Monday, January 31, 2011

Realpolitik Pahang: Apa Persediaan BN Pahang?

DSD Adnan Yaakob, MB Pahang merasmi Konvensyen BN Pahang 2011. MB melontarkan realpolitik Pahang dan persediaan BN Pahang serta motivasi meniup semangat BN Pahang menjelang PRU 13. 

Ledakan amukan ketidakpuasan hati rakyat kepada pemerintah melalui media baru seperti facebook, tweeter, blog dan SMS telah membangkitkan gerakan massa rakyat memberontak tuntut pemerintah undur diri. Itu senario di Tunisia telah merebak bagai domino ke Mesir, Jordan, Maghribi, Yemen dan beberapa negara Arab.

Adakah realpolitik Pahang akan juga berlaku fenomena seperti itu? Politik Pahang tenang. Tapi jangan disangka air tenang tiada buaya. Orang kata buaya-buaya sepanjang Sungai Pahang baik-baik tidak makan orang. Perubahan dan sikap rakyat Pahang kita tidak boleh jangka.

Hakikatnya realpolitik negara dan Pahang sudah berubah. Kita tidak boleh jangka undi rakyat. PRU 2004 yang terbaik dalam sejarah BN selepas itu PRU 2008 prestasi BN yang terburuk! Tanya soalan ini kepada saintis politik pun mereka pening menjawabnya.

Kejutan kepada BN. Menang dalam kalah. Hilang 2/3, hilang 5 negeri, hilang keyakinan. BN dipersepsi "Barang Naik"! Misinformation, Disinformation ditabur kepada rakyat. Rakyat terutama generasi muda dan golongan pertengahan percaya kepada blog. Blog ibarat "koran politik" kepada rakyat. Rakyat baca dan percaya. Rakyat telah buktikan bahawa BN tidak kebal.

Sebab kalah PRU 2008 banyak sebab antaranya inflasi, kurang barang, barang naik, subsidi, jenayah tinggi,salah guna kuasa,nepotisma,rasuah, ISA, media baru bias, kempen cara lama, terlepas pandang, isu roboh kuil lantas Hindraf, harga petrol,diesel dan gas naik, ledakan kemarahan Tun Mahathir, parti komponen bertikam lidah sesama sendiri secara umum...

Terpulang kepada BN untuk selesaikan secara bijaksana. Jelas PRU 12 diadakan pada masa yang salah. Ketika harga minyak naik. Mungkin kakitangan Awam tidak diberi bonus...pun puncanya. Harap KSN studi isu yang nampak remeh temeh tapi 1.2 juta Civil Service adalah ketumbukan force yang besar belum dicampur keluarga mereka!

PRK selepas PRU 12 ada 14 keputusan dimana PR menang 8 dan BN menang 6, PRK DUN Merlimau menanti. PRU Negeri Sarawak dalam tahun 2011 ini. Apa keputusan? Tunggu dan lihat. Ada pengundi yang masih tidak suka dan benci BN.

DS Najib mengambil alih. Beliau mewarisi waktu sukar sama dengan bapanya Tun Razak selepas PRU 1969 dengan rusuhan kaum 13 Mei. Secara kebetulan. Pada PRU 1969 Tun Mahathir pun kalah bertanding parlimen. Pada PRU 2008 negeri Tun Mahathir-Kedah kalah satu negeri!

Ahli politik Pahang ada tradisi politik warisan berzaman. Kalau tidak Pahang tidaklah negeri paling besar di Tanah Melayu. Sultan Pahang pertama dari jalur Bendahara Wan Ahmad adalah ahli politik yang hebat di zamannya. Pahlawan-pahlawan legenda Pahang digeruni British. Ini cerita sejarah lama. Adakah semangat itu masih ada di Pahang?

DS Najib memperkenalkan 1Malaysia, rakyat didahulukan, NKRA, walkabout , ETP, EPP dll. Kerja-kerja kebajikan rakyat, pendidikan dan pembangunan  dirancakkan.

Pemikiran rakyat sudah berubah. Rakyat mahu kebebasan, demokrasi, human right, freedom of speech, peluang pekerjaan dan ekonomi yang adil tidak dimonopoli oleh golongan atasan sahaja.

BN Pahang perlu yakin dengan semangat dan perjuangan. Bila MB turun padang wajib parti-parti komponen ikut. Bila Menteri turun padang wajib juga diikuti parti-parti komponen.

Perjuangkan kepentingan kaum masing-masing dan ahli-ahli parti dan diakhir proses duduk semeja bincang bersama-sama. In the spirit of BN...Dalam masyarakat majmuk ada dapat, ada tak dapat, ada yang berkorban.

1Malaysia bantu ikut keperluan. Contoh bantuan pendidikan bantu tidak kira apa kaum. Yayasan Pahang adalah mekanisma terbaik contoh bagi negeri lain untuk salurkan bantuan pendidikan.

Pembangkang kata pelaburan lembap masuk ke Pahang. Faktanya pelaburan sentiasa bertambah masuk ke Pahang setiap tahun. Pada tahun 2009 nilai pelaburan ialah RM1.2 bilion. Pada tahun 2010 bertambah kepada RM2 bilion.

Apa juga kebaikan yang BN buat di Pahang perlu hebuhkan kepada rakyat. Kerajaan dan parti mesti hebuhkan. BN perlu beri bantuan kepada semua kaum.

Ketua cawangan parti komponen terus salurkan kepada MB. Program e-kasih, Fokus Group dan kerajaan masih tidak lengkap datanya. Masih ada yang benar-benar memerlukan tertinggal dan tercicir. Ketua cawangan-ketua cawangan parti komponen perlu cari rakyat susah tercicir ini.

Parti-parti komponen juga boleh terus salurkan kepada MB. Berjuanglah untuk parti masing-masing. Ketua cawangan aktif memohon kepada ADUN. EXCO dan MB membantu semampu yang boleh dan kita minta bantuan PM.

Pakatan Rakyat suka polemik isu. Contoh isu barang naik. Yang harga getah sekilo, kelapa sawit setan naik harga mengimbangi inflasi tidak pula disentuh.

