Thursday, June 30, 2011

Kepimpinan UMNO Pahang Perlu "Bercakap" Dalam Media Baru


WZWH menulis posting ini istimewa buat kepimpinan UMNO Pahang terutama EXCO Pahang, Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN UMNO/BN Pahang. Perlunya kepimpinan UMNO Pahang berkomunikasi dalam media baru seperti blog, Facebook, Twitter dll menyatakan pandangan, idea tentang isu politik semasa penerangan kemajuan kawasan.

Politik moden hari ini tidak cukup dengan kepimpinan UMNO Pahang bercakap secara media tradisional setakat majlis-majlis rasmi, perjumpaan dengan pengundi di kawasan masing-masing. Kepimpinan UMNO Pahang perlu berkomunikasi dalam media baru sekurang-sekurangnya pengundi-pengundi muda yang majoritinya suka mengunakan media baru terutama dikawasan dapat memahami, mengenali wakil rakyat masing-masing. Yang paling elok pengundi-pengundi muda dapat berinteraksi dengan wakil rakyat.

Setengah EXCO dan Wakil Rakyat berfikir bahawa jika mereka "bercakap" dalam media baru memberi pandapat, pandangan, idea tentang apa-apa isu ditakuti tidak disukai oleh bos MB. Itu pemikiran dulu. Kalau setiap EXCO, ahli parlimen, ADUN, Ketua Bahagian UMNO berkomunikasi dalam media baru yang membolehkan pengundi-pengundi dikawasan masing-masing lebih tertarik kepada UMNO dan BN tentu MB lagi suka.

Semua kerja-kerja menerang, penjelasan, propaganda, psywar diserah kepada Ketua Penerangan. Adakah Penerangan UMNO baik di Bahagian dan negeri berjalan lancar seperti dikehendaki? Betul kerja-kerja media baru ini diserahkan kepada Pemuda UMNO, Puteri UMNO, UMB dan blogger-blogger yang dipilih. Namun persoalannya adakah golongan ini punya fakta dan maklumat yang berkesan untuk menerangkan kepada pengundi-pengundi. Siapa yang mahu "mengajar politik" kepada golongan ini?

Sudah tentu EXCO, ahli parlimen, ADUN dan Ketua Bahagian punya pengalaman, ilmu dan "wisdom" yang lebih bagi memberi penerangan. Betul UMNO dan BN memerintah Pusat dan majoriti negeri. Wakil rakyat kata kita buat kerja-kerja saja. Dalam keadaan parti pembangkang suka spin fakta dan beri hujah-hujah mengelirukan mahu tidak mahu kepimpinan UMNO Pahang perlu "bercakap" dalam media baru.

Hari ini kita melihat di bangunan parlimen sendiri ada ahli parlimen PKR sudah mencabar blogger mengenai sesuatu isu tertentu. Aneh kerana blogger sudah berperanan seperti "ahli parlimen". Blogger dianggap macam ahli parlimen sifatnya sedangkan blogger itu tidak berwajah. Bila ahli parlimen menyerang blogger itu bukti menunjukkan media baru berkesan.

Kepimpinan UMNO Pahang perlu berani berkomunikasi dalam media baru. Jangan hanya menyerah kepada DS Najib dan MB Pahang saja yang bercakap. Rakyat Pahang terutama pengundi-pengundi muda mahu mendengar pandangan intelektual ahli-ahli politik Pahang. Mereka mahu melihat apa kualiti, karisma, orator, hujah-hujah, retorik wakil rakyat-wakil rakyat mereka. Mereka mahu wakil-wakil rakyat berkomunikasi dengan mereka kalau tidak akan ada "generation gap" yang memisahkan antara kepimpinan UMNO Pahang dengan pengundi-pengundi muda.

Kepimpinan UMNO Pahang dari EXCO, ahli parlimen, ADUN dan Ketua UMNO Bahagian perlu membebaskan pemikiran politik mereka luahkanlah kepada rakyat Pahang terutama kepada pengundi muda. Ekspresskanlah apa dia harapan, cabaran dan halangan serta usaha kerja kepimpinan UMNO Pahang supaya rakyat Pahang dapat berkongsi semua itu.

Bukankah kepimpinan UMNO Pahang mahu menang PRU 13 dan mahu mempertahankan negeri Pahang dan mengalahkan Pakatan rakyat yang menyifatkan PRU 13 adalah "Battle Of The Century"!

Akhirnya PAS Berimamkan Tokoh Murtad Dan Tokoh Sex


60 tahun sejarah PAS. Dari Biro Agama UMNO bertukar menjadi parti politik Islam asalnya. Bermula kepimpinan ulama tradisi kepada kepimpinan ulama nasionalis kiri, kepimpinan nasionalis kanan dan kepimpinan ulama haraki.

Apa jawapan PAS terhadap pengikut-pengikutnya yang mempersoalkan keputusan PAS menggugurkan konsep Negara Islam dan diganti dengan Negara Kebajikan. Kepimpinan apa PAS sekarang?

Kepimpinan inilah yang telah berjaya mentalkinkan Negara Islam dan Hukum Hudud PAS kerana telah menjadi barua DAP.

PAS sudah keliru tidak tahu apa pegangannya lagi. Orang Islam dan orang Melayu lagi keliru.

PAS menyokong rally Bersih 2.0 yang dijuarai oleh Ambiga Sreenevasan seorang tokoh tersohor murtad dan anti Islam dan dimastermind oleh Anwar Ibrahim seorang tokoh politik yang moral sexnya diragui.

PAS mungkin kata perhimpunan haram Bersih 2.0 itu Islam tidak kira demo jalanan ini dipimpin oleh tokoh murtad dan tokoh sex.

Orang Islam dan Orang Melayu lagi keliru!

Apa sebenarnya pegangan PAS sekarang? Adakah hanya kepimpinan tertinggi PAS sudah menjadi lebih liberal dari Ambiga dan Anwar? Manakala kepimpinan pertengahan dan bawahan masih lagi konservatif atau tradisionalis serta nasionalis?

Adakah pengikut-pengikut PAS sanggup bersubahat melihat Malaysia huru hara akibat dari rally haram Bersih 2.0 yang menyalahi undang-undang negara?

Negara yang tidak aman akan menuju kekacauan, anarki, ketidakstabilan dan kezaliman. Umat Islam dan orang Melayu menjadi lemah kedudukan politik, sosial, ekonomi dan agamanya.

Sanggupkah penyokong-penyokong PAS mahu Malaysia menjadi negara Islam yang lemah akhirnya menyebabkan kita akan menjadi bebas seperti Islam di Indonesia, Islam di Selatan Thailand, Islam di Mindanao dan akhirnya jika PAS tidak dapat membendung fahaman pluralisme, Melayu Malaysia akan akhirnya menjadi seperti Melayu Filipina.

Apakah siasah jenis Islam apa yang PAS anuti sekarang sanggup "berimamkan" tokoh murtad dan tokoh sex?

Adakah PAS percaya kepada teori musuh kepada musuh kamu ialah kawan kamu?

Wednesday, June 29, 2011

Kerajaan Dan Rakyat Malaysia Perlu Saman Ambiga!


Ambiga Sreenevasan adalah dajal baru politik Malaysia yang dicipta oleh kuasa besar untuk membantu pemimpin peliwat memporakperanda politik, ekonomi dan sosial Malaysia.

Ambiga merasakan beliau secara tiba-tiba adalah tokoh demokrasi negara. Segala yang dibuat oleh bapa-bapa negara dan Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia adalah sia-sia dan tidak baik selama 54 tahun memimpin negara.

Hanya Bersih 2.0 kononnya Malaysia disahkan negara demokrasi dengan PRU yang bersih! Ambiga..."you really insult rakyat Malaysia intelligent! Bersih menggunakan demokrasi untuk membunuh demokrasi.

Bersih adalah kumpulan minoriti cuba melancarkan satu "mob" bila demokrasi gagal maka revolusi dan demo jalanan adalah penyelesaiannya.

Tidak cukup dengan itu imej negara mahu dicalar dengan menggambar kepada seluruh dunia bila serentak demo Bersih diadakan di ibukota seluruh dunia.

