Tuesday, August 31, 2010

Pahang Negeri Tua

Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada bahan penulisan "Sejarah Melayu" yang disusun oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612. Kita perlu bahan-bahan dari China, India, Parsi, Arab dan Portugis.

WZWH mahu bicara sejarah terutamanya negeri Pahang supaya rakyat Pahang dan Jerantut tahu apakah tradisi kepimpinan politik yang kita warisi. Apakah legasi yang boleh kita gilap semula untuk kita bina Jerantut, Pahang dan Malaysia baru.

Apa yang kita tahu tentang Tanah Melayu? Sekitar tahun TM 70 India terpaksa bertumpu ke Semenanjung Tanah Melayu yang dipanggil Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. India perlu emas yang terputus bekalan dari Siberia dan Maharaja Rom, Vespasian tidak membenarkan emas ditawarkan kepada India.

China semasa zaman pemerintahan Wangsa Han (TM 23-221) menjadikan pelabuhan di Semenanjung Tanah Melayu sebagai tempat pedagang-pedagang China menyimpan dan memunggah barang-barang. China panggil Semenanjung Tanah Melayu sebagai Tun-Hsun.

Berita kemasyhuran bandar-bandar pelabuhan di Semenanjung Tanah Melayu tersebar hingga ke Mesir. Claudius Ptolemy pendita Yunani pada TM 150 menamakan Semenanjung Tanah Melayu ini Avera Chersonesvs dalam bahasa Inggeris sebagai Golden Chersonese maksud Semenanjung Emas.

WZWH rasa banyak betul mineral emas di Semenanjung Tanah Melayu ini. Mari kita lihat apa Pahang negeri paling tua ada? Di Pahang telah dilaporkan bahawa bekas-bekas lombong emas yang dalamnya hingga seratus enam puluh kaki telah dijumpai bertabur hingga berbatu-batu jauhnya dan telah digali antara satu lombong ke satu lombong dengan begitu rapat sekali.

Orang menjumpai bekas-bekas lombong ini di akhir kurun ke 19 di sebuah bukit di dalam hutan. Lombong ini telah digali hingga berkurun-kurun lamanya dengan menggunakan beribu-beribu tenaga buruh. Selain dari emas, Pahang juga mempunyai lombong bijih dan perak ketika itu.

Empayar Funan sejak kurun pertama lagi diikuti empayar Seriwijaya, empayar Majapahit, Siam telah mengeksploitasi lombong emas negeri Pahang semaksimunnya mengikut kehendak raja dan pemerintah.

Pahang membekalkan banyak emas ke Kerajaan Seriwijaya. Seorang Arab yang bernama Sulaiman telah mencatitkan bahawa begitu banyak emas sehinggakan tiap-tiap hari Raja Seriwijaya yang memerintah ketika itu telah membaling sejongkong emas ke dalam sebuah tasik di istananya. Jongkong-jongkong emas ini terkumpul semakin lama semakin banyak. Apabila raja itu meninggal dunia maka jongkong-jongkong emas yang di tasik itu pun di bawa naik lalu dibahagikan-bahagikan di antara kerabat diraja dan pegawai-pegawai. Yang selebihnya pula baharulah diagihkan kepada rakyat jelata!

Sayang...orang dulu lagi tamak tidak ada sikit tinggal untuk generasi hari ini dan akan datang. Kalaulah orang dulu ada polisi untuk "reserve" ke cucu cicit sudah tentu negeri Pahang bertambah kaya dan boleh keluar dinar emas seperti Kelantan!

WZWH nampaknya sudah banyak melencong...Ok kita sambung cerita sejarah kembali. Untuk pergi ke Pahang pada zaman itu selain dari jalan laut ada dua jalan lagi yang boleh diikuti. Pertama dari Patani mereka merentas melalui Perak dan terus ke Pahang. Kedua mereka boleh menggunakan perahu dan mudik ke hulu Sungai Kelantan hingga ke cabang-cabangnya iaitu Nanggiri, Lebir dan Galas. Selepas itu mereka boleh menarik perahu mereka hingga ke Hulu Sungai Jelai dan terus menghilir ke Lipis dan seterusnya ke Sungai Pahang. Atau mudik Sungai Tembeling hingga ke ulu sempadan Pahang Terengganu.

Oleh itu tidak hairanlah jika sebuah kekuasaan dalam bentuk negeri telah tertubuh di Pahang. Menurut rekod-rekod China seperti "Nan Shih" dan "Sejarah Sung", negeri Pahang ada seorang Raja yang bernama Seri Palavarman. Baginda telah menghantar satu utusan ke China dengan membawa sebanyak 41 hadiah dalam TM 449.

Maharaja China telah mengisytiharkan raja ini sebagai raja dalam negeri Pahang. Dalam TM 451 dan 456 Seri Palavarman mengutus pula ke China seorang ahli sejarah negerinya yang bernama Danapati TM 459 dengan satu bingkisan dan juga hadiah-hadiah. Danapati telah dikurniakan gelaran "Panglima Gagah Perkasa".

Dalam TM 459 pula raja Pahang ini telah mengirimkan sepasang burung kakak tua; seekor putih dan seekor merah kepada Maharaja China. Seorang lagi ahli sejarah negeri Pahang yang bernama Dasurawan telah datang ke China dalam TM 464 sebagai pengiring utusan negeri Pahang.