PRU Tenang sudah BN menang, seterusnya DUN Merlimau dan PRU Negeri Sarawak. JIka BN menang kesemuanya pasti PRU 13 cepat menjelma. BN bersiap sedia dari sekarang.

DS Najib bilang kalau mahu BN menang dengar cakap PM-"winnable candidate". Kalau calon berjawatan dalam parti tidak boleh menang maka biar DS Najib dan MB pilih calon dari luar yang "winnable candidate". Semua jentera aktif bergerak, tiada rasa terkilan, atau lemah semangat bila calon berjawatan dalam parti tidak terpilih, jangan sabotaj dan cas keting. Yang penting UMNO menang, MCA menang, MIC menang dan parti komponen lain menang dan BN menang maka semua ahli-ahli parti BN menang.

Pada persepsi rakyat nampak DS Najib ikhlas dan jujur serta bersungguh mahu membawa perubahan. Tapi yang keliling DS Najib tidak nampak mahu berubah. Mana-mana pemimpin yang sudah berkarat, tepu dan tidak bersesuaian dengan era zaman DS Najib maka adalah perlu pemimpin jenis ini direhatkan beri peluang kepada pemimpin muda yang bersemangat, bertenaga dan sepemikiran dengan hala tuju PM.

Nasionalis Islam VS Nik Aziz Chinesing Pseudo Islam


Orang veteran politik Melayu tahu sejarah negara tercinta Malaysia ini. Dulu orang Melayu bersatu walaupun ada suara "haluan kiri" yang lebih percaya kepada "Mimpi Melayu Raya Sukarno" dan kononnya Jepun mahu liberasi Tanah Melayu dan Borneo.

UMNO nasionalis kanan sederhana, nasionalis Islam berjaya buktikan cara pragmatik dan berhemah boleh membina dan menbangunkan Malaya-Borneo =Malaysia sehingga mencapai tahap membanggakan  hari ini.

Namun British meninggalkan satu bom jangka yang walaupun parti komunis Malaya diharamkan, parti haluan kiri juga diharamkan tetapi parti pseudo Islam PAS telah dicipta British untuk memecahbelahkan solidariti keteguhan ikatan politik orang Melayu.

British telah buktikan berjaya menggerakkan gerakan Wahabi dan Freemason untuk hancurkan pengaruh dan penguasaan Empayar Osman Turki di Timur Tengah.

British tahu PAS adalah gerakan "Wahabi ke dua" diplanted untuk memecahkan kekuatan Melayu. Apa muslihat parti PAS pseudo Islam ini dan peranannya memecahbelahkan politik orang Melayu Islam.

WZWH ambil peluru penabur Tun Mahathir untuk ingatkan orang Melayu dan UMNO terutamanya. Blog Chedet jelas menghuraikannya untuk tatapan generasi muda Melayu...

1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.

2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam? 

3. Sebaliknya apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz? Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam. 

4. PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

5. Apabila PAS bertanding dalam Pilihanraya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia. 

6. Kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam Pilihanraya 1990 dan 1995. Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan. 

7. Alhamdulillah Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO di keluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

8. Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat. Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal. 

9. Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz.

10. Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

11. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

Konvensyen BN Negeri Pahang 2011


Hari ini WZWH menghadiri Konvensyen BN Pahang 2011 di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan.

Kali terakhir konvensyen BN diadakan ialah pada tahun 2002. Konvensyen ini melibatkan 2500 perwakilan dari parti-parti komponen BN Pahang terdiri dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Konvensyen kali ini dipenuhi ucapan-ucapan termasuk oleh perwakilan daripada setiap parti komponen. Ucapan-ucapan ini diharap dapat menjurus ke arah meningkatkan lagi persepakatan sesama BN serta menguatkan lagi demi mendapat sokongan rakyat terhadap BN.

Selari dengan peredaran zaman, BN tidak boleh lagi terus-menerus bersandarkan kepada bekerja kaedah lama yang mungkin tidak lagi bersesuaian. Oleh itu, BN harus sedia berubah dalam beberapa pendekatan yang diambil dan dilaksanakan.

Tahniah kepada BN Pahang kerana berjaya menganjurkan Konvensyen BN Pahang 2011 yang pertama dianjurkan di peringkat negeri selepas hanya dua bulan BN Pusat menganjurkan konvensyen di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada awal Disember lepas.

Kesegeraan menganjurkan konvensyen ini membuktikan komitmen tinggi BN Pahang di bawah kepimpinan DSD Adnan Yaakob menjayakan segala saranan BN Pusat dengan mendahulukan rakyat iaitu meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya.


Menerusi konvensyen ini diharap dapat meningkatkan lagi semangat bekerja dalam kalangan kepimpinan dan ahli-ahli BN Pahang seterusnya mengukuhkan lagi persepakatan sesama kita untuk memastikan perjuangan BN sentiasa diterima rakyat.

WZWH berharap BN Pahang sama-sama bertekad memastikan Pahang terus menjadikan penyumbang besar kepada kejayaan BN pada setiap kali pilihanraya. Kita perlu mengenepikan perkara-perkara yang remeh, sebaliknya sama-sama berganding bahu memantapkan perjuangan membela rakyat dan berdepan dengan pembangkang di luar sana kerana golongan inilah musuh kita yang sebenarnya.

Walau apapun yang dibincangkan dan dibahaskan WZWH percaya pada analisis terakhir tentulah memantapkan lagi BN Pahang bagi menghadapi ujian PRU 13 nanti.

Hakikatnya BN Pahang ialah antara BN negeri yang paling berjaya tidak boleh diremeh-temehkan. Ini terbukti dengan kejayaan demi kejayaan yang ia kecapi pada PRU dan PRK lepas.

WZWH percaya selepas konvensyen ini keupayaan BN Pahang pasti dapat dilonjakkan dan semoga momentum ini dapat terus dikekalkan dan ditingkatkan sehinggalah tiba masa yang dinanti-nanti dalam menghadapi PRU akan datang.

WZWH berharap BN Pahang dapat memanfaatkan sepenuhnya hasil daripada penganjuran Konvensyen BN Pahang 2011 semoga BN Negeri lain yang bakal menganjurkan konvensyen yang sama dapat turut mengambil iktibar daripadanya.

