Sunday, January 16, 2011

Kolokium Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO Pahang

DSD Adnan Bin Yaakob MB Pahang.

Hari ini WZWH menghadiri kolokium (mini konvensyen) pemimpin-pemimpin sayap UMNO Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah.

Majlis ini anjuran Yayasan Pembangunan Insan Malaysia (YPI) dan UMNO Pahang. YPI telah ditubuhkan oleh DS Najib pada Julai 2009 kesinambungan dari Yayasan Islam Hadhari.

YPI menyediakan 3 program iaitu Program Asas, Program Lanjutan, dan Program Khas. Antara 10 modul pembinaan perwatakan berlandaskan ajaran Islam:

  • Bangun Runtuhnya Tamadun Dan Empayar Besar
  • Survival Menuju Kemerdekaan
  • Realiti Umat Melayu Islam Masa Kini
  • Jalan Menuju Ke Syurga
  • Tugas Kritikal Bagi Pembangunan Umat Melayu
  • Pengorbanan Sebagai Prasyarat Untuk Mencapai Kejayaan
  • Pengakhiran Hayat Sebagai Sumber Perubahan Diri Dan Masyarakat
  • Penghalang-penghalang Dalam Mencapai Kecemerlangan Bagi Umat Melayu
  • Kemuliaan Pemimpin Terulung
  • Solat Berkualiti Sebagai Prasyarat Untuk Mendapat Keredhaan Allah
Program bermula dengan Seminar 1 Tajuk:"Survival Menuju Kemerdekaan" oleh YBhg. Kapt. (B) Dr. Shamsuddin bin Hj Moner, Pengurus Besar Operasi YADIM.

Ucapan Perasmian oleh MB Pahang. Antara intipati ucapan ialah orang Melayu perlu ada kesedaran untuk kekal berkuasa di Malaysia dan mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam. UMNO bukan saja perlu menjaga kepentingan orang Melayu tetapi mengambilkira juga kepentingan kaum-kaum lain di Malaysia.

Pemimpin-pemimpin muda UMNO mesti berfikir apa yang baik untuk masyarakat, menolong masyarakat, disamping mencari rezeki untuk diri sendiri. MB akan tolong apa yang mampu. Bawalah hal-hal masyarakat lebih dari hal peribadi. Ingatan kepada wakil rakyat dan AJK UMNO Bahagian.

Seminar 2 Tajuk: "Realiti Umat Melayu Islam Masa Kini" oleh Ybg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Malaysia.

Seminar 3 Tajuk: "Bangun Runtuhnya Tamadun Dan Empayar Besar" oleh Ybg. Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Kasim Ketua Penolong Pengarah Pusat Ekonomi & Kewangan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia.

Dan Ucapan penutup oleh Ybhg Dato' Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Tahun 2011 satu permulaan yang baik bagi pemimpin-pemimpin sayap UMNO: Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bergerak memperjuangkan dasar perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan tanahair semoga berada di landasan jalan yang lurus dan di redai dan diberkati Allah.

Hanya UMNO  tinggal terbukti dalam sejarah dunia moden untuk memperkasakan syiar Islam secara cekap dan berkesan di dunia ini sebab itu Allah beri kuasa kepada UMNO kerana Allah lebih tahu hamba makhlok UMNO ini.

WZWH akan kembali lagi ke Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah pada 30 Januari 2011 untuk Majlis Konvensyen BN Pahang yang akan dirasmikan oleh DS Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.

6 comments:

Anonymous said...

