Sunday, August 1, 2010

Politik Ideologi VS Politik Ras(bangsa)

Agak menarik minda WZWH bila Majlis Pelajar Malaysia UK dan Eire mengadakan pidato bertajuk Politik ideologi VS Politik Ras pada sambutan majlisnya yang ke empat.

Tiga ahli parlimen dijemput membicarakan pandangan masing-masing di dalam debat itu. Mereka ialah Ibrahim Ali Bebas, Khairy Jamaluddin UMNO, dan Khalid Samad PAS.

Ibrahim Ali berhujah Malaysia masih perlu formula politik komuniti bagi keharmonian dan keselamatan negara. Politik ideologi tidak boleh meninggalkan bangsa. Politik Malaysia masih perlu distruktur mengikut kumpulan ras (bangsa).

Ini kerana Malaysia adalah terdiri dari banyak negeri yang mempunyai masyarakat plural (berbilang bangsa) berbeza dari negeri bangsa seperti Jepun, Korea dan German yang masyarakatnya terdiri dari satu bangsa.

Rakyat Malaysia menganut berbagai agama, berbagai identiti budaya, dan berbagai latar belakang ekonomi. Antara hujah Ibrahim Ali. Beliau menambah selagi Malaysia menjadi bangsa negeri melalui transformasi dan evolusi, politik ideologi agak sukar mengalahkan aturan susunan BN.

Ibrahim Ali mendakwa pakatan longgar dan rapuh Pakatan Rakyat tidak membolehkan mendapat sokongan pengundi kerana DAP, PKR dan PAS berbeza ideologi. PKR demokrasi liberal, DAP Demokrasi Sosialis dan PAS Islam.

Khairy Jamaluddin menekankan perlunya BN berubah untuk kekal relevan. Ada kemungkinan pada PRU akan datang, BN akan kalah jika BN tidak ubah cara. Ianya adalah survival politik BN dipertaruhkan. Jika BN tidak berubah...BN akan habis! BN sudah mendapat mesej pada PRU 12!

Khairy Jamaluddin bersetuju politik ideologi sepatutnya mengantikan politik ras tetapi realpolitiknya diakar umbi ianya tidak begitu. Jika ditanya pada masyarakat adakah politik ras ini mahu dihapuskan sama sekali? Majoriti akan berkata tidak! Kepentingan bangsa diutamakan.

Khairy Jamaluddin membedal Ibrahim Ali yang suka merujuk hak istimewa Melayu secara berpelembagaan seolah-olah satu penghinaan kepada Melayu kerana terlalu bergantung. Apa yang buat hak istimewa Melayu tidak semestinya buat Melayu istimewa.

Apa yang buat Melayu istimewa ialah Melayu boleh bersaing. Melayu boleh mencapai kecermelangan dalam pelajaran, bisnes tanpa masalah.

Khalid Samad mengutarakan kerohanian yang agama boleh membebaskan manusia dari set minda suku kepuakan. Agama diturunkan kepada manusia untuk membantu manusia menyelamatkan mereka dari kesempitan politik ras. Manusia boleh berlaku adil dalam masyarakat bukan hanya untuk bangsanya saja, agamanya saja tetapi untuk seluruh kemanusian sejagat.

Khalid percaya Malaysia sedang menuju ke arah "negara kesedaran". Politik bangsa adalah perkara yang sudah lama berlalu. Rakyat awam Malaysia sudak muak dan bosan dengan politik ras tidak kira apa justifikasi. Nampaknya Khalid Samad senada pandangannya dengan Tengku Razaleigh yang mahu BN berubah dari politik ras kepada politik berbagai kaum atau politik ideologi.

Pada WZWH ideologi UMNO ialah "alif, ba, dan ta" iaitu agama, bangsa dan tanah air. BN mewakili kepentingan semua kaum di Malaysia Melayu, Bumiputera, Cina, India dll yang telah terbukti berjaya diamalkan lebih 50 tahun. Hanya pembangkang cuba menghancurkan ideologi BN ini untuk berkuasa memerintah negara. Pada PKR, DAP dan PAS yang paling penting adalah kuasa. Pengisian-pengisian untuk menjayakan misi, mereka boleh modifikasi bersesuaian dengan berbagai tema-tema untuk menarik sokongan rakyat.


JIka 2/3 rakyat Malaysia mengundi BN pada PRU 13 maka debat bertajuk "Politik Ideologi VS Politik Ras" tidak perlu dipolemikkan lagi seperti lebih 50 tahun dulu kelazimannya...

2 comments:

one one no belen said...

Pada WZWH ideologi UMNO ialah "alif, ba, dan ta" iaitu agama, bangsa dan tanah air.

Pembetulan untuk WZWH.Ideologi UMNO bukan agama,bangsa dan tanah air. tetapi memenuhkan poket pemimpin pemimpin UMNO.Itu yang rakyat nampak terang dan jelas.Dan tidak perlulah pemimpin pemimpin UMNO menafikannya

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Menyegar,
Saudara Menyegar menyentuh kuasa dan lubuk kekayaan. WZWH sudah semak hubungan antara lubuk kekayaan dan kuasa adalah amalan kerajaan Melayu lama seperti Sriwijaya, Majapahit, dan Melaka. Jika praktisnya begitu, UMNO tidak salah menjejak amalan pemimpin nenek moyang Melayu dulu. Itu bukan isu jika kebajikan rakyat juga dijaga.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...