Wednesday, October 30, 2013

Pembinaan Kuarters Dan Jalan Utama Hidroelektrik Sg Tekai



TNB telah diberi kelulusan mendapatkan 80 ekar tanah untuk membina kuarters dan jalan utama ke Hidroelektrik Sg Tekai, Tembeling Tengah.

Selain dari dari kuarters, rumah kedai, pejabat, masjid dan pelbagai kemudahan asas dibina. Ini memberi kesan kepada limpahan ekonomi tempatan.



Fakta Ringkas Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai:

  • Oktober 2013- Penilaian EIA dan kajian keselamatan
  • Mac 2015- Pembinaan kuarters dan jalan utama
  • Julai 2016/2017- Kerja-kerja tanah bagi bina empang dan stesen janakuasa
  • Februari 2019- Proses takungan air
  • Jun 2020- Empangan Hidroelektrik Tekai memulakan operasi
  • Keluasan kolam: 8,210 hektar merangkumi Hutan Simpan Tekai-Tembeling
  • Kos: RM5.42 bilion
  • Kapasiti: 400MW boleh menampung 10% keperluan elektrik Semenanjung
  • Kontraktor: Syarikat usahasama TNB dan swasta


Kalau mengikut jadual Mac 2015- Pembinaan kuarters dan jalan utama. TNB mendapat kelulusan tanah 80 ekar untuk merancang dengan lebih awal bagi membina kuarters dan pelbagai kemudahan.


3000 pekerja diperlukan bagi membina Hidroelektrik Sg Tekai termasuk juru elektrik, juru kimpal, teknisyen, operator, penyelenggara, buruh mahir, buruh pembinaan, jurutera, pengurusan, . Sebab itu Kolej ADTEC Jerantut perlu lebih cepat melatih anak-anak muda Jerantut dalam bidang ini.


Pembinaan kuarters dan jalan utama Hidroelektrik Sg Tekai adalah permulaan limpahan ekonomi projek ini yang bernilai RM5.42 bilion kepada ekonomi Jerantut.

1 comment:

Anonymous said...

oooooo.iiii.

Masih di peringkat mengharap lagi rupa...... objektif utama ... apa ye.. balok ke lumbung besi ?......

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024