Sunday, January 9, 2011

Bagaimana Najib Menilai Ahli Parlimen Selama 5 Minit?

PM Datuk Seri Najib Razak (white top) in his face-to-face session with BN MPs today in Kuala Lumpur, this time with Sarawak MPs. — Bernama pic

Najib tanya,"boleh menang?
Ahli parlimen: Boleh bos, penukul (pengeras) kena banyak. Semua ok, rakyat suka bos!

Najib buat benda pelik. Takda PM buat macam ni sebelum Najib. Dulu Mahathir ada la panggil semua perwakilan minta pendirian pasal Ku Li mahu lawan.

Bila Najib suruh 137 ahli parlimen (3 ahli parlimen satu kumpulan) memuji diri mereka sendiri sudah tentu ramai ahli parlimen malu-malu. Ada ahli parlimen yang tidak suka cerita apa benda baik mereka buat, ada yang merendah diri dan ada yang jual pungkar (bohong).

Ahli parlimen adalah "political animal" tentu mereka ada jawapan yang membolehkan mereka boleh bertanding sepenggal lagi pada PRU 13 nanti.

Bila di depan mata ada PM dan S/U Agung BN dan 2 orang rakan parlimen di sebelah sudah tentu ahli parlimen tidak mahu cerita benar malah 2 rakan parlimen lagi akan cerita lebih hebat lagi.

Maka Najib akan tahu ahli parlimen yang kuat pungkar akan dibuang. Kerja ahli parlimen cukup mudah: rajin datang sesi parlimen, ambil bahagian bincang, cadang , debat dan luluskan undang-undang, akta dsb. Kerja-kerja pembangunan kawasan diambilalih oleh 3 atau 4 ADUN di kawasannya. Pegawai kerajaan seperti DO, ADO, Ketua Jabatan , penghulu dibantu ketua kampung implement kerja. Cuma kalau ahli parlimen itu rajin buat surat atau panjangkan surat kepada kementerian yang berkaitan atau terus kepada PM sendiri.

Masalahnya budaya ahli politik kita suka memanjakan rakyat terutama orang Melayu. Bukan kerja ahli parlimen mahu jaga orang kawasan macam jaga "welfare". Orang Melayu suka mengambil kesempatan ini tidak seperti bangsa lain. Jika tidak buat orang cakap ahli parlimen "tidak perform"!

Soal pembangunan adakah PM tidak tahu contoh di Jerantut ada projek-projek infrastruktur seperti jalan yang rakyat sangat dambakan terutama di pedalaman Ulu Tembeling. Ada projek jalan yang terbengkalai seperti projek jalan Jerantut -Benta yang rakyat harapkan.

Tidakkah UPEN dan EPU serta JKR sudah maklum kepada JPM? Jika tidak buat projek ini bagaimana rakyat boleh gembira. Jika kerajaan sibuk dengan projek-projek mega di bandar bagaimana kerajaan boleh terlepas pandang apa yang perlu di luar bandar.

Dari 137 ahli parlimen yang ditanya, berapa ramai yang berani dan jujur berkata, "saya akan kalah jika bertanding PRU 13, tolong bos cari peganti saya!" Sudah tentu majoriti akan kata," semua ok bos, jika kita boleh buat projek jalan ini, kita kena jaga kontraktor kelas F- itu semua orang kuat UMNO, jika saya masih lagi calon ahli parlimen".

Kemungkinan Najib akan menilai untuk menggugurkan siapa yang beri jawapan yang terlalu simple. Tapi ada juga ahli parlimen yang rajin buat kerja tetapi memang jenis tidak banyak cakap dan tidak pandai cakap.

Mungkin ahli parlimen yang selalu dikritik dikawasannya perlu dikekalkan kerana mungkin bagus kerjanya tetapi musuh tidak suka.

Najib juga perlu melihat penilaian dari sumber pihak ketiga yang rapat dengan kawasan. Adalah satu cara yang baik juga jika Najib berjumpa dengan 3 atau 4 ADUN di kawasan parlimen. Minta ADUN beri penilaian. Mungkin jawapan prestasi ahli parlimen dapat dinilai secara objektif.

Pandangan 197 Ketua UMNO bahagian juga perlu diambil kira dalam menilai prestasi ahli parlimen. Najib perlu juga mengadakan perjumpaan dengan 197 Ketua Bahagian UMNO.

Perjumpaan PM dengan ahli parlimen adalah "Public Relation Exercise" yang baik. Satu transformasi politik PM mahu dengar sendiri pandangan ahli parlimen secara personal tentang status pembangunan di kawasan dan apa masalah.

Rakyat melihat Najib PM serious buat kerja bukan macam pembangkang yang suka sensasi benda-benda remeh temeh mengalih isu kepada rakyat kerana pembangkang "tidak perform".

Rakyat patut beri pujian kepada Najib kerana mahu meluangkan masa berjumpa ahli parlimen. Ahli parlimen mungkin pungkar, mungkin tiup serunai masing-masing dan beri laporan tidak tepat apa yang realiti berlaku dalam kawasan serta prestasi mereka.

Najib lebih tahu. Beliau sebagai PM ada fail prestasi semua ahli parlimen BN.

7 comments:

Unknown said...

ITU SUDAH PASTI WZWH ...

KEBANYAKKANNYA ADALAH TUKANG 'AIR CONDITIONING' DI DEPAN PM (TUKAR NAMA ... TAK PAKAI TUKANG KIPAS LAGI DAH!).

YES MAN, HALF YES MAN, HALF BAKED YES MAN, SUPERMAN, ULTRAMAN, AUTAMAN PAKAT PAKAT BERKATA KAWASAN DAN BAHAGIAN MEREKA MANTAP!

WALHAL TAK PERNAH TURUN PADANG PUN ...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Tuan GWM bloger nasional tersohor,
Terima kasih sudi singgah di blog picisan WZWH beri pandangan.

chenerong ular said...

DSN PM kita dah ada pengalaman dah pasal orang orang kiri kakan yang yes men ini, tak kan tak serik serik dsan tak ingat pengalaman pru yang lalu, dia sendiri cemas cemas terlentang, menang cuma dengan majoriti 2oo lebih undi sahaja. ini semua jika tanya kepada orang kanan, orang kiri semua kata beyees boss, kita pun tido lena, apa nakk kata, nasib baik tak kena sakit jantung masa tu, lau tidak tak sempat jadi pm.

Anonymous said...

POSTING NI AKAN2 POSTING DATO SAKMONGKOL CUMA DIUBAH SIKIT DAN POSTING SAKMONGKOL DALAM BI. cIPLAK KE?`1Q

Anonymous said...

kahkahkah, kehkehkeh,kuhkuhkuh, kohkohkoh, kemut jgn tak kemut, hehe

Anonymous said...

haha...inilah blogger ciplak, ada tu bogger CnP, adu tu langsung blogger pemandu jalan, mcm2 ada

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Bagaimana Najib Menilai Ahli Parlimen Selama 5 Minit?

Itu belum pun lagi YAB DSN selaku pengerusi BN bertanyakan adakah RMKe 10 dan bila bermula ada dalam perancangan. Apakah rumusan dalam bentuk 10 idea utama, lima teras sttrategik, apa intipati RMKe10, tumpuan kepada 12 NKEA telah dibuat perancangan betul. Banir percaya kalau soalan ini dituntut diberikan jawapan sebagai pendanda aras untuk dicalunkan semula dalam PRU ke 13, kebanyakan AP “zero”.

Pang5 Banir. Belajarlah dari pengundi2 dalam kawasan jangan jadikan mereka musuh.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024