Friday, August 27, 2010

Kehancuran UMNO Jerantut Pada PRU 13

UMNO akan hancur pada PRU 13 kerana YBM Tengku Azlan, Ketua Bahagian UMNO Jerantut sudah hilang punca, lemah kepimpinan, tidak ada pendirian, tidak berminat lagi kepada UMNO, dan yang paling rakyat Jerantut sedih ialah YBM Tengku Azlan membazirkan peluang 3 penggal parlimen Jerantut tanpa memberi sumbangan pembangunan kepada Jerantut. Sebab itu beliau menolak jawatan Timbalan Menteri yang ditawarkan dulu.

Jika kita ikuti prestasi YBM Ku Lan maka ini statistiknya WZWH boleh tunjukkan. Berikut ialah prestasi YBM Ku Lan

Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

WZWH menjangkakan jika YBM Ku Lan bertanding lagi sekali, YBM Ku Lan akan kalah kerana pengaruh PAS dan Dr. Hamzah sudah makin popular di Jerantut. Ditambah lagi penyokong kuat Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri sudah tawar hati, terluka dan menyampah dengan perangai politik Ku Lan.

Betul Tuanku, Tengku Mahkota, Tengku Muda boleh memujuk Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri tetapi patik WZWH pacal yang hina ini tidak boleh menjamin bahawa penyokong-penyokong Dato' Wan Amizan dan keluarga Wan Tembeling akan terima. Maruah keluarga Wan jangan dipermainkan. Ada ramai lagi keluarga bukan Wan yang menyokong Wan Amizan. Tuanku, ingat perjanjian lama kita!

WZWH bukan bercita-cita mahu menjadi ADUN dan ahli parlimen sebab itu WZWH berani menyatakan pemikiran bebas politik WZWH demi kemajuan dan kemakmuran Jerantut. WZWH mahu menjadi pemimpin agong Jerantut yang berani menyatakan kebenaran dan kehendak hati dan naluri rakyat Jerantut. Anda tidak perlu jawatan dalam kerajaan dan pangkat Dato' untuk menjadi pemimpin agong.

Kita ikuti lapuran penuh sebuah blog politik Jerantut iaitu "123silekuk" yang makin meningkat naik populariti berikutan analisa politiknya yang menyengat...bertajuk "Tengku Azlan dan Dr. Shukri Tolak Wan Amizan Pru 13"...

Perjumpaan K18 pada 27/7/10 ditingkat 3 pasaraya Bangsar Shoping Complex, Bangsar telah membuat kata sepakat bahawa Tengku Azlan akan menyerahkan kerusi Parlimen pada PRU 13 kepada Dr Shukri Ismail. Dalam pertemuan itu juga Tengku Azlan memberi jaminan bahawa beliau akan pastikan bahawa Wan Amizan dan Haji Nazri tidak bertanding kerana mereka banyak isu dan masalah.

Pertemuan itu dibuat ketika Wan Amizan dan ketua-ketua cawangan serta ketua-ketua kampung sedang menjalankan ibadat umrah ditanah suci Mekah. Setelah pulang dari Mekah Wan Amizan mendapat lapuran penuh dari orang setia kepada Haji Nazri. Segala percakapan didalam pertemuan itu dan gambar-gambarnya dapat dilihat dengan jelas oleh Wan Amizan.

Wan Amizan dengan perasaan sedih memberi tahu penyokong-penyokongnya bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya sehingga tamat tempoh satu penggal ini sahaja. Sekiranya dapat bertanding lagi diPRU 13 itu merupakan bonus baginya.

Wan Amizan tidak menduga bahawa orang yang disokongnya dalam pemilihan UMNO 2008 yang lalu sebagai ketua Bahagian boleh berbuat demikian walaupun beliau membantu kewangan lebih dari RM600 ribu dilupakan begitu sahaja. Begitu juga Haji Nazri membantu lebih RM400 ribu juga tidak dikenang. Mereka yang buat kerja menabur duit itu untuk pastikan Tengku Azlan menang besar. Setiap perwakilan dibayar lebih dari RM5000 seorang. Ada setengah perwakilan mencapai RM10,000. Jika tidak sukar untuk Tengku Azlan menang. Tengku Azlan tidak mengenang budi.

