Thursday, August 12, 2010

Nabi Muhammad Mengurus Masalah Kaum Di Madinah

Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menangani masalah-masalah yang ditimbulkan oleh kaum-kaum yang terdapat di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut.

  • Keadaan demografi kota Madinah.
  • Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.
  • Perpecahan masyarakat Madinah sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

Cara-cara Nabi Muhammad s.a.w. menangani masyarakat Madinah :

  • Masalah permusuhan tradisi di antara puak Aus dan Khazraj hingga membawa kepada perang Buath. Nabi Muhammad s.a.w. menanganinya menerusi ikatan persaudaraan yang dinamakan dua kaum itu dengan puak Ansar, di samping meningkatkan akidah mereka.
  • Masalah sosio ekonomi kaum Muhajirin, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar dengan persaudaraan Islam dan diikatkan dengan satu perjanjian yang terkandung dalam Perlembagaan Madinah.

Yahudi Bani Qainuqa :

  • Merekalah yang mula-mula melanggar perlembagaan Madinah dengan menjatuhkan maruah seorang wanita Islam Ansar di kedai Yahudi di pasar Madinah. Seorang Islam yang melihat kejadian itu membunuh Yahudi tersebut dan orang Yahudi membalas pula dengan membunuh orang Islam tadi. Seterusnya memperkecilkan kemenangan dan kebolehan orang Islam dalam perang Badar .
  • Nabi mengingatkan Bani Qainuqa tentang akibat perbuatan mereka itu tetapi meraka mencabar nabi dan mengistiharkan perang .
  • Nabi melawan kekerasan dengan kekerasan dan Bani Qainuqa bertahan di kubu mereka selama 15 hari .Akhirnya mereka bersetuju dengan keputusan Nabi supaya mereka keluar dari Madinah. Seramai 700 dari mereka meninggalkan kota Madinah ke Syam . Mereka dibenarkan membawa harta benda bersama. Kecuali senjata mereka dimusnahkan

Yahudi Bani Nadhir :

  • Mereka menuntut ganti rugi/diyah yang tinggi diatas kematian seorang lelaki Yahudi yang terbunuh secara tidak sengaja oleh seorang Islam bernama Amru b Umaiyah. Nabi dan para sahabat mengadakan perbincangan dengan ketua Bani Nadhir tetapi mereka mengambil kesempatan untuk membunuh nabi Muhammmad saw tetapi gagal kerana diberitahu oleh malaikat Jibril melalui wahyu (surah al Maidah : 11).
  • Mereka juga menghina orang Islam yang tertewas dalam perang Bir Maunah dan al-Raji
  • Nami Muhammad saw menceritakan pakatan jahat kaum Yahudi ini .Tentera Islam bersiap untuk memerangi Bani Nadhir dan seterusnya mengepung perkampung Bani Nadhir selama enam hari dan mereka menyerah kalah. Mereka meminta izin untuk keluar dari Madinah dengan membawa harta benda bersama kecuali senjata.Permintaan ini dipersetujui oleh Nabi dan mereka seramai 600 orang keluar ke Khaibar dan menetap di sana manakala yang lain pula pergi ke Syria.

Yahudi Bani Quraizah :

  • Membuat pakatan sulit dan bersubahat dengan puak Musyrikin Makkah dan menentang tentera Islam dari dalam kota Madinah semasa perang Khandak ( 5H ).
  • Satelah selesai peperangan Nabi Muhamad saw telah menyerahkan kes Bani Quraizah kepada Sa’d bin Muadh ( ketua suku Aus) untuk dibicarakan. Setelah membuat petimbangan yang wajar dengan merujuk kepada kitab Taurat dan al-Quran gologan pembelot mesti dihukum bunuh .Semua kaum lelaki mereka di bunuh manakala kanak-kanak dan wanita dijadikan tawanan. Kerana setiap kali orang Yahudi di beri pengampunan mereka akan datang menyerang semula.

Golongan Munafik :

  • Mereka bersepakat dengan orang Yahudi dan tidak menyertai sebarang peperangan menentang musyrikin ,malah melarikan diri daripada medan Perang Uhud, memfitnah orang-orang Islam, membantu pihak musuh menentang orang-orang Islam dalam Perang Ahzab dan membina Masjid Dhirar bagi memecahbelahkan perpaduan umat-umat Islam.
  • Nabi Muhammad saw tidak mengambil apa-apa tindakan sebab sesama Islam takut dituduh memusuhi Islam.Baginda menasihat para sahabat supaya berhati-hati dengan orang munafik.Baginda memulau golongan ini sebagai contoh tidak membalas salam mereka.Perlembagaan Madinah mengikat tindakan orang munafik dengan mengatakan orang Islam bersaudara dan tidak boleh bermusuha.

Perlembagaan Madinah :

  • Memperkenalkan Perlembagaan Madinah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh semua golongan di kota Madinah.

Masjid :

  • Memperluaskan fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat dan pentadbiran.

Ekonomi :

  • Penindasan ekonomi oleh kaum Yahudi dan tindakan Nabi s.a.w ialah menggalakkan orang Islam berniaga di pasar Madinah, menebus tanah-tanah yang terlepas ke tangan Yahudi. Membawa masuk benih-benih kurma berkualiti untuk meningkatkan ekonomi umat Islam.

Kesimpulan :

Sebagai seorang negarawan yang unggul, baginda telah membuktikan ketokohannya. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditubuhkan.

4 comments:

Unknown said...

Tokoh pemimpin Agung Kita Selama-lamanya...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Salladine,
Maka PM DS Najib perlu mengambil iktibar dari kepimpinan Rasullulah s.a.w. mengurus konflik dan hubungan kaum-kaum di Madinah untuk diaplikasikan di Malaysia sekarang.

Anonymous said...

Hi there superb website! Does running a blog such as this take a lot of
work? I have no expertise in computer programming however I was hoping to start my own
blog soon. Anyway, should you have any suggestions or tips for new blog owners please share.
I know this is off topic however I just wanted to ask.
Kudos!

Feel free to visit my homepage ford ranger

Anonymous said...

electronic cigarette, ecigarette, e cig forum, smokeless cigarettes, electronic cigarette, electronic cigarettes reviews

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...