Konvensyen ini akan menjadi detik pemula kepada perubahan yang lebih baik kepada parti komponen dan ahli-ahli merealisasikan Transformasi BN.

Kita semua yakin dan percaya bahawa BN adalah satu-satunya gabungan parti politik pelbagai kaum yang terus diyakini oleh rakyat Malaysia.


DSD Adnan bin Yaakob, MB Pahang bertanya khabar kepada seorang veteran UMNO dan BN Pahang yang sedang uzur sanggup datang ke Konvensyen BN Pahang 2011.

Saturday, January 29, 2011

Luahan Hati Rakyat Jerantut Kepada DS Najib

Setakat hari ini sejak Mei 2010 WZWH telah menulis blog sebanyak 424 posting. Bila WZWH belek pada posting lama-lama rupanya masih ada pembaca beri komen walaupun posting sudah tujuh bulan usia.

Posting WZWH pada 3 Jun 2010 bertajuk "Kenapa Jerantut Perlu Sokong Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling?" baca sini, telah mengundang beberapa komen yang merupakan luahan hati rakyat Jerantut kepada DS Najib.

Kita ikuti komen pembaca rakyat Jerantut yang berharapkan DS Najib berbuat sesuatu untuk pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan Jerantut....


mrbabysteps said...
kalau nak buat loji nuklear kat tembeling,buat la jalan dulu kat sana.jalan pon tak siap2 dah merdeka 50 tahun,apa cerita?bila la najib nak buat jalan dari jerantut-pasir raja,terengganu dengan jalan jerantut-sg lembing?kan senang orang jerantut.jerantut ni dah la ulu.malu la orang gelakkan kite.bila dah siap dua-dua jalan tu,baru la ekonomi boleh berkembang.baru orang sanggup datang ke tempat ulu macam jerantut ni nak cari kerja kat loji nuklear (tu pon kalau jadi).try buka google maps,jerantut ni dah la bersempadan dengan kuantan dengan terengganu,tapi nak pergi sana pon kena ikut jalan jauh.lagi satu,jerantut ni sebenarnya strategik sebab berada kat tengah2 pahang,tapi infrastruktur macam negara kelas ketiga,sangat la ketinggalan.lagi satu,jambatan kuala tembeling bila nak buat?dah kena pusing ikut padang piol nak pergi jerantut.last sekali,jalan jerantut-benta bila nak sambung buat.kan tu dalam rmk-9?sekarang dah rmk-10.takkan masa pilihanraya baru la terhegeh-hegeh nak pasang papan tanda,satu lagi projek kerajaan.tension betul hidup kat tempat ulu macam jerantut ni.
mrbabysteps said...
adakah dato' najib akan baca komen saya di atas? kebarangkaliannya sangat rendah.jerantut oh jerantut,bila la nak maju.jalanraya tak siap2,internet lembap,hospital buruk.ulu pulak tu.wawasan 2020 apa kebendanya macam ni.
Anonymous said...
Salam AdekUngku WZWH...,
Satu cadangan dan perancangan yang sangat baik...!!! Apakah termampu dengan kudrat kuasa yang ada pada rakyat Ulu Tembeling nih untuk menikmati kemudahan itu, mungkin mereka rasa terkejut.. Sebelum nak memulakan kerja pembinaan janakuasa nuklear di Lembah Tembeling, adalah disarankan bagi peluang masyarakat Lembah Tembeling ni menghirup udara bersih dan jangan dibandingkan dengan negara maju spt Korea, Jepun, Perancis dsbg ke arah pembinaan tersebut. 
Bercakap memgenai pembinaan janakuasa nuklear, sekurang-kurangnya bagi kemudahan asas yang baik seperti tapak pelupusan sampah yang strategik. Kalau siapa datang ke Ulu Tembeling, tentunya mereka akan tertanya2 dimanakah sampah2 dibuangkan adakah ke dalam sungai Tembeling?
Begitu juga dengan pembuangan najis ke mana kalau tidak ke dalam sungai juga. Percayalah walaupun masayarakat Ulu Tembeling ni tak berapa celik dari sudut IT mahupun pelajaran peringkat rendah, menengah mahupun universiti, tapi pada tahun 1976 mereka telah berani protes pembinaan Hydro di Sungai Tembeling di Jeram Dedari. Mereka memberikan alasan warisan nenek moyang mereka yang tersimpan enam kaki dalam tanah akan tenggelam. Kepada siapa mereka membuat protes tersebut sila buat semakan...
Pang5 Beliung darah daging Jerantut. Jika berpeluang memberi komen jumpa lagi dilain keluaran... Tk.
Anonymous said...
it’s better to build the plant at the Pahang state.

Friday, January 28, 2011

Agen-Agen Chinesia Dan Chinesing Mula Bantu PAS di DUN Tenang!


Pada pembaca blog WZWH yang belum kenal istilah Chinesia dan Chinesing sila baca posting blog WZWH yang lepas bertajuk "PKR dan PAS Perlu Bantu DAP Cipta Negara Chinesia" baca sini.

Blog The Unspinners telah melaporkan bahawa agen-agen Chinesia dan Chinesing telah mula turun membantu PAS di DUN Tenang. WZWH CnP sepenuhnya...

Segamat sedang hujan hampir tiap-tiap hari. Anda semua lihat gambar baju hujan ini kerana semua petugas DAP akan memakai baju hujan yang sama. 

Pasti ini tidak menghairankan dalam usaha DAP untuk menunjukkan kehadhiran mereka di Tenang. Yang anda tidak tahu ialah baju hujan telus berwarna kuning ini disumbang PAP Singapura.

Pada hari Selasa 25hb baru-baru ini, Setiausaha Pertama Singapore High Commission, di Kuala Lumpur, Ian Mak dilihat bertemu dengan Theresa Kok di bilik Gerakan DAP di Labis.

Disamping itu, seorang lagi Setiausaha SIngapore High Commission, Harold Lee ditemui bersama Tian Chua di Pekan Air Panas.

Ketika kempen ceramah di hadapan Bilik Gerakan tersebut, Harold Lee dan Tham Borg Tsien dilihat bertemu Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Chung Hau.

