Thursday, August 12, 2010

Masyarakat Makkah dan Madinah Sebelum Islam

Latar Belakang Masyarakat Makkah Dan Kota Madinah (Yatrib) Sebelum Kedatangan Islam.

  • Kota Makkah dan Madinah terletak di daerah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat di kedua – dua kota ini menjalani kehidupan berdasarkan adat resam yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan islam, kota Makkah merupakan pusat ibadat dan perdagangan. Kedudukkannya yang strategik dan terdapat sumber air dari telaga zam – zam, menjadikannya sebagai tempat tumpuan kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota Madinah yang dikenali sebagi Yathrib sebelumnya merupakan pusat perdagangan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian yang subur. Kisah sebelum mereka menganuti agama Islam di kedua – dua kota ini dirakam oleh Allah swt di dalam Al – Quran.
  • Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang unik dalam sejarah tamadun manusia. W.M. Watt yang membuat kajian yang mendalam tentang masyarakt Madinah menyebut bahawa masyarakt bandar ini mengamalkan ideologi kaum Badwi. Pada tahun 610 Masihi agama Islam diturunkan kepada masyarakat Makkah dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar luas ke kota Madinah. Bermula dari saat itu, masyarakat kota – kota tersebut mengubah cara hidup kepada keadaan yang lebih sempurna.

Anggota Masyarakat :

  • Sebelum kedatangan Islam, penduduk kota Makkah terdiri daripada Arab Quraisy yang dikenali sebagai golongan Hadari. Qussay berjaya menguasai kota Makkah pada tahun 440 Masihi. Walaupun mereka penduduk menetap, tetapi amalan hidup bersuku – suku dan berpuak – puak merenggangkan hubungan sesama mereka. Pauk Abd. Al – Dar yang dianggotai oleh Bani Umaiyyah dan puak Abd. Manaf yang dianggotai oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan anggota masyarakat yang berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan kuasa dan pengaruh di Kota Makkah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang berlarutan membawa kepada peperangan. Peperangan al – Fijr adalah bukti permusuhan mereka.
  • Penduduk Yatrib yang dianggarkan seramai 4000 – 5000 orang terdiri separuhnya adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika Baitul Muqadis ditakluki oleh tentera Kristian. Bani – bani Yahudi bersatu walaupun mereka terdiri daripada beberapa bani. Kaum Arab pula adalah penduduk tempatan yang bermusuhan di kalangan suku – suku hasil daripada adu dumba daripada puak yahudi. Permusuhan di antara suku ArabAus dengan Khazraj berlarutan sehingga tercetusnya peperangan Bu’ath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara ini berlarutan sekian lama.

Agama dan kepercayaan :

  • Orang Arab Quraisy mempercayaai kuasa berhala. Amalan menyembah berhala diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang diletakkan disekitarnya dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi setiap hari. Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Makkah menajdi tumpuan. Kepercayaan khurafat juga diamalkan oleh orang Quraisy terutamanya yang berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan.
  • Di Madinah orang Yahudi amat taksub memelihara kesucian agama Yahudi. Pada mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan tuhan iiatu bangsa Yahudi. Golongan Yahudi memandang rendah bangsa – bangsa lain termasuk orang Arab. Penganut kristian di Madinah memusuhi orang – orang Yahudi yang mereka dakwa membunuh Nabi Isa a. s Kedatangan orang Yahudi dan Kristian di Madinah memberikan senario baru dalam hal keagamaan dikalangan orang Arab. Mereka yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan ketuhanan.

Akhlak :

  • Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki dan dendam terhadap suku kaum lain yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa – apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja secar lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan, diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras.
  • Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih mementingkan amalan kerohanian dan kehidupan.

Ekonomi :

  • Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga dan pedagang. Mereka mengimport batu – batu permata dan rempah dari luar melalui pelabuhan Aden yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan perdagangan menjadi penggerak kepada kehidupan masyarakatnya. Sistem perdagangan bebas diamalkan secar riba di pasar yang dibina khas menjadikan Kota Makkah sebagi pusat tumpuan para pedagang dari utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan diadakan bagi memastikan perdagangan dikedua pihak mendapat keuntungan. Pengishtiharan bulan – bulan haram pada musim haji juga menggalakkan kegiatan perdagangan kerana pengisytiharan tersebut melarang segala bentuk pergaduhan atau peperangan. Orang Arab Makkah juga mengamalkan cara berdagang bermusim yang mana musim sejuk mereka berdagang ke Yaman dan pada musim panas mereka berdagang ke utara ( Syam ). Kegiatan ekonomi tanpa sekatan memberi peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani kehidupan yang mewah.
  • Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi memonopoli kegiatan ekonomi. Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar, bekerja sebagai peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran agama yang melarang riba tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan masyarakat yang hidup mewah dan menjadikan orang Arab yang kebanyakannya petani hidup dalam kemiskinan.

