Saturday, October 5, 2013

Malam Ini Berduyun-Duyun Orang Politik Jerantut Mengadap Raja di Istana Abu Bakar...


Istana Sri Tembeling, Kg Bantal Ulu Tembeling.

Malam ini seluruh orang politik Jerantut berkampung di Istana Abu Bakar. Memang UMNO dan Raja tidak dapat dipisahkan.

WZWH harap pemimpin-pemimpin Jerantut yang berjiwa besar, ambitious, ada kedudukan, ada jawatan pergi hadirlah...

Kecuali jika pemimpin-pemimpin itu merasakan dia bukan rakyat negeri Pahang Darulmakmur. Atau dia rasa dia sungguh besar, pemimpin yang hebat tidak perlu datang bila di panggil Raja.

WZWH ada posting Berpolitik Di Negeri Pahang Darulmakmur. Baca dan hayatilah.

Bulan Oktober ini bulan pemilihan UMNO baik Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta Pusat. Bila Raja titah hadir ke istana maka hadirlah.

Bulan Oktober juga hari keputeraan Tuanku Sultan Pahang. Sudah 40 tahun Tuanku Sultan Pahang memerintah negeri Pahang Darulmakmur.

Pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut belajar-belajarlah Adat Istiadat Beraja dan kenal istana.

Jika anda bernasib baik dalam politik suatu hari nanti...mungkin anda akan mengangkat sumpah sebagai EXCO atau MB Pahang di Istana Abu Bakar.

Jika anda berjauh dari Raja...Raja titah hadir tak datang...anda menunjukkan sikap tidak taat setia, anda anggap Raja tidak perlu...macamana anda mahu dipromote dan dilatih jadi Orang Besar.

Bukan ADUN sahaja, ahli parlimen pun jika anda tunjuk sikap keras kepala, tidak taat setia kepada Raja macamana Raja mahu rekomen anda Timbalan Menteri atau Menteri...

Dato'-Dato' Jerantut yang masih ramai itu belum dikalongkan selendang lagi ...tunjuklah taat setia. Ada  juga kes Dato'-Dato sampai ke sudah tidak dikalongkan sebab tidak mendengar nasihat...

Jika anda bangga dan kata anda orang yang berani melawan Raja maka itu keputusan anda. Itu terpulanglah. Orang Asli pun tahu taat setia kepada Raja!

Di Jerantut kita tiada bangunan istana. Bandar Jerantut perlu ada istana. Ada satu tempat di pedalaman Ulu Tembeling di Kg Bantai ada Istana Sri Tembeling.

Walau Istana Sri Tembeling tidaklah struktural bangunannya segah istana Pekan namun tetap di panggil Istana. Tuanku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan Kerabat, Orang Besar-Besar tetap singgah di situ.

Sedikit info sejarah istana-istana Pahang secara ringkas:


Istana Pantai
  • Merupakan istana yang pertama dan tertua sekali di Pekan.
  • Dibina dalam tahun 1826.
  • Pada masa sekarang sudah tidak wujud lagi.
  • Kedudukannya berhampiran Masjid Abdullah yang sekarang ini dijadikan tapak perkuburan.
  • Dirobohkan sewaktu pembinaan Masjid Sultan Abdullah.

Istana Seri Terentang
  • Merupakan istana yang ketiga tertua di Pekan.
  • Dibina pada tahun 1904 dan siap pada tahun 1908.
  • Nama istana diambil berdasarkan keadaan sekitar yang mana pada masa itu kawasan istana ini dikelilingi pokok terentang.
  • Rekabentuk adalah hasil ilham Tengku Mahmud sendiri.
  • Telah dirobohkan namun masih ada bekas tinggalannya yang dikelilingi taman yang indah.

Istana Leban Tunggal
  • Dibina pada tahun 1935.
  • Diberi nama Leban Tunggal kerana kawasan ini hanya ditumbuhi oleh sebatang pokok leban sahaja.
  • Istana ini diperbuat daripada separuh batu dan separuh kayu, mempunyai dua tingkat dan dua kubah di kiri dan kanannya.
  • Senibinanya yang menarik masih kekal sehingga hari ini.
  • Sekarang ia dijadikan sebagai Perpustakaan Daerah Pekan.

