Wednesday, June 29, 2011

ADUN Damak Perlu Segera Selesaikan Jambatan Kecil Kg Lata Kasah Jerantut

MANA JANJIMU ?: Hanya sebegini saja kerosakan pada jambatan di Kg Lata Kasah Jerantut ini namun sudah sekian lama tanpa apa-apa langkah pembaikan? Kerajaan sudah tidak ingin membela rakyat? Mana janji dan mana YB? Mana juga pemimpin masyarakat setempat yang kononnya ikhlas berjuang?

Sejak akhir ini WZWH akui kurang menulis posting pasal Jerantut kerana asyik dengan isu nasional terutama rali BERSIH 2.0. WZWH perlu kembali berpijak dibumi apa lagi isu yang menyentuh orang tempatan Jerantut.

Isu posting ini pasal banjir lumpur dan keadaan sebuah jambatan kecil yang sangat uzur di Kg Lata Kasah Jerantut. Banjir lumpur adalah disebabkan faktor semulajadi namun orang kampung kata sebab kesan perlombongan.

WZWH tidak mahu bincang polemik banjir lumpur. WZWH berminat dengan isu jambatan sangat uzur. Mari kita lihat perbincangan Facebookers rakyat Jerantut mengenai isu tersebut seperti dibawah:

  • He he he, Kg Lata Kasah yg hanya 10KM dari Bandar Jerantut tetepi lebih kuno dari kg di Ulu Tembeling...apa perjuangan pemimpin selama ini?
  • Ya, hanya 10KM dari bandar, tp internet pn tk ada, hehe>>>>Melaysia..ku...kuku...
  • Tu yg kerajaan jawab....banjir berkenaan bukan kerana ban lombong di Kg Baru, tetapi hanya bencana alam biasa saja...sdg kan penduduk setempat lebih tahu mengenainya
  • Mereka2 ini perangainya macam tulah suka sangat berjanji. Masa nak pilihan raya semuanya muncul dengan janji2 dah pegang jawatan batang hidung tak nampak. Ini dah jadi budaya. Tak hairanlah kalau perkara ini berlaku. Saya masih inggat semasa saya kecil2 lagi. Perangainya tak berubah dan tak nak berubah langsong. Kalau kita memperkatakan sedemikian mereka cap kita membangkang mereka. Ini kenyataan bukan rekaan. Kadang kadang mereka2 ini katanya sibok sangat sebab itulah tak nak langsong menjengok kekampung. Tolonglah berubah sikap ya. Kalau tak jangan salahkan kalau kita tidak dipilih nanti.
  • Ni kwsn DUN Damak, Dato' Lau Lee. Khabarnya DAP dh dtg memberikan bantuan wang ringgit kepada sebahagian dari mrk yg terlibat dgn banjir lumpur tu, mereka dh masuk daun...BN mungkin masih tidur
  • Hek eleh, WMS...malas jwb cadangan awk tu psl dah tentu WZWH tk dapat buat apa2 pn sbb ini bkn DUN Tahan dn dia pn tk ada apa2 power...selain dari power root, hehehe...
WZWH lebih berminat dengan penyelesaian isu jambatan sangat uzur di Kg Lata Kasah Jerantut. Dari gambar ini yang ditag oleh sahabat blogger  kepada WZWH maka kita perhatikan perhubungan orang kampung hampir terputus kerana kereta dan lori kecil tidak boleh lalu hanya motosikal dan sangat membahayakan keselamatan orang kampung.

WZWH percaya YB Dato' Lau Lee, ADUN Damak sudah tentu sudah berbuat sesuatu. Penyelesaiannya mudah. Berdasarkan pengalaman WZWH di DUN Tahan. 3 tahun dulu jalan Kuala Tahan pernah terputus kerana bencana tanah runtuh lalu orang kampung terputus perhubungan dan makanan.  Apa yang ADUN Tahan buat meminta peruntukan khas kecemasan kepada kerajaan negeri. MB Pahang bersetuju memberi peruntukan RM3 juta. Maka selesai masalah jalan Kuala Tahan terputus itu.

ADUN Damak perlu cepat-cepat mengadap DSD Adnan Yaakob MB Pahang minta pertolongan dan peruntukan. WZWH percaya MB Pahang sangat prihatin kepada masalah orang kampung Kg Lata Kasah Jerantut.

Mengenai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir lumpur pun Kerajaan Negeri Pahang boleh menghulur sumbangan. WZWH berharap masalah ini boleh diatasi. UMNO masih boleh menolong orang kampung. Kerajaan BN masih ada boleh membantu.

8 comments:

bRAVEhEART said...
This comment has been removed by the author.
Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Betul bro, lebih cepat ADUN Damak dan penjawat awam menyelesaikan dan ambil tindakan segera baik untuk orang kampung dan baik untuk UMNO dan BN Jerantut.

Azam Abd Rahman said...

TQ Bro, harap pihak yg berkenaan akan mengambil tindakan segera, bkn saja wakil rakyatnya malahan penjawat awam juga harus bersama menjalankan kewajipan terhadap masyarakat dengan lebih berkesan.

bRAVEhEART said...

Bro, saya sokong tuan perjuangkan isu masyarakat setempat di Jerantut dan terima kasih kerana mengangkat isu berkenaan ke pengetahuan umum.

Anonymous said...

Tanda2 berada dipenghujung. ADUN Damak dia peduli apa... PR sedia menanti. Lemahnya pentadbiran BN Jerantut esp UMNO dan pejabat pentadbiran J'tut semua tidor...

Jika ada %%%% cepatlah tu...

dobit127 said...

Salam..
Nampaknya tuan blog sudah menongkah arus berenang melebihi Sungai Pahang di Jerantut Ferry.
Xpe. Janji komited demi Jerantut kita yang tercinta.Harapnya apa yang kita harap jangan tinggal harap ler.Karang isu ini jadi key point untuk PRU ke 14 pulak...

Cuma, first time ada comment didelete... ada cerita menarik ini...Apa kata WZWH kita...

Anonymous said...

i rasa le, kalau kat kampung cina, dah lama dia orang baiki sendiri jambatan tsbt, itu bezanya bangsa cina.

bangsa yg tak berapa harap subsidi.

Unknown said...

click site replica bags from china more tips here Louis Vuitton replica Bags see this site replica bags china

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024