Saturday, January 1, 2011

Tahun 2011 Pilih BN


DS Najib sedang menconggak bulan 6 atau bulan 11 untuk buat PRU 13. Ini rumor yang bertiup. Pastinya BN akan membuat strategi terbaik bagi mendapat mandat daripada rakyat untuk mentadbir Malaysia.

Penasihat-penasihat DS Najib pula dikatakan menggesa beliau agar mengadakan pilihan raya umum seawal Jun 2011 ekoran kebimbangan bahawa ekonomi dunia kemungkinan perlahan, sehingga boleh memberi kesan ke atas ekonomi tempatan pada suku ketiga. 

Petunjuk ekonomi kampung cakap harga getah sekilo RM7 dan kelapa sawit RM800 setan ini cukup mengembirakan orang kampung. 75% daripada 222 kerusi parlimen terletak di luar bandar dan ada 40 kerusi parlimen dalam kawasan Felda.

DS Najib yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing.

BN akan terus mengguna jentera pemerintah sama ada akhbar atau media arus perdana miliknya untuk memomokkan dakwaan daripada PR. Perang psikologi ini akan berteruskan saban hari dan akan memuncak sehingga PRU13 nanti. Setiap hari akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3, TV7 dan Awani akan mencanang pelbagai cerita bertujuan memburukkan kredibiliti dan potensi PR.

PR juga sedar bahawa ia mempunyai idea ke hadapan bagi mentadbir negara tetapi sedar juga bahawa untuk mentadbir negara ia tidak lagi mempunyai pengalaman sewajarnya seperti BN. BN kaya pengalaman dalam hal ehwal mengurus negara.

Inilah satu kekurangan yang menonjol daripada PR. Pengalaman PR memerintah di empat buah negeri penuh dengan kesulitan sehingga tidak mungkin dapat memenuhi janji-janji muluk yang dibuat sebelum dapat memerintah dahulu, apatah lagi bantuan kewangan daripada pusat ke negeri-negeri berkenaan tidak berjalan begitu lancar. Kekurangan dana boleh menjejaskan perjalanan program untuk rakyat.

Bukan itu saja, malahan masalah dalaman PR yang berlaku atau selalu tersiar di akhbar dan perkara sebegini juga akan mempengaruhi persepsi rakyat dalam proses membuang undi pada PRU13 nanti.

Apakah rakyat dapat menerima dan masih boleh bersabar dengan kerenah PR yang memerintah di empat buah negeri itu. PR telah mengadakan beberapa konvensyen dan mengeluarkan dasar yang amat tidak realistik dan mengundang risiko undang-undang bagi menangani pentadbiran negara.

BN harus bekerja keras untuk mendapatkan jumlah kerusi Parlimen seperti pada tahun 2004 dulu iaitu 109 bagi UMNO, tidak seperti 79 kerusi buat ketika ini. Mendapatkan semula kerusi sebanyak itu bukanlah satu usaha yang mudah dalam tempoh terdekat ini. Harus diingat jumlah pengundi muda semakin meningkat dan anak muda pun semakin boleh menerima konsep 1Malaysia yang diterapkan oleh DS Najib.

Pertandingan akhir AFF Suzuki Cup leg pertama di Kuala Lumpur antara timnas Malaysia dan Indonesia menyaksikan hampir 100,000 anak-anak muda amat bersemangat mengibar bendera Malaysia dan semangat 1Malaysia menyebabkan timnas Malaysia berjaya menumbangkan Indonesia 3-0.

Parti rakannya seperti MCA, MIC, PPP dan Gerakan kini semakin merapatkan barisan. Bila UMNO kuat dan yakin maka parti-parti komponen pun ikut bersemangat.

Tampaknya PR sudah nampak goyah perpaduan dan ikatan yang rapuh, maka mudah BN akan dapat mengekalkan status quonya.

Memilih BN atau PR? Banyak negara di dunia telah mengalami pertukaran parti pemerintah dalam apa jua sistem ‘demokrasi’ kecuali segelintir saja yang masih menggekalkan parti sejak mereka merdeka seperti China, Singapura, Cuba dan Brunei.

Negara seperti Indonesia, Korea Selatan, Thailand, Sepanyol, Amerika Syarikat, New Zealand, United Kingdom dan banyak lagi di negara Amerika Latin mahupun di Eropah telah mengalami pertukaran parti untuk memerintah dari masa ke semasa.

Malaysia, tidak nampak pula akan menjadi sebuah negara terakhir untuk mengalami pertukaran parti, maknanya BN akan selama-lamanya memerintah Malaysia. 12 juta pengundi rakyat Malaysia masih tidak yakin lagi untuk menyerahkan Malaysia kepada PR.

3 comments:

Anonymous said...

Salam.Memang ramai rakyat yang masih menyokong UMNO.Cuma apa yang perlu sekarang UMNO perlulah mencalonkan pemimpin yang berkarisma.jangan ambil pemimpin yang macam gampang aje

spu said...

header blog kurang menarik kerana gambar yg diletakkan tidak sama size dgn ruangan header. gambar berkenaan harus di resize semula sebelum diletakkan diherder blog utk mendapatkan saiz yg terbaik iaitu sama besar dgn ruangan headernya. jika ada program picasa 3, boleh gunakan collage utk resize-kan gambar berkenaan - apapun ini adalah satu percubaan yg bagus bagi mrk yg baru berblog.

bontotay-am said...

Pahang ku said...
Salam tuan,
Blog Pahang-Ku adalah sebuah blog yang masih baru dibina dan terdapat banyak kekurangan disana sini, kami masih dalam proses penambahbaikan, kerana itu kita tidk dapat memuaskan hati semua pihak.

Banyak pihak yang meminta untuk dilinkkan blog mereka di Pahang-Ku, namun kami yang berkhidmat 'tanpa tanpa ganjaran ini' tidak mempunyai cukup masa untuk lakukan segalanya, kerana itu lah banyak yang masih belum kami lakukan. Bagaimanapun segala yang memohon link itu masih dalam ingatan kami.

Sukacita dimaklumkan juga bahawa blog Pahang-ku tidak ada kaitan dengan sesiapa dan mana-mana organisasi, Pahang-ku adalah kumpulan bebas penyokong kerajaan.

Mengenai dakwaan blog WZWH dibuang dari link adalah tidak benar sama sekali, sebenarnya kami hanya memindahkannya dari link2 Pahang ke link blog nasionalis. Harap tuan tidak membuat sebarang tuduhan melulu.

Terima kasih ~ PKu

December 31, 2010 11:32 AM
~ apsal tak jawab? hehe! mmg bingai

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024