Bersih mahu dunia menyoal kecermelangan kestabilan politik Malaysia yang diurus dengan baik. Bersih mahu Malaysia diketawakan. Bersih mahu dunia memperlekehkan Perdana Menteri Malaysia dan YDP Agong.

Bersih juga mensabotaj ekonomi Malaysia. Pelancung luar negara bimbang mahu datang Malaysia. Betapa rugi persatuan pemandu pelancung dan hotel-hotel dan servis berkaitan.

Bersih juga akan merugikan ekonomi pemandu-pemandu teksi, penjaja-penjaja kecil, pekedai-pekedai, pengusaha restauran, dan ekonomi ibukota.

Bersih akan menyebabkan ketidakselesaan trafik bila jalanraya penuh sesak dan halangan sekatan polis untuk menghalang perhimpunan haram.

Ada kemungkinan kelab-kelab bolasepak EPL England seperti Arsenal, Chelsea, dan Liverpool akan membatalkan perlawanan persahabatan dengan pasukan bolasepak Malaysia pada bulan Julai ini jika sekiranya mereka merasakan Kuala Lumpur tidak selamat kepada pemain-pemain mereka yang bernilai beratus juta pound Sterling.

Bersih telah mengakibatkan lebih 2000 laporan polis telah dibuat oleh berbagai individu, pertubuhan, persatuan dan NGO Malaysia. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia bila banyak laporan polis menentang satu perhimpunan.

Ambiga secara sedar atau tidak telah membiarkan Bersih 2.0 digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk mengekalkan momentum rakyat menyokong pembangkang. Bersih digunakan untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan BN.

Pemimpin Pakatan Rakyat adalah "pondan-pondan politik" bila bersembunyi di belakang Ambiga!

Yang sangat WZWH risau bila perhimpunan haram Bersih 2.0 ini sekiranya berjaya diadakan jika tidak terkawal akan ada unsur-unsur khianat, sabotaj, provokasi melampau melibatkan beberapa parti yang boleh menyebabkan pertempuran, pertumpahan darah, kematian kepada peserta dan antara kaum-kaum serta kerosakan harta benda.

Jika Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar seluruh negara bermandi darah dengan rusuhan parti politik dan perkauman maka negara akan jadi kacau bilau memudahkan pengaruh asing datang campur tangan. Kita telah melihat campur tangan asing berlaku kepada banyak negara kini.

Maka dengan itu jika KDN tidak sanggup mengISAkan Ambiga, WZWH mahu Kerajaan dan Rakyat Malaysia perlu menyaman Ambiga penganjur rally haram BERSIH 2.0 kerana hanya peguam yang faham bahasa dan mesej undang-undang kononnya!

Kerajaan BN dan rakyat serta komuniti korporat Malaysia yang patriotik perlu jangan berurusan apa-apa baik politik, ekonomi, dan sosial dengan Ambiga Sreenevasan. Ambiga dan kelompoknya perlu disisihkan dari masyarakat. Tarik balik bintang darjah kebesaran kepada Ambiga. Kerajaan jangan teragak-agak untuk menarik taraf kerakyatan Ambiga.

Seorang rakyat Malaysia yang khianat perlu dinyahkan untuk menyelamat berjuta-juta rakyat Malaysia yang lain.

ADUN Damak Perlu Segera Selesaikan Jambatan Kecil Kg Lata Kasah Jerantut

MANA JANJIMU ?: Hanya sebegini saja kerosakan pada jambatan di Kg Lata Kasah Jerantut ini namun sudah sekian lama tanpa apa-apa langkah pembaikan? Kerajaan sudah tidak ingin membela rakyat? Mana janji dan mana YB? Mana juga pemimpin masyarakat setempat yang kononnya ikhlas berjuang?

Sejak akhir ini WZWH akui kurang menulis posting pasal Jerantut kerana asyik dengan isu nasional terutama rali BERSIH 2.0. WZWH perlu kembali berpijak dibumi apa lagi isu yang menyentuh orang tempatan Jerantut.

Isu posting ini pasal banjir lumpur dan keadaan sebuah jambatan kecil yang sangat uzur di Kg Lata Kasah Jerantut. Banjir lumpur adalah disebabkan faktor semulajadi namun orang kampung kata sebab kesan perlombongan.

WZWH tidak mahu bincang polemik banjir lumpur. WZWH berminat dengan isu jambatan sangat uzur. Mari kita lihat perbincangan Facebookers rakyat Jerantut mengenai isu tersebut seperti dibawah:

  • He he he, Kg Lata Kasah yg hanya 10KM dari Bandar Jerantut tetepi lebih kuno dari kg di Ulu Tembeling...apa perjuangan pemimpin selama ini?
  • Ya, hanya 10KM dari bandar, tp internet pn tk ada, hehe>>>>Melaysia..ku...kuku...
  • Tu yg kerajaan jawab....banjir berkenaan bukan kerana ban lombong di Kg Baru, tetapi hanya bencana alam biasa saja...sdg kan penduduk setempat lebih tahu mengenainya
  • Mereka2 ini perangainya macam tulah suka sangat berjanji. Masa nak pilihan raya semuanya muncul dengan janji2 dah pegang jawatan batang hidung tak nampak. Ini dah jadi budaya. Tak hairanlah kalau perkara ini berlaku. Saya masih inggat semasa saya kecil2 lagi. Perangainya tak berubah dan tak nak berubah langsong. Kalau kita memperkatakan sedemikian mereka cap kita membangkang mereka. Ini kenyataan bukan rekaan. Kadang kadang mereka2 ini katanya sibok sangat sebab itulah tak nak langsong menjengok kekampung. Tolonglah berubah sikap ya. Kalau tak jangan salahkan kalau kita tidak dipilih nanti.
  • Ni kwsn DUN Damak, Dato' Lau Lee. Khabarnya DAP dh dtg memberikan bantuan wang ringgit kepada sebahagian dari mrk yg terlibat dgn banjir lumpur tu, mereka dh masuk daun...BN mungkin masih tidur
  • Hek eleh, WMS...malas jwb cadangan awk tu psl dah tentu WZWH tk dapat buat apa2 pn sbb ini bkn DUN Tahan dn dia pn tk ada apa2 power...selain dari power root, hehehe...
WZWH lebih berminat dengan penyelesaian isu jambatan sangat uzur di Kg Lata Kasah Jerantut. Dari gambar ini yang ditag oleh sahabat blogger  kepada WZWH maka kita perhatikan perhubungan orang kampung hampir terputus kerana kereta dan lori kecil tidak boleh lalu hanya motosikal dan sangat membahayakan keselamatan orang kampung.

WZWH percaya YB Dato' Lau Lee, ADUN Damak sudah tentu sudah berbuat sesuatu. Penyelesaiannya mudah. Berdasarkan pengalaman WZWH di DUN Tahan. 3 tahun dulu jalan Kuala Tahan pernah terputus kerana bencana tanah runtuh lalu orang kampung terputus perhubungan dan makanan.  Apa yang ADUN Tahan buat meminta peruntukan khas kecemasan kepada kerajaan negeri. MB Pahang bersetuju memberi peruntukan RM3 juta. Maka selesai masalah jalan Kuala Tahan terputus itu.

ADUN Damak perlu cepat-cepat mengadap DSD Adnan Yaakob MB Pahang minta pertolongan dan peruntukan. WZWH percaya MB Pahang sangat prihatin kepada masalah orang kampung Kg Lata Kasah Jerantut.

Mengenai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir lumpur pun Kerajaan Negeri Pahang boleh menghulur sumbangan. WZWH berharap masalah ini boleh diatasi. UMNO masih boleh menolong orang kampung. Kerajaan BN masih ada boleh membantu.

Tuesday, June 28, 2011

Hikayat BERSIH 2.0 : "Where Democracy Fails, Revolution Is The Answer"


The Bersih 2.0 task is so simple to submit a memo to YDP Agong. But Bersih make it complicated to make a huge gigantic rally that really seriously costs much the nation! But Bersih insists in the name of "free election" and democracy!