Istana Permai
  • Dibina dalam tahun 1930an sewaktu pemerintahan Sultan Abu Bakar.
  • Dibina bagi menggantikan Istana Seri Terentang yang telah dirobohkan.
  • Menurut cerita lisan, rekabentuknya adalah seperti bangunan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Kuala Lumpur.
  • Pada masa sekarang, Istana Permai dijadikan tempat persemayaman rasmi Pemangku Sultan Pahang sekiranya ada urusan di Pekan.

Istana Saadah
  • Dibina pada tahun 1938 oleh Dato' Sang Melewar (Dato' Mangku Kuning).
  • Merupakan tempat kediaman Cik Siti Nah iaitu salah seorang isteri Sultan Abu Bakar.
  • Terletak di Kampung Masjid.
  • Menjadi tempat pentadbiran negeri ketika Sultan Abu Bakar memerintah.
  • Senibinanya masih utuh tanpa sebarang pindaan dilakukan.
  • Sekarang ia menjadi istana hinggap selepas kematian Cik Siti Nah pada tahun 1984.

Istana Kota Beram
  • Terletak di tapak yang bersejarah.
  • Tidak diketahui bila mula dibina.
  • Yang tinggal kini merupakan bangunan Residen Inggeris.
  • Pada tahun 1929, rumah kayu dua lapis itu telah diganti dengan sebuah rumah batu dua lapis.
  • Pada tahun 1948, telah diambil alih oleh Sultan Abu Bakar sebagai menggantikan Istana Seri Terentang dan dijadikan istana rasmi baginda.
  • Sultan Abu Bakar memberi gelaran Istana Kota Beram. Dengan ini timbullah kembali nama yang telah lenyap berkurun lamanya.
  • Pada tahun 1954, kerajaan telah membina sebuah bangunan tambahan yang disambungkan dengan istana ini dan dijadikan Balai Rong Seri.
  • Dijadikan tempat mesyuarat dan upacara keraian sehingga tahun 1959.
  • Sekarang Istana Kota Beram telah dijadikan muzium sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan dan diperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah, DK., SIMP., DMN., DK(Perak)., DK(Johor)., DK(Kelantan)., SPCM., SPMJ., Sultan Raja Pemerintah Negeri Pahang merasmikan pembukaannya pada hari Sabtu 21 Oktober 1976 bersamaan 27 Syawal 1396.

Istana Abu Bakar
  • Dibina pada tahun 1965 dan siap pada tahun 1974.
  • Diberi nama sempena dengan nama Almarhum Sultan Abu Bakar.
  • Dibina bagi menggantikan Istana Permai.
  • Kedudukannya berhampiran dengan tapak Istana Seri Terentang.
  • Rekabentuk bercirikan moden dan direka oleh arkitek berbangsa Cina.
  • Sekarang Istana Abu Bakar ini masih dijadikan tempat persemayaman Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Raja Pemerintah Negeri Pahang.

15 comments:

usin gampang said...

tradisi jerantut sejak zaman berzaman ialah ketua bahgian adalah orang yang menang bertanding pada mesyuarat bahagian.bukannya ahli parlimen yang mesti pegang jawatan tersebut!

kalau tradisi nya ahli parlimen mesti pegang jawatan ketua bahagian tak perlulah susah susah buat mesyuarat agung untuk memilih ketua bahagian.

lantik ajelah secara automatik ahli parlimen jadi ketua bahagian.tak perlulah buang masa dan tinggalkan kerja untuk hadiri mesyuarat.

kebetulan pada setiap kali pertandingan ahli parlimen yang menang.sebab itu kelihatan yang ahli parlimen itu mesti jd KB!

yang jelas dalam perlembagaan umno ketua bahagian mestilah dipilih melalui pertandingan dalam perhimpunan agung umno bahagian!

tak ada pun dalam perlembagaan umno ahli parlimen automatik jadi KB.

