Thursday, July 14, 2011

Layakkah Anwar Ibrahim Disemadikan Di Makam Pahlawan Masjid Negara?


Posting WZWH kali ini membicarakan soal penghargaan kepada pemimpin-pemimpin negara. Kita semua tahu ramai pemimpin-peminpin yang berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair yang dipanggil negarawan yang kembali ke rahmatullah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara, khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa dalam hidupnya. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.

Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam, yang dilitupi dengan kubah konkrit yang di bentuk berbintang pecah-7 menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini setiap penjurunya hampir mencecah tanah, dan dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada baru marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar bewarna emas.

Pada tahun 1973, Tun Dr Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini.

Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Malaysia pada 6 Julai 2007 . Majlis pemasangan plak pengistiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.

Berikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-

Dalam kubah
  • Tun Dr Ismail - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1973)
  • Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1976)
  • Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1990)
  • Tun Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 2006)
Luar kubah
  • Tan Sri Syed Jaafar Albar - Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal 1977)
  • Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail - Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1982)
  • Tun Sardon Jubir - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal 1985)
  • Tan Sri Mohd Noah - Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1991)
  • Tan Sri Abdul Kadir Yusuf - Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal 1992)
  • Tan Sri Mohd Khir Johari - Menteri Pendidikan (meninggal 2006)
  • Tun Dr.Fatimah Hashim - Menteri Kebajikan Masyarakat (meninggal 2010)
  • Tun Ghazali Shafie - Menteri Luar (meninggal 2010)
  • Tun Omar Ong Yoke Lin - Yang di-Pertua Dewan Negara (meninggal 2010)
Negarawan hebat seperti Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak dikebumikan di Makam Pahlawan walaupun tiada siapa boleh menafikan jasa-jasa kedua tokoh hebat Melayu di abad ke 21 ini.

Dato' Onn Jaafar, MB Johor, pengasas UMNO, perancang penentangan Malayan Union, Presiden UMNO pertama. Beliau menubuh parti IMP, Parti Negara, ahli parlimen Kuala Terengganu Selatan. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Makam Pahlawan Masjid Negara hanya siap pada tahun 1965.

Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO ke 2, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Bapa Kemerdekaan, Bapa penubuhan Malaysia, Perdana Menteri pertama dan pengasas Asean. Beliau Mangkat pada 6 Disember 1990, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star. Itu memang kehendak Tunku Abdul Rahman sendiri mahu dikebumikan di Makam Diraja.

DS Anwar Ibrahim-'Golden Boy' Tun Mahathir. Hubungan mereka berdua sejak tahun 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .

DS Anwar Ibrahim, aktivis NGO Islam, sejak 1982 hingga 1998 menganggotai kabinet Malaysia sebagai:
1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
1985 - 1986 Menteri Pertanian
1986 - 1990 Menteri Pendidikan
1990 - 1998 Menteri Kewangan
1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri

Kini beliau ahli parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Malaysia dan Penasihat parti PKR.

Berbalik kepada persoalan WZWH jika ditakdirkan DS Anwar Ibrahim kembali ke rahmatullah, adakah beliau layak disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara?

WZWH tidak nafikan DS Anwar Ibrahim juga berjasa kepada negara. WZWH juga akui bagaimana DS Anwar Ibrahim berjaya meruntuhkan beberapa kerajaan negeri BN. Soal kes liwat beliau itu kita serah kepada Mahkamah menentukannya. Soal kes video sex 'China Doll' kita serah kepada Peguam Negara.

Terbaru DS Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Ambiga Sreenevasan seorang tokoh murtad dan anti Islam yang dapat mempengaruhi PAS dan disepenuh sokong oleh DAP dan PKR mengadakan demonstrasi jalanan menghuruharakan negara.

DS Anwar Ibrahim berkata bahawa revolusi sudah dekat di Malaysia! Apa maksud beliau? Revolusi bukan sahaja mahu mengulingkan kerajaaan BN secara tidak demokratik tapi juga mahu buang semua Sultan dan Raja Melayu, YDP Agong.

Kita tidak terima sebarang bentuk revolusi sebab revolusi bermakna juga tumpah darah, perubahan yg membawa kepada pelbagai pihak, Raja-raja Melayu, hak adat istiadat, Islam, institusi Diraja dan dan institusi Parlimen.

Bukankan baju 'T-Shirt' Bersih 2.0 itu berwarna kuning iaitu warna  lambang Raja/Sultan Melayu/Agong. Secara halusnya puak 'revolutioners' Pakatan Rakyat mahu bersihkan dan buang Raja-Raja Melayu secara simboliknya.

Layakkah Anwar Ibrahim Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara?

Ada sesiapa pembaca yang boleh memberi pandangan?

