Friday, July 22, 2011

Tan Sri Peng Yin Huah : Najib Perlu Diberi Peluang Mencergaskan Semula Ekonomi

Tan Sri Pheng Yin Huah melalui Syarikat Kin Kee Steel mengurus Perwaja Steel Berhad. Tokoh perniagaan yang disegani di Kuantan dan juga dalam industri besi Malaysia.

Presiden Persekutuan Persatuan Cina (Huazong) Tan Sri Pheng Yin Huah berkata ekonomi dunia telah telah menurun dan ini mungkin menyebabkan Eropah mengalami krisis ekonomi, yang akhirnya akan memberi kesan kepada negara lain di seluruh dunia.

“Berikutan keadaan ini, kerajaan yang memerintah sekarang perlu diberi peluang untuk menumpukan terhadap usaha mencergaskan semula ekonomi dan pihak-pihak yang bertelagah perlu mengetepikan perbalahan politik sesama mereka demi kebaikan negara. Masa yang ada sepatutnya digunakan untuk memajukan negara,” kata Pheng.

Memang tepat kata-kata beliau itu kerana biar betapa lantang atau berapa kerap sesuatu pihak itu memenuhi jalan raya untuk mengadakan tunjuk perasaan, dalam sistem demokrasi, setiap pemilih hanya mempunyai satu undi.

Ramai pemerhati berpendapat perhimpunan haram 9 Julai itu membawa kerugian ekonomi kepada negara dan golongan tertentu.

Selain masa dan petrol yang dibazirkan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya, perniagaan kecil dan sederhana di Lembah Klang mengalami kerugian besar. Orang dan barangan dihalang daripada memasuki bandar raya ini, manakala berjuta-juta ringgit menjadi beku dan terhalang daripada memasuki pasaran.

Kecergasan ekonomi bergantung kepada pengaliran dana. Wang berjuta-juta ringgit yang tersekat itu mungkin mengakibatkan kerugian sekali atau dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlahnya, terutama pada hujung minggu.

Kepada siapa peniaga kecil hendak menuntut pampasan?” kata seorang penganalisis dari sebuah syarikat broker saham yang enggan dikenali.

Kerajaan pula terpaksa menanggung kos yang tinggi termasuk untuk mengerahkan anggota polis dari negeri lain ke ibu negara bagi mengawal keadaan dan memelihara ketenteraman awam.

Sekiranya kesemua 1,667 penujuk perasaan yang ditahan semasa perhimpunan haram itu dibawa ke muka pengadilan, mahkamah perlu menggunakan banyak sumber untuk mengendalikannya, dan ini melibatkan kos dan masa.

Pakatan pembangkang menganggarkan mereka membelanjakan RM150,000 untuk mengadakan perhimpunan haram itu, termasuk membayar wang ikat jamin penunjuk perasaan yang ditangkap, manakala kerajaan pula menganggarkan jumlah yang terpaksa ditanggungnya 10 kali lebih tinggi daripada itu.

2 comments:

QFQ said...

pandangan saya:

saudara sebagai penasihat ekonomi di DUN Tahan, saudara sepatutnya mengumpul seberapa ramai ahli koprat dikawasan saudara, bagi membantu memnyelesai beberapa masaalah penduduk. Saya difahamkan ramai jugak anak2 watan jerantut yg berjawatan tinggi dan berjaya didalam bidang perniagaan, apa salah mereka2 ini sepatutnya membantu rakyat dikawasan saudara, sekiranya terdapat masaalah yg perlu diambil tindakan segera.

jangan difikirkan apa yang kerajaan telah berikan kpd kita yg telah bergelar jutawan dan hartawan, tetapi fikirkan pulak apa sumbangan kita kepada kerajaan melalui sumbangan kita kepada rakyat dikawasan kita.

rakyat melihat pemimpin2 sekarang trlalu mengerjar kemewah, sehingga mementing diri sendiri dgn kenderaan mewah dan rumah mewah mencecah jutaan ringgit.

sbagai contoh, jika ada jambatan rosak, anggaran baik pulih mencecah rm100000, sekiranya trdapat 10 orang ahli koprat dikawasan saudara menyumbang rm10000, masaalah jambatan dpt diselesaikan, dan rakyat perlu diberitahu sumbangan ini adalah dari individu2 berkenaan.

kiranya ini berlaku dikawasan anda, saya percaya, segala masaalah2 kecil dapat diselesaikan, itulah saya kata pemimpin perlu jujur, ikhlas dan beriman, selagi jambatan trsbut digunakan olih sesiapa sahaja, pahala akan mencurah sehingga akhir hayat, selain saham dunia, saham akhirat jugak perlu, bagi kita yang beriman dengan Agama Tauhid.

untu menjadi pemimpin berjiwa rakyat, tinggalkan sejenak masaalah remeh temeh parti lawan dan cerita2 keaiban pemimpin, fokus untuk pembangunan insan dan kemudahan awam, DUN Tahan adalah Pintu masuk pelancung dari seluruh Dunia utk ke taman Negara, pelancung ingin melihat alam semula jadi yg belum terusik olih itu kawasan orang2 asli hendaklah dibiarkan dengan keaslianya..

Anonymous said...

bila ada korporat akan wujudlah keparat. jika ada syarikat berkecambahlah anak2 syarikat...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024