Monday, August 30, 2010

Projek Jambatan Perlis-Langkawi

WZWH rasa terpegun juga dengan cadangan projek jambatan Perlis-Langkawi sejauh 48km dengan kos sebanyak RM130 bilion. Wow! satu projek supermega yang telah diilhamkan lebih 10 tahun dulu.

Diberitakan projek ini akan dilaksanakan pada tahun depan. Dua syarikat sedang menyiapkan cadangan projek untuk diserah kepada kerajaan negeri Perlis pada bulan depan.

Projek ini akan merupakan dasar pokok ucapan MB Perlis Mohamad Isa Sabu bila beliau membentangkan bajet negeri 2011. Projek Supermega ini diumumkan untuk menaikkan imej kerajaan BN dan kalau hendak memastikan projek ini dilaksanakan maka rakyat Perlis mestilah mengundi BN pada PRU 13 nanti.

WZWH difahamkan dua syarikat berdaftar di Perlis telah mencadangkan pembinaan jambatan sepanjang 48km menghubungi Langkawi ke Kuala Perlis. Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd Kamarudin Husin berkata syarikat mempunyai dana yang cukup untuk membina projek yang termasuk sebuah jambatan monorel.

Diberitakan Tun Mahathir dan penduduk Langkawi menentang cadangan projek jambatan ini kerana boleh menjejaskan ekologi Pulau Langkawi dan risau takut bila siap projek jambatan tersebut akan buat ramai pelancung tidak mahu bermalam di Pulau langkawi.

WZWH membayangkan nilai projek RM130 bilion. Kalau betul cakap Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd yang syarikat punya dana mencukupi ini bermakna ramai pelabur luar berminat dengan projek tersebut walaupun ekonomi baru hendak pulih.

Jika kita boleh bawa wang sebanyak itu ke Jerantut maka senanglah kita menyiapkan beberapa projek-projek yang Jerantut perlu siapkan demi kemudahan penduduk Jerantut seperti:
  • Jalan Ulu Tembeling
  • Jalan Ulu Tembeling-Terengganu
  • Jalan Kuala Tembeling-Sungai Lembing.
  • Jalan Jerantut- Benta
  • Jalan Maran -Jerantut
  • Jalan Ulu Cheka -Bentong
  • Beberapa Jambatan merentas Sungai Tembeling
  • Kereta Kabel Gunung Tahan
  • Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai
  • Loji Janakuasa Nuklear Tembeling
  • Flyover bandar Jerantut-Kampung Tampin
  • Zoo Aquakultur Kuala Tahan
Jika pemimpin kita boleh meyakin kerajaan pusat dan pelabur datang ke Jerantut maka projek-projek di atas boleh kita laksanakan. Memang kita boleh buat projek-projek itu.

8 comments:

uRag dRrulug said...

Salap,
Ini prujek jematan ni ong jugeq ke yang luluskan nyeq? Aishhh! Akuq kireq ong neh, hibat betul...dan habat betul...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Urag Drrulug,
Om tulis dalam blog om komen dasar "pemain import" parlimen Jerantut, ramai urag nak dengar pandangan om.

bumi samarata said...

wzwh
dalam blok sangkakala om ada urang cakop om angau keurang betineq, om baceq lah sendiri. om cubeq kurangkan hayal sikit. om makan air batu keh ?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Bumi Samarata,
Anda digalakkan masuk blog WZWH bincang isu dan hujah yang relevan. Jika anda buang masa pembaca blog WZWH dengan benda-benda personal itu buat anda tidak layak melayari blog WZWH. Anda pergilah ke blog Sangkakala, Cawan Tembaga dan Urag Drrulug untuk mengata sesiapa.

Anonymous said...

Kah kah kah.... i pun pernah buka blog yang u katakan tu.... URAGG DRRULug, Cawan Tembaga, Sankakala... X habis2 mengata orang... Uragg druulug apa yer? semacam jer nama dia nie... Orang Asli ker ? Hebat juga lah politik u all yer sampai org asli pun berminat juga nak berblog.....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 7:34,
Blog Urag Drrulug tu menggunakan dailog bahasa loghat dialek Ulu Tembeling. Sejarah Ulu Tembeling menceritakan bila salah sorang Moyang sedara WZWH yang bernama Wan Ahmad bin Engku Khatib(Wan Endut) setelah missionnya atas arahan British selesai di Brunei(beliau tinggal di Brunei selama 6 bulan untuk menyelesaikan masalah kekacauan bandit atau lanun) telah pulang ke Ulu Tembeling dengan seorang isteri dari Brunei dan ratusan pengikut orang Brunei. Keturunan inilah yang membentuk bahasa baru di Ulu Tembeling terutama di Sungai Sepia atau Kampung Gusai. Lama-kelamaan membentuk loghat bahasa Ulu Tembeling yang unik. Namun kalau kita perhatikan cara cakap orang Kampung Mat Daling, Kampung Gusai, Kampung Bantai, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi berbeza antara satu sama lain. Bahasa Ulu Tembeling tidak sama dengan bahasa orang Asli.

Anonymous said...

Why viewers still make use of to read news papers when in this technological world everything is
accessible on net?

my web-site ... Ranger Forum

usin malaun said...

wan zuri jalan jerantut maran dengan jerantut benta bila nak siap.apa tindakan keatas syarikat dan projek jalan terbengkalai.adakah kerajaan hanya menumpukan ke kawasan jalan baru yang ada balak sahaja.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024