jadi tradisi umno jerantut ketua bahagian mestilah yang menang dalam pertandingan.kebetulan yang menang selama ini adalah ahli parlimen tu lah yang nampak macam tradisi tu.

kalau penyokong mat lan sibuk menanam konsep tradisi dalam kempen2nya nampak sangat mereka sendiri pun keliru dan cuba membohongi orang lain!

kalau mereka sibuk sangat menjaja frasa "tradisi",kenapa mereka juga yang sibuk melawan ahli parlimen yang dulu-dulu termasuklah mat lan sendiri!

sepatutnya jangan lawanlah ahli parlimen dato wan bakar,kamaruzaman baria dan ku lan sendiri?

kenapa bila kena kat orang, tidak melibatkan tradisi?tetap dilawannya?

sekarang bila dia sendiri jadi ahli parlimen kenapa di jajakan frasa "tradisi"? nak dapat benda free sokmo ke?

tradisinya kamu kena lawan sampai menang. dah menang jadilah ketua bahagian.

"dulu-dulu kau kerjakan dato wan,sekarang kau dikerjakan ku lan,dulu-dulu susahnya dato wan,sekarang kau punya giliran!!!"

Anonymous said...

mu gampang bodor. mu bukan uren puletek tp nak kabar pasai poletek. inilah dikatakan perebutan "pulus" bukan jawatan dan tanggungjawab yang dikejarkan. dulu wok lan s 46 maki hamun amanu sekarang apa yang direbut. mu bodor sekali lagi usin.

Anonymous said...

Sokong usin gampang. Memang betul sangat apa yg saudara katakan. Gelanggang dah di buka. apa lagi lawan je lah. Tak perlu dok guna istilah tradisi.

Anonymous said...

Apa kata kita bagi 2 tugas kepada NAZLAN ( tak perlu panggil YB- lah, elaun rakyat bayar),iaitu

i. Dapatkan peruntukan naik taraf hospital jerantut ( bagi tempoh 2 tahun untuk realisasikan daripada sekarang) dan
ii. Laksanakan IPD Jerantut secara PFI ( Juga 2 tahun tempohnya)

INI KPI KAMU NAZLAN....

TAK TAHU CARA... TANYA DAN RAJIN TURUN JUMPA.

KALAU TAK DAPAT LETAK JAWATAN , BAGI ORANG LAIN....JANGAN BERKOKOK DI DEWAN DAN BUAT KENYATAAN AKHBAR. BELAJAR CARA MANTAN WAKIL RAKYAT JENGKA , BEKAS PENEROKA, TAK INGAT NAMA DATO' APA, TAPI PERNAH JADI EXCO KALAH KEPADA PAS. BUAT KERJA SENYAP2 TAPI BERJAYA. BOLEH NAZLAN BUAT?....


HEM......HEM.

Anonymous said...

Apa kata kita bagi 2 tugas kepada NAZLAN ( tak perlu panggil YB- lah, elaun rakyat bayar),iaitu

i. Dapatkan peruntukan naik taraf hospital jerantut ( bagi tempoh 2 tahun untuk realisasikan daripada sekarang) dan
ii. Laksanakan IPD Jerantut secara PFI ( Juga 2 tahun tempohnya)

INI KPI KAMU NAZLAN....

TAK TAHU CARA... TANYA DAN RAJIN TURUN JUMPA.

KALAU TAK DAPAT LETAK JAWATAN , BAGI ORANG LAIN....JANGAN BERKOKOK DI DEWAN DAN BUAT KENYATAAN AKHBAR. BELAJAR CARA MANTAN WAKIL RAKYAT JENGKA , BEKAS PENEROKA, TAK INGAT NAMA DATO' APA, TAPI PERNAH JADI EXCO KALAH KEPADA PAS. BUAT KERJA SENYAP2 TAPI BERJAYA. BOLEH NAZLAN BUAT?....


HEM......HEM.

Anonymous said...

