Sunday, January 23, 2011

Nik Aziz Jalan Kampung Rosak 7 Tahun Tidak Selesai , Wan Amizan Jalan Ulu Tembeling 54 Tahun Boleh Selesai


"Ambo takdo maso nok bela jalan...ambo sibuk ceramah dengan DAP sebab Nuar tak kecek politik dah!"

WZWH rasa pelik bagaimana TG Nik Aziz MB Kelantan tidak boleh selesai jalan kampung rosak di dalam kawasan DUN sendiri. Apa guna wakil rakyat berjawatan MB tetapi tidak boleh membantu keperluan orang kampung dalam kawasan.

Penduduk di lima buah kampung di Kota Bharu, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak ADUN Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian. 

"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap... apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak.

NIk Aziz perlu belajar dari Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Jerantut, Pahang boleh juga menyelesaikan kalau tidak sepenuhnya pembinaan projek jalan Ulu Tembeling dari Kuala Tahan ke kampung Mat Daling. Sekurang-kurangnya pembinaan projek jalan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi sedang rancak berjalan.

Ini jalan, baru jalan kampung rosak untuk kemudahan lima buah kampung yang dihuni penduduk seramai 5000 orang dalam DUN Cempaka berwakilrakyatkan MB TG Nik Aziz pun tidak boleh selesai. Islam suruh kerajaan yang memerintah memudahkan, menyelesaikan dan membereskan hal keperluan rakyat dulu.

Sebab itu apa yang DS Najib laungkan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" itu lebih Islamik untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Nik Aziz hanya pandai cakap Islam tetapi tidak mempraktikkannya.

Hakikatnya BN boleh mendedahkan kegagalan kerajaan PAS Kelantan membangunkan negeri walaupun diberi peluang selama 20 tahun memerintah Kelantan.

Pendedahan perlu dibuat pada kempen PRK DUN Tenang bagi memastikan rakyat di kawasan itu tidak terpengaruh dengan dakyah yang ditabur parti itu.

Antara perkara yang boleh didedahkan ialah isu air, jalan, perparitan, banjir dan kepincangan dalam perlaksanaan projek ladang rakyat yang menjadi kebanggaan PAS di Kelantan.

17 comments:

Anonymous said...

betul ker jalan di hulu sudah selesai?

betul ker jalan 54 tahun di hulu dapat diselesaikan oleh dato wan amizan?

manakala nik aziz ,jalan 7 tahun tidak boleh selesai?

nak tanya wzwh, mengapa jalan kuala tahan - kg pagi baru ini dapat diselesaikan selepas 54 tahun. mengapa tunggu sampai 54 tahun.

oleh itu, nik aziz tunggu 54 tahun juga mcm UBN buat baru nak diselesaikan.....

Jalan di DUN MB tu, baru 7 tahun, ada lagi 47 tahun baki....

jadi.......fikirlah wahai wzwh
jadi apa bezanya. nik aziz dan wan mizan.

Anonymous said...

skali x pakai otak da,main komen jek dgn hati hasad..pukilahh

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11.32,
Itulah kelebihan Wan Amizan boleh meyakinkan PM,JPM dan MOF bahawa jalan Ulu Tembeling perlu dibuat. Selama ini follow up tiada dibuat dan tiada kesungguhan ahli politik Jerantut. NIk Aziz tu MB mesti ada besar bezanya. Kalau Wan Amizan MB, DUN Tahan lebih hebat dari Pulau Langkawi. Bayangkan apa peasaan 5000 penduduk lima kampung dalam DUN Cempaka yang MB sendiri tidak boleh selesai. Agak ceramah saja boleh membaik pulih jalan itu. Kepuasan pengundi di DUN Cempaka kawasan TG Nik Aziz perlu diselesaikan. Ini menunjukkan TG Nik Aziz MB Kelantan yang tidak perform prestasinya. Inikah ciri-ciri pemimpin parti Islam?

Anonymous said...

Wahaha.Lawak di tahun baru.54 tahun jalan tak boleh siap kalau nak dibanding jalan yg dah siap tapi tak repair lagi 7 tahun jauh bezanya,la bodoh...Tak payah nak bodek suruh pangkah Ameno la..Orang semua dah tau la taktik busuk Ameno dari dulu lagi..