Pelbagai pertemuan ini menunjukkan Singapura mahu DAP Malaysia berjaya memecah benteng UMNO di Johor melalui kuda mereka, PAS. 

Singapura memang diketahui menyalur bantuan kewangan kepada DAP kerana PAS tidak mempunyai dana untuk hadapai pilihanraya. 

Bila anda lihat PAS, lihatlah mereka ini sebagai pembelot negara dan bangsa untuk kepentingan musuh di seberang causeway!!!!

WZWH baca dalam strategi komunis PAS bolehlah dianggap "tolol berguna" yang boleh digunakan oleh kumpulan Chinesia dan Chinesing untuk memecahkan politik orang Melayu yang dikuasai oleh UMNO.

Chinesia dan Chinesing sanggup melabur wang yang banyak kerana mereka terlalu taksub dengan teori "Chinese Belts" yang akan menguasai dan menentukan politik Malaysia akan datang.

PKR dan PAS sama ada  sedar atau tidak perkara ini mereka sudah tidak ambil pusing lagi yang penting mereka sanggup dijadikan boneka asalkan dapat memerintah di Putrajaya yang akhirnya mereka akan tertipu.

UMNO sudah mahu menyedarkan PAS dan mengajak PAS bersama membentuk kerajaan perpaduan tetapi PKR dan TG Nik Aziz telah menekan Hadi Awang supaya mengikut puak Chinesia dan Chinesing.

Apa-apa pun kita lihat saja keputusan PRK DUN Tenang nanti.

Sejarah Pemimpin PAS Mengkafirkan UMNO



Terbaru WZWH dengar Nizar MB kantoi Perak berucap undi UMNO dan BN haram hukumnya. Undi PAS dan PR halal. Itulah perangai pemimpin-pemimpin  PAS yang dijamin masuk syurga gamoknya!...

Ini bukan cerita baru. Benda ini mainan lama PAS bila pemimpin mereka rasa parti sudah hilang pengaruh, terdesak dan tertekan dengan ideologi Islam palsu mereka terbongkar sudah.

Jika kita masih ingat, pada awal kemerdekaan, Pas dengan lantang berkempen mengatakan UMNO sebagai taghut, sesat dan tidak menuruti ajaran Islam kerana bekerjasama dengan kafir.

Pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".

Kemudiannya sejarah politik orang Islam di negara ini menjadi kacau bilau sehingga menganggu kehidupan sosial mereka sekali. Hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya diringkaskan dengan nama KAFIR BERIKAT. Pengikut-pengikut PAS mulalah menyebarkannya fatwa itu dari mulut ke- muiut dan kemuncaknya berlakulah pemulauan sakit mati, nikah kahwin dan seterusnya sembahyang berasingan.

Dikatakan tempat pertama mendirikan sembahyang Jumaat dua sekampung ialah di Felda Kampung Rahmat Chalok, Setiu. Seterusnya berjangkitlah ke seluruh daerah dalam negeri Terengganu, kecuali Kemaman percubaan mendirikan Jumaat asing gagal setelah tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa di daerah Kemaman.

Keadaan hanya reda seketika apabila Pas menyertai Barisan Nasional pada tahun 1970-an. Apabila Pas keluar BN, fatwa dan pandangan UMNO sesat dikumandangkan semula.

Tahun 1978: Dewan Ulamak, PAS Kelantan dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada BN, sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa "Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah".

Pada 1981, Haji Hadi Awang (sekarang Presiden Pas) telah mengeluarkan fatwa baru mengenai kekafiran UMNO. "mati syahid siapa yang menentang UMNO."

Ketika itu berlaku satu lagi perpecahan serius di kalangan orang Islam. Keduri orang UMNO diboikot, solat yang diimamkan oleh imam kerajaan tidak sah, sembelihan ahli UMNO haram di makan. Malah ada keluarga yang bercerai berai kerana isu ini.

Kemuncaknya pada 1985, Ibrahim Libya dan rakan-rakan di Baling terbunuh kerana menganggap menentang polis dan kerajaan BN pimpinan UMNO adalah satu jihad. Matinya adalah mati syahid. Malahan Pas sendiri mengisytiharkan mereka yang mati ketika menyerang polis dengan parang sebagai mati syahid.

Pada tahun 2009, ketika Hadi Awang sendiri nampak seperti pulang ke pangkal jalan dengan mencadangkan kerajaan perpaduan, Nik aziz membawa lagi isu UMNO kafir ini.

Kali ini UMNO disamakan dengan sebuah kumpulan ajaran sesat "Ayah Pin" - Kerajaan langit dan dengan sebuah ideologi yang menolak kepercayaan kepada tuhan - Komunis.

UMNO komunis dan serupa Ayah Pin kata Nik Aziz. Dengan kata lain tentulah UMNO ini kafir.

Dalam ketiga fasa pengkafiran UMNO (1963, 1978 dan 2009) diokestra oleh seorang bekas pegawai KEMAS yang mengangkat dirinya sebagai Ulama zuhud bernama Nik Aziz bin Nik Mat.

Wajah dan pemikiran ahli Pas mungkin ada yang telah berubah. Namun selagi Nik Aziz berada di atas selagi itulah semua ahli Pas harus menanggung dosa mengkafirkan orang Islam lain yang menjadi ahli UMNO. 
Sumber: MyKMU

Mentakfir adalah amalan puak Khawarif penentang Saidina Abu Bakar dan Wahabi militan yang bersekongkol dengan Freemason untuk memecah Empayar Islam Otmaniyah.

Sediakah PAS membetulkan kesalahan mereka? Sekurang-kurang UMNO akan berubah dan mahu berubah.

Khawaarij penentang di zaman Sayyidina Ali..yang mentakfirkan Sayyidina Ali dan Muawiyah serta banyak membunuh orang Islam yang mereka anggap musuh..mereka suka kafirkan semua orang sebab fikir mereka sahaja betul dan benar dan berpegang kepada hukum Allah..