Wan Amizan menolak sekeras-sekerasnya jika Dr.Shukri dicalonkan diParlimen pada PRU 13 kerana dikatakan Dr.Shukri menjual bandar Jerantut kepada syarikat Grandmas dengan nilai RM satu juta dengan memasang proksinya Rahmat Yusof dan Haji Rosdi Aw Sulong. Selain dari itu Dr Shukri juga menjual tanah taman depan CIMB kepada Lim Ah Chak dan berbagai-bagai lagi. Dia sendiri menulis melalui blog DUN Tahan melalui komennya diblog WZWH mencabar Dr.Shukri jika beliau tidak benar beliau mencabar Dr.Shukri mendakwanya fitnah diMahkamah.

Setakat ini Dr.Shukri tidak berani mebuat apa-apa saman itu menunjukkan bahawa dakwaan Wan Amizan itu benar dan tidak dapat dinafikan lagi. Dia berpuas hati jika Dr,Shukri sama-sama tidak dicalonkan dalam PRU 13 kerana sikap Dr.Shukri sebagai pengkhianat dan penjual bangsa.

Apa yang dikatakan Wan Amizan itu ada kebenarannya kerana jika Dr.Shukri mahukan kerusi parlimen mengapa kedudukan beliau disentuh. Dr Shukri patut berusaha keras bagi mencapai cita-citanya mengapa pula untuk naik memijak kepala orang dengan menghasut Tengku Azlan yang mudah dirasuk itu.

Sumber berita diambil dari Halaman Facebook Dr Shukri, blog WZWH, Blog SPU, Komen-komen DUN Tahan dan perbualan kedai kopi.

29 comments:

Anonymous said...

Dia buat lagiiiiii....

ObO said...

Salam, WZWH memang sudah boleh dianggap pemimpin agung kerana keberaniannya membongkar permasalah didalam UMNO selama ini yang sangat terahsia. Sah, memang UMNO amalkan politik wang. Dan memang sah UMNO susuk hingga keusus. Saya sokong WZWH. Teruskan usaha kerah menjadi pemimpin tersohor.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam ObO,
WZWH menulis blog sesuai dengan motto blog WZWH memaparkan pandangan bebas politik demi kemajuan dan kemakmuran Jerantut. Politik Jerantut untuk orang Jerantut yang tahu kehendak dan permasalahan rakyat Jerantut.

Salam Anon 1:22,
Sekarang tidak boleh main politik selamat "either be with us or against us" dan pada WZWH politik sangat mudah-jika kita percaya kepada perjuangan politik kita SAMADA KITA MATI ATAU HIDUP. Politik kena berani...

Anonymous said...

Bagus wzwh ni,berani betol dia ni..
Tp bila dpikirkan semula wzwh ni bukan org yg ada dan mahukan kepentingan dalam politik,sbb tu dia berani bantai sape saja..muka dia pun kita boleh tengok..
Bukan mcm urag di bulu,cawan berkarat dan blogger2 jahat yang seangkatan dgnnya,semuanya bacul..menyorok di sebalik langsir..
tri sri buaya pun berani tunjuk muka tp xbrani posting mcm wzwh..tp dia berani marah wzwh,kat blogger lain xbrani pulak nk tegur sbb mereka semua sahabat dia..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 2:14.
Terima kasih memuji tapi jangan angkat WZWH tinggi sangat. WZWH hanya budak Ulu Tembeling yang tiada apa-apa hanya semangat cintakan Jerantut. Pada WZWH kalau kita ikhlas dan benar kenapa mesti takut menyatakan kebenaran dan apa yang kita mahu. Tidak perlu kita berselindung. tunjukkan siapa kita yang sebenar. WZWH sudah bersedia...jika dipanggil MB atau Tuanku untuk memberi penjelasan. Memang MB, PM dan Tuanku itu besar tapi tidakkah ALLAH itu LAGI BESAR DAN BERKUASA. Jika kita mengaku kita penganut agama Islam, apa yang hendak kita takutkan. Allah boleh menjatuhkan dan menaikkan mana-mana kerajaan yang Allah kehendaki dan Allah boleh menaikkan makam seseorang yang dikehendakinya-Kun Fayakun.

