Saturday, June 25, 2011

Politik Malaysia Akan Menuju Kehancuran Masa Untuk Tentera Bersedia Mengambilalih!



Politik Malaysia sudah hancur. Tidak ada rasionaliti lagi. Orang bijak pandai dengan Phd tidak dapat mempengaruhi rakyat kepada politik rasional. Orang yang bijak pandai pun terpengaruh. Ulamak pun tidak boleh memperbetul keadaan.

Formula Perikatan/BN yang menekankan perkongsian kuasa sudah tidak diyakini oleh kaum-kaum tertentu. Isu rasis dan agama menjadi keutamaan. Pola PRU 13 akan menjurus kepada dua ekstrem:
  • Majoriti Cina sokong DAP.
  • Majoriti Melayu dan Bumiputera sokong UMNO/parti Bumiputera.
  • Pengundi India mungkin 60-40, 50-50 atau undecisive.
Orang atas pagar bagaimana rasional pun akan memilih bangsanya! Ini menambah lagi jurang pola.

Dari segi jangka panjang ini tidak bagus untuk negara. Sistem persekolahan Malaysia yang vernakular merumitkan lagi masalah.

Malaysia amat bahaya kalau kerajaan tidak dapat majoriti mudah bila keadaan "stalemate". Jika pengundi Melayu dan Bumiputera bersatu hati senang kita boleh lihat kumpulan majoriti kaum Melayu Bumiputera plus kaum India dan minoriti Cina.

Kalau kaum Melayu Bumiputera dan India berpecah 50-50 maka apa yang WZWH ramalkan kerajaan "stalemate" akan menjadi kenyataan. Silap jika tidak dapat dikawal rusuhan kaum pasti meletus.

Rakyat mahu pemimpin negara yang ada sedikit elemen diktaktor, ada sedikit elemen Nicollo Machiavelli, ada sedikit elemen Friedrich Nietzsche dan Shih Huang Ti serta politik tegas Muawiyah.

Kepimpinan strategi 'Mr. Nice Guy", "Mr Compromise", "Mr Pleasing" sudah tidak boleh diterima pakai lagi. Ada kaum yang tidak menghargainya.

Jika mahu deal dengan kaum ini maka kita perlu pemimpin yang ada elemen-elemen seperti yang WZWH gambarkan.

Akhir sekali jika politik Malaysia akan menuju kehancuran maka masa untuk tentera bersedia mengambil alih. Tentera ini bertuankan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Malaysia masih ada penyelamat terakhir.

7 comments:

Anonymous said...

Apabila berpolitik, kita sebenarnya berbicara mengenai KUASA.
Apa sahaja tindakan politik kita adalah untuk mendapatkan atau mengekalkan KUASA.
Kalau BERSIH 2.0 (yang di dokong oleh PAS / PKR / PERKASA / Pemuda UMNO)mahu meneruskan agenda mereka, itu bertujuan untuk mendapatkan lebih KUASA.
Tindakan kerajaan melalui KDN adalah untuk mengekalkan KUASA.
Jika semua KUASA ini roboh, siapakah yang paling berKUASA?

Anonymous said...

Tuanku Agong sekarang pernah berguru bersama Hadi Awang PAS.

Pada Disember nanti, Sultan Kedah akan mengambilalih tampuk Agong buat kali ke-2 dalam riwayatnya. Pemerintahan baginda pula di Kedah sekarang amat bijak dan adil dengan kerjasama baik bersama MB Azizan PAS.

Kedua2 Tuanku Agong dari Terengganu & Kedah ini akan menentang habis-habisan cubaan UMNO dalam melibatkan pihak tentera mencabul sistem demokrasi negara!

~ Anak TUDM Kuantan

Anonymous said...

Wah Wzwh,

Sungguh luar biasa sekali pemikiran dan analisis Wzwh. Kalau begini lah cara fikir kamu dan professi keguruan kamu, maka nya bahaya sungguh impak nya kepada anak murid kamu. Janggan gitu ya.....sekali ramal kamu, kurang tepat. Aku tetap yakin BN UMNO akan tetap menguasi kerusi lebih, kerana akar nya di luar bandar. Kalauterdesak aku pasti PAS akan bersama UM<NO untuk memerintah, segala boleh berubah. lihat saja nanti, cuma tak mahu berwakilkan orang yang kuat gombal aka pemungkar. Itu saja.

Maaf terlebih cakap. Walau bagaimana pun aku respect kamu kerana berfikir di luar kotak.

amatMok said...

Saudara WZWH,

1. Kalau dikaji balik dari undian semasa pilihanraya yang lepas, rasa saya majoriti undian kaum Melayu tidak berpihak kepada UMNO. Malah PAS mendapat lebih banyak jumlah undi Melayu berbanding UMNO. Harap dapat saudara menyemak balik fakta ini.

2. Tidak pernah tertanyakah di dalam fikiran saudara mengapa suasana politik semasa negara kita ini sampai ke tahap ini? Sebagai seorang yang mempunyai pelajaran sebegitu tinggi seperti saudara ini, sepatutnya sudah boleh merungkai sebab musababnya.

3. Dalam pengamatan saya yang tidak pernah masuk universiti ini, kesemua ini adalah kelangsungan dari kegagalan pucuk pimpinan politik negara masakini.

4. Dalam keadaan rakyat semakin terhimpit dengan pelbagai masalah ekonomi, rakyat terus dihidangkan dengan pelbagai cerita tentang penyalahgunaan kuasa dan harta negara, amalan rasuah, ketidakadilan dan tiada ketelusan dalam pentadbiran. Para pemimpin yang memegang tampuk kuasa terus bermegah dalam segala kemewahan sedangkan rakyat semakin menderita untuk hidup.

5. Rakyat juga manusia, mereka ada tahap kesabaran. Bila sabar sudah tak terbendung maka akan terjadilah perkara-perkara yang tidak disenangi.

6. Sekiranya saudara beranggapan bahawa dengan kuasa tentera atau diktator akan dapat meredakan kemarahan dan sekam dalam dada rakyat, maka saudara amatlah silap. Belajarlah dari sejarah, tentang apa yang terjadi kepada Idi Amin, Shah Iran, Ben Ali, Hosni Mubarak dll.

7. Sekiranya pemimpin sanggup mengutamakan rakyat lebih dari diri dan keluarga sendiri, maka akan makmurlah negara. Renung renunglah kisah kekhalifahan Umar Al Khattab dan Umar Bin Abdul Aziz.

Obviously, you are not a student of history.

Anonymous said...

kalau nk propaganda utk BN pun xyahlah sampai mcm ni, ini jenis sokong membawa rebah ni.

Anonymous said...

Wan Zuri,
Untuk Kita maju dan pergi lebih jauh, pemimpin dan pelapis seperti kamu yang terlebih dahulu perlu dihapuskan.Kamu belajar tinggi tapi pemikiran kamu tidak mencerminkan ketinggian ilmu yang kamu ada.

Anonymous said...

apa jak la komen June 25, 2011 11:39 AM

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024