Bila dah pemimpin PAS keluarkan fatwa orang Islam UMNO sesat, pengikut PAS pun ikut. sampai mereka mati pun mereka akan kata orang Islam UMNO sesat sedangkan sebagai umat Islam sesiapa pun tidak layak mengatakan orang tu sesat, orang ni sesat, melainkan telah jelas seseorang itu mengaku secara zahir ia keluar dari agama islam dan melakukan perkara-perkara yang memang bertentangan dengan Islam...seseorang pemimpin yg mengatakan orang lain sesat, tuduhan itu kembali kepada dirinya kecuali jika dia sempat bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT serta meminta maaf kepada semua orang yg telah dihukum kafirkan oleh pemimpin yg mengaku diri lebih Islam.

Contoh paling mudah, Al-Arqam telah difatwakan sebagai pergerakan yang yang sesat kerana penyelewengan akidah sebahagian pengikutnya yang sesat. Adakah maksudnya pergerakan itu adalah kafir?

Sesat perbuatan bukan bermaksud iman mereka terhadap Allah adalah terbatal. Mereka masih bersujud dan melakukan solat kepada Allah tetapi ada perbuatan mereka yang terpesong dari akidah Islam. Selagi orang itu mengucap dua kalimah syahadah dan mengerjakan solat 5 waktu, tiada siapa boleh sangkal keimanannya. 

Malah ada hadis yang menyatakan jika kita menghukum seseorang sebagai kafir, jika tidak benar, gelaran kafir itu akan berpatah kepada kita kembali.

Menarik bila WZWH baca komen dari seorang pembaca blog :

sekarang aku lagi pening tahap gaban...sokong UMNO dah tak seharam sokong PAS ,PAS penuh dengan ulama bisu ,Nik Aziz tak suka kawan dengan orang islam(UMNO),tapi buleh kawin dengan DAP,aku rasa baik KARPAL atau LIM KIT SIANG dilantik jadi MURSIDUL AM PAS..tok -tok kopiah PAS patut malu dengan fatwa ugama suku politik suku..ulama PAS lebih berbelit mengalahkan KETUA MUNAFIK QURAISH ABBULLAH UBAI..walaupun tak setaraf dengan ABU LAHAB tapi hampir dah...sat lagi mungkin ada yang nak jadi FIRAUN (mengaku tuhan) sebab dah tak siapa dalam PAS yang berani tegur NIK AZIZ yang dah tersesat dan mabuk dengan ego dan kuasa..guna ayat al-quran untuk menghalalkan apa sahaja tindakan tanpa malu pada ALLAH DAN RASULNYA dan semua sahabat yang berjuang menegakkan kebenaran dan ALLAH menjadikan kita sebagai saudara seugama..ESAkan ALLAH,bukan pangkat..adakah penyokong PAS sudah mengalihkan kiblat hingga berkiblatkan kuasa ,pengaruh dan harta keduniaan..lupa akan azab kubur yang kekal ,azab neraka yang kekal..penjaga neraka yang mempunyai wajah yang tidak pernah tersenyum...atau sudah tidak mempunyai malu pada ALLAH,RASUL ,PARA SAHABAT,PARA PENGIKUT JALAN KEBENARAN INI(ISLAM)..SEDARLAH SETIAP MASA MAUT SENTIASA HAMPIR..TAK BERGUNA LAGI PANGKAT ,HARTA,SOMBONG ,EGO...YANG BENAR TETAP TEGAK BERDIRI WALAUPUN DI CEMUH DAN DI HINA..JANGAN JADI MULIA DI MATA MANUSIA(KAFIR) TAPI JADI HINA DI HADAPAN ALLAH ..SEDARLAH BELUM TERLAMBAT..

Thursday, January 27, 2011

PKR dan PAS Perlu Bantu DAP Cipta Negara Chinesia


Pada posting WZWH yang lepas baca sini ada satu komen dari pembaca yang menarik begini:


Akhirnya ketuanan China tetap akan berlaku. Cuma cepat atau lambat. Hakikat bahawa ketuanan China dalam sistem ekonomi sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Kalau China tutup kedai anak Melayu tak boleh beli mercun di hari raya. Ketuanan ekonomi tidak cukup. China perlu kuasa politik untuk jadi tuan sepenuhnya. Seperti Singapura. Pada ketika itu barulah boleh diambil tindakan menukarkan MALAYSIA kepada CHINESIA dan orang Melayu tetap tidak hilang di dunia. Cuma masa sahaja yang menentukan.

WZWH fikir tidak mustahil ini boleh berlaku. Memang demografinya Melayu dan Bumiputera berjumlah 60%  manakala Bukan Melayu 40%. Tetapi jika 60% daripada 15 juta pengundi berdaftar pecah kepada tiga parti Melayu terbesar: UMNO, PAS dan PKR, kekuatan sudah jadi 20% setiap parti Melayu dan Islam.

Logiknya parti 40% boleh makan dan gugat serta perdaya parti 20% kekuatan. Ketiga parti Melayu ini tidak boleh bicara isu-isu kepentingan Melayu nanti di kata rasis juga tidak boleh bincang mendalam kepentingan Islam kerana kalau mahu negara jadi maju seperti kata Menteri Kanan Singapura, " Orang Melayu Singapura perlu longgarkan pegangan agamanya untuk asimilasi dan maju bersama Singapura".

Maka untuk mencipta negara Chinesia maka umat Islam negara ini perlu longgarkan akidah mereka baru boleh maju laju. Maka ahli politik Melayu Islam yang bersekongkol dengan parti 40% terpaksa dengar kerana diberi berbagai keistimewaan.

Apa definasi negara Chinesia? Usah ditanya kepada sesiapa pun tiada boleh beri jawapan kerana term ini hanya ada diblog WZWH. Ini term untuk negara Malaysia akan datang kalau orang Melayu, ahli politik-politik Melayu Islam dan Bumiputera tidak sedar...inilah negara baru anda!

Negara Chinesia mahu jadi negara moden. Seperti China institusi Maharaja tidak perlu. Itu politik kolot feudal ketinggalan zaman. Lihat Korea Selatan maju kerana tiada Maharaja sudah meninggalkan Jepun yang masih dengan Maharaja anak tuhan itu. Lihat Singapura maju tanpa Sang Nila Utama, Sultan Hussein dan pemimpin pribumi lain tapi berpresidenkan Lee Kuan Yew dan anak serta kroni.

