Cikgu Koh Boon Heng (berdiri dalam gambar) ialah Pengerusi DAP Jerantut, Naib Pengerusi DAP Pahang adalah tokoh yang semakin berpengaruh di DUN Damak bagi memenangi kerusi DUN pada PRU 13.
Parlimen Jerantut punya pengundi berdaftar 48,000. Pada PRU 12, Undi kaum Cina berjumlah 9000, India 2000, bakinya Melayu yang berjumlah 37,000 termasuk sedikit Orang Asli. Majoriti pengundi Cina ramai di DUN Damak. Dua lagi DUN ialah Pulau Tawar dan Tahan.
Pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Damak, pengundi Dun Damak berjumlah 19,412, keluar mengundi 14,542 (75%) keputusannya:
Abang kepada Dr Hamzah calon parlimen PAS iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Cikgu Koh Boon Heng Bebas 3295. BN menang dengan kelebihan 509 undi.
Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Peringatan bahawa pada masa aura Pak Lah diperingkat maksimun pada PRU 2004 di DUN Damak masih kuat kekuatan pembangkang.
Apa lagi pada waktu sekarang bila trend pengundi Cina lebih menyokong DAP. Kemungkinan besar Pakatan Rakyat akan meletakkan calon DAP iaitu Cikgu Koh Boon Heng.
Cikgu Koh Boon Heng menjuarai isu yang menyentuh kepentingan orang Cina Jerantut terutama orang kampung. Dalam isu tanah silang desakan kuat petani Cina yang mahu diambil tanah oleh towkay Cina Jerantut telah menyebabkan MB Pahang masuk campur menyelesaikannya.
Sekarang Cikgu Koh Boon Heng sudah masuk DAP dan telah mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut. Mohd Nor bin Jaafar telah meninggalkan PKR dan kini Pengerusi KITA Jerantut. Dulu Cikgu Koh Boon Heng adalah penyokong kuat parti MCA tetapi entah bagaimana kini Cikgu Koh Boon Heng bertanding bebas pada PRU 12 dan sekarang pemimpin DAP Jerantut.
Kalau masa Cikgu Koh Boon Heng bertanding bebas saja boleh dapat 3295 undi ditambah undi Mat Nor Jaafar PKR 5165. Cikgu Koh Boon Heng boleh dapat undi pembangkang sebanyak 8460. Pada PRU 13 nanti Pakatan Rakyat sudah bersetuju DUN Damak di beri kepada DAP. Dato' Lau Lee BN hanya mendapat 5674. Inilah kekuatan Cikgu Koh Boon Heng.
6 bulan lepas Cikgu Koh Boon Heng telah menunjukkan kepada WZWH keahlian DAP Jerantut sudah menjangkau hampir 3000 ahli. Mungkin kini sudah lebih. Apa kesan kepada parlimen Jerantut? BN pada PRU 13 akan kehilangan 8,460 undi di DUN Damak dan sudah pasti 3000 ahli DAP Jerantut tidak mengundi BN. Ditambah dengan pengundi 'hardcore' PAS yang berjumlah 12,000 pengundi di Jerantut sudah tentu lebih sukar BN mempertahankan parlimen Jerantut.
Untuk memenangi pengundi Cina Jerantut perlu ada usaha dari calon BN parlimen Jerantut menggunakan network jaringan NGO, persatuan sosial, kelab dan clan orang Cina lebih dari pengaruh parti-parti politik. Ini langkah pertama yang perlu dilakukan. Siapa yang mahu ke depan merungkai politik orang Cina Jerantut? Itu persoalan yang BN Jerantut perlu jawap dan cari penyelesaian inisiatif sendiri.