The announcement by Bersih that they wish to hand over a Memo to the YDP Agong on July 9th is dishonest. Till today they have not made any attempt to even communicate with the Office of the YDP Agong. Isnt this strange? You say you want to hand over a Memo to the YDP Agong. But todate you have NOT even written to the YDP Agong asking for an appointment to hand over the Memo to him. Isnt that kurang ajar? 

It is obvious that they are merely abusing the YDP Agong’s good name for their political agenda. The Malaysian public is not that obtuse to be not able to see through this ruse.

They have made known to the whole world that they will be marching to the gates of the Istana to hand over a Memo. But they have not had even the slightest courtesy to petition the YDP Agong to seek an audience, even at his front gate. Ambiga is manifesting a riff raffness that seems to be written on her forehead.

Bersih’s fear is that the Agong may indeed agree to receive a Bersih delegation to meet him privately to hand over their Memo. That will be really quite disastrous for Bersih. The YDP Agong can really mess their plans to run mad in the streets. That is why they have no intention of asking the YDP Agong permission to meet him.

But so what? Bersih does not want to meet the YDP Agong. They just want to demonstrate in the streets. 

This is a mob!

It becomes the law of the jungle when riff raff and mobs seek to dictate to the majority that the majority should listen to the whims of the mob.

If the majority of the electorate in this democratic country get fed up with the incessant demand by a minority mob, that the laws of this country should be broken or bent to suit their whims and fancies, then indeed democracy has failed.

It is turning out to become the tyranny of the minority mobs against the majority. Democracy has failed. What you are asking for then is a revolution. If that is your wish, let me assure you that the majority will not shy away from heaping such a revolution on your head.

The country is heading towards chaos because of the gangsterism and the tyranny of the minority. If you don’t stop, a time will come when this will have to stop. Please be on notice.

The accusation that the entire electoral process in Malaysia is unclean and unfair is a malicious generalisation. Where is the proof that the whole electoral process in the country is not clean and fair?

Please note that almost 2000 Police Reports have been lodged against the Bersih rally by various people. Never before in the history of Malaysia have 2000 Police reports been lodged against any one single disruptive event.

Let us settle our differences through the Ballot Box. This country is a democracy. For 56 years UMNO and the BN have made sure that General Elections are held every five years like clockwork.

The Philosophy Of BERSIH 2.0 Are All To End The BN Government!

BERSIH 2.0 is the breeder of anarchists among politically ignorant young Malaysians.

It is an accepted fact that Malaysian Political Power is in the hands of the Malay Community, while Economic Power and Administrative cum Judicial Prowess is in the hands of the Non-Malay Community of Chinese & Indians respectively!

Each of the 3 major Malaysian communities had, from the first Dawn of Independent Nationhood, agreed happily to undertake complementing, compensating and gratifying roles to "grow" this new "Country" into a beautiful, Multi-Racial, Multi-Religious, Multi-Cultural, Prosperous and Peaceful United Nation!

This "Power Balance" had been harmoniously knitted by our Founding Fathers of Nationhood, led by our late loving Bapa Tunku and his Compatriot Community Leaders of Chinese, Indians and others in 1957.

The 3 "Power" Pillars of our "Nation-Building" and "National-Unity Nurturing" would have established a steadfast & solid Foundation that should have stood up successfully against and weathered all the stormy challenges and the test of time!

What happened and who broke the "sacred" promise made,amongst the 3 major communities?

Pakatan Rakyat through their latest technology called Bersih is the breaker!

Ambiga Sreenevasan the chairman of Bersih has claimed that the country elections since GE1 to GE12 are dishonest elections with many so called forms. Is really Ambiga the Joan of Arc of Malaysian truly democracy?

Here are the philosophy of BERSIH 2.0 regarding free election in Malaysia:

  • Thus, the electoral system contained built-in advantages for the Malay community. There was no realistic possibility of a non-bumiputra party’s or coalition’s “going it alone” and winning an election. The only way for Chinese and Indian politicians to participate in government was by allying themselves with Malays, inevitably as junior partners. In practice, only two types of government could emerge from elections: an all-Malay government or a Malay dominated coalition…”
  • “…Malaysia has institutionalised a semi-democratic political system. It does engage in elections, which provide for free choices, and the opposition has won seats. Yet the contest is not a fair one, given state dominance of the media, bias in government funding toward the incumbent BN, continuing electoral irregularities, and constituencies that are constructed to favour BN…”
  • “…We have demonstrated how the Barisan Nasional has managed to perpetuate its rule through various forms of electoral manipulation and administrative repressions. On one hand, its initial electoral strengths have been entrenched through control of franchise, alternation of international and administrative boundaries, malapportionment and gerrymandering of electoral constituencies, controlled electoral campaigns and polling irregularities. On the other hand, political opposition is disempowered with infringement of civil and political liberties, extensive patronage networks and abuse of federal apparatus to suppress intergovernmental competition. The opposition state governments are discriminated against and in some cases overthrown through direct federal intervention, while the local elections which the ruling coalition had largely failed to win were outright terminated since 1965…”
  • “…In Malaysia, elections are not fair since basic political rights and civil liberties are restricted. Limitations to press freedom and to the right to associate and assemble, malapportionment, gerrymandering, and the financial advantages of the ruling parties are testimony to the systematic violation of fairness principles…”
  • “..On average in eleven general elections in Malaysia, the opposition wins 45 percent of the votes, but due to the limits on the opposition within the electoral system, through gerrymandering, malapportionment and the impact of a first-past-the post system, and constraints on political organization for the opposition, holds less than 15 percent of the seats in parliament. In the 2004 election the BN won 63.4 percent of the popular vote, but won 91 percent of the overall seats…”
  • “…All mainstream media are directly controlled by either the government, such as Radio and Television Malaysia (RTM), or by companies that have a close link with the BN’s top leadership, such as Utusan Malaysia, New Straits Times, TV3, and Ntv7. Their relationships with leadership make them favourable to the ruling BN…”
  • “The Malaysian electoral system . . . [has been] so heavily loaded in favour of the government that it is hard to imagine that [it] . . . could be defeated in an election."
  • “…Further, these iterative electoral victories have extended some legitimating cover for the government's often sly legislation, habitual amendments to the constitution, manipulation of standing orders and question time, and elevation of loyalists to the largely ceremonial upper house. In sum, while the government can claim that Malaysia holds the longest unbroken record of elections in the region, it has not been established competitively. As Tun Razak noted in 1971: "So long as the form is preserved, the substance can be changed to suit conditions of a particular country…"
  • “…A further package of factors working in Umno’s favour included an electoral redistribution, changes to electoral laws, and a ‘cleansing’ of the electoral roll. An electoral redistribution carried out by the Election Commission (EC) added 26 seats to parliament, most in areas favourable to Umno in the south (Johor from 20 to 26, Selangor 17 to 22), and Sabah (20 to 25). The northern states of Kelantan, Terengganu and Kedah had no additions. Furthermore, several seats in Kedah won by PAS in 1999 were reorganised with a higher proportion of non-Malay voters, making a repeat PAS victory unlikely.
  • “…Traditionally, not issues but the ‘three Ms’ – media, money and machinery – are the key determinants of Malaysian elections. (It used to be the ‘four Ms’, before Mahathir retired.) The BN controls all television and radio stations, and all major newspapers, either through its control of government or party ownership. It uses this control to sell the virtues of the BN, and denigrate the opposition. An independent voice does exist in the form of the online newspaper Malaysiakini. Some opposition parties and NGOs also have their own publications on the internet and/or in hard copy. But such publications cannot reach a large audience.
  • “…The most controversial aspect of the 2004 election campaign was its management by the EC. The elections were the most disorganised and contested ever. In some cases this may simply have reflected incompetence, but EC activities frequently provided direct benefits to the BN, as they had in the revisions of electoral boundaries and membership of the electoral roll.
If we study of all the philosophy of Bersih 2.0 we can conclude that all arguments are following what Edward De Bono said "I am right, you are wrong". No water logic all are hard rock logic. People can say that the philosophy of Bersih 2.0 are all to end the BN Government.

Monday, June 27, 2011

LKS Mahu PR Tawan Pahang PRU 13!




Bumi Pahang akan bangkit kembali mempertahankan kod politik 1-4-8-16.

