat, walhal dia membela agama, bangsa dan negara. Skrg. UMNO teruskan dasar2 penjajah dan dasar2 British... apakah Mat Kilau reda dengan UMNO.. benar UMNO membela Melayu dan Agama.. itu hanya retorik semata2.. hakikatnya Islam dan Melayu terus terpinggir di bumi Malaya ini. UMNO memang bela bangsa.. tapi yg dibela kroni2 dan mana2 yang pandang mengampu mcm WZWH.. sebab tu ADUN Tahan, Wan Amizan bagi hadiah kereta Nissan Teana pada WZWH... berani ker nak tegur Wan Amizan mcm dulu2? ada berani.. x berani dah.. sbb dah dapat habuan.. makanya apakah Mat Kilau rela melihat anak cucu dan pejuang Melayu seperti ini... Justeru usahlah bermimpi kononnya anda terlalu hebat.. walhal anda adalah pencacai murahan yg dibayar imbuhan duniawi utk menegakkan benang yg basah.. Aki Mat Kilau akan menangis melihat pejuang seperti inii. AMIN

Anonymous said...

cicittokgajah, aku sokong 200%.Dah berapa banyak tanah yg puak-puak ni bolot.Tau sama tau le..org Jerantut yg lain meleleh air liur je. Ni namanya pejuang Melayu.

Anonymous said...

Ceh buang masa aku jer baca citer 'mimpi' ni...alang2 nak buang masa ni nak tanya la sikit...WZWH smalam awok mimpi waktu 'malam' atau mimpi 'siang hari'?

Anonymous said...

macam cerita " alam perwira je" komik khayalan masa aku sek men dulu.. tu la.. lain kali sblm tido basuh kaki dulu,pastu baca doa tidor.. cerita pasal keturunan ni tk habis.Diantara tanda2 seseorg tu mempunyai sifat riak ialah berbangga dengan keturunan.disisi Allah tiada kemulian berdasarkn keturunan tp berdasarkn amalan.insaflah wzwh.. ce cukup la pedo'oh kat kome"

Anonymous said...

Saya juga keturunan nabi muhammad SAW, juga keturunan abdullah bin ubai, juga ada kena dgn abu jahal, kena juga dgn muawiyah, ada juga kena dgn nabi isa, ada juga kena dgn hitler, einstein, steven spielberg, Madonna, malcom x, radovan karadzic, parameswara, ada juga kena dgn suku maori dan afrika, negrito, proto. Fuhhhhh bnyk lagi la, x terkira. Sebab apa? Kita hanya berasal dari nabi Adam dan Hawa. Cukup2 lah cerita bab keturunan ni.

Quiet Despair said...

Yaeh metnya aok oghang maghah ngat dengan Tuan Wan. Kondemn-kondemnpun komen dia jauh melebihi Sakmongkol responsenya.

Anonymous said...

Tentang cerita Azmin ni, baik kau baca buku The Shafie Yahya Story. Siapa Shafie Yahya? Kau cek la sendiri. Malas aku nak layan kau ni. Bodoh. Asyik nak putar isu lama yang dah dijawab. Bongok.

Kutukandewata said...

ANON 11.02PM.
HATI-HATI BERBICARA.JANGAN SESEDAP MULUT MENGAKU KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W.KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH AHLUL BAIT YANG DILINDUNGI ALLAH.SABDA NABI ADA MENYEBUT JANGANLAH DIMUSUHI AHLUL BAIT.KERANA MEMUSUHI AHLUL BAIT APA TAH LAGI MENGHINA AHLUL BAIK BERMAKNA KAMU MENGHINA NABI SENDIRI.JANGAN KERANA ITU KAMU TIDAK MENDAPAT SYAFAAT NABI DI AKHIRAT NANTI.ATAU KAMU SEMBAHYANG TAK FAHAM APA YANG KAMU BACA DALAM TAHIYYAT AKHIR YANG MENDOAKAN AHLUL BAIT.BICARA BOLEH BICARA TAPI JANGAN SAMPAI MERUGIKAN DIRI SENDIRI.MAAF KERANA MENGINGATKAN KAMU!!!!

Anonymous said...

WZWH mimpi Mat kilau, Dato Sak mimpi M.Daud Kilau. Dia pesan Sakmongkol gelek & gerek lagi untuk mendedahkan buruk gelojoh UMNO.

Old-man-Sea

Anonymous said...

Melayu islam
Mmg suke laga2 kan org.

hangtuahmoden said...

kite sesame islam adelah brsaudara..
jgnla bgkitkan isu keturunan d klgn kite ini...
adekah kite ingin brmusuhan spt syiah dgn sunnah d iraq atau pakistan?
tentulak tok kilau, tok bahamandan tok janggut kite brgaduh sesamu melayu bukan?

sudah acapkali melayu brgaduh psl keturunan ni....byk prkara org melayu mesti bukan dan fkirkan...
apekah sumbangan kite trhadap bgsa arab palestine yg d tindas israel?
ADEKAH MELAYU PAKAT RAMAI2 NK BRJIHAD DI PALESTINE?

ISU SYED2 INI SENSITIFLA...HORMAT HORMATILAH SESAME ISLAM..

x kiralah ape keturunan kite...kite hdklah sediakan bekalan ibadah sebyk2nya menemui ilahi...
jgnlah disebabkan brbeza fahaman membuatkan amalan dan taqwa kite semakin menipis..
brbicara dn brdakwahlah secara brhemah , bukan mghina dan melagakan sesama islam..w' alam

hangtuahmoden said...

SIA-SIALAH PRJUANGAN TOK JANGGUT, TOK BAHAMAN DAN MAT KILAU JIKA KITE MELAYU SLALU BRGADUH PASAL HAL2 YG REMEH INI...
Cuba kite lihat org islam skrg....adekah remaja2 kite suka pergi ke masjid @ mndgr ceramah?
rase-rasenya ank muda skrg begitu bebas brhibur, bebas brgaul sampai x kenal halal haram..
anak2 luar nikah dibuang spt sampah...inlah isu paling hangat skrg ini wahai umat islam..
Kite marilah brsatu hati memegang amanah Allah untuk mnjadi daie kpd umat islam yg lain...kite tlong insan2 yg trsasar dr jalan islam...

TAKKAN MELAYU ISLAM HILANG D DUNIA DGN IZIN ALLAH

Anonymous said...

Mimpi tu mainan tidur..tuan byk sgt baca cerita mat kilau, tuan terbaca jgk cerita mat kilau sempat laung merdeka..sbb tu la terbawak2 dlm mimpi

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024