WZWH,

BARU INGAT DATO' ZAINAL. JADI NAZLAN PELAJARI CARA BELIAU, BELIAU PANJAT DARI BAWAH SAMPAI KEATAS, POSITIF DI BAWAH BARU BAWA KEATAS. ITU CARA BELIAU, YANG PENTING BERJAYA...LIHAT DI JENGKA. BOLEH NAZLAN BUAT DAN CUBA... TAK PAYAH LAH SOAL KECIL ..KB...AWAK TU DAH AP.. LUAS RUANG LINGKUP NYA SEPATUTNYA AWOK TANDING NKB SAJA.. BERTANDING DENGAN SI KENCING MANIS DAN MANTAN WAKIL RAKYAT KEDEKUT TU.PASTI KAU MENANG PUNYA.ITU TELAHAN AKU SAJA NAZLAN.

Anonymous said...

Hj lan terbaik.... sepakat kita bagi sokongan padu!

Anonymous said...

Hj lan hepokrit.....sentiasa anggap diri sendiri n anaknya terbaik.....adakah patut angkat anak sendiri jadi ikon remaja jerantut.......sepatutnya nak dijadikan ikon remaja ni.......di kalangan anak petani dr kampung yg hidup dlm serba kekurangan tapi dpt capai kejayaan yg cemerlang........bukan anak cikgu yang hidup senang... jenis suka membangga diri......

Anonymous said...

mat lan sibuk kulu kilir jer..dapat elaun..masuk paper muka..tapi habuk pun tarak..aku pun nak tgok apa pembaharuan yg akan dia bawak dalam pengal ni..upgrade tabika kemas pun dia tak mampu aku rasa.jgn kata nak buat universii..hahaha

Anonymous said...

koi skong usin gampang..cakapikut law n ada faktanya

Anonymous said...

dia bukan nak sangat jd wakil rakyat,datok sri najib yang nak,marah la ke najib tu org yang melantik dia.awak kata ape pun dia tetap ahli parlimen 5 tahun lagi awak kata ke dia mcm2 dapat dosa je....dtok wan bakar AP jadi KB,kamaruzaman AP jadi KB,KU Lan AP Jadi KB Mat Lan AP Patut Sangan Jadi KB juge baru adil,Serupa dengan datok najib Perdana menteri jadi presiden UMNO.ketua kampung elok sangat kalau dia ketua cawangan,x ke begitu zurik,aku rasa elok begitu la.

Anonymous said...

TAPI KALAU MENANG MAT LAN LESEN MEROMPOK KOME X DAPAT LA BANGGANG...

Anonymous said...

bodoh sangat wei anon 11.32 ni,nampak sangat tak baca fakta yang dah di kemukakan oleh husin gampang kat atas tu.malas nak membaca nok komen pulak.

awak ingat mat lan dapat free sokmo ke?dia kena lawanlah. AP dulu dapat semua kena berlawan.puak mat lan lah yang mengerjakan AP dulu2.mat lan dan three stooges lah kepala alangnya yang mengacau AP yang terdahulu.sekarang nak free sokmo.low class lah bro....

Anonymous said...

lancau low clas..awak pakai sangat pamdangan husin dah la gampang,lawan lawan la ape takut,pwakilan p tawar n damak kena jaga2 dompok akan mengamok malam last rahsia dah bocor, nak di ingat kepada perwakilan dia bagi duit sapu jangan x sapu,tapi undi jangan bagi sama sekali..budak dompok ni bahaya kpd penduduk jerantut,memongkor x habis2,ada ke patut dia ckp datok ismail sabri dia suruh bertanding MT pada tahun 1993,dia pada tahun tu inggus hijau lagi keluar pada idung tu la kuat x kuat pungko dia hahaha....tapi org jantut pecaya yg pro dia la,mendanye ramai yg kurang cerdik hahaha....

usin malaun said...

duit memang kita sapu sebab itu duit kita juga..apa guna tebang balak sana sini dia mkn sorang2 kita pun nak rasa juga..diharap anon2 semua buat lah pemilihan yang betul..kita pilih hj lan..jgn lupa klu beri kita ambil...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024