Lim Kit Siang (LKS)  telah memperlihatkan niat sebenar rally BERSIH 2.0 yang akan diadakan 2 minggu lagi bila mula cakap konfiden mahu PR tawan Pahang PRU 13.

Jarang kita dengar pemimpin DAP berkeyakinan bahawa Pahang boleh ditakluki. Dalam speech terbarunya, LKS kata PR mahu kekalkan 4 negeri, ambil balik Perak dan menawan 6 negeri lagi termasuk Pahang!

LKS kata PR boleh tawan Pahang? Over WZWH's dead body!

Apa yang buat LKS  begitu yakin? LKS nampak bahawa isu Lynas boleh meruntuhkan kubu BN Pahang. Sebab itu PR telah "psiko" persepsi rakyat Pahang supaya lebih percaya emosi dari fakta.

Peneroka-peneroka di Pahang dikatakan sudah berubah sikap. Saman Felda atas apa-apa isu boleh dapat wang. PAS dengan konsep negara kebajikan dapat menarik minat pengundi Melayu di bandar, luar bandar dan Felda kononnya.

LKS baca banyak kerusi yang dimenangi BN adalah dari majoriti kecil dari 500-1500. LKS baca 15 kerusi boleh dapat, ditambah 5 kerusi yang ada maka hanya 2 kerusi lagi diperlukan. Kesemua kerusi DUN Pahang berjumlah 42 kerusi maka PR perlu menang 22 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baru.

2 kawasan pengundi bercampur iaitu di N13 Semambu (majoriti 2136) dan N30 Mentakab (majoriti 2439) sangat mudah diratah oleh DAP dan PR kerana ramai pengundi Cina bandar. 

LKS sebenarnya ada asas untuk bercakap bahawa PR boleh menawan Pahang! DSD Adnan Yaakob MB Pahang perlu ambil serious ancaman LKS.

Adakah Pahang semudah itu boleh ditawan PR mengikut sasaran LKS? Ada satu "force" yang LKS tidak faham dan tahu bahawa selain UMNO yang merupakan kubu kuat Pahang ada dibelakangnya satu "drive" kekuatan akarumbi rakyat Pahang.

Kuasa politik ini telah beratus-ratus tahun tersemat di jiwa seluruh pelusuk Pahang. Untuk LKS dan PR mahu mengambil Pahang maka terpaksa berhadapan dengan "ancient political structured force".

Tentu orang politik yang belajar tidak kira dari mana universiti di dunia ini anggap ini hanyalah politik kuno dan penuh mistik. 

Ada satu kod politik yang akan bangkit. Ini kod rahsia Pahang. Disimpan beratus-ratus tahun  oleh pahlawan-pahlawan Pahang. Kod ini lebih menyerlah bila orang Pahang sendiri menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Adunan politik moden dan politik tradisional  Pahang akan buat satu semangat dibangkitkan dari kod politik ini. Rakyat Pahang tidak kira dari mana pelusuk negeri dan yang tinggal diluar akan bangkit mempertahan kod politik Pahang.

7 kuala sungai, 7 tanjung, 7 tanah keramat, 7 hutan, 7 gunung negeri Pahang, 7 keris Pahang, WZWH berseru kod politik 1-4-8-16 bangkitlah...kumpulkan segala anak cucu cicit...bangkitlah pembesar-pembesar Pahang...ingat pesan nenek moyang...PRU 13 adalah "Battle Of The Century"! 

Dengan berkat kalimah Allah, Muhammad Baginda Rasullullah...Selamatkan Negeri PahangKu.

Thus Spoke LKS After "The Success Of Pre-Bersih 2.0"....


Lim Kit Siang (LKS) is a supreme leader of DAP. Lim is a controversial figure for his strongly held views about Malaysian politics; some have labeled him and fellow DAP leader Karpal Singh as racial provocateurs.

In 2008, after winning 12th general election, LKS issued an instruction for all DAP representatives to stay away from the swearing-in ceremony for Perak Menteri Besar, claiming that there is no DAP CEC mandate for PAS Menteri Besar in Perak. This caused the Perak MB swearing-in ceremony to be cancelled and  only take place after LKS apologised and retracted his instruction. 

Indeed, LKS and Anwar Ibrahim are fond of the idea of "The Republic Of Malaysia". They believe that Agong and Sultan Raja-Raja Melayu do not fit their political purpose and aspirations. This Institution is a stumbling block for the march of Pakatan Rakyat.

Speech by DAP Parliamentary Leader and MP for Ipoh Timor Lim Kit Siang at the Teluk Intan DAP anniversary dinner held on Saturday, June 25, 2011.

Pakatan Rakyat has three targets for the states in the next general elections, viz:
  1. To retain the four Pakatan Rakyat states of Penang, Kedah, Selangor and Kelantan;
  2. To win back Perak state government which was illegally, unconstitutionally and undemocratically robbed from the people and the Pakatan Rakyat; and
  3. To form the state government in the six states of Negri Sembilan, Johore, Malacca, Pahang, Terengganu and Perlis.
The forthcoming 13th general election will be the battle of the century as at stake will not only be the state governments of all the 11 states in Peninsular Malaysia but federal power in Putrajaya as well.

Prime Minister Najib Tun Razak is fully aware of the highest stakes involved in the next general election, which is why he is so indecisive on the dates for the national polls, setting off repeated speculations as to when the next general elections would be held.

I think we can rule out the possibility of general election in the third quarter of this year. The next general election will be either at the end of this year or next year.

The 13th general election will be unprecedented, as it will be the first general election in the nation’s history where the ruling coalition, Barisan Nasional under Umno hegemony, will be facing a life-and-death battle.

In the last 12 general elections from 1959 to 2008, Umno and the ruling coalition had gone into the hustings with supreme confidence, not only about retaining power but doing so with a great margin of victory.

In fact, there was not a single general election in the past five decades where Umno had not contested with supreme confidence that it would be able to win power with comfortable two-thirds parliamentary majority.

No pride in coming second

Until the 308 “political tsunami” of the 2008 general election when Umno and Barisan Nasional suffered their worst electoral debacle, losing two-thirds parliamentary majority and clinging precariously to power thanks to the two “fixed deposit” states of Sabah and Sarawak.

Umno and BN will be fighting a “life-and-death” battle in the 13th general election, not just about whether they can regain two-thirds parliamentary majority lost in 2008, but whether they could be returned to power or would have to occupy the opposition benches for the first time in their experience.

This is why Najib reminded the Selayang Umno yesterday that in a general election there is no such term as runner-up like in other contests, as either Umno and BN retain power in Putrajaya or they are relegated to the opposition benches.

This applies to the state elections and the state governments as well.

This is probably the reason why the Umno and BN leaders are so panicky about the Bersih peaceful rally on July 9 for fair, free and clean elections for they fear that Bersih will be even more successful manifold than the first Bersih rally in 2007.

Najib is fully aware that a 5% swing in votes in the next general election as compared to the 2008 general election will see a Pakatan Rakyat government in Putrajaya and Umno and Barisan Nasional taking their places in the parliamentary opposition benches. The same odds apply for the state elections as well.

However, Najib and his election strategists should realise that if the BN government decides to resort to high-handed, repressive and undemocratic measures to use the police to crack down on the peaceful Berish rally for free, fair and clean general elections, they may be creating the very conditions which would ensure a 5% swing against Umno and BN in the next general election – setting the stage for a change of federal power in Putrajaya for the first time in the nation’s history.

Sunday, June 26, 2011

ISA Sebenarnya Universiti Mental Untuk Mendidik Baik Untuk Ambiga!

Professor R.H. Hickling
Profesor R. H. Hickling (1920-2007) merangka  ISA yang merupakan satu akta yang genius di Malaysia dan dunia. Walaupun ramai mengkritik namun Amerika Syarikat terpaksa mengaku kebaikan ISA lalu mengadaptasi kepada "USA Patriot Act" bagi mencegah terrorisme.

ISA dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Akta ini digunakan kepada komunis pada mulanya. Kemudian  beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.

ISA  amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Betapa berkuasanya  Hishamuddin sebagai Menteri KDN. Tetapi sayang anak-anak Perdana Menteri seperti Hishamuddin dan Najib tidak pandai menghargai dan menghayati akta yang genius ini tidak seperti bapa-bapa mereka dulu.

