Tuesday, January 4, 2011

Bolehkah Najib Ikut Jejak Tun Razak Bawa PAS Bersama?


Tun Razak berjaya bawa PAS masuk BN pada tahun 1974 lantas kemenangan besar dicapai pada PRU 1974. Bolehkan Najib ikut jejak Tun Razak bawa PAS bersama kalau tidak masuk BN sekurang-kurangnya "Unity Goverment" ( UG ).

UG ialah kerajaan perpaduan bilamana  Hadi dan Nasharudin akan diberikan peranan penting di Putrajaya jika parti berkenaan memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat. Hadi dan Nasharudin dikatakan sebagai pihak utama kumpulan pro-UMNO.

Pertemuan telah diadakan bersama PM DS Najib Razak dan timbalannya TS Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu di Istana Terengganu, KL.

Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa juga hadir sama pada pertemuan tersebut yang memfokus perundingan menyentuh soal kerajaan perpaduan sempena majlis santapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pertemuan itu dikatakan telah diusahakan oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kepimpinan tertinggi PAS perlu menjelaskan kepada TG Nik Aziz dan akan berhadapan tentangan dengan puak "Erdoggan Renaissance" yang mahu membuang kepimpinan "Ulama Serban Jubah Putih".

DAP dan PKR sudah tentu lebih sangsi kepada PAS sekarang. Ahli-ahli UMNO lebih terbuka menerima PAS.

Isu itu mendapat perhatian ahli-ahli PR memandangkan ia diadakan kira-kira seminggu selepas konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang. Ketika konvensyen PR kesemua pemimpin melahirkan pendirian mereka untuk bersatu dan memperkukuhkan PR tetapi tiba-tiba isu ini mendapat perhatian jika dua hari lalu cuma orang cakap-cakap sahaja tetapi sekarang TG Nik Aziz sudah mengesahkannya.

Hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunannya. Malah dakwaan ini mengulangi ‘krisis’ yang pernah disaksikan pada 2008 dan 2009.

Hadi Awang Presiden PAS perlu "bold" dan berani "do or die". Sudah tentu dalam pemilihan dwitahunan PAS nanti beliau akan ditentang oleh puak Erdoggan yang disokong TG Nik Aziz.

Hadi Awang tidak perlu takut kepada puak Erdoggan dan TG Nik Aziz jika Hadi percaya majoriti ahli-ahli PAS menyokong usaha Presiden mahukan kerajaaan UG.

Kekuatan PAS ialah PAS memiliki 23 kerusi Parlimen dalam perikatan PR dan dua pemimpinnya menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan Kedah. Kepimpinan negeri Pulau Pinang dan Selangor pula diketuai wakil DAP dan PKR.

Bolehkah Najib ikut jejak Tun Razak bawa PAS bersama memerintah Putrajaya? Kita ikuti perkembangan selanjutnya.

2 comments:

Helang Buana said...

TAK PAYAH NAK SUSAH SUSAH AJAK ORANG DATANG RUMAH KITA. DAH PELAWA SUDAH LAH. DIA TAK DATANG ITU MASALAH DIA. KITA BUKAN TERDESAK UNTUK MINTA BANTUAN DIA. BELUM TENTU DIA DATANG RUMAH KITA BAIK UNTUK KITA. ENTAH-ENTAH ANAK BINI KITA JADI MANGSA. LEBIH BAIK BUAT KERJA KITA DARI BUANG MASA BERKESAH PASAL PAS DURHAKA ITU.

Anonymous said...

POLITIK ORANG MELAYU MACAM NI LA.. BERGADUH SEPANJANG MASA.. YANG UNTUNG SAPE.. YANG RUGI DAH TENTU ANAK BANGSA.. SYABAS...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024