Sunday, January 23, 2011

WZWH Mimpi Parameswara Nasihat Najib: Hapuskan Sang Rajuna Tapa!

Malam semalam WZWH mimpi nampak istana yang sungguh besar. WZWH nampak Raja Parameswara dan DS Najib. Parameswara sedang bertitah politik memberi peringatan kepada DS Najib. "Berhati-hati dengan Sang Rajuna Tapa...jangan biarkan sipengkhianat itu membuka pintu kota kepada musuh seperti apa yang berlaku kepada beta di Temasek dulu bila tentera Majapahit memusnahkan negara beta lantas beta melarikan diri ke Melaka".

3.2 juta ahli UMNO kenal DS Najib tapi ramai tidak kenal Parameswara. Oleh kerana 3.2 juta ahli UMNO mungkin tidak tahu sejarah maka WZWH kena secara ringkas cerita sedikit sejarah Melayu.

Parameswara adalah raja dan pemimpin Melayu terhebat dalam sejarah pemerintahan politik Melayu. Keturunannya kini memerintah di beberapa negeri. Nama penuh baginda ialah Paduka Sri Maharaja Parameswara. Cicit kepada Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana yang lebih dikenali dengan nama "Sang Nila Utama" yang membuka negara kota Temasek (Singapura). Mereka dari susur galur putera Srivijaya.

Paduka Sri Maharaja Parameswara adalah raja terakhir Temasek. Baginda hilang Temasek kepada Majapahit bila Sang Rajuna Tapa, Timbalan Perdana Menteri Temasek menjadi pengkhianat membuka pintu kota dan memberi maklumat sulit kepada musuh Majapahit hingga berjaya menakluk Temasek. Parameswara melarikan diri ke utara dan membuka Melaka pada tahun 1402 yang akhirnya berjaya membina Empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Parameswara tahu DS Najib mengalami situasi masalah politik yang sama kerana "Sang Rajuna Tapa moden" mahu membuka pintu kota kepada musuh menumbangkan kerajaan BN ini, kerajaan tunjang UMNO ini yang Parameswara anggap adalah warisan empayar Melaka.

Kalau dulu peperangan zaman Parameswara mempertahankan kota Temasek mengunakan keris, lembing, tombak, perisai dan belantan kini di zaman DS Najib peperangan politik mengundikan peti undi.

DS Najib tahu "Sang Rajuna Tapa moden" cuba membuka pintu kota. Sang Rajuna Tapa telah menghasut dan merosakkan pemikiran pelbagai kaum di Malaysia yang selama 54 tahun telah bersatu padu mengikut formula bapa-bapa pembangunan dan negarawan negara.

Sang Rajuna Tapa mahu memusnahkan ikatan mesra, erat dan padu berbagai kaum dengan menanam semangat kesangsian, semangat assabiah kepentingan kaum, kecurigaan antara kaum dan etnik, menjanjikan kuasa dan makam yang Parameswara dan keturunannya tidak mahu itu berlaku.

Sang Rajuna Tapa mengunakan buah pemikiran dari dunia luar tidak terfikir oleh Parameswara dengan bertopengkan liberalisma, demokrasi, keadilan, liberty, hak sejagat dan sama rata disalahguna semua pemikiran itu membawa negara menuju anarki!

Rakyat terpengaruh. Kaum-kaum gila merusuh. Yang sensitif kepada sesuatu kaum sudah tidak sensitif lagi. Berbagai institusi negara dicabar, diperlekeh, difitnah untuk menimbulkan penentangan, satu revolusi rakyat kononnya, menyelamatkan negara kononnya, menyelamatnya ekonomi kononnya sedangkan semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri hancur ekonomi Temasek dan Malaysia diurusnya kerana salah ambil prescibe ubat.

Parameswara sangat bimbang...jawab DS Najib, "Tuanku jangan gundah dan risau...patik ada penawarnya". Parameswara tersenyum gembira dan bangga seraya berkata, "Teruskan perjuangan anak bangsaku...hapuskan Sang Rajuna Tapa...selamatkan negara!"