Bersih 2.0 anjuran Ambiga Sreenevasan adalah NGO politik pro Pakatan Rakyat. Bersih 2.0 sebenarnya adalah agenda Anwar Ibrahim. Tujuan yang sebenar Bersih ialah menumbangkan kerajaan BN. Menimbulkan huruhara, menjatuhkan imej Malaysia pada kacamata dunia dan menyebabkan rusuhan kaum dan kumpulan politik.

Hishammuddin perlu guna ISA untuk mendidik Ambiga menjadi pemimpin NGO yang lebih baik kepada negara dan sememangnya Ambiga yang bercita-cita mahu menjadi ahli politik boleh belajar dari ISA sebagai universiti politik.

Inilah peluang untuk Hishamuddin mencipta nama dalam sejarah politik Malaysia. Ahli politik perlukan isu, konflik, cabaran, tragedi, peperangan, masalah untuk menjadi ahli politik yang hebat. Kepimpinan Hishamuddin sebagai Menteri KDN dinilai oleh rakyat Malaysia akan datang berdasarkan bagaimana Hishamuddin menangani Bersih 2.0 dan permainan licik politik Anwar Ibrahim.

Hishamuddin bacalah esei-esei karangan Profesor R. H. Hickling!

Gempar! Lost Tribe Of Israel - Melayu dari Keturunan Bani Israel?


WZWH ada terbaca satu buku berkenaan asal-usul Melayu dari keturunan Bani Israel. Terperanjat juga WZWH bila jumpa "discovery" fakta sejarah ini. Professor Ralph Olsen dalam buku bertajuk “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon,” menyatakan ada keturunan Nabi Ibrahim dengan isteri yang bernama Keturah yang menetap di "the promising land at Far East" iatu di Semenanjung Tanah Melayu. Bangsa ini dipanggil "The Lost Tribe Of Israel".

This introduction is taken from the book, “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon,” Ralph A. Olsen wrote in 1995. You can find a copy to read at the University of Utah library, Utah State University library, Montana State University library or order one from this site.

Berikut laporan ringkas buku tersebut:

Dari apa yang saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung,jadi Melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.,jadi tidak mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang. Nak tahu mengenai sejarah dan rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah,isteri nabi Ibrahim yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yang hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum- Bani Israel yang sesat aka bangsa Yahudi kat negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)
Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu. KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia). Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olsen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN. Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olsen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'? Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Dari mana salasilah "Melayu" . Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? . Kenapa? .
MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q" ?? . Apakah itu "3Mim" ?
Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism… kenapa?

MELAYU – JAWI
Siapakah Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka…dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?
'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

Keturah, Ibu Melayu
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada bab perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang (yang saya curi-curi baca sewaktu berusia 12 tahun), ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai.

Apa maknanya semua ini?

Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.
Tapi… siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu, Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s . Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S) .Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka).

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak. Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland? Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha
Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi. Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s). Sedangkan hipothesis dari Dr. Ralph Olssen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puak 'Bani Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. Kajian mengatakan bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam. Oleh keraan itu,bangsa Mala yang sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleh saudaranya Shimon dan Yehudah.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh(Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph) maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi. Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.d itu Yahudi, lalu Allah tegaskan baginda bukan Yahudi mana tidaknya Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s. Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lemba Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin adik kpd Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada keturunan Isarel yang dah bercampur dengan bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan,Mekong dan Indochina hingga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Jadi bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau,link:www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe di sebelah South East Asia region.

INILAH MELAYU PADA SUSUR GALUR YANG TERTULIS MENGIKUT KAJIAN ..... JANGAN MALU JADI MELAYU......

Hishamuddin Sudah Mula Membelek Fail ISA!

Ambiga Sreenevasan penganjur BERSIH 2.0 mahu uji kepimpinan Hishamuddin sebagai Menteri KDN. Jangan buat sampai Hishamuddin menjerit begini nanti fail ISA dibelek. Jika Hishamuddin berjaya menangani isu BERSIH 2.0 maka Hishamuddin layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke ketujuh.

Hishamuddin anak Hussein Onn cucu Dato' Onn Jaafar. Dato'nya pengasas UMNO dan Presiden UMNO pertama. Moyangnya Dato' Jaafar adalah MB Johor pertama. 

Hishamuddin adalah sepupu DS Najib. Maka PM beri Hishamuddin jawatan Menteri KDN. Orang UMNO kata Hishamuddin "terlalu lembut" dengan jawatan tersebut. Orang UMNO selalu rujuk Hishamuddin sebagai "Menteri Amaran" sebab beliau selalu cakap, "Amaran..amaran..amaran!" tapi tiada tindakan. Sebab Hishamuddin jiwanya takut buat salah bimbang tidak popular.

King Ghaz bekas Menteri KDN hebat yang Malaysia pernah ada berpesan:
  • Kerja kita di Kementerian Dalam Negeri adalah menjaga keamanan dan orang tak tahu jika kita berjaya menjaga keamanan itu; tetapi, jika kita gagal orang tahu kita tak buat kerja, 
  • Kita tak boleh tunggu sesuatu bala dah timpa negara baru kita nak bertindak, kita perlu mengintip orang-orang yang nak buat kacau. Dalam mengecam potensi masalah yang penting ialah orangnya dan bukan organisasinya, 
  • Kita mempunyai antara angkatan polis yang terbaik di dunia, 
  • Selain MI5 di Britain, CIA di USA, KGB di Russia dan Mossad di Israel kita perlu bangga dengan badan Perisikan Malaysia yang, walaupun kecil, sama cekap dengan yang empat ini, 
  • Menteri, Timbalan Menteri jangan harap nak jadi popular dengan bekerja di Kementerian Dalam Negeri,
Sebanyak 1,248 aduan polis dibuat bagi membantah perhimpunan haram Bersih yang dirancang oleh beberapa NGO dan parti pembangkang pada 9 Julai ini. Tapi bagi Hishamuddin masih memadai dengan kenyataan "Amaran Demi Amaran" sahaja.

Ramai rakyat Malaysia sudah bosan dengan amaran demi amaran. Sebab itu pihak penganjur terutama Ambiga Sreenevasan besar kepala. Anwar Ibrahim yang menjadi perancang utama senyum nakal betapa rancangannya hampir berjaya.

Tapi bila Lim Kit Siang "menganjing" kepada Hishamuddin kata beranikah Hishamuddin menangkap "Datuk" (Dato' Onn Jaafar) kerana mengadakan demonstrasi menentang dasar Malayan Union secara haram semasa zaman British pada tahun 1940an maka Hishamuddin sudah hilang sabar. Pantang anak Johor bila orang keturunan pendatang "mempersendakan dan tidak menghormati serta memprovokasi datuk sendiri"!

Bersih 2.0 bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar iaitu kes video seks Anwar Ibrahim dan sokongan merudum ke atas pembangkang terutama PKR. Tanpa perhimpunan besar-besaran pun, jika rakyat terpikat dengan pembangkang, mereka akan menyokong pembangkang pada pilihan raya umum. Mudah sahaja. Perhimpunan haram itu hanya mahu menyelamatkan Anwar. 

Motif Ambiga juga boleh dibaca. Ia ternyata bertujuan politik dengan bertopengkan desakan menuntut pilihan raya bersih. Beliau juga dilihat oleh beberapa pihak sebagai seorang yang anti-Islam dalam beberapa isu, yang terserah kepada pembaca untuk nilaikan sendiri. Apakah Ambiga mahu bertanggungjawab jika berlaku kekacauan dan ibu negara bermandi darah? Selain agenda tersirat untuk menggugat ketenteraman, perhimpunan itu mahu membuka pintu kemudian hari bagi mencabar Perlembagaan negara. Jika perhimpunan itu berjaya, akan menyusul perhimpunan lain menuntut banyak perkara lagi. 