Seperti Danapati, ahli sejarah ini diminati oleh Maharaja China. Baginda memberikan gelaran kepada kedua-dua ahli sejarah Pahang ini dengan gelaran "Panglima Kuda-Naga". Selama ini WZWH ingat hanya Parameswara pengasas kesultanan Melayu Melaka merupakan orang Melayu pertama menjejak "Kota Larangan" di Beijing pada tahun 1407 tapi rupanya dua orang diplomat Pahang telah mula-mula menjejaknya pada tahun 449, 451, 456, 459, 464 dan 466 iaitu Danapati dan Dasurawan.

Maharaja China telah mula-mula mengiktiraf kedaulatan kerajaan beraja Pahang lebih dulu dari kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan beraja Pahang lebih tua dan lama dari Kerajaan Seriwijaya yang diasaskan pada tahun TM 683 dan Kerajaan Majapahit yang diasaskan pada tahun TM 1293. Sebab itu Pahang adalah negeri paling tua di Semenanjung Tanah Melayu sudah punyai orang cerdik pandai beribu-ribu tahun dulu. Orang Pahang pandai dan bijak memerintah sebab itu negeri Pahang yang paling besar dalam Semenanjung Tanah Melayu. Kalau kita baca sejarah Pahang moden dulu Kemaman, Endau, Rembau, Bahau itu dulu dalam negeri Pahang.

Maka kita rakyat Pahang dan Jerantut kena faham sejarah dan hakikat ini... sebab itu Pahang boleh ada dua orang Perdana Menteri Malaysia; Tun Razak dan DS Najib, Politikus bijak strategi King Ghaz, Tun Khalil "Raja Melaka". DS Adnan Yaakob MB Pahang selama jadi MB Pahang, dalam setiap PRU Pahang tidak tumbang macam negeri Kelantan, dulu Terengganu, Selangor, Perak, Kedah negeri Tunku Rahman dan Tun Mahathir pun tumbang, Pulau Pinang negeri Tun Pak Lah dan DS Anwar Ibrahim lagi tumbang. Johor tidak tumbang sebab kongsi sejarah dan seketurunan dengan Pahang. Melaka tidak tumbang sebab ada "Raja Melaka" gamoknya.....

7 comments:

payabesar Online said...

Dato Sri Adnan ambil alih Pahang 1999 PRU 8 ADUN tewas. 2008 2 parlimen kalah dan beberapa ADUN. Sejarah sebelumnya paling tinggi DUN triang satu sit kalah. Jadi jangan anggap tok nan bijak. Bijak apa kalau sampai parlimen kalah?. Bijak kumpul duit untuk adik beradik adalah. Ladang UMNO semua Jual, itu usaha orang dulu2. Dia tau jual saja. Jika bijak menambah bukan menghabis!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam payabesar online,
Fakta WZWH ialah masa DS Adnan MB, Pahang tidak tumbang sejak PRU 1999, 2004 dan 2008. Jika nak banding dengan MB Kedah,Perak,Selangor,Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Better prestasinya. Dalam business ada ASSET dan LIABILITI. Mesti ada sebab-sebab tertentu kenapa MB mahu jual ASSET. Kalau salah mesti PM tegur atau Tuanku bising.

Anonymous said...

matnyerweh zuri,
bukan emas aje banyak,bijih besi pun banyak kat seberang merting.lagi satu uranium pun banyak kat ulu tembeling kenapa tak guna untuk bina loji nuklear.jimat sikit belanja.jangan ikut sangat orang yang jumud fikir.loji nuklear yang baik untuk ekonomi negara pun ramai yang tentang seperti mana orang menentang tunku abdul rahman membina stadium merdeka kerana di rasakan membazir.akhirnya keperluan mendesak memaksa kerajaan membina stadium yang lagi besar dan mahal kosnya berbanding stadium merdeka yang hanya menelan kos 2 juta ringgit,pedulikan manusia jumud ini.terlalu fobia kepada tragedi chernobyl rusia yang usang teknologinya.kepada paya besar,bila hati dah tak suka................
matnyerweh!!!

pakbraim said...

Salam Sdra,
Bagi saya fakta sejarah yang dipaparkan adalah baik ...kita harus berbangga dgn sejarah dan tamadun Pahang yg hebat, ia mendahului zaman keagungan Melaka dll negeri..Tahniah Wan dgn research dan tulisan anda.

http://sejarahkgbudu.blogspot.com
My FB:ibrohim milosovik

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Pakbraim,
Moyang WZWH berasal dari Budu. WZWH setuju kita patut berbangga dengan sejarah Pahang.

Anonymous said...

Bleh tanya...knapa maklumt ni x ada dimana2 buku sejarah ek? Pelik plak sy...ni la kali pertama sy dengar nama raja Pahang purba...seri palavarman...kalo diikutkan nama dia ni...sama ja dgn nama raja Khmer..dorang ni ada hubungan ke?

Anonymous said...

You could certainly see your expertise in the article
you write. The world hopes for more passionate writers like you who aren't afraid to mention how they believe. All the time follow your heart.

Also visit my web-site: marehof.nl

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024