Tuesday, August 3, 2010

7000 Hektar Tanaman Padi dan Sayur di Jerantut


Jerantut bakal menjadi jelapang padi baru negeri Pahang bila pemimpinnya YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Jerantut dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia-Sekretariat Pembangunan Luar Bandar mahu memajukan tanah terbiar dan paya seluas 7,000 hektar untuk tanaman padi dan sayur-sayuran.

WZWH amat menyokong usaha ini. Dulu orang Pahang rajin bersawah. Pahang ada banyak kawasan paya tradisional yang diusahakan untuk tanaman padi sejak beratus-ratus tahun dulu.

Bila kita mengusahakan tanaman padi dan sayur-sayuran, kita menolong ekonomi negara dengan tidak payah mengimport beras dan sayur-sayuran.

Kawasan yang terbabit ialah Paya Kangsa, Pulau Tawar, Batu Balai, Jeneris, Damak, Tembeling Tengah, Empang Siat, Paya Poh, Bantai, Tahan, Kampung Tampin dan Kampung Baru.

Syarikat perladangan seperti Guthrie dan Sime Darby dipertimbangkan untuk memaju projek itu. Kita mengalu-alukan pihak swasta terlibat dalam projek penanaman padi dan sayur-sayuran ini.

Kita akan mengemukakan cadangan penubuhan tabung benih supaya menghasilkan padi bermutu tinggi. Projek ini bukan sahaja mendatang hasil ekonomi kepada penduduk kampung tetapi juga menghalang penghijrahan belia-belia muda ke bandar.

2 comments:

Anonymous said...

WZWH .... projek boleh berjaya kalau WZWH boleh tolong carikan petani genuine .... jangan jadi macam kat Ulu Cheka sungai rengat .... banyak sangat petani tak genuine dapat tanah .... orang suruh tanam sayur dia pegi tanam sawit .... so hajat kerajaan nak banyakkan pengeluarkan sayur terbantut .... mujur ada seorang petani yang benar2 genuine yang ikut stail cina bertani kat

Anonymous said...

janganlah gunakan sime darby ... gunakan kepakaran felcra lagi bagus .... felcra telah ada pengalaman mengusahakan ladang padi beribu ekar di perak

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024