12 comments:

Anonymous said...

Anwar Ibrahim nanti suruh lawyer India Banting bakar aje...Tak boleh letak kat makam pahlawan nanti semua mayat kat situ bangkit hidup semula lari ke tempat lain ha ha ha.

Anonymous said...

klu dah nama pegkhinat bagsa.pengkhinat negara.apa ke benda nak letak kat makam pahlawan.kat permatang pauh tu pun ntah ada tempat ke tidak..nikan makam pahlawan.walau pun x space ke syurga.tempatnya tu hindraf yg tau...pling senag bakar...

Anonymous said...

setuju dengan anon berdua kat atas tu.
si bagero ni tak layak nak di makankan kat makam pahlawan tu. dia bukan pahlawan tapi pengkhianat negara. buat panas kubur2 lain je sebab si nuar ni banyak dosa semasa hanyatnya. campakkan je kelaut biar mereput kemudian hancur dikenduri hidupan2 yg ada kat laut tu. lagi jimat tak payah lah bazir duit buat bt nesan dia.

Anonymous said...

Apa bangangnya kau dan puak Umno ni. Kalau anwar meninggal dunia, keluarganya akan kebumikan dia diperkuburan Bkt Kiarake, Segambut ke atau Tmn Melati ke.

Dekat Masjid Negara tu, Hang dan geng umno pi tanam Mahathir, Najib, Muhyideen atau Khiir Toyo ke? Dan jgn lupa Rahim Thmby, Isa Samad dan Brahim Perkosa; dan juga orang2 Umno yg kau fikir layak.

Punyalah bodoh. Ini misti kes dapat cgpa bawah 3 dan dpat biasiswa luar negeri atas ehsan Um no.

Anonymous said...

nak suasah apa nak tanan di mana pun, jika mati orang hidup tak tanam, maka busuk lah, sanggup ke orang hidup nak mencium bau busok, ada juag bodoor punya orang dalam dunia ne, jika di takdirkan pr yang memerintah pulak lepas ini, anuar tu jika mati, bukan saja di tanam di kubur pahlawan mungkin kerajaan pakatan akan kebumikan anuar di tengah tengaj bulatan pahang, boleh lah rakyat jelata pandang tiap tiap2 saat bila buat pusingan bulatan pahang nanti, setuju?

Anonymous said...

Punyalah bangang. Orang cerita siapa yg layak di kebumikan diMakam Pahlawan masjid negara, kau pi cerita bulatan pahang. Memang otak tahap PMR.

Makam Pahlawan tu hanya layak untuk orang macam Mahthir, najib, Muhyideen, Rahim Thmby, Isa Samad dan munkin Khir Toyo. Org lain tak layak...cukup sekadar dikebumikan diperkuburan Islam biasa..Kiara, Segambut dll. Hang bodoh ni pi cakap bulatan pahang tu..hang ni kafir ke? Ade ke perkuburan Islam dibulatan tu? Baik pi sekolah dulu.

Anonymous said...

Yang pentingnya 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah yang akan dibawa oleh kita ke alam kubur..Takdak maknenya kalau kubur di Makam Pahlawan tapi 3 perkara tsbt kureng..Lebih baik lagi kuburnya di pendalaman dan 3 perkara tsbt mantop..

Anonymous said...

anon 6:02 hang ni pun bangang bin bahlul juaga, kalau bn yang memerintah semua orang kuat umno layak di tanam di kubur pahlawan tu, tu sebab aku kata kalau pr memerintah, dia nak buat kubur baru kat mana mana ikut dia lah termasuk jika anuar jadi pm jika dia nak tanam kepala bapak hang kat kubur pahlawan pun tak da sape boleh sekat. bodor, orang buat kiasan tak faham faham, lembab, lembu makan taik ambiga lagi baik, ke dah makan?

Anonymous said...

salam,
semua yang di atas tu bodoh dan bangang belaka.yang cerdik hanya lah aku.

aku yang cerdik

Anonymous said...

pasal awak pun pengkeritik diatas, termasuk lah dalam kumpulan bahalul n banggang juga.

kerana aku di bawah yang cerdik, kahkahkah..........

nurul said...

Hanya allah swt yg layak menilai kebaikn umatnye.. Awk semua bkn tau jika anuar dianiaya yg korang tau cume memgkritik...jg tepi kain masing2.. Dan fkrkn hal sendri dimana tempat kamu tu nanti diakhirat kelak... Salam..

nurul said...

Hanya allah swt yg layak menilai kebaikn umatnye.. Awk semua bkn tau jika anuar dianiaya yg korang tau cume memgkritik...jg tepi kain masing2.. Dan fkrkn hal sendri dimana tempat kamu tu nanti diakhirat kelak... Salam..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024