Kepada kebimbangan akan berlaku pertempuran di antara penyokong perhimpunan haram Bersih dan kumpulan yang menentangnya, itulah risiko terbesar. Peserta perhimpunan yang majoriti Melayu akan bertempur dengan kumpulan penentang, yang juga ramai Melayu. Ada pihak seperti pemimpin DAP akan bersorak dalam hati. Umat Islam dan Melayu bukan sahaja berpecah belah malah diperbodohkan. Jika pertempuran berlaku, ia akan lebih buruk daripada pertentangan dua kumpulan rakyat di Bangkok tidak lama dulu. Apatah lagi memang ada pihak ketiga yang mahu menangguk di air keroh dan menanti rusuhan besar di Kuala Lumpur. 

keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing. Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka.

Tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang. Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara.

Laman web National Democratic Institute atau ringkasnya, NDI mengesahkan bahawa yayasan demokrasi Amerika Syarikat itu menaja dan menyokong BERSIH di Malaysia. Program-program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED. Anwar Ibrahim dari Malaysia, merupakan salah seorang pemikir NED, badan yang bertopeng demokrasi didalangi Yahudi itu.

Itu sebab Ambiga Sreenevasan terpaksa menganjur rally Bersih 2.0 kerana wang peruntukan yang banyak sudah diberi untuk dibelanjakan.

WZWH percaya Hishamuddin sebagai Menteri KDN bersedia untuk bertindak tegas. Masa berlembut dan asyik memberi amaran sudah berlalu. Kita tiada pilihan.

Istana Sri Tembeling : Politik Tradisional Pahang Dan Warisan



















Gambar di atas ialah pemandangan  Kampung Bantal di Ulu Tembeling. Kampung ini merupakan "city centre" pusat kepada lima kampung yang besar di Ulu Tembeling iaitu Kampung Gusai, Kampung Mat Daling, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi.

Kampung Bantal merupakan pusat pentadbiran Ulu Tembeling. Perhatikan ada sebuah bangunan macam kotak di atas bukit. Ini ialah sebenarnya Istana Sri Tembeling. Tentu anda tentu tertanya-tanya kenapa di tempat pedalaman ini ada bangunan yang dipanggil istana? Rakyat Pahang hanya tahu istana hanya ada di Pekan bandar Diraja dan Kuantan ibu negeri Pahang.

WZWH hanya mahu menyatakan bahawa Istana Sri Tembeling itu hanya testimoni dan simbolik bahawa ada sejarah Pahang dan Keluarga Diraja Pahang di Ulu Tembeling. Walaupun struktur bangunan Istana Sri Tembeling tidak seberapa kosnya dan tidak mewah namun itu cukup bermakna mengingatkan nilai politik tradisional dan warisan.

Sememangnya Istana Sri Tembeling yang dibina pada awal tahun 1970an atas titah Almarhum Sultan Abu Bakar adalah simple dan ringkas namun pengertiannya besar dan sungguh bermakna kepada penduduk Ulu Tembeling dan Jerantut. Istana Sri Tembeling masih digunakan oleh Sultan Pahang dan Kerabat Diraja hingga kini.

WZWH masih ingat ketika WZWH masih kecil pada awal tahun 1970an di Istana Sri Tembeling inilah tempat berbagai-bagai majlis diadakan. Dekat dengan Istana Sri Tembeling ini ada pentas istana di tepi empangan kecil. Masih terbayang-bayang wajah Almarhum Sultan Abu Bakar seorang Sultan yang sangat dikasihi oleh rakyat Pahang dekat dengan rakyat pedalaman baginda.

Tuanku Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sejak 25 tahun dulu sering beradu di Istana Sri Tembeling ketika Tuanku melawat Ulu Tembeling. Tapi bila Tuanku menggunakan helikopter tidak menggunakan bot lagi sebagai pengangkutan ke Ulu Tembeling maka Istana Sri Tembeling menjadi sepi.



KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah sering juga melawat Ulu Tembeling dan beradu di Istana Sri Tembeling sejak dari zaman muda hinggalah sekarang. Pada tahun 2009, Tengku Mahkota beradu 3 hari 2 malam di Istana Sri Tembeling. WZWH berasa kagum dengan semangat cinta kepada kampung pedalaman dan kesungguhan Tengku Mahkota mendekati rakyat Ulu Tembeling.

Tengku Mahkota mempunyai banyak idea bagimana mahu mengindahkan kampung-kampung Ulu Tembeling. Tengku Mahkota mahu kekalkan dan "preserve" struktur Istana Sri Tembeling kerana istana ini adalah dari ilham dan titah nenda Almarhum Sultan Abu Bakar.

Istana Sri Tembeling mengingatkan WZWH kepada tradisi politik tradisional Pahang. Walaupun dari mana anda belajar tidak kira dari UK, Amerika, Australia, Timur Tengah dll bila terpandang Istana Sri Tembeling maka semangat tradisional asal usul adat resam budaya Pahang termasuk sistem politiknya meresap dalam jiwa kerana itulah jati diri anak warisan Pahang.

Pada posting yang akan datang WZWH akan menulis secara falsafah politik tradisional Pahang dan semangatnya yang masih relevan dengan pemikiran politik Pahang moden yang menjadikan kita rakyat Pahang yang unik dan mempunyai kekuatan kita orang Pahang yang tersendiri.

Saturday, June 25, 2011

BERSIH 3.0 : Rakyat Perlu Desak Anwar Letak Jawatan! Ambiga Bersihkan Anwar Dulu!

Gambar ihsan  AIDC.

Jika Ambiga Sreenevasan Pengerusi BERSIH 2.0 mahu politik Malaysia betul-betul bersih maka satu lagi perhimpunan BERSIH 3.0 perlu diadakan mendesak Anwar Ibrahim meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk T menyerupai Ketua Pembangkang itu.

Pakar itu mengesahkan rakaman video seks adalah tulin dan tidak ada "tampering" atau "superimpose". Video seks itu membuktikan pelakon itu adalah 99.99% adalah Anwar Ibrahim! Kamera CCTV hotel turut membuktikan Anwar dan Datuk Eskay berada di lobi hotel ketika tarikh rakaman.

Anwar wajib letak semua jawatan tanpa dolak-dalih, tiada putar belit, dan tiada bohong lagi atau orang Jerantut kata "pungkar". Maka Anwar perlu secara bermaruah demi Pakatan Rakyat meletak jawatan berikut:
  • Ahli Parlimen Permatang Pauh
  • Ketua Pembangkang
  • Ketua Umum Penasihat PKR
  • Penasihat Ekonomi Selangor
Anwar harus hentikan sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikan mengheret dan memperkudakan para ulama PAS dan dunia. "Anwar Ibrahim harus bertaubat" meminjam kata Karpal Singh. Cucilah diri, bersihlah diri seperti kata Ambiga Sreenevasan Pengerusi BERSIH 2.0!

Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin. Apatah lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia sebuah negara Islam. Contohilah ahli politik di AS, Turki, United Kingdom, Indonesia bila ramai golongan pemimpin dan ahli politik meletak jawatan ekoran terlibat dengan skandal sex.

Pembuktian saintifik DNA, klip video dan sumpah laknat cara Islam tidak membolehkan Anwar meletak jawatan bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang. Orang kafir di luar negara pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka.

Ada sebab mengapa Allah SWT tidak menunaikan dan memakbulkan hajat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun satu langkah lagi (ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri) kerana rakyat Malaysia kini dapat mengetahui hikmah-hikmahNya.

Politik Malaysia Akan Menuju Kehancuran Masa Untuk Tentera Bersedia Mengambilalih!



Politik Malaysia sudah hancur. Tidak ada rasionaliti lagi. Orang bijak pandai dengan Phd tidak dapat mempengaruhi rakyat kepada politik rasional. Orang yang bijak pandai pun terpengaruh. Ulamak pun tidak boleh memperbetul keadaan.

Formula Perikatan/BN yang menekankan perkongsian kuasa sudah tidak diyakini oleh kaum-kaum tertentu. Isu rasis dan agama menjadi keutamaan. Pola PRU 13 akan menjurus kepada dua ekstrem:
  • Majoriti Cina sokong DAP.
  • Majoriti Melayu dan Bumiputera sokong UMNO/parti Bumiputera.
  • Pengundi India mungkin 60-40, 50-50 atau undecisive.
Orang atas pagar bagaimana rasional pun akan memilih bangsanya! Ini menambah lagi jurang pola.

