Monday, June 13, 2011

WZWH Jawab Urag Drrulug Isu-Isu Tembeling


Tuanku Sultan Pahang banyak berjasa kepada pembangunan Lembah Tembeling. Pembangunan di Ulu Tembeling adalah digerakkan oleh Tuanku. Penduduk Lembah Tembeling perlu membalas jasa baik keperihatinan Tuanku dengan mendengar nasihat Tuanku Sultan Pahang.

Blog Urag Drrulug (UD) banyak postingnya menyentuh isu-isu DUN Tahan terutamanya soal orang Tembeling. Bagus bila bangkitkan isu Tembeling. Orang Tembeling mahu tahu terutama pengundi yang duduk di luar Jerantut. 

Isu-isu dibangkitkan memerlukan jawapan kalau tidak orang Tembeling dan Jerantut keliru. Tidak ada blogger yang boleh menjawab isu-isu itu selain WZWH pakar DUN Tahan. UD perlu beritahu semua orang bahawa WZWH adalah "The Last Defender of Tembeling People".

Mari kita lihat apa isu-isu yang dibangkitkan UD:
  • Jambatan gantung Kuala Tahan (RM16 juta ringgit)
  • Tanah orang Kuala Tahan
  • Tanah orang Kampung Gol
  • Felcra orang Kampung Merting
  • Projek Mega WZWH
Sebenarnya beberapa posting WZWH telah menjawap isu-isu ini tetapi sengaja UD bangkitkan buat-buat tidak faham untuk buat orang Tembeling dan Jerantut keliru dan marahkan ADUN Tahan lantas menterjemah undi kepada pembangkang!

OK WZWH jawab satu per satu.

Jambatan gantung Kuala Tahan sebenarnya jambatan konkrit tapi kecil hanya untuk laluan pejalan kaki. Peruntukan telah diluluskan oleh Kementerian Pelancongan kerana mahu jambatan itu menjadi "landmark" Kuala Tahan. Peruntukan telah diberi ambil sajalah. Ada orang soal elok peruntukan itu ditukar kepada kemudahan lain di DUN Tahan. Ada orang Tembeling tidak bersetuju kerana memang niat hati tidak mahu setuju. Ini orang Tembeling anti establishment. Pada WZWH peruntukan RM16 juta kecil saja. Orang ini beri fakta tidak tepat kepada "pemerintah" konon menjejas EIA Kuala Tahan. "Pemerintah" suruh tahan dulu tidak bersetuju. Jangan soal WZWH kenapa? WZWH tidak mahu cari sakit dengan "Pemerintah". Mati politik WZWH dan "tidak berkubur di Pahang" nanti.

Keberangkatan Tuanku Sultan Pahang mencemar duli ke Kuala Tahan telah menyelesaikan isu tanah orang Kuala Tahan secara atas kertas dan konsep. ADUN Tahan mencadangkan empat perkara untuk Tuanku Sultan perkenankan dipohon kepada kerajaan Negeri Pahang:

  1. Tanah lot untuk 400 penduduk Kuala Tahan 90 ekar
  2. Rancangan Pembesaran Kampung Kuala Tahan 570 ekar
  3. Rancangan Tanah Kelompok Kampung Tuit 500 ekar
  4. Projek jalan Ulu Tembeling fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling.
Tuanku Sultan Pahang menitahkan supaya ADUN Tahan buat surat secara warkah dalam masa seminggu dan Baginda Tuanku akan mohon kepada kerajaan negeri dan pusat. Ini dikatakan "fast track development". 

Ini termasuk juga isu tanah orang Kampung Gol. Semuanya dalam proses. Tapi tidak semua peruntukan-peruntukan untuk orang Kampung Gol dapat disediakan sekelip mata. Pejabat Daerah ada prosedurnya bagi memyalurkan peruntukan. Ketua UMNO cawangan Kampung Gol telah memfitnah kerani pejabat ADUN Tahan kononnya memohon padang ragut seluas 250 ekar menggunakan syarikat Sdn Bhd. Kerani pejabat ADUN Tahan berkenaan telah pun membuat laporan polis terhadap Ketua UMNO cawangan Kampung Gol.

ADUN Tahan telah memberi kuasa kepada YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar selaku Ketua UMNO cawangan Kampung Merting memilih 16 peserta Felcra dari Kampung Merting yang tercicir dari menerima saham Felcra. Orang Kampung Merting yang betul-betul layak pergilah berjumpa Dato' Wan Abu Bakar untuk diambil nama.

Berkenaan projek Mega WZWH semua orang Malaysia tahu kerana banyak posting WZWH bicara tentangnya. WZWH bukan saja setakat tulis dalam blog malah WZWH bawa sebagai usul ekonomi dalam mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan mesyuarat UMNO Bahagaian Jerantut. Antara projek mega WZWH yang menjadi keutamaan ialah Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai. TNB dan kerajaan berminat mahu membangunkan hidroelektrik dam ini. Kos melebihi RM1.6 bilion ke RM2 bilion.