Politik :

  • Masyarakat Makkah ditadbir secara langsung oleh peraturan adat dan suku kaum masing-masing. Setiap suku kaum mempunyai ketua yang dikenali sebagai Sheikh yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kabilah masing-masing selamat daripada sebarang ancaman. Sheikh dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak dan harta, kebenaranian dan kebijaksanaan. Ramai di kalangan masyarakat Quraisy yang berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka merebutkan jawatan dan gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu jawatan tidak akan melepaskan jawatan dengan mudah. Mereka akan menolak pemimpin baru yang cuba mencabar kepimpinan mereka. Golongan kaya Makkah menubuhkan Mala’ iaitu majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua-ketua suku. Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya. Golongan ini menggunakan Mala’ untuk menghukum pihak yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah menubuhkan Darul Naduah untuk tujuan kebajikan dan pertahan Kota Makakh. Selepas kematian jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan suku-suku yang lemaah mengadakan Hilf al-Fudul untuk memperjuangkan nasib mereka. Situasi ini menggambarkan adanya pergolakkan di antara golongan kaya dan miskin.
  • Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh Orang Yahudi. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka menyedari bahawa perpaduan Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau bagaimanapun, setelah berlakunya perang Bu’ath orang Arab semakin lemah dan mereka mula menyedari betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela masib mereka. Perebutan kuasa antara Auz dan Khazraj.

Ilmu Pengetahuan :

  • Masyarakat Makkah kebanyakkannya tidak menguasai ilmu – ilmu yang boeh mensejahterakan hidup mereka. Pedagang – pedagang asing yang berilmu pun tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk berurusan niaga dan berhibur. Tidak ada penemuan bukti bertulis atau monumen yang boleh mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada merekodkan bahawa terdapat kira – kira 17 orang yang boleh membaca dan menulis.
  • Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri daripada golongan profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu pertanian dan perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain. Walaubagaimanapun, Arab Madinah dilihat ada kecenderungan untuk mempelajari ilmu keagamaan apabila mereka didapati cepat memahami konsep tauhid yang terkandung dalam agama Islam yang mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta pergaulan mereka dengan penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada konsep tersebut.

Kesimpulan :

Masyarakat kota Makkah dan Madinah menjalani kehidupan secara sempurna. Mereka dalah solongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan. Keadaan persekitaran yang lebih jauh daripada tamadun lain dan muka bumi yang panas dan berbatu menjadikan penduduk di kota – kota ini bersifat tegas dan sayang dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh mendatangkan kesejahteraan kepada mereka. Kedatangan agama Islam didapati melengkapi ketidaksempurnaan kehidupan mereka.

4 comments:

Anonymous said...

Please let me know if you're looking for
a writer for your blog. You have some
really good articles and I think I would be a good asset. If
you ever want to take some of the load off, I'd love to write
some articles for your blog in exchange for a link back to mine.

Please shoot me an e-mail if interested. Many thanks!


My web blog View Here
My web site > Go to my website

Anonymous said...

Hey exceptional blog! Does running a blog similar to this
require a large amount of work? I've very little knowledge of coding however I was hoping to start my own
blog in the near future. Anyways, if you have any recommendations or tips for new blog
owners please share. I understand this is off topic nevertheless I simply needed to ask. Cheers!

My blog post ... My Site

Anonymous said...

Hmm it appears like your site ate my first comment (it was
extremely long) so I guess I'll just sum it up what I submitted
and say, I'm thoroughly enjoying your blog. I as well am an aspiring blog
writer but I'm still new to the whole thing. Do you have any points for newbie blog writers? I'd genuinely
appreciate it.

Feel free to surf to my blog post View my web page

Anonymous said...

Outstanding post however I was wanting to know if you could write
a litte more on this subject? I'd be very thankful if you could elaborate a little bit further. Thank you!

My webpage; http://uzania.com

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024