Dari segi jangka panjang ini tidak bagus untuk negara. Sistem persekolahan Malaysia yang vernakular merumitkan lagi masalah.

Malaysia amat bahaya kalau kerajaan tidak dapat majoriti mudah bila keadaan "stalemate". Jika pengundi Melayu dan Bumiputera bersatu hati senang kita boleh lihat kumpulan majoriti kaum Melayu Bumiputera plus kaum India dan minoriti Cina.

Kalau kaum Melayu Bumiputera dan India berpecah 50-50 maka apa yang WZWH ramalkan kerajaan "stalemate" akan menjadi kenyataan. Silap jika tidak dapat dikawal rusuhan kaum pasti meletus.

Rakyat mahu pemimpin negara yang ada sedikit elemen diktaktor, ada sedikit elemen Nicollo Machiavelli, ada sedikit elemen Friedrich Nietzsche dan Shih Huang Ti serta politik tegas Muawiyah.

Kepimpinan strategi 'Mr. Nice Guy", "Mr Compromise", "Mr Pleasing" sudah tidak boleh diterima pakai lagi. Ada kaum yang tidak menghargainya.

Jika mahu deal dengan kaum ini maka kita perlu pemimpin yang ada elemen-elemen seperti yang WZWH gambarkan.

Akhir sekali jika politik Malaysia akan menuju kehancuran maka masa untuk tentera bersedia mengambil alih. Tentera ini bertuankan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Malaysia masih ada penyelamat terakhir.

Friday, June 24, 2011

Mengenali Strategi Politik BERSIH 2.0


Ini adalah Ambiga Sreenevasan Pengerusi BERSIH 2.0, "Tokoh Pluralism" yang diiktiraf kuasa dunia.

King Ghaz adalah bekas Menteri KDN yang hebat dalam Sejarah Malaysia. WZWH masih ingat pesan King Ghaz:
  1. Kerja kita di Kementerian Dalam Negeri adalah menjaga keamanan dan orang tak tahu jika kita berjaya menjaga keamanan itu; tetapi, jika kita gagal orang tahu kita tak buat kerja, 
  2. Kita tak boleh tunggu sesuatu bala dah timpa negara baru kita nak bertindak, kita perlu mengintip orang-orang yang nak buat kacau. Dalam mengecam potensi masalah yang penting ialah orangnya dan bukan organisasinya, 
  3. Kita mempunyai antara angkatan polis yang terbaik di dunia, 
  4. Selain MI5 di Britain, CIA di USA, KGB di Russia dan Mossad di Israel kita perlu bangga dengan badan Perisikan Malaysia yang, walaupun kecil, sama cekap dengan yang empat ini, 
  5. Menteri, Timbalan Menteri jangan harap nak jadi popular dengan bekerja di Kementerian Dalam Negeri,
Kita semua tahu Pembangkang dan NGO pro pembangkang mahu mengadakan "rally" Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di jalanan Kuala Lumpur dan serentak diseluruh dunia. Mesej Bersih kononnya mahu pilihanraya umum yang telus dan mengangkat prinsip-prinsip demokrasi.

Bersih 2.0 mahu memburukkan dan mencalar imej Malaysia di kacamata dunia. Niatnya hanya mahu dunia memandang buruk kepada PM DS Najib dan DYMM Agong!

Mat Sabu mengetuai dari pihak PR, tokoh-tokoh pembangkang yang lain ikut menyokong dari belakang termasuk Anwar Ibrahim. Objektifnya mudah dibaca untuk psiko rakyat Malaysia supaya membenci kerajaan BN yang sah dipilih oleh rakyat Malaysia dalam PRU 12. Jika berlaku huru-hara maka kerajaaan terutama PDRM akan dipersalahkan.

Berbagai NGO yang kita tahu siapa dibelakangnya selama ini termasuk Bar Council yang sepatutnya menghormati undang-undang negara tetapi demi motif politik itu semua diketepikan. Di mana kredibiliti Bar Council?

Mari kita lihat siapa Pengerusi dan AJK Bersih 2.0 ini.

Pengerusi: Datuk Ambiga Sreenevasan 
AJK : Andrew Khoo, K Arumugam, Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin  Abdullah, Richard YW Yeoh, Dr Toh Kin Woon,Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay dan Arul Prakkash.

WZWH tidak perlu untuk buka semua fail jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 ini kerana sudah jelas apakah anutan ideologi dan pemikiran mereka.

Siapa Ambiga Sreenevasan ini? Ramai orang tahu beliau adalah seorang peguam dan pernah menjadi Presiden Bar Council. Beliau memperjuangkan pluralism, beliau tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Perlembagaan Persekutuan. Pada beliau anak-anak orang Islam tidak semesti memilih agama Islam bila sudah dewasa. Beliau adalah peguam yang membela Lina Joy untuk murtad.

Inilah pemimpin yang diagongkan oleh kepimpinan tertinggi ulamak dan profesional PAS. Mungkin kepimpinan tertinggi PAS sudah terpengaruh dengan pluralism yang juga fahaman ini dianuti oleh Anwar Ibrahim.

Perhatikanlah tindak-tanduknya bilamana SPR bersedia berdialog dengan kumpulan Bersih, beliau dengan angkuh dan bongkak menyatakan perhimpunan Bersih tetap akan diadakan.

Ambiga pernah mencetuskan kontroversi pada 2008. Antaranya ketika itu dia yang mengetuai Majlis Peguam menganjurkan Forum Kontrak Sosial yang mengundang kemarahan orang Melayu kerana ahli panelnya disifatkan tidak layak membincangkan hak dan kedudukan kaum itu.  Malah banyak pihak menyifatkan tindakan Majlis Peguam ketika itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk menekan dan menghina orang Melayu serta agama Islam di negara ini. Tetapi Ambiga selamba seperti tidak ada apa-apa yang tidak kena berlaku.

Banyak tindakan Ambiga yang tidak disenangi tetapi seperti biasa seperti macam itulah dia. Dan rekod Majlis Peguam begitu juga sehingga dikatakan lebih terarah kepada pembangkang. Antaranya yang diketahui oleh orang Melayu, ia adalah badan yang mendalangi penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama), Kumpulan Artikel 11 (yang memperjuangkan hak untuk murtad oleh umat Islam menyokong tuntutan Azlina Jailani @ Lina Joy di Mahkamah Persekutuan (yang menuntut hak untuk murtad dari Islam), mengadakan pelbagai forum dan seminar yang mencabar Islam (seperti forum Masuk Islam: Menilai kes Subashini & Shamala).

Orang Melayu di negara ini turut mempersoalkan kredibiliti PAS dalam isu membangkitkan Ambiga.

Kini satu lagi perhimpunan haram diatur juga kononnya bagi menuntut proses pilihan raya bersih dan adil. Anehnya ia kelihatan digerakkan oleh sebuah badan yang tidak berdaftar. Apakah layak ia membuat tuntutan sedemikian jika ia sendiri pertubuhan haram. 

Perhimpunan haram yang diatur 9 Julai ini tidak lebih daripada usaha untuk mengalih tumpuan kepada satu kes liwat yang melibatkan seorang pemimpin politik.


Bangsa manakah yang ramai terlibat dengan "rally" BERSIH 1.0 pada tahun 2007 dulu? Kenapa bangsa WZWH sendiri senang dipermain, mudah diperbodohkan, dijadikan buah-buah catur di dalam permainan politik yang didalangi oleh kuasa luar?

WZWH menaruh segala kepercayaan kepada PDRM mengatasi perhimpunan dan demo haram ini dengan penuh berhemah dan bijaksana. WZWH juga berharap ATM juga berwaspada walaupun belum sampai peringkat PDRM memerlukan bantuan ATM.

We know what we are dealing with....

Thursday, June 23, 2011

MB Pahang Memulakan PRO Penerangan Lynas



Blogger Braveheart menyatakan sila baca sini bahawa ISU LYNAS - PAHANG GAGAL MENANGANINYA SEJAK AWAL. Braveheart menambah Ternyata YB Fauziah dan Pakatan Pembangkang mengkhianati rakyat dengan tidak berlaku jujur dan ikhlas dengan apa yang mereka perjuangkan. Mereka hanya perjuangkan politik dan pertahankan kepentingan politik mereka semata-mata. Merekalah pengkhianat bangsa dan negara!