Maka negara Chinesia tidak perlu Sultan atau Agong sebab mahu jadi negara republik. Chinesia boleh melantik pemimpin parti PKR atau PAS jadi Presiden saja tetapi Perdana Menteri mesti disandang oleh CEO ahli politik tersangat meritokrasi dan kabinet meritokrasi. PAS jaga Kementerian Islam dan adat istiadat saja tapi kena dengar pandangan kabinet. PKR jaga parti kebajikan Melayu dan Orang Asli.

Juga jawatan MB dan Ketua Menteri tidak perlu ahli politik Melayu kerana Sultan dan YDP negeri sudah tidak wujud lagi. 

Pentadbiran perkhidmatan awam yang berjumlah 1.2 juta perlu dirombak. Kemasukan penjawat awam mengikut meritokrasi dan budibicara PM yang ratio peratusnya kalau dilayan ialah 30:30:30:10.

Guru yang seramai 400,000 ramai sangat orang Melayu. Perlu diambil lain-lain kaum pula. Naib Chancelor Universiti-universiti perlu dirombak beri kepada Profesor yang distinguished. Pengambilan pelajar perlu berdasarkan meritokrasi. Pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera perlu diberi belajar kemahiran sahaja kerana tidak cukup meritokrasi.

PTD perlu juga dirombak. Jawatan SUK, SFO, LA, DO, YDP setiap negeri, kementerian, jabatan, daerah mesti juga diberi kepada kaum lain.

Kemasukan kadet Polis, Tentera dan Badan Beruniform lain juga perlu dibuka kepada kaum-kaum lain.

Peruntukan untuk Masjid, Surau dan Imam, Siak dan Bilal perlu diagih juga kepada Gereja, Kuil, Tokong, Synagogue. 

DAP kata sokongan orang Cina kepada kerajaan yang memerintah sekarang hanya tinggal tidak sampai 30% dan semakin hari semakin mengecil.

Sekarang penduduk dunia akan mencapai 7 bilion pada tahun ini. Singapura sudah tiada tanah dan padat. Negara Chinesia melalui pemikiran dan nasihat PM CEOnya dengan barisan Menteri Kabinet Meritokrasinya mencadangkan supaya Chinesia bergabung dengan Singapura kerana kelebihan "economies of scale". Apa nama negara baru pulak? Entah, WZWH agak Chinesing gamoknya....

3.2 juta ahli UMNO dan Bumiputera bayangkanlah apa yang WZWH cakapkan ini. Pejam mata pastikan bayangkan Chinesia!....

Ketuanan "China" Menjamin Survival Politik Dan Ekonomi Melayu


Part of original copy of Ming Dynasty history (1368-1644) - chapter 325. Parameswara visits emperor Yongle.
The Geoff Wade translations: 
You, king (refer to Parameswara), travelled tens of thousands of li across the ocean to the capital, confidently and without anxiety, as your loyalty and sincerity assured you of the protection of the spirits. I (emperor Yongle) have been glad to meet with you, king, and feel that you should stay. However, your people are longing for you and it is appropriate that you return to soothe them. The weather is getting colder and the winds are suited for sailing South. It is the right time. You should eat well on your journey and look after yourself, so as to reflect my feelings of concern for you. Now I am conferring upon you, king, a gold and jade belt, ceremonial insignia, two "saddled horses", 100 liang of gold, 500 liang of silver, 400,000 guan of paper money, 2,600 guan of copper cash, 300 bolts of embroidered fine silks and silk gauzes, 1,000 bolts of thin silks......

Ini posting WZWH berdasarkan fakta sejarah merentas zaman. Pastinya membaca tajuk posting ini ramai menteri kabinet UMNO meloncat marah kepada WZWH. Itu kerana mereka hanya belajar sejarah dari tahun 1946 hingga sekarang.

WZWH tidak pasti apa komen politikus dari PKR dan PAS. DAP sudah tentu amat bersetuju dengan pandangan akademik WZWH ini. Kalau UMNO bercakap sudah tentu Anwar Ibrahim akan rally satu negara bersama dengan PAS bahawa UMNO sudah kurang semangat Melayunya. Tapi kalau DAP cakap pasti Anwar, Hadi Awang dan TGNA keluar fatwa politik menyokong.

Orang Malaysia belajar buku teks sejarah pasti tahu sedikit tentang tokoh Parameswara. Itu yang John Doe tulis dalam CPI Asia dan The Malaysian Insider kritik Kementerian Pelajaran tidak ajar kerajaan lama Melayu seperti Champa, Chih Tu, Srivijaya. Kedah Tua, Majapahit, Beruas dan Kota Gelanggi.

John Doe mahu beri mesej bahawa orang Cina telah lama berhijrah ke rantau Asia tenggara. Orang Cina bukan pendatang yang sebenar hakikatnya. Orang Cina telah mengembangkan Islam ke Asia Tenggara. Tapi tulisan John Doe masih dikira lembut tidak sampai ke matlamat mesejnya.

Nah ini yang John Doe patut tulis, "Ketuanan China menjamin survival politik dan Ekonomi Melayu. WZWH akan tulis seringkas yang boleh kenapa WZWH kata ketuanan China menjamin survival politik dan ekonomi Melayu...

Orang UMNO dan ahli sejarah tahu Paramesrwara lari ke Melaka dari Temasik (Singapura) sekitar tahun 1400. Kerajaan Majapahit dan Siam mengancam Parameswara. Untuk survival Parameswara terpaksa bergantung kepada ketuanan China. Tiga kali Parameswara pergi mengadap Maharaja China Yong Le dari Dinasti Ming di Kota Larangan.

Bila ketuanan China mengiktiraf Parameswara dan kedaulatan Melaka selepas itu barulah Siam dan Majapahit berlembut mengadakan hubungan diplomatik dengan Melaka. Tapi Parameswara bukanlah raja Melayu pertama pergi ke China. Raja Pahang negeri WZWH sejak tahun 449 telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China.

Kerajaan Seriwijaya yang diasaskan pada tahun TM 683 dan Kerajaan Majapahit yang diasaskan pada tahun TM 1293 telah lama bernaung di bawah ketuanan China bagi menjamin survival politik kingdom mereka.