Anonymous said...

Kah dah kenal WZWH nie, mmg ahli keluarganya tiada kepentingan didlam politik... Berpolitik utk. kemajuan rakyat, kepentingan rakyat... ayuh WZWH, demalah calon yang kah tunggu2... jgn sesekali mengamalkan amalan rasuh... jgn mudah mengadu domba.... teruskan perjuangan bersih di dalam politik....

Anonymous said...

Tahniah WZWH, akhirnya terbukti UMNO Jerantut mengamalkan politik wang... baik dari majlis tertinggi sehingga majlis terbawah... diharap ianya menjadi pengajaran kpd PRU akan dtg... Hakikatnya semua calon2 yang disenaraikan diatas dan semuanya mempunyai masalah tersendiri... Fikirkan, bagi saya semuanya tidak lagi layak untuk menjadi PEMIMPIN kepada PRU akan dtg... Mungkin jika WZWH merasakan tempat ini sesuai untuk WZWH, kenapa tidak? Mungkin WZWH boleh memperbaiki keadaan huru hara yang melanda Jerantut ketika ini... BUKAN DUIT MENJADI PERTARUHAN, TETAPI AGENDA YANG BERKEPENTINGAN UTK RAKYAT HARUS DIUTAMAKAN.... ayuh WZWH, tiba masanya membuat perubahan drastik utk kenaikan bersama...

bumi samarata said...

Ayuh WZWH bantai lagi Tengku Azlan biar rapat betul. Tatak nguna punya olang. Oarng lain tak berani macam wzwh. Paling kuat ku lan tempeleng saja. Kalau elak sipi tak sakit sangat.... bila jumpa ku lan pipi tu jangan tagang sangat. huhuhuhu. Wzwh sudah jadi hang jebat sekarang.

Anonymous said...

salam...
WZWH telah membuka kebenaran,tp kebenaran ini akan lebih molek dibincangkan secara keluarga.Kita dalam UMNO ibarat satu pasukan akan tetapi mampukah kita menjernihkan keadaan jika kita memburukan orang lain sedangkan kita mahu membela dan memulihkan susana.Tidakkah WZWH terfikir cara yg WZWH lakukan ini membuatkan keadaan dan kekuatan yg kita ada selama inimakin berkurangan?Dan akan menjadikan seluruh ahli UMNO dihina dan dipandang keji dek perbuatan-perbuatan yang orang lain lakukan?Jangan hanya berani bersuara di dalam Blog sahaja.Tidakkah WZWH sedar yg sdra merupakan AJK pemuda Bahagian yang sdra kutuk itu?Siapa yang memilih mereka kalau bukan sdra dan perwakilan-perwakilan?WZWH harus sedar,keburukan tidak semietinya dibalas dengan keburukan tetapi keburukan boleh dipulihkan dengan kebaikan.Berfikirlah secara matang dan jangan mengikut perasaan.Sdra harus ingat perletakan jawatan NKP sdra Mustapha juga berdasarkan perasaan.Dalam dunia politik hari ini kita harus mengetahui dan menilai sendiri apa yang kita lakukan itu benar/baik dan barulah kita nilaikan orang lain.Ingat Anda Bukan Malaikat!Sdra juga tidak lari dari kesilapan.Yang penting dalam jiwa kita hanyalah untuk Agama,Bangsa & Tanah air.Itulah tunggak kekuatan politik UMNO
Maafkan lah jika ini menyentuh hati sdra WZWH tetapi jadikan ini sebagai renungan."Api yang Marak tidak boleh disimbah minyak".TQ

Anonymous said...

