Friday, August 13, 2010

Masyarakat Islam Zaman Bani Umaiyyah

Kelahiran kerajaan bani Umaiyyah berpunca dari konflik tentera diasaskan oleh Mu'awiyah. Mu'awiyah merupakan pemimpin yang berhemah tinggi dan mempunyai pengikut yang setia di Syria. Ketokohannya dalam bidang siasah politik dan pentadbiran diakui. Beliau menjadi gabenor Syria selama 20 tahun dan Khalifah juga selama 20 tahun.

Kerajaan Bani Umaiyyah memerintah antara tahun 661-750 yang berpusat di Damsyik. Seramai 14 orang Khalifah yang memerintahnya.

Golongan masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umayyah.

  1. Kerajaan Bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa’ al-Rasyidin.Nama Bani Umayyah
  2. Bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umayyah bin Abd.Syam bin Abd. Manaf.
  3. Perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umayyah.Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim, yang membuka ruang kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam.
  4. Zaman pemerintahan bani Umayyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran/Pembangunan dan Zaman kehancuran.

Golongan pemerintah :

  1. Golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesar Arab berbeza dengan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin , kerajaan Bani Umayyah menggunakan sistem pewarisan dalam perlantikan khalifah-khalifah baru.
  2. Jawatan khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah dari keluarga Abu Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat pemerintah.
  3. Sanak saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi kelompok Bangsawan dan mempunyai beberapa kelebihan sosial dan politik.

Golongan Mawali :

Hamba yang telah memeluk Islam.dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umayyah seperti Maimun bin Mihran(Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia)hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani.tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab. Tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab.

Golongan Zimmi :

Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.

Golongan Hamba :

Perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah yang hidup mewah telah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba. gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.

Golongan Azariqah :

Berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi mereka orang Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Mereka juga telah mengkafirkan Saidina Uthman,Ali dan sesiapa yang menyertai perang jamal/P.Siffin. Mereka menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang.

Golongan Najdiyah :

Mereka berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani Umayyah. Mereka berpendapat orang yang menyokong pihak lain akan melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya bertaraf munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera daripada bidang agama.

Kaum Syiah :

Ingin menuntut bela atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali di Karbala. Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan Hussain sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah.

Kaum Khawarij :

Kesan daripada dasar pemerintahan Bani Umaiyyah berhubung dengan penguasaan ke atas tanah safawi di Iraq telah menimbulkan kemarahan puak Khawarij yang telah mengendalikan tanah-tanah tersebut sejan zaman Khalifah Umar. Khawarij menentang kerana mereka dipinggirkan.

Kesimpulan.

Masyarakat Islam zaman Bani Umaiyyah telah berpecah belah kepada beberapa puak yang menentang pemerintahan. Kerajaan Bani Umaiyyah telah mengenal pasti masalah dan cuba menyelesaikannya. Pemerintahan secara mengikut keturunan waris mungkin tidak disukai majoriti rakyat tetapi bagi tujuan kawalan dan menyebarkan syiar Islam mungkin ini cara terbaik.

6 comments:

Anonymous said...

I?m not that much of a internet reader to be honest
but your sites reаlly nice, keep it up! I'll go ahead and bookmark your website to come back later on. Many thankshttp://dj.beatport.com/events/39615
My weblog :: Movie The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 2012 Watch it Online

Anonymous said...

Pretty! This was an extremely wοnderful post. Thаnks foг pгovіding these details.
Rise of the Guardians Movie Online
Also visit my webpage : Rise of the Guardians Movie Online

Anonymous said...

Good blog pοst. I definitely lοvе this ѕite.

Keep it up!http://ԁј.beatροrt.com/еvents/39614
My webpage - Silver Linings Playbook Movie Online

Anonymous said...

Does your website have a contact page? Ӏ'm having a tough time locating it but, I'd like to shoot you an e-mаil.
I've got some ideas for your blog you might be interested in hearing. Either way, great website and I look forward to seeing it grow over time.Watch Rizzoli & Isles Season 3 Episode 15 Online
Visit my web-site :: Rizzoli & Isles Season 3 Episode 15 No More Drama in My Life

Anonymous said...

I enϳoy what уou guys are usually up too.
Ѕuch clever wοrk and coverage! Κеep up the great works guys I've incorporated you guys to blogroll.Doctor Who Season 7 Episode 0
Feel free to surf my page ... Doctor Who Season 7 Episode 0 Free Stream

Anonymous said...

I am really thankful to the holder of this web page who has shared this enormous post
at here.

Here is my page ... ranger forum

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...