Anonymous said...

salam,
anon 11.59 sebenarnya tak layak menyertai apa-apa forum atau perdebatan kerana kepalanya tak berotak.kerjanya hanya tahu mencarut.sekarang baru saya perasan anon ini adalah orang yang sama dalam mana mana posting wzwh.kerja dia mencarut dari sampai sekarang.dari keluar perut emak dia sampailah ke dah nak mati sekarang. Tak percaya tunggu!sekejap lagi gerenti dia mencarut kat saya pulak.itu pun kalau dia tak tau malu.

Matnyerweh: apabila otak sudah tidak mampu menganalisa fakta maka mulut mulalah memainkan peranan menggantikan otak.maka peranan mulut tersebut tentulah carutan dan makian.

Anonymous said...

salam wzwh,

kesian saya tengok awak ni. parah betul..

Anonymous said...

ialah .... budget Rm120juta ....
buat jalan adalah dalam Rm60juta je eee.. Rm60juta masuk poket awak berdua ye dakkk wzwh dan wan amizan ... lepas ni jalan kualitit tak bagus boleh laaa awak ambil kontrek repair jalan pulak kaannnn ... tengok dah 54 tahun ulu tembeling tak de jalan aku baru dua tahun jadi adun dah dapat jalan kih kih kih .... bukan susah nak senangkan hati org kampung ni ... satu ko punya dua aku punya ... satu ko punya .. tiga aku punyaa kih kih kih

Anonymous said...

sy setuju wzwh!!!!bukan senang utk lakukan seperti yg adun tahan lakukan..hal masuk poket itu tuduhan,yg penting hasil tu nampak nyata..

Anonymous said...

jalan2 cari makan

Anonymous said...

salam..apa?..jln ke ulu tembeling dah siap?? masa bila??...bila siapnya??..tolong lah berpijak di bumi yg nyata ..cukup2 la tabur janji tu..tak baik mengata kat seorang tuan guru yg byk berjasa ..berdosa besar tau ..

Anonymous said...

kawan setuju memang puak2 umono ni kuat ngata orang dia ingat dia ahli syurga jadi2lah kutuk PAS taubatlah sebelum mati...nak politik jgn campur dgn hinaan dan makian.salam..

Anonymous said...

kawan setuju memang puak2 umono ni kuat ngata orang dia ingat dia ahli syurga jadi2lah kutuk PAS taubatlah sebelum mati...nak politik jgn campur dgn hinaan dan makian.salam..

Anonymous said...

SALAM. SAYA HARAP SEMUA YANG MENULIS DI SINI MEMPUNYAI TATA SUSILA....NAK KUTUK2 JANGAN SAMPAI MAKI HAMUN. PRO SIKIT...KALAU NAK MAKI CARUT MARI KITA LEPAK KAT KEDAI KOPI.

Anonymous said...

ORGHE UMNO BUKAN MENGUTUK TP MENASIHAT......ORGHE PAS NI MEME KIJO DIO DOH...MENGUTUK NIH..HAL UGAMO SEROH KO TG NIK..HOL NGUMPAT,MENGATA SEMUA AHLI2NYE....RENUNG2KAN

Anonymous said...

he he he ada yang tak sedar cakap org lain mengata .... tak sedar diri sendiri sedang mengata ... ha ha ha ha dunia-dunia .... org lain semua tak betul ... aku je yang betul ha ha ha haaa

Anonymous said...

projek jalan ke ulu tembeling ada 5 fasa je..

5 fasa tu cuma jalan dari kuala tahan ke kampung pagi sahaja..

takde pun jalan sampai kg. mat daling..

fasa 1 skrg tgh buat dari kualan tahan ke nusa camp je..

harap maklum..

tak payah la nak banding2 kan wan amizan dgn nik aziz.. buang masa je.. mcm langit dgn bumi...

Anonymous said...

PRU ke berapa plak agaknya fasa ke-5 ni siap.. 54 tahun + la lagi bartahum-tahun.. tak sempat la pakcik2 dan makcik2 nak naik kereta lalu jalan tu..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024