Wednesday, January 5, 2011

Bekalan Minyak Masak Terjamin Jangan Panik!

Pembelian panik mencetuskan kekalutan kepada pengguna. Malaysia bukan negara Afrika atau Amerika Selatan. Malaysia pengeluar minyak kelapa sawit utama dunia.

Blog SPU baca sini dan blog Parlimen 81 sila baca sini membicarakan Jerantut tiada minyak masak dan BN begitu sinonim sekali unggapan barang naik. WZWH tidak pelik dengan harga minyak RON97 yang naik 10 sen kerana pelarasan harga pasaran dunia tapi kekurangan bekalan minyak masak bila mana Malaysia adalah pengeluar utama minyak kelapa sawit dunia itu janggal.

Kebiasaannya kerajaan membekalkan minyak masak kira-kira 70,323 tan metrik setiap bulan. Bekalan kira-kira 84,000 tan metrik akan sampai ke seluruh negara pada minggu hadapan. Bekalan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu merupakan sebahagian daripada bekalan bagi bulan depan sebagai persediaan menghadapi perayaan.

Kerajaan akan meningkatkan bekalan minyak masak sebanyak 20 peratus atau kira-kira 14,000 tan metrik pada bulan ini sahaja bagi menghadapi persediaan menyambut Tahun Baru Cina. 

Orang ramai dinasihatkan supaya jangan melakukan belian panik kerana bekalan adalah amat mencukupi malah mungkin berlebihan sehingga “boleh dimandikan dengan minyak di rumah.” 

Kementerian sedang menyiasat empat syarikat membungkus semula yang disyaki cuba menjual minyak masak keluar negara berikutan harga minyak dunia yang sedang melambung tinggi. 

Di China sahaja harga minyak masak adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada harga minyak masak tempatan iaitu kira-kira RM34 bagi setiap lima kilogram. 

Kerajaan memperuntukkan subsidi yang begitu besar sekitar RM1.7 bilion bagi minyak masak sahaja. Sebarang ketirisan dan penyelewengan dianggap sebagai pengkhianat negara.

Kementerian dengan 1,900 kakitangan penguat kuasanya akan memantau pergerakan syarikat membungkus semula ini dengan teliti dan tiada kompromi ke atas sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh mereka. Lesen mereka akan dibatalkan dan kuota mereka akan dihentikan.

Kementerian turut meminta kerjasama orang ramai memberikan maklumat kepada pihak penguat kuasa jika terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh kira-kira 221 syarikat membungkus semula yang ada.

2 comments:

oRang kAmpong said...

Wan kawan rasa sampai dah masa kementerian berkenaan mengubah cara pembagian subsidi minyak masak.klu skarang ni subsidi di bagi kpd pembungkus dan pengilang,tiap2 bulan pembungkus dan pengilang akan menerima cek dr gormen mengikut kota subsidi yg di berikan kpd mereka yg mengikut berapa nisbah kenaikan harga minyak sawit mentah di pasaran dengan harga siling minyak sawit mentah yg telah di tentukan olih kerajaan.kita biarkan harga minyak masak ditentukan olih pasaran bebas pastu baru kerajaan rakyat sendiri yg tuntut dr kerajaan.jumlah pampasan tetap sama dan kemungkinan ketirisan dan kehilangan minyak di pasaran payah berlaku,xada sape yg nak seludup lg bab harga pasaran sudah sama ngan negara luar.soal bagaimana mekanismanya korang pikirlah.satu lg wan mungkin blh mengajar rakyat berjimat dan rasa terimakasih rakyat pd kerajaan bla dierong gii tuntut blk harga minyak masak yg terpaksa ditanggong olih kerajaan.bab byk lg org hak xpandai mengira terutama puak2 sebelah sana.buah kelapa sawit nak mahal minyak masak nak murah.kompomlah obama pon xleh buat wan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Orang Kampung,
WZWH setuju dengan Orang Kampung.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024