Apakah penawar DS Najib:
  • Konsep 1Malaysia 
  • Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
  • Economic Transformation Programme (ETP)
  • “World-Class Data Centre Hub”
  • Talent Corporation, “tasked to strategise and implement initiatives” to fill millions of supposed new jobs. 
  • Wellness City 
  • ECER, 
  • NKEA in the ETP
  • PEMANDU. 
  • Overdrive to win the Malaysian economy rich-world status by 2020
  • To win a general election: Winnable Candidates
  • Najib own mandate from the electorate
  • Introduce a more meritocratic society 
  • Promises not to abolish all the rights of the bumiputra
  • Presidential in character
  • Perkasakan UMNO
  • Perkasakan BN
  • Transform Malaysia
  • Vroom Felda
  • BRIM 1.0 dan 2.0
  • BLIM

9 comments:

Anonymous said...

Woi! banyak nya penawar Najib macam Pak Pandir nak jadi dukun.
No wonder Najib jadi confused!
Hancur la negara sebab ketua nya tak tahu nak bawa kemana.
Yang dia tahu cari Altantuya!
Takkan you pun kelabu! Badut betul!

p81 said...

Bursa saham dah ada correction sekarang ramai penganalisa meramalkan bull patent akan berterusan sehingga after chinese new year ...tup tup it early than ramalan .... Begitu juga dalam empayar politik ...tengah2 bull tu kekadang kena ada correction juga sebab pelabur ni dalam bull tu sampai tak ingat dunia dah .. Bila ada market correction tu barulah insaf sikit .....parameswara membina empayar di temasik berteraskan politik hindu dan membina empayar melaka berteraskan islam ... Ada hikmah juga Allah hantar Sang Rajuna ke Temasik ketika itu .

chenerong ular said...

ada lagi penawar tuan lupa masukkan, yang boleh membuka pintu, bukan lagi temasik tapi pintu putra jaya, yang ke 19 ialAH RM, BUKAN RINGGIT MALAYSIA, RM LAGI SATU, YANG ADA PADA DSN, YANG BERDAMPING DENGAN BELIAU, MALAH KEKADANG NYA MENDEPANI DSN SENDIRI.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Woi CU,
jangan buat lawaklah kakakakawakakaekekeke...

chenerong ular said...

Tak kelakar?, itu lah yang di perkatakan oleh ramai orang.

Anonymous said...

salam,
sang rajuan tapa dulu ada alasan buka kota singapura sebab pencacai raja sula anaknya dang anon.tapi sang rajuna tapa moden mahu buka kota putra jaya sebab dia mahu sula anak-anak ikan yang hensem yang ramai di putra jaya.Sang rajuna tapa moden buka pintu kota malaysia sebab dia mahu jadi presiden republik malaysia yang pertama supaya lebih mudah lim guan eng jadi presiden kedua setelah kematian anuwar disebabkan............?itulah agenda pakatan haram.

Matnyerweh:

anu....sang rajuna tapa.
azmin.....si kitul
nik aziz......raja mendeliar celako,celako,celako.
salahudin ayob(din Pudu)....naina sura dewana.
khalid gagap ibrahin mb selangor....pateh kerma wijaya.
khalid gereja ap shah alam........alfonso d alburque.
teresa kokok.....gundek pateh karma wijaya.
hassan ali pas....bendahara tepok melaka yang tak beerdaya.
sapa lagi....hang pa tambah lah sendiri itu pun kalau otak hang mampu nak analisis.wa calo!!!!!

Anonymous said...

January 24, 2011 12:37 PM .... hang ni memang buta tuli .... nak kata bodoh hang ni takLAH bodoh .. nak kata cerdik tak boleh sebab MEMANG hang ni BODOH TAHAP GABAN kih kih kih

Anonymous said...

Anonymous January 24, 2011 at 12:37 PM

analisis kepala hotak ko.
Kalo stakat maen tepek2 nama ngan nama org lain je....anak aku 7 tahun pon buleh

Anonymous said...

Salam. Betulkan fakta anda tentang penggunaan keris dan tombak sebagai alat pertahanan melaka.pernah dengar pemuras?hikayatkan sekali kisah si kitol.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024