Salam.Benarkah UMNO membela umat melayu? apa yang kita lihat sekarang pemimpin UMNO hanya membela poket mereka sahaja.Itu kenyataan yang sesiapa pun tidak boleh nafikan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9:16,
Ianya fakta universal diakui oleh ahli akademik, sosial saintis benar UMNO membela umat Melayu. Membela poket adalah sifat firah manusia dari zaman dulu sampai sekarang. Kalau pemimpin nak membela pengikut, membela masyarakat, membela oraganisasi mesti bela poket tapi kena mengikut lunas-lunas yang diredai dan diberkati oleh Allah, mengikut peraturan undang-undang berniaga negara selagi tidak memudaratkan kepada masyarakat. Yang Islam lagi suka bela poket banyak-banyak dan dermakan harta kepada masyarakat banyak-banyak. Contoh mudah kalau anon seorang bapa bagaimana nak menanggung anak isteri, anak-anak, keluarga, sahabat-sahabat dan masyarakat kalau tidak bela poket. Islam pun suruh bela poket tetapi mengikut fekah, syariah dan sunnah selagi mengikut jalan yang lurus.

chenerong ular said...

Salam tuan, saya akaui di atas kertas memang cantik umno ini, dari segi perlambagaan, susun atur gerakkerjanya untuk apa umno di tubuhkan?, flasapahnya berbunyi amat merdu, tujuan nya amat elok, UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Tetapi yang menghancurkan umno dan hapraknya ialah segelintir pemimpin pemimpin umno itu sendiri, kita akaui ada segelintir pemimpin umno yang benar benar berjuang, tapi sayang, yang ramai memperjuangkan untuk kepentingan peribadi sahaja.

Kita tidak dapat nafikan, untuk menyuap habuan kemulut penyokong penyokong pemimpin yang gila duit ini memerlukan rm yang banyak, tapi buat lah kekakyaan berpada pada, jangan nampak sangat, kitta mencuri duit rakyat, kerana setahun dua dahulu kita tak mewah tetapi sskarang kita terlebih mewah, apa ke jadahnya ini?

Anonymous said...

salam,
CD saban hari nampaknya semakin parah.hanya nampak yang negatif.yang positif tolak ke tepi.pemimpin zaman kehebatan islam dahulu yang sempat melihat wajah nabi pun masih buat perkara yang tak elok. apa yang penting sebagai manusia dia tetap ada rasa kepentingan diri untuk jaga kepentingan pengikut dan rakyatnya. yang lebih penting lagi dia masih menjaga kepentingan rakyat dan negara.sikit sikit tak elok tu biasa la. kalau CD pun jadi pemimpin besar pun belum tentu jadi pemimpin yang sempurna entah-entah lebih teruk lagi daripada pemimpin yang dikutuknya hari ini.pemimpin pakatan pembangkang yang ada hari ini pun masih punya cacat celanya.zaman keagungan islam dulu ada pemimpin yang zalim tapi apabila hendak diperangi pemimpin tersebut,para ulamak melarang kerana dia masih mengamalkan solat lima waktu.jadi siapa CD yang senang-senang hendak menghukum orang lain.

MATNYERWEH: kenal harimau pada ngaumannya,kenal anjing pasa salakannya,kenal manikam pada jauharinya,dan kenal abu jahal pada kata maki hamunnya!!!!!!!!!

chenerong ular said...

Salam saudara anon 7:25, baca dan hayati betul2 komen saya, saya cuma mengatakan cuma segelintir, saya ulangi lagi cuma segelintir PEMIMPIN,dan saya ada juga mengatakan kan tak salah jika kita hendak menjaga penyokon penyokong kita agar jangan lari dari menyokong kita, penyokong yang jenis meminta meminta ni lah, baut lah duit, tapi biarlah berpada pada. kerana kita sembahayang lima waktu itu lah saya mengingatkan, bahawa segala kerja kita hendaklah kerana ALLAH S.W.T. bukan kerana kepentingan peribadi dan juga kepentingan penyokong penyokong kita, ada lebih duit bagi pasa penyokong penyokong yang tak pandai menacari makan sendiri ini.

Anonymous said...

salam...
konvensyen umno pahang 2011

silalah ke http://fnkhomestay.wordpress.com/ untuk penginapan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024