Projek jalan Ulu Tembeling sudah menjadi kenyataan. Fasa pertama antara Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi sudah berjalan kos projek RM121 juta. Fasa kedua menyusul dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling lagi tambahan RM60 juta. Yang peliknya orang Tembeling persoalkan kos projek antara yang termahal dalam Malaysia! Tidak penting kos yang penting peruntukan diluluskan ke DUN Tahan sebanyak yang boleh.

Felcra sedang menebas hutan dan tanah di Ulu Tembeling sebanyak 10,000 hektar bagi projek Felcra Ulu Tembeling. Ini semua memberi kemudahan kepada penduduk Ulu Tembeling.

WZWH harap orang Tembeling dan orang Jerantut mendapat gambaran sebenarnya tentang isu-isu yang dibangkitkan dalam blog UD. Blog UD punya pembaca "Total Pageviews" seramai 19,462 pada pukul 9.56 am hari ini manakala pembaca "Total Pageviews" blog WZWH seramai 91,672. WZWH jauh meninggalkan UD. Angka fakta ini menjelas segalanya.

Maka WZWH telah menjawab segala isu-isu Tembeling yang dibangkitkan oleh UD dalam blog Urag Drrulug.

9 comments:

Anonymous said...

soal pokoknya berhubung kait dengan pemberian saham felcra kampung merting juga kuala tahan pemberian yang tak betul dilakukan oleh mereka mereka yang berkuasa.

Masaalh besar yang dihadapi oleh rakyat temiskin ialah pilihkaseh oleh orang orang yang berkuasa, tidak timbul soalan untuk membuat pemilihan kali kedua bagi penduduk merting jika semua orang yang mempunyai kuasa berkerja secara jujur dan tidak mempunyai kepentingan peripadi untuk mengkalkan kuasa kita sanggup beri kepada yang tidak layak jika di bandingkan dengan rakyat yang miskin lain, jika syarat mendapatkan saham felcra itu yang tak layak nya adalah yb yb, do, ado, juga rakyat dibawah paras kemiskinan, itu betul jika nak beri ke tok penghulu dolah anak beranak juga tuk penghulu zul anak beranak serta suku sakat mereka, rakyat tak dapat nak pertikaikan kerana itu adalah syaratnya untuk mendapatkan saham felcra yang telah di tetapkan oleh kerajaan?, yb dan do serta ado dgan sokongan penghulu kena beri juga kepada yang layak.

Banyak lagi jawapan balik yang sepatutnya saya huraikan berkenaan masaalah lain, hal saham felcra pun dah panjang lebar, jangan lah keputusan yang kita buat di tertawakan oleh anak cucu kita atau menjadi sumpahan oleh rakyat yang di inayakan oleh kita, ingat doa orang yang di zalimi di dengar oleh ALLAH

Anonymous said...

pageview mengarut, dari 50ribu tiba2 jadi 80ribu, masa berani taruk counter dulu pembaca seseratus jer sehari, guana?

Anonymous said...

anon 12:05, kalau x suka dkt WZWH pon, cari la isu lain, stakat isu page view, pon nk kecoh? mnde tu bkn blogger yg kawal,

black water said...

pada pengamatan saya wzwh lebih minat mengutarakan mslah sebelah kuala tahan dan ulu sahaja.apakah sebelah hilir tk ada langsung seperti...LABU,JONG BERLABOH,PASIR SIA.AIR HITAM,SELIMBAR,PASIR DURIAN,ULU RETANG,SG RETANG,P,PIOL,GAJAH MATI,SG YAP,SG PUTAT,PULAU MANSUK,FERI,TEH BESOL,adakah kg2 ini tidak menyokong w mizan dan kenapa kenpa tidak dimajukan seperti sebelah ulu.ingat bukan undi sebelah ulu yg memenangkan wmzan....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Black Water,
Posting ini WZWH jawab isu-isu Ulu Tembeling yang dibangkitkan oleh Urag Drrulug.

Menjawap persoalan pembangunan Tembeling Tengah dan DUN Tahan hilir akan WZWH buat posting akan datang. Bersabarlah Black Water, WZWH jawab isu-isu DUN Tahan satu per satu. Terima kasih membangkitkan persoalan.

bekas pu3 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
budak kg tini said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

WZWH pls call 019-2335233

Anonymous said...

Salam WZWH & MUT...,

WZWH Jawab Urag Drrulug Isu-Isu Tembeling

Kawe nork tanya gatek, rancangan pembesaran kg Tuit dan Kolatahan tu adakah memberikan manfat kepada penduduk setempat. Masing2 ketahui telah pasang cita2 bahkan bukan lagi dah pun tersenarai sebagai salah satu syarikat mendapat habuan kepentingan sendiri. Bahagilah sama adil, PRU ke 13 semakin hampir. Tak perlu kais mengais dalam halaman orang lain. Perbetulkan dalaman sendiri dan bersihkaln halaman rumah. Disitu ada ceria dan kebenran.

Pang5 Banir, juga ingin tumpang tuah dan gembira.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024