Oleh itu tidak hairanlah jika sebuah kekuasaan dalam bentuk negeri telah tertubuh di Pahang. Menurut rekod-rekod China seperti "Nan Shih" dan "Sejarah Sung", negeri Pahang ada seorang Raja yang bernama  Seri Palavarman. Baginda telah menghantar satu utusan ke China dengan membawa sebanyak 41 hadiah dalam TM 449.

Maharaja China telah mengisytiharkan raja ini sebagai raja dalam negeri Pahang. Dalam TM 451 dan 456 Seri Palavarman mengutus pula ke China seorang ahli sejarah negerinya yang bernama Danapati TM 459 dengan satu bingkisan dan juga hadiah-hadiah. Danapati telah dikurniakan gelaran "Panglima Gagah Perkasa".

Dalam TM 459 pula raja Pahang ini telah mengirimkan sepasang burung kakak tua; seekor putih dan seekor merah kepada Maharaja China. Seorang lagi ahli sejarah negeri Pahang yang bernama Dasurawan telah datang ke China dalam TM 464 sebagai pengiring utusan negeri Pahang.

Seperti Danapati, ahli sejarah ini diminati oleh Maharaja China. Baginda memberikan gelaran kepada kedua-dua ahli sejarah Pahang ini dengan gelaran "Panglima Kuda-Naga". Selama ini WZWH ingat hanya Parameswara pengasas kesultanan Melayu Melaka merupakan orang Melayu pertama menjejak "Kota Larangan" di Beijing pada tahun 1407 tapi rupanya dua orang diplomat Pahang telah mula-mula menjejaknya pada tahun 449, 451, 456, 459, 464 dan 466 iaitu Danapati dan Dasurawan.

Maharaja China telah mula-mula mengiktiraf kedaulatan kerajaan beraja Pahang lebih dulu dari kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan beraja Pahang lebih tua dan lama dari Kerajaan Seriwijaya yang diasaskan pada tahun TM 683 dan Kerajaan Majapahit yang diasaskan pada tahun TM 1293. Sebab itu Pahang adalah negeri paling tua di Semenanjung Tanah Melayu sudah punyai orang cerdik pandai beribu-ribu tahun dulu. Orang Pahang pandai dan bijak memerintah sebab itu negeri Pahang yang paling besar dalam Semenanjung Tanah Melayu. Kalau kita baca sejarah Pahang moden dulu Kemaman, Endau, Rembau, Bahau itu dulu dalam negeri Pahang.

Maka kita rakyat Pahang dan Jerantut kena faham sejarah dan hakikat ini... sebab itu Pahang boleh ada dua orang Perdana Menteri Malaysia; Tun Razak dan DS Najib, Politikus bijak strategi King Ghaz, Tun Khalil "Raja Melaka". DS Adnan Yaakob MB Pahang selama jadi MB Pahang, dalam setiap PRU Pahang tidak tumbang macam negeri Kelantan, dulu Terengganu, Selangor, Perak, Kedah negeri Tunku Rahman dan Tun Mahathir pun tumbang, Pulau Pinang negeri Tun Pak Lah dan DS Anwar Ibrahim lagi tumbang. Johor tidak tumbang sebab kongsi sejarah dan seketurunan dengan Pahang. Melaka tidak tumbang sebab ada "Raja Melaka" gamoknya.....

Bercakap tentang politik moden, UMNO dan Melayu kalau mahu mengekalkan status quo perlu mengakui bahawa ketuanan China menjamin survival politik dan ekonomi Melayu. Dari segi pemilikan ekonomi negara kaum Cina menguasai hampir 80% terutama di bandar-bandar besar. Dari segi sosial status orang Cina adalah tuan sebenarnya. Ramai orang Melayu dan kaum lain bekerja dengan mereka.

Untuk menjadi PM dan MB, mahu tidak mahu UMNO mahu pun PKR atau PAS terpaksa memerlukan sokongan politik orang Cina. Dari segi bajet pilihanraya pun UMNO, PKR dan PAS pun mencari dana dari "Tuan-Tuan Cina".

Dalam konteks serantau Malaysia pun terpaksa bergantung kepada kekuatan ekonomi China yang dalam masa 30 tahun lagi akan menjadi kuasa besar dunia mengalahkan Amerika Syarikat. Secara mudah WZWH tanya kepada orang kampung dan pelombong bijih besi di Jerantut-Kenapa harga getah, kelapa sawit dan bijih besi begitu tinggi harganya di pasaran sekarang? Itulah permintaan ekonomi "Ketuanan China" yang perlu Malaysia ambil peluang!

Wednesday, January 26, 2011

WZWH Sokong Intelektual Muda Melayu Masuk DAP

"Gua mahu olang muda intelectual Melayu lamai-lamai masuk DAP kasi senang jadi Menteli dan Menteli Besar....senang gua mau jaga dan control.."

DAP kata parti berbilang kaum. Tapi WZWH tengok ramai ahlinya orang Cina. Tidak boleh salahkan Lim Kit Siang sebab ramai orang Melayu tidak masuk kerana ada banyak parti alternatif lain macam UMNO, PAS dan PKR.

WZWH rasa mana-mana intelektual muda Melayu yang minat politik tetapi yang tidak suka UMNO, atau pening dengan karenah politik PKR atau tidak selesa dengan parti PAS yang islamist bolehlah masuk parti DAP.

DAP sudah boleh diterima oleh orang Melayu terutama dalam PR. Ramai orang Melayu terutama dari PAS suka bawa bendera DAP dengan bangganya. Mungkin DAP sudah islamik kerana tarbiyah dari PAS.

Bagus kalau ramai intelektual Melayu muda masuk DAP kerana DAP sangat-sangat memerlukan kader pemimpin muda intelektual Melayu untuk prestij imej parti. Sudah tentu Lim Kit Siang akan meletakkan intelektual muda Melayu ini mudah bertanding dalam PRU 13 baik ahli parlimen dan ADUN.

DAP juga mahu kerusi MB. DAP tidak boleh bergantung kepada PKR dan PAS. Kenapa tidak DAP letak calon Melayu dari DAP sendiri senang bila menang boleh jadi MB atau Ketua Menteri.

WZWH akui kalau dalam UMNO lambat intelektual muda Melayu nak naik kerana hierarki, senioriti dan  skil politik lain yang mesti dimiliki. Bagus juga intelektual muda Melayu ramai dalam kepimpinan DAP ini untuk seimbangkan komposisi kaum dalam DAP.

Mari kita lihat tokoh-tokoh Melayu dalam DAP.

Tunku Abdul Aziz b. Tunku Ibrahim, Naib Pengerusi DAP Malaysia, tokoh intelektual Melayu, tokoh korporat, tokoh global dan tokoh NGO.

YM. Tengku Zulpuri Shah b. Raja Puji, Timbalan Pengerusi DAP Pahang, anak mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ahli Majlis Perbandaran  Selayang, jurutera.

Zairil Khir Johari, Tokoh DAP muda Pulau Pinang, anak pemimpin UMNO yang banyak berjasa kepada UMNO Kedah dan Malaysia. Bakal Ketua Menteri Pulau Pinang akan datang selepas Lim Guan Eng.

Ini secara gambaran  ringkas WZWH mahu ceritakan mengenai trend pemimpin DAP dari intelektual muda Melayu. Dalam politik serba kemungkinan mungkin akan datang UMNO akan bergabung pula dengan DAP. Siapa tahu?

Tuesday, January 25, 2011

BN Dan PRU 13: Ramalan WZWH


BN dijangka menang PRU 13 dengan majoriti yang lebih besar. Pengundi akan mengundi BN kembali selepas mencuba pembangkang pada PRU 12. Rakyat Malaysia sudah belajar jika kerajaan yang sedang memerintah tidak dapat 2/3 majoriti susah untuk kerajaan lebih laju melakukan perubahan dan kemajuan kerana terlalu banyak "politiking" tidak mendatangkan hasil.

Rakyat Malaysia sudah eksperimen pilihan mereka bila mencuba PR pada tahun 2008, ramai mahu memilih BN pada PRU akan datang.

BN akan mendapat kembali majoriti 2/3 apatah lagi DS Najib mahu memenangi kemenangan PRU pertamanya. Rakyat Malaysia akan beri mandat kepada beliau.

PRU 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana masih ada masa sehingga Mac 2013.

Bagaimana dengan pembangkang? Pada PRU 13 nanti PR akan menghadapi kesukaran mempertahankan Kelantan dan Pulau Pinang dan akan tewas di Kedah, Perak dan Selangor. Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak tetap menjadi simpanan tetap BN yang merupakan 45% dari 222 kerusi parlimen.

BN akan memenangi lebih kerusi parlimen dan peratus tinggi undi popular. PR akan beramuk sesama sendiri merebut kerusi.

Isu-isu PRU akan menyentuh kepentingan umum lebih dari ras dan agama. Kualiti tadbir urus negara menjadi pilihan rakyat. Pilihan antara BN dan PR berkisar kepada sistem penyampaian, prospek pertumbuhan, dan kesejahteraan awam.

Majoriti rakyat marhain dan teknokrat mahu melihat Malaysia yang makmur, maju, aman, stabil dan boleh memberi pulangan kehidupan kepada mereka dengan lebih baik. Kerajaan BN lebih diyakini oleh majoriti rakyat jelata.

WZWH ambil komen dari seorang pembaca...

Originally I supported PR but now changing my mind. After winning 5 states PR should focus on adminnistering these states but instead they play too much politics, project 916, just blaming BN for shortcomings, ban alcohol in Selangor...are among others upset many... 

BN will win big in 13GE because: 

1. Unlike 12GE, Dr M is supporting Najib. 
2. Najib is much more pragmatic. 
3. Anwar is slowing down. 
4. BN is more united now 
5. Hindraf movement is over. 
6. Maika issue is settled. 
7. BN components leaders are effective in getting issue resolved. 
8. Chinese who are biz minded supports ETP 
9. 1 Malaysia concept is getting popular. 
10. Many others...

Sunday, January 23, 2011

Nik Aziz Jalan Kampung Rosak 7 Tahun Tidak Selesai , Wan Amizan Jalan Ulu Tembeling 54 Tahun Boleh Selesai


"Ambo takdo maso nok bela jalan...ambo sibuk ceramah dengan DAP sebab Nuar tak kecek politik dah!"

WZWH rasa pelik bagaimana TG Nik Aziz MB Kelantan tidak boleh selesai jalan kampung rosak di dalam kawasan DUN sendiri. Apa guna wakil rakyat berjawatan MB tetapi tidak boleh membantu keperluan orang kampung dalam kawasan.

Penduduk di lima buah kampung di Kota Bharu, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak ADUN Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian. 

"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap... apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak.

NIk Aziz perlu belajar dari Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Jerantut, Pahang boleh juga menyelesaikan kalau tidak sepenuhnya pembinaan projek jalan Ulu Tembeling dari Kuala Tahan ke kampung Mat Daling. Sekurang-kurangnya pembinaan projek jalan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi sedang rancak berjalan.

Ini jalan, baru jalan kampung rosak untuk kemudahan lima buah kampung yang dihuni penduduk seramai 5000 orang dalam DUN Cempaka berwakilrakyatkan MB TG Nik Aziz pun tidak boleh selesai. Islam suruh kerajaan yang memerintah memudahkan, menyelesaikan dan membereskan hal keperluan rakyat dulu.

Sebab itu apa yang DS Najib laungkan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" itu lebih Islamik untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Nik Aziz hanya pandai cakap Islam tetapi tidak mempraktikkannya.

Hakikatnya BN boleh mendedahkan kegagalan kerajaan PAS Kelantan membangunkan negeri walaupun diberi peluang selama 20 tahun memerintah Kelantan.

Pendedahan perlu dibuat pada kempen PRK DUN Tenang bagi memastikan rakyat di kawasan itu tidak terpengaruh dengan dakyah yang ditabur parti itu.

Antara perkara yang boleh didedahkan ialah isu air, jalan, perparitan, banjir dan kepincangan dalam perlaksanaan projek ladang rakyat yang menjadi kebanggaan PAS di Kelantan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...