Selepas mesyuarat EXCO Pahang semalam MB DS Adnan Yaakob telah memulakan PRO penerangan Lynas mengisi beberapa slot wartawan alam sekitar terkenal Malaysia, Karam Singh Walia. Beberapa pegawai AELB (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ) hadir sama.

Apakah langkah seterusnya? Bagaimana isu Lynas dapat diselesaikan? Keputusan kerajaan mengenai masa depan projek ini akan dibuat berpandukan beberapa asas.


Pertama, kesihatan dan keselamatan rakyat adalah tunjang keutamaan kerajaan. Hal ini melangkaui semua pertimbangan lain, dan sebarang keputusan terhadap Lynas tidak akan mengkompromi asas tersebut.

Kedua, setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan fakta, bukan emosi atau pertimbangan politik. Panel pakar IAEA yang dilantik akan menentukan fakta-fakta dalam kes ini, dan keputusan kerajaan akan dipandu oleh penemuan dan cadangan yang dikemukakan.

Ketiga, kerajaan sentiasa terbuka kepada perbincangan awam yang membina mengenai isu ini, dan berpandangan bahawa ia merupakan satu komponen penting dalam proses demokrasi. Di pihak kerajaan, kami telah berusaha menyumbang kepada proses ini dengan memastikan bahawa siapa pun yang ingin mengemukakan pandangan kepada panel pakar boleh melakukannya sama ada secara langsung atau secara bertulis.

Keempat, kerajaan sentiasa telus kepada masyarakat mengenai isu ini. Semua maklumat dan laporan awam yang berkaitan dengan projek Lynas boleh diakses melalui laman sesawang yang berkaitan.

Panduan sebegini memastikan integriti dalam proses kerajaan membuat keputusan serta keputusan yang bakal diumumkan nanti terpelihara.

Hanya tinggal seminggu lagi hari saja lagi sehingga panel pakar mengemukakan laporannya. Sehingga waktu tersebut, semua pihak perlulah bertahan dari membuat sebarang komen yang bersifat pre-jugde.

Berikut ialah petikan surat dari Pengerusi Lynas Corporation, Nicholas Curtis kepada YB Fuziah Salleh ahli parlimen Kuantan.

On Friday evening, 17 June 2011, two Molotov cocktails were thrown at the Kuantan residence of Lamp Construction Manager, Mr. Bill Morris. A sign “Go Back to Australia Lynas” was painted on Bill’s front fence. Fortunately Bill was unhurt. Together, I’m sure you will join me in the call that whilst vocal opposition to our plant may be fair, violence is unacceptable. Safety of individuals and the Kuantan community must come first.

At Lynas, we each hold personal safety as a core commitment. The safety of our employees and the communities in which we operate will always take precedence over production. Our Lamp has been designed with this core principle in mind.

Lynas will engage with all stakeholders, including its opponents, in meaningful dialogue on the substantive issues. Through open engagement and positive interaction with the community, Lynas will earn the trust required to sustain a license to operate.

Lynas seeks to reach out, listen to different perspectives and build some trust with those who are concerned about the safety of the Lamp.

I understand that feelings currently run high and that speculative and unsubstantiated claims create uncertainty and doubt. Amongst the voice of opposition, I sincerely hope there is a common respect for the facts.

We appreciate your recent correction via Twitter that Lynas had obtained approval to build a refinery in Australia. This correction on the public record is an important step forward from our point of view. The less incorrect information there is out there, the more we can focus on the issues that truly concern the community and other anti-Lynas groups, to see if we can resolve their concerns.

Lynas did have approval to build its processing plant in Australia, but chose to build in Malaysia where the highest international standards for rare earths processing exist today. We chose Malaysia for its transparent and rigid regulatory environment, and we intend meeting and exceeding the high bar that your nation sets for the industry.

We would appreciate your help on correcting the suggestion that that the Lynas Advanced Materials Plant will adopt Chinese standards in its construction and operation, and as a consequence, will not adhere to international standards. This is not true. The downside of such false claims is that a perception could grow that we are not willing to be held to account to the highest standards. We’d appreciate your help in ensuring the facts are known about the commitments we have made.

In an open letter to Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, on 2 April 2011, you requested that an international panel be appointed to review and provide external expertise and consultation on the safety of the Lamp.

On 22 April 2011, Minister YB Datuk Sri Mustapa Mohamad appointed an esteemed panel of global experts in the field of radiation, health and safety. This panel brings together the highest level of expertise and scrutiny to the project. The International Atomic Energy Agency (IAEA), represented on the panel, is unrivalled in its understanding of radiation risks, process modelling, and health and environmental impacts.

To ensure that this internationally-recognised group of professionals play the role you hope they will, I note you have been calling for them to demonstrate impartiality and independence.

We support this call.

We also support the Malaysian Government’s commitment to the health and safety of its people and the environment as the top priority. We will commit to fulfilling the recommendations of the independent review findings. We hope that in doing so, Lynas may play a role in helping Malaysia realize its stated ambition for the Rakyat through high-income, inclusiveness and sustainability.

Rare Earths play a vital role in green technology, and Malaysia has the opportunity to be at the forefront of the industry. With the Lynas Advanced Materials Plant, Malaysia will play an indispensible role in helping to build energy efficient light bulbs, hybrid cars and wind turbine engines for renewable power generation — technologies we’ve come to embrace and rely upon as green, sustainable solutions for the future.

Beberapa pandangan yang mewakili pandangan majoriti rakyat Pahang yang rasional dan progresif...

Kejap bahan radioaktif, kejap logi nuklear dan kejap bahan kimia, apa ni...orang tak berparti pun pening kepala. MP Kuantan tu dan NGO yang membantah tu belajar nuklear kat mana? Pakar nuklear mana mereka rujuk?. Yang dok sebok tu...peguam, doktor gigi, doktor mata dan oarang-orang yang sama je...kononnya macam kat Ipoh dulu...Asyik rujuk gambar kat Ipoh tu...ada pakar-pakar berkecuali atau profesional yang telah sahkan ke? Ke hanya buat kajian dan analisis syok sendiri...Tak silap, semua kemalangan nuklear ada rekod dan pakar-pakar yang perakukan untuk rujukan. Kejadian kat Ipoh tu..tak ada la pulak rekodnya sampai ada orang mati dan cacat kena radiation.Kalau takat buat kajian syok sendiri tak payah le..kalau bawa pakar luar negara yang tak tentu qualificationnya untuk bantu, buang masa je..Cari la pakar-pakar yang diperakukan oleh pihak antarabangsa dan mempunyai rekod yang baik.

Betul tu....Kita tengok la nanti..Kehadiran kepada ceramah-ceramah bukanlah kayu ukuran. MP Kuantan pun belum tentu menang. Apa dia buat?. Asyik timbulkan isu je...Nak turun padang...tak ada le..Bila ada dialog pasal Lynas...hilang entah ke mana? Tak pernah nampak batang hidung. Bila ceramah dan tunjuk perasaan, dialah kat depan sampai bawak bebudak. Jangan syok sendiri le..Waktu bertanding dulu macam-macam janji...Tak payah cakap pasal Lynas le..kalau tak ada pengalaman dan pengetahuan. Pakar rujuk pula pun sama..peguam dan doktor biasa yang konon mengaku dan dikatakan pakar...Cari le pakar-pakar yang ada pengetahuan yang diiktiraf, baru profesional. No tak rujuk orang-orang yang tak ada qualification. Tengok la nanti..dapat tak menang kat Kuantan lagi

WZWH menyokong dasar kerajaan Negeri Pahang yang proaktif kepada pembangunan thorium logam masa depan dan sektor hiliran industri "rare earth" yang akan menggerakkan ekonomi "high added value". Penyelidikan thorium sebagai bahan alternatif mengantikan uranium sebagai sumber tenaga adalah langkah yang sepatutnya Malaysia lakukan seperti apa yang dibuat oleh saintis India dan China serta Amerika Syarikat.

WZWH berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah PR yang anti pembangunan, anti kemajuan saintifik, hanya bertujuan meruntuhkan kerajaan BN di Pahang semata-mata mempertahankan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...