SPU,

Banyak sungguh duit Si Dompok tak nampak leherni ye gitu Dato Haji kencing manis kuat, banyak duit nye. Adakah ini satu pengorbanan mereka ? . Sejuta tu. SPU beri tip macam mana cari duit tu?. Macam serupa saja, tau lah. Itu kepandaian. Betul lak kata orong dulu-dulu bukan orang di ulu. Masa akrab kentut pun dikata wangi, masa tak sejoin, habis semua di telanjang berbugil, dah beri ungkit-ungkit. Hai pelimpin jurantut. WZWH dedah....dedah, londeh...londeh hingga nampak yang kerinting hitam tu.


eeeeh...hhhh.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Semua,
Apa yang DS Najib dan MB Pahang perlu buat ialah buang semua pemimpin UMNO yang korup, tidak efektif dan efisien. Ini dipanggil "drastic cleansing" semua YBM Ku Lan, Dato' Dr Shukri, Dato' Wan Amizan buang semua. Calon-calon "recycle" seperti Tn Hj Kamarazaman Baria, Dato' Azizan, Dato' Wan Bakar, Ustad Mat Jaafar jangan dipertimbangkan kerana Allah telah beri mereka peluang tapi GAGAL. DS Najib dan MB Pahang letak calon-calon UMNO yang bersih, berpendidikan dan bersifat "malaikat". WZWH percaya kalau UMNO letak calon-calon seperti yang WZWH cakapkan UMNO menang walaupun PAS letak Nik Aziz atau Hadi Awang! Sebab kalau kalah juga calon-calon UMNO itu..maknanya rakyatlah yang korup tidak reti memilih. Ada berani DS Najib dan MB Pahang ambil risiko ini macam?

Anonymous said...

ini budak sudah sewel, akibat tak puas main dgn bini.

Anonymous said...

bkn setakat sewel dah ni,tp dah patut ditanjung rambutankan.
WZWH kas cabar oak keluar dari UMNO Jerantut & dedah semuanya.Jangan jadi gunting dalam lipatan.
Bangsa Melayu tidak ada pengkhianat macam oak.Hanya pandai bersandiwara.
KAS CABAR OAK KELUAR DARI UMNO!!!!
OAK TAK LAYAK DUDUK DLM UMNO!!!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9:21,
Mental anon nampak tidak stabil, harap anon sila keluar dari blog WZWH. Anon belum cukup pemikiran untuk bincang isu blog WZWH. Belum capai tahap piawai.

Anonymous said...

WZWH
Memang mental kas x stabil,tp kas masih tahu menilai kebaikan & keburukan.Kas x akan memburukan orang hanya kerana kesilapan yang dia lakukan,tp kas akan menegur secara terhormat & bkn mcm apa yang oak lakukan.Melondeh segala keburukan & membiarkan itu menjadi senta kepada pihak lawan.Berpiawaiankah pemikiran oak?
Kita bangsa melayu penuh dengan adat & budaya,tp sedarkah apa yg oak lakukan itu melampaui batas2 budaya bangsa?
Benarlah mereka itu silap,benarlah mereka itu salah tp kita hidup didalam keadaan politik yg bertunjangkan Parti Keramat UMNO yg berpaksikan kepada perjuangan agama,bangsa dan tanah air.Taat setia kepada pemimpin selagi mereka itu kita pilih sebagai pemimpin kita.Durhakanya Jebat kepada sultan kerana Tuah.Setianya Tuah kepada Sultan kerana Bangsa.
Klu oak rasa apa yg oak buat itu betul,teruskanlah.Tapi oak harus ingat Parti UMNO ini parti keramat,Parti yg terbina dari titisan darah keringat nenek moyang dahulu.Sudah ramai yg tersungkur kerana khianat.Jangan oak ingat keturunan bendahara oak itu terlepas dari keramatnya parti.
sekali lagi kas nak ingatkan,klu oak betul2 nak telanjangkan UMNO Jerantut kas cabar oak letakkan jawatan oak & KELUAR DARI UMNO!!!!

Anonymous said...

gini la, dia kata dia ada kuasa pada blog dia, ok biarkan, kita sebagai org UMNO kena anggap WZWH sebagai pengkhianat UMNO, sebarkan kepada sesiapa yg tak membaca blog apa yg dia buat, pesan jika dia nk bertanding APA2 JAWATAN kita semua jgn undi, ini saja mengajar pengkhianat UMNO yg seorang ini. Sapa2 yg rajin, pegi buat report ke lembaga disiplin UMNO sebab dia menenlanjangkan UMNO biar dia kena pecat, senang berlawan mcm tu, susah kalau musang berbulu ayam, hancurkan UMNO dari dalam.

Anonymous said...

Wahai anon 9:21 & 2:38,
Derhakanya jebat kerana raja itu bodoh tidak tahu membezakan baik dan buruk..
Matinya Tuah kerana setia tidak bertempat dan mengiyakan segala apa yang dititah raja..(kategori bangang jugek la kan).
Dan engkau adalah kategori Raja dan Tuah,bangang tak sudah-sudah..
Hahaha...bangang..

Anonymous said...

Wahai anon 9:21 & 2:38
Kalau engkau mencabar WZWH keluar UMNO,aku pulak mencabar engkau TUNJUKKAN MUKA ENGKAU..
Jangan takut kerana engkau kan bersifat Tuah..
Tapi aku rasa engkau bersifat Patih Karma Vijaya..
Hahaha...bangang..

Anonymous said...

anon 4:37, tunjuk la muka awak juga, bodoh! sesiapa yg anon mmg layak jadi patih kerma wijaya, bukan ke blog ini mmg utk mengadu domba?

Anonymous said...

Wahai anon 9:21,2:38 @ 4:41,
Pemahaman engkau lagi teruk dari budak terencat akal..hahaha..
Mungkin muka engkau seperti beruang sembelit..
Aku mencabar engkau tapi engkau pula mencabarku..
Mungkin engkau suka meminjam duit ah long,setelah duit saudara mara habis engkau kebas,sbb tu engkau takut tnjuk muka..
Hahaha...bangang..

Anonymous said...

Teruk amat pemikiran pengkomen blog. Adakah itu gambaran orang di senun. Pada fikir aku, WZWH itu kritik manusia atau pemimpin UMNO Jerantut, batang tuboh pemimpin itu, termasuk boss nya Si Kedompok itu, Si kedompok juga gitu, lohat blog dia : onetahan"- cabar mancabar, apa kedia nya. Ini kah pemimpin?. Jadi kritik WZWH tanpa kenal bulu, kerinting kah, lurus kah, hitam kah, beruban kah, botak kah, lebat kah, KUTI( Kurus tinggi) kah atau GEPE(gemok pendek) kah. Habis disapu oleh Si cikgu WZWH. kena faham WZWH tidak kritik UMNO sebagai institusi atau organisasi nya, beza itu ,jangan disamakan. WZWH tak cakap pun orang dibalik senun tau juga. Apa wzwh buat lebih mengiyakan lagi. Jadi ape masalah nya.
Teruskan WZWH,meminjam kata tok guru dato' nik azziz " Pedulikan mereka", yang penting benar.

Ooooooikkkkkkk.......eeeheek.

Anonymous said...

matnyeweh dema?
berhajat betul nak jadi tukang komen tapi nampak sangat tak faham isu lari dari konteks yang sebenar.orang cakap ayam berkokok dia sibuk komen babi kuat menyondol.tak ke haru.kalau nak masuk blog yang memerlukan pemikiran yang analitik dan kreatif kita memerlukan otak yang sihat.komen yang merapu dan tak beretika sila jauhkan diri kerana orang yang bijak terus dapat menilai setakat mana keperibadian kita.nasihat saya kepada anon2 yang separuh masak tu,tingkatkan keupayaan berfikir kalian supaya mencapai tahap yang berhemah.saya memerlukan idea yang bernas sebagai santapan rohani saya.blog wzwh ini saya lihat ada kredibeliti dan kebertanggungjawaban yang tinggi sehingga dilayari oleh pengunjung luar negara.jadi mana mana anon yang pandir dan tak faham isu sila nyah kau dari sini.buat saya pening kepala saja.matnyerweh?

Anonymous said...

Hancur lah Bahtera MErdeka yang dibina ini????Wahai melayu-melayu sekalian.....berjuang kerana Agama Bangsa Dan tanah Air..Waaammruhum ShuraBainahum......kalau begini lah sikap rakus bangsaku Akan melyu hilang didunia.......undi UMNO tanah Tergadai..Jual la semua tanah-tanah Jerantut nie pada kafir-kafir semua tu agar anda neraka tempatnya.menjual maruah bangsa......semua tak layak!!!!!semuanya rakus dan pendusta.........

Anonymous said...

rosak nya UMNO kerana terlalu ramai anon yang seperti diatas.... x menggunakan akal yang panjang untuk berbicara sesuatu isu... Isu pemimpin adalah isu yang perlu dititik berakan... Ini mencerminkan keperibadian Parti tersebut... Benar kata - kata WZWH dan saya amat menyokong agar pemimpin - pemimpin yang mempunyai masalah x kira apa2 pun masalah disingkirkan, ini semua adalah untuk Parti juga... Pengundi bosan dgn pemimpin2 yang hanya pandai berkata2 tetapi tidak membuat apa2... X ada guna hebatnya kita tetapi masyarakat menyampah kat kita (pemimpin)... Klu Tengku Azlan bertanding, Wan Amizan bertanding, Dr Syukri Bertanding, YB Lau Lee bertanding konfirm 100% BN akan berkubur di Jerantut.... Org KL....

Anonymous said...

Klu di fikir2 kan kata WZWH ada kebenaran... Tunjukkan kepada saya apa perubahan2 drastik Pembangunan, Pendidikan, Masalah kemiskinan tegar, dan mcm2 lagi semasa dibawah kepimpinan Tengku Azlan. 3 penggal masa yang lama, hakikatnya Jerantut tiada apa2 perubahan. Yang berstatus miskin tegar 9 tahun kebelakang tetap seperti itu, pembangunan insan hancur sama sekali, peluang pekerjaan langsung tiada (muda - mudi terpaksa berhijrah ke bandar2 besar), Dimana peranan PEMIMPIN - PEMIMPIN kita........................................ INI YANG HARUS KAMU SEMUA FIKIRKAN, BUKAN BERTIKAM LIDAH SEPERTI BERUK SALAHKAN SANA SINI....................................... BUKAN MENCARI KEKAYAAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...................................... DI MANA LETAKNYA AMANAH KALIAN SEMUA SEBAGAI PEMIMPIN ?

Anonymous said...

wzwh komen sendiri puji2 diri dia pakai nama anon, mcm org tak tau

Anonymous said...

Anom 11.36.
Kau ni memang pengacau yang penuh dengan hasad dengki. selalu kata wzwh komen diri sendiri padahal org lain yang penat menulisnya. Jadi - jadilah hidup dengan hasad dengki tu. tak kemana perginya.

Anonymous said...

Salam...,

Tak kiralah korup ke dimana peroleh wang RM6000, 4000, tuh kalu kerja politik setahun jagung baru jah... jangan bongkar yang orang lihat diri sendiri sama...

Darah daging Jerantut juga...

Anonymous said...

Salam....

Bagus Wan Zuri. Keh ni dulu penyokong UMNO. kita sama2 masa dengan Pemuda zaman Dato' Zizan dulu. Kita pernah kursus gerak gempur di Chebong. Keh jadikan ong idola untuk masuk U. AlhamduliLLAH keh berjaya. Dan semasa menjadi mahasiswa keh pernah menjawat Ketua Pemuda cawangan. Sekarang ni dah malas nak jadi ahli mana2 parti sebab bosan dengan politik. Umno teruk bukan kerana PR tu kuat tetapi orang dah menyampah dengan pemimpin Umno ni. Asyik nak berebut kuasa, bila dah da[at kuasa bukannya nak nasib golongan marhaain ni tetapi nak kumpul kekayaan je. bila masuk ke kawasan2 lebih nak tonjolkan kekayaan je.

Qullil